SEORANG pesalah menjalani hukuman
sebat.
Banda Aceh: Pihak berkuasa Aceh menjalankan hukuman sebat terhadap 17 individu yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah kerana berjudi dan berkhalwat.
Hukuman berkenaan dijalankan secara terbuka di masjid Baitussalihin di Ulee Kareng di sini selepas solat Jumaat, semalam.
Semua pesalah itu dihukum sebat sebanyak enam hingga tujuh kali.
Sepuluh pesalah dihukum selepas didapati bersalah kerana berjudi dan bakinya kerana berkhalwat.
Semua pesalah ini dihukum sebat selepas mereka menjalani hukuman penjara yang ditentukan mahkamah.
Aceh adalah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Syariah selepas diberi kuasa autonomi.
Sementara itu, Datu Bandar Aceh, Illiza Saaduddin Djamal meminta masyarakat supaya tidak memandang hina atau memulaukan pesalah berkenaan.
“Masyarakat harus menyokong pesalah ini supaya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan,” katanya. - Agensi.
sumber : hmetro.com.my