Menteri kata
Malaysia akan bankrap seperti yang berlaku di Greece jika meneruskan
sistem subsidi seperti yang ada sekarang. Betul ker? Hakikatnya,
Greece bankrap sebab :
- Rasuah
- Tipu angka ekonomi
- Urus ekonomi negara dengan cukup lemah sekali
Ada atau tidak faktor subsidi di sini?
Apa yang saya nak highlightkan di sini adalah melibatkan 2 individu
yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi Malaysia pada 2 zaman yang
berbeza berhubung kenyataan mereka mengenai isu Malaysia bakal berdepan kemelesetan dan kegawatan ekonomi berganda……..
Dahulu pun Greece & Iceland pun kata
ekonomi mereka kuat, takkan bankrap. Akhirnya? Ketika ini, ramai ahli
ekonomi dan penganalisis dunia menjangkakan bahawa akan berlaku
kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini.
Adakah ia memberikan kesan kepada Malaysia? Apa kata Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan krisis kegawatan kemelesatan ekonomi dunia yang dikatakan
akan berlaku tidak lama lagi…….
- Dr Mahathir mengatakan Malaysia kemungkinan berdepan dengan
kegawatan dan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini
berlaku dinegara-negara Eropah kerana ia secara tidak langsung akan
mempengaruhi keadaan ekonomi Malaysia
- Dr Mahathir juga mengatakan walaupun kerajaan telah menyediakan
pelbagai pelan ekonomi dan langkah-langkah yang progresif termasuk
Model Baru Ekonomi (MBE) tetapi sebenarnya adalah sukar untuk
meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang
berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia
Ini pula kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkenaan dengan krisis kegawatan & kemelesetan ekonomi dunia.
Ekonomi Malaysia berada di landasan
ekonomi yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan tahunan enam
peratus, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop. Justeru itu, Malaysia tidak dijangka berdepan kemelesetan
berganda meskipun “prestasi yang tidak begitu baik” pada suku kedua,
katanya.
“Kita pastinya boleh mencapai enam
peratus (pertumbuhan). Pertumbuhan enam peratus itu juga mengambil kira
suku kedua yang mungkin tidak begitu baik seperti suku pertama,”
katanya kepada pemberita selepas melancarkan Banci Penduduk dan
Perumahan Malaysia 2010.
Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak pagi ini bahawa terdapat kemungkinan penurunan pada separuh
kedua tahun ini. Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini, yang tertinggi
sejak suku pertama 2000.
Nor Mohamed berkata keyakinan itu juga dirangsang daripada ekonomi
serantau yang mencatatkan prestasi menggalakkan. “Kita sudah tentu tidak
melihat kemelesetan berganda berlaku,” katanya. BERNAMA
Satu kata hitam, satu kata putih.
Walaupun tidak dimaklumkan kepada rakyat dengan jelas, tanda-tanda sudah
pun kelihatan di mana rakyat diminta berjimat-cermat secara “halus” :
- Menaikkan interest rate supaya rakyat kurang beli kereta dan
hartanah bagi mengelakkan rakyat terlibat dalam bubble hartanah yang
mungkin burst semasa recession
- Syarat yang lebih ketat untuk membeli rumah yang kedua bertujuan mengelakkan rakyat membuat sebarang spekulasi
- Ada lagi nak tambah?
Pendek kata, apabila berlakunya
kemelesetan & kegawatan ekonomi berganda nanti sekurang-kurangnya
rakyat masih boleh menghadapinya lagi disebabkan pada masa itu hutang
masing-masing adalah rendah. Dalam kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yaakob
mengatakan ekonomi Malaysia sedang berkembang baik ketika ini, banyak
perbelanjaan telah dipotong. Nak dapatkan bayaran projek? Lambat
rasanya………Nak dapat projek, lagilah susah. Kakitangan kerajaan nak
claim elaun pun tidak semudah dahulu. Nampak ada perubahan, bukannya
soal meminta-minta di sini.
“Dahulu lain, sekarang lain”
Mungkin berita
kegawatan & kemelesetan ekonomi
adalah berita buruk bagi sesetengah orang tetapi bagi pelabur ini lah
masa paling sesuai untuk membeli pelaburan kerana harga sedang
turun/murah. Jadi kepada sesiapa yang belum melabur silalah berbuat
demikian. Sekurang-kurangnyanya ada simpanan untuk 10 tahun lagi.
“Better late than never”
Dalam keadaan ekonomi yang berpotensi untuk CRASH dan COLLAPSE, adalah
bukan pilihan yang terbaik untuk duit KERTAS (fiat money) lama-lama. Di
kesempatan ini saya nak mengajak anda membaca artikel berkenaan. Sila
KLIK LINK di bawah gambar…