Saturday 2 November 2013

Malaysia antara negara paling popular dunia

MALAYSIA menduduki tempat 10 teratas sebagai lokasi pelancongan paling ingin dilawati bagi 2014, iaitu satu-satunya negara Asia yang mendapat tempat dalam senarai dikeluarkan penerbit panduan pengembaraan popular, Lonely Planet.
Brazil, benua Antartika dan Scotland menguasai tiga tempat teratas dalam senarai itu yang ditentukan pakar Lonely Planet dan penulis luar berdasarkan beberapa faktor.

Menurut Lonely Planet, Malaysia memperkenal banyak tarikan pelancongan baru seperti Taman Burung Melaka, Taman Tema Legoland dan Hello Kitty Land di Johor serta Gaya Island Resort di Pulau Gaya, Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Chong Yoke Har berkata, laporan itu tepat pada waktunya kerana negara bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dijangka menarik 28 juta pelancong dan pendapatan RM76 bilion.

81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini

PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.  - Bernama

Friday 1 November 2013

Harga Rumah 2013 Naik Melonjak VS Harga Rumah Turun 20% 2015. Berita Baik?


Sebelum anda meneliti laporan Berita Semasa kali, kami ingin mengajak anda melihat kajian perbandingan harga rumah di Malaysia VS trend pendapatan rakyat Malaysia selama ini (KLIK SINI). Sudah? Ok. Berita Semasa baru sahaja meneliti laporan kajian daripada kalangan penganalisis termasuklah daripada CIMB yang mula meramalkan harga rumah turun sekitar 20% pada tahun 2015. Harga rumah turun?
Realiti hari kalangan pemodal dan pemaju hartanah di Malaysia tidak lagi berminat mendapatkan keuntungan sekitar 60-80% semata. Malah lebih daripada itu. Kebiasannya antara margin keuntungan yang diharapkan kalangan pemain dan pemaju hartanah di Malaysia adalah sekitar 100% sehingga 150% (SEPERTI YANG MEREKA BUAT DI SINI)
  • Memang untunglah pemaju.
  • Yang terkena & mangsa permainan mereka adalah rakyat Malaysia adalah anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia
Persoalannya pernahkah selama ini harga rumah turun mendadak sehingga 20%-30% di Malaysia melibatkan kawasan tumpuan?

Harga Rumah Turun 20% 2015 : Kajian Penganalisis CIMB VS Kapitalis REDHA?

Harga Rumah Turun
Adakah jangkaan harga rumah turun seperti perniagaan minyak petrol di Malaysia? Awal pagi menafikan kemungkinan harga minyak petrol naik, pada lewat petangnya sudah terbitnya pengumuman harga minyak naik. Semudah itu?
Tetapi harga rumah di Malaysia cukup unik. Selagi REDHA berkuasa di Malaysia tidak akan sama sekali, mereka akan membiarkan perkara seumpama begini terjadi. Lihat apa yang kapitalis REDHA bercakap mengenai trend harga rumah di Malaysia
Harga Rumah Rurun REDHA
Nampak? Berdasarkan antara alasan & kenyataan REDHA mengenai kenaiakn harga rumah :
Disebabkan anda, anda memilih kawasan hartanah komuniti berpagar menyebabkan harga rumah naik lebih tinggi sehingga 30% – 50%

Harga Rumah Turun : Harga Rumah Rakyat Malaysia VS Harga Rumah Warga Asing?

Apa yang boleh Berita Semasa katakan di sini, jangkaan kenaikan harga rumah sedikiti perlahan tetap ada tetapi banyak yang melibatkan harag rumah RM500,000 ke atas yang mana harga rumah di bawah RM500,000 ke bawah masih tetap mempunyai perminataan yang tinggi.
“Kos tanah naik, kos barang-barang binaan naik. Mana mungkin REDHA boleh membiarkan harga rumah turun boleh terjadi?”
Yang untung tetap kalangan expat dan orang asing, berjaya membolot seberapa banyak hartanah bernilai Rm500,000 ke atas tanpa was-was. Sepertimana yang berlaku di Iskandar Malaysia Johor sekarang ini. Kalangan rakyat Singapore telah mula berkampung dan membanjiri negeri Johor
Kita boleh lihat sendiri, tidak kira apa sahaja kawasan apa akan ada permintaan dan kenaikan harga. Contohnya, Rawang yang dahulu bukan main banyak iklan rumah lelong pun sekarang ini sudah menampakkan pasaran harga rumah di sana telah mula naik sejak ada Jusco Anggun. 
Jadi, Berita Semasa hanya akan percaya harga rumah bakal turun apabila taikun hartanah daripada REDHA buat kenyataan rasmi berbunyi begini :
“Hanya tempat-tempat terpilih bakal menjunam”
Maka itu, barulah Berita Semasa boleh percaya. Ini kerana, selama ini merekalah mengawal pasaran hartanah di Malaysia. Kenyataan daripada CIMB belum “cukup kuat” untuk memberikan jaminan harga rumah turun pada masa akan datang. Apa kata anda?

Inflasi hanya akan naik 3.5 peratus

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 hanya akan melihat inflasi naik antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus sebelum menyederhana selepas itu.

Ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, inflasi itu kemudiannya menurun antara 1.00 peratus dan 1.50 peratus setahun selepas penguatkuasaannya.

Beliau berkata, ia hanya kenaikan sekali sahaja dan menjadi reaksi awal apabila GST dikuatkuasakan.
“Kanada, Singapura dan Australia juga mengalami kenaikan satu kali apabila mereka melaksanakan struktur cukai baru ini,” katanya dalam dialog pasca Bajet 2014 di sini yang dianjurkan Persatuan Ekonomi Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Setakat akhir Ogos, inflasi dicatatkan pada 1.7 peratus dan dijangka naik 2.0 peratus menjelang akhir tahun.

“Kemudian saya rasa (akan ada) impak minimum kepada inflasi,” katanya. - BERNAMA

sumber dipetik dari:- http://www.hmetro.com.my/

Thursday 31 October 2013

Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal Dunia


Kerajaan dalam manifesto PRU13 ada berjanji untuk menurunkan harga kereta 20%-30% (DI SINI). Sekadar mengingatkan….

Keratan di atas adalah laporan berita daripada salah sebuah portal kereta yang berpengaruh, Jalopnik namanya yang telah meletakkan nama Malaysia popular di seluruh dunia sebagai negara yang menawarkan harga kereta yang kedua paling mahal di dunia kepada rakyatnya. Hakikatnya….

Hakikatnya……rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini sebenarnya terpaksa membayar 2 kali ganda harga berbanding model yang sama di Amerika sehingga menyumbang ke arah peningkatan mendadak hutang isi rumah rakyat Malaysia.

Top Gear Malaysia
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa terhadap laporan New Straits Times mellaui editor Top Gear Malaysia, Hazeri Samsuri mengatakan :
  1. Rakyat Malaysia cepat sangat meletakkan kesalahan bulat-bulat kepada kerajaan dan kritik kerajaan semata apabila melihatkan situasi harga kereta Malaysia di Malaysia ketika ini sehingga mengabaikan aspek & faktor kritikal iaitu dengan menyiasat penjual kereta itu sendiri
  2. Harga kereta tetap mahal walaupun tidak dikenakan cukai (kereta-kereta hybrid yang diimport 0%) tetapi harga masih tetap membebankan. Contoh: Serena S Hybrid jual di Malaysia RM149,000. Manakala di Siam hanya RM98,000 sahaja (Adakah perbezaan harga yang cukup besar ini angkara Tan Choong Motor?)
  3. Syarikat kereta tempatan telah mengambil kesempatan daripada persepsi rakyat di mana kononnya harga kereta mahal di Malaysia disebabkan cukai yang tinggi & dasar melindungi Proton dengan meletakkan harga yang tinggi ke atas kereta yang mereka pasarkan
  4. Akhir sekali, beliau mendakwa orang Asia acapkali suka menuduh kerajaan, sebaliknya lebih sayangkan pengeluar kereta yang berkuasa menentukan harga kereta.
Ada yang Berita Semasa agak bersetuju dengan pendapat Top Gear Malaysia dan ada juga kurang bersetuju dengan pendapatnya. Contohnya paling mudah :
  • Bagaimana model kereta Kia/Ford boleh jual lebh murah walaupun spesifikasi & ciri-cirinya lebih tinggi berbanding UMW Toyota? Hakikatnya UMW Toyota milik siapa? UMW Toyota adalah milik PNB. Apa yang boleh anda harapkan?
  • Berita Semasa tidak nafikan ada syarikat kereta yang mengambil kesempatan dengan meletakkan pada harga yang menekan pembeli, Tetapi mengambil contoh Serena S Hybrid agak tidak tepat. Kereta Hybrid kalau tidak dikenakan cukai sekalipun memang mahal. Hybrid Jazz yang tidak dikenakan cukai pun lebih mahal berbanding “Non Hybrid Jazz”.
  • Suka atau tidak hakikatnya harga kereta di Malaysia sangat membebankan dan tidak sepatutnya berlaku. Di Qatar contohnya, kereta-kereta Proton baru dijual sekitar RM20,000 – RM35,000sahaja. Toyota Camry baru dijual pada harga sekitar RM70,000 sahaja. VW Passat ataupun Jetta juga harga lebih kurang dengan harga kereta Toyota Camry. Malah model-model ini hanya dijadikan teksi di sana. Kebanyakan harga kereta di sana 50% lebih murah berbanding Malaysia. Harley Davidson 3 kali ganda lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Sportster XL1200CB 2013 di Qatar sekitar RM46,000 sahaja. Tetapi di Malaysia?  Harga yang Berita Semasa dijual sekitar RM130,000!!! Hebat…….
Sebenarnya kita perlu semak kategori kereta-kereta mewah di Malaysia.
  1. Jikalau Toyota Camry di Malaysia masih dianggap ramai kereta mewah, maka apa yang Berita Semasa katakan sememangnya harga kereta di Malaysia memang mahal.
  2. Ini kerana jikalau di negara lain, ia hanyalah dianggap sedan biasa-biasa sahaja. 
Persoalan Harga Kereta Malaysia Mahal?
Ada beberapa persoalan yang boleh dijawab mengenai isu kali ini, antaranya :
1) Kenapa kereta Honda, Toyota dan Nissan dijual mahal?
  • Sebab kerajaan kenakan cukai tinggi (cukai eksais, cukai import, cukai jualan)
2) Tetapi kenapa Ford dan Kia dapat jual murah walaupun dikenakan cukai yang sama dengan spesifikasi yang lebih lengkap dan enjin yang lebih baik?
  • Pengimport-pengimport Honda, Toyota dan Nissan ( Tan Chong, UMW ) menggunakan “brand trust” untuk menaikkan lagi harga mereka.
  • Mereka memberi alasan kenaikan harga disebabkan tax yang tinggi.
3) Jikalau cukai dimansuhkan, adakah harga kereta akan jadi lebih rendah?
  • Ya, dan Honda, Toyota dan Nissan tiada lagi alasan untuk menjual dengan harga tinggi.
  • Jika ini berlaku, harga Proton dan Perodua juga perlu dijual lebih rendah atau par dengan harga kereta lain dengan spesifikasi lengkap.
  • Jadi mereka yang mahir mengenai kereta, mereka akan memilih kereta yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan enjin lebih advance.
  • Tetapi “brand trust” ini juga akan mempengaruhi pembeli, seperti Inspira dan Lancer ( walaupun spesifikasi sama tetapi masih ramai yang memilih Mitsu)
Apa pendapat anda pula mengenai isu harga kereta dan cukai kereta di Malaysia ketika ini?

'Bantuan orang miskin, kurang upaya dipotong diam-diam'


Pemotongan peruntukkan untuk orang miskin, kurang upaya dan warga emas dalam belanjawan 2014 menunjukkan rasa tidak hormat kepada yang memerlukan, kata anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

Wakil rakyat PKR itu berkata, berbanding dengan Belanjawan 2013, menunjukkan pemotongan terhadap peruntukan golongan itu.

Sebagai contoh, kata Surendran, bawah bantuan sosio-ekonomi, RM309.26 juta diperuntukkan kepada golongan kurang upaya pada tahun depan kurang RM6 juta berbanding 2013.

"Dengan peningkatan harga dan faktor inflasi, kenapa kurangkan bantuan ekonomi kepada orang kurang upaya?" katanya dalam kenyataan.

Surendran sambil menyifatkan terdapat ketidakjujuran dalam pembentangan belanjawan Jumaat lepas.

Wednesday 30 October 2013

Laporan Ketua Audit Negara 2012 : PDRM Hilang Aset RM1.33 Juta! (Hilang Gari, Senjata Api & Kenderaan)

Laporan Ketua Audit Negara 2012 : Biasanya kita sudah sedia maklum yang mana PDRM sering berkhidmat kepada sesiapa sahaja baik keselamatan orang ramai mahupun harta benda yang ada. Tetapi hari berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang telah mula dikeuarkan menunjukkan….

Laporan Ketua Audit Negara 2012 : PDRM
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.
  • PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.
  • Berdasarkan statistik oleh Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM, aset yang paling banyak hilang adalah 156 unit gari, diikuti 44 unit senjata api dan 29 buah kenderaan 
  • Punca kehilangan adalah disebabkan pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam
Senjata api dan kenderaan boleh hilang? Pelik bin ajaib? Hilang di mana? Apa kesudahan siasatan kehilangan tersebut? Siapa yang bertanggungjawab?

RM1.33 Juta jikalau dibahagikan peruntukkan kepada golongan bawahan, banyak manfaatnya. Diharapkan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya supaya dana besar RM1.33 juta wang rakyat tidak dibzairkan begitu sahaja. Apa kata anda pula?

sumber dipetik dari:- http://www.beritaterkini.my/

Tuesday 29 October 2013

Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong 2014


 Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.
September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
"Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.
Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja.

"Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan.

"Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai," kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Sementara itu, Frederico berpandangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi mengelak kebergantungan kepada hasil minyak semata-mata.

Jumaat lepas, Najib mengumumkan melaksanakan cukai kontroversi GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6%.

"GST sangat berguna, ia bagi mengelak terlalu bergantung kepada hasil minyak semata-mata," katanya lagi.
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang turut berada dalam dialog tersebut tidak menolak cukai tersebut mampu menjana pendapatan kepada negara tetapi menegaskannya bukan jaminan akan tidak boros serta melebihi bajet yang telah diperuntukan.

"Apabila menjana hasil yang besar, kerajaan juga berbelanja besar menjangkaui peruntukan setiap tahun
"Sejak beberapa tahun ini, kerajaan telah memohon bajet perbekalan tambahan kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi," kata Pua.

Awal bulan lalu sebelum pembentangan bajet, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini juga mendedahkan beberapa ketirisan dan kebocoran melibatkan beberapa kementerian kerajaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembentangan bajet kali ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menangani defisit fiskal terutamanya selepas laporan oleh agensi penarafan global Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif.

"Kita perlu menghantar mesej bahawa kita serius untuk mengatasi defisit fiskal. "Tapi saya juga bersetuju supaya satu langkah yang tegas perlu diambil untuk mengatasi kebocoran dan ketirisan seperti didedahkan Ketua Audit baru-baru ini," kata Khairy.

Najib membentangkan bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji", merangkumi lima teras utama bajet iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar, dan mensejahtera kehidupan rakyat. - 28 Oktober, 2013.

Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara Paling Korup di Dunia (Firma Ernst & Young)

Malaysia Juara Rasuah

Berangan tiada salahnya. Tetapi biarlah berpada. Berpijaklah di Bumi yang nyata setiapkali mengeluarkan kenyataan di mana rakyat Malaysia sudah keluar lama daripada “gua” mencari maklumat dan kebenaran.
Termasuklah kenyataan terbaru daripada seorang yang bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Berita Semasa tidak pasti bila, dan di mana kajian yang telah beliau lakukan sehingga keluarnya kenyataan seperti di bawah ini…..

Rasuah di Malaysia : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah?

KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.
Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.
Baca yang ini (282 responden yang Berita Semasa terima) :
Sedangkan firma audit antarabangsa Ernst & Young telah senaraikan Malaysia sebagai antara negara yang kerap mengamalkan rasuah dan acapkali mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dialami Malaysia sekarang ini.
  1. Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
  2. Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.
  3. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
  4. Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
  5. Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli
  6. Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
  7. Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
  8. Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
  9. Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.
Firma audit antarabangsa Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang korup, manakala seorang pemimpin Melayu Islam tampil dengan yakinnya mengatakan Malaysia adalah bersih rasuah? Anda mahu percaya yang mana satu?
Menteri sudah semak belum Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang sedang galak diselongkar oleh rakyat Malaysia sekarang ini?
Firma audit antarabangsa Ernst & Young buat kajian berdasarkan tinjauan terhadap eksekutif-eksekutif di Malaysia, dan itulah pandangan mereka. Manakala Pak Menteri pula ikut suka hati sahaja melabelkan pencapaian tertinggi Malaysia tanpa sebarang kajian. Di mana asasnya? Apa respon balas anda pula?

Monday 28 October 2013

Bayaran Artis KPOP RM1.6 Juta Guna Duit Pembayar Cukai? (KBS) Kantoi Menipu?

Bayar KPOP Malaysia
Berdasarkan laporan Berita Semasa (KLIK SINI),  kerajaan tidak kena mengena dalam pembayaran artis KPOP yang datang ke Malaysia bagi tujuan persembahan dalam Himpunan Belia 2012. Itu kata merekalah….
Hari ini berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan yang mana kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah RM1,600,000 (RM1.6 Juta) yang diklasifkasikan sebagai perbelanjaan yang tinggi dan tidak berhemat oleh Ketua Audit Negara. Dalam erti kata lain membazir.
Audit Negara KPOP
Laporan Ketua Audit Negara 2012 kali ini menutup terus alasan dan penafian oleh Kementerian Belia dan Sukan lebih setahun yang lalu :
KUALA LUMPUR 1 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.
Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn. Bhd. (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.
“Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
Sumber : Utusan Malaysia
Penjawat awam dan kakitangan awam serta agensi-agensi yang berkaitan dinasihatkan supaya berjimat cermat (SEPERTI DI LAPORAN INI), tetapi malangnya pemimpin atasan seringkali tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada orang bawah.
Daripada memberikan kepada artis KPOP adalah lebih baik diberikan ruang peluang kepada artis tempatan. Jikalau lebih baik lagi, dengan perbelanjaan besar sebegitu menaja kalangan rakyat Malaysia belajar di luar negara. Sekurang-kurang-kurangnya apabila pulang kelak dapat menyumbang kepada negara. Apa kata anda pula?

Pendapatan Negara Malaysia Naik 2013 (RM209 Bilion) VS Kerajaan Belanja (RM250 Bilion)!! Natijahnya?

Harga Minyak Malaysia 
Ramai orang pasti tahu dan sedar kenaikan harga minyak memberikan kesan rantaian yang cukup besar sehingga menjerut rakyat seperti anda semua dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup setiap hari.
Tetapi persoalannya sekarang ini, adakah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen adalah wajar jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan kerajaan Malaysia pada ketika ini? Mampu atau tidak? Nah…mari Berita Semasa dan anda di sini kupas satu persatu…
Pendapatan Negara Malaysia 2009-2013 (RM Bilion)
  1. Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2009 : RM159 bilion
  2. Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2010 : RM160 bilion
  3. Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2011 : RM185 bilion
  4. Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2012 : RM207 bilion
  5. Dianggarkan Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2013 sucah mencapai : RM209 bilion
Kesemua pendapatan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun terakhir ini banyaknya datang daripada pendapatan minyak (cukai petroleum, cukai syarikat minyak, cukai yang dibayar oleh pekerja syarikat-syarikat minyak, duti eksport minyak, dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan) (SUMBERNYA DI SINI) :
Pendapatan Negara Malaysia VS Pendapatan Petroleum (RM Bilion)
Pendapatan Minyak Malaysia 2013
  1. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2009 : RM62 bilion
  2. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2010 : RM56 bilion
  3. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2011 : RM66 bilion
  4. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2012 : RM71 bilion
  5. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2013 dijangka sekitar : RM72 bilion
Sumber : Perbendaharaan Negara
Jikalau diperhatikan dan dimomokkan untuk rakyat Malaysia setiap hari melalui salauran media arus perdana, kewangan negara cukup sesak bagi menghalalkan kenaikan harga minyak atas nama pengurangan subsidi.
Pendapatan Negara VS Perbelanjaan Mengurus VS Perbelanjaan Pembangunan (RM Bilion)
Malangnya, dalam pada pendapatan negara terus meningkat tetapi perbelanjaan mengurus negara turut meningkat dengan mendadak :
  1. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2009 : RM157 bilion
  2. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2010 : RM152 bilion
  3. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2011 : RM183 bilion
  4. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2012 : RM203 bilion
  5. Dianggarkan Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2013 sudah mencapai : RM202 bilion (kenaikan pastinya terarah kepada faktor _______)
Bertambah teruk lagi, perbelanjaan untuk tujuan pembangunan negara Malaysia terus menurun :
  1. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2009 : RM50 Bilion
  2. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2010 : RM53 Bilion
  3. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2011 : RM46 Bilion
  4. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2012 : RM50 Bilion
  5. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2013 : RM48 Bilion
Kerajaan Malaysia dilihat tidak menggunakan kesempatan yang ada disebalik peningkatan pendapatan negara atas nama kenaikan pendapatan Petronas untuk digunakan tujuan :
Pendapatan Malaysia 2013
  • Membayar hutang kerajaan Malaysia yang terus meningkat daripada tahun ke tahun di mana yang sekarang ini sudah pun mencecah ke angka RM622 bilion (KLIK SINI).
  • Menambahbaik pembangunan negara. Jumlah peruntukkan pembangunan negara semakin mengecil angkanya daripada tahun ke tahun.
Nah…ini realiti yang berlaku sekarang ini. Persoalan apa sekarang ini? Adakah Malaysia mempunyai cukup wang untuk mentadbir negara ini baik selain menambahbaik kehidupaan rakyat Malaysia?
Sebenarnya lebih sekadar cukup. Tetapi, negara tidak akan cukup wang selagi yang diberikan amanah untuk menguruskan kewangan negara tiada disiplin untuk mengawal nafsu pemimpin yang terus-menerus boros ketika membelanjakan kewangan negara dan duit rakyat, korupsi, penyelewengan, salah guna kuasa berleuasa di Malaysia.
Seperti yang Berita Semasa tekankan sebentar tadi, walaupun pendapatan negara terus meningkat malangnya ekonomi dan hutang tidak diruskan dengan baik. Natijahnya kepada negara, buat pertama kali dalam sejarah ekonomi negara agensi penarafan kredit antarabangsa Fitch Rating telah menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif dek kerana kadar hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi.
  1. Nilai matawang ringgit Malaysia telah susut nilai dalam tempoh 1 bulan yang terakhir ini. Dan semakan Berita Semasa hari ini nilai matawang Malaysia kembali mengukuh…..
  2. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut
  3. Kerajaan Malaysia dilihat boros berbelanja tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang sehingga melebihi pendapatan negara (bajet defisit) selama 15 tahun berturut-turut
  4. Hutang negara terus meningkat lebih RM300 bilion untuk dalam tempoh 5 tahun sahaja. Sedangkan hutang kerajaan Malaysia pada tahun 2008 sejak Malaysia merdeka, hanya berlegar ke angka RM286.121 bilion (SEPERTI DI SINI).
Akhirnya, jalan penyelesaian yang mudah diambil kerajaan sekarang adalah dengan cara mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun di mana kesannya dinikmati oleh anda, anda semua daripada kalangan 28 juta rakyat Malaysia. Apa komen dan pendapat anda pula?

Sunday 27 October 2013

Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!

Bajet Kerajaan 2014 

Berdasarkan semakan Berita Semasa melihatkan pembentangan Bajet 2014 Malaysia kali ini, kerajaan terus melaksanakan bajet defisit untuk tempoh 16 tahun berturut-turut sejak dari tahun 1998.
Dan penganalisis dan pakar ekonomi menjangkakan yang mana bajet defisit akan terus digunakan menjelang pembentangan Bajet 2015 kelak. Malahan….
Malahan ada yang menjangkakan kerajaan akan memohon Bajet Tambahan di parlimen suku kedua tahun 2014. (SEPERTI DI SINI)
Walaubagaimanapun, Berita Semasa nampak sudah mula kerajaan sedar dan kelihatan ada sedikit iltizam bagi memperbaiki stuktur kewangan dan dana negara. Apapapun kami sebagai rakyat akan menyokong apa sahaja usaha yang membawa kebaikan kepada kami. Tetapi…..yang kelihatan ada kesilapan, tegur tetap ditegur untuk kebaikan semua…
Pembentangan Bajet 2014 : Reformasi Ekonomi Malaysia
  • Jumlah Bajet 2014 : RM264.2 bilion
  • Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
  • Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
  • Perbelanjaan mengurus: RM63.6 bilion bagi Emolumen dan 36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
Bajet 2014 Kerajaan
Dengan jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2014 kali ini, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk Malaysia pada masa akan datang seperti :
  • Defisit fiskal Malaysia diharapkan akan terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.
  • Berbanding pendapatan kerajaan Malaysia sekitar RM220.1 bilion pada tahun 2013, kerajaan Malaysia menjangka akan dapat meraih pendapatan sejumlah RM224.1 bilion (tambahan 4 bilion lagi) pada tahun hadapan
  • Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
  • Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus
  • Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
  • Kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
  • Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 – peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
Bagaimana? Adakah anda sebagai rakyat Malaysia merasai kemeriahan perkembangan ekonomi negara melihatkan angka-angka di atas?
Bajet 2014 Defisit
KLIK : Untuk Paparan yang lebih jelas
Bajet 2014 Kerajaan : Nasihat Rakyat Malaysia Kepada Kerajaan?
Berita Semasa berharap kepada pihak kerajaan usahlah membazirkan wang negara & rakyat begitu sahaja ini kerana setiap hasil yang diperolehi negara bukannya mudah. Ketika ini, pihak kerajaan sudah pun memegang tampuk kuasa untuk tempoh sekitar 5 tahun daripada sekarang. Laksanakan tanggungjawab dan amanah yang kami berikan dengan sebaiknya….
Janganlah menganggap apa yang diusahakan samada dasar dasar mahupun perancangan kerajaan acapkali disukai oleh segenap pelusuk dan majoriti rakyat Malaysia.
“Pastinya akan ada yang suka, dan ada juga yang membantah”
Walaubagaimanapun, ini boleh diselesaikan dengan menyakinkan semua rakyat anda yang mana anda sebagai kerajaan tidak hanya bercakap kosong sahaja dan bukan hanya bersandarkan slogan semata tetapi mampu melaksanakan dasar yang benar-benar prihatin dan dekat dengan denyut nadi harapan seluruh rakyat Malaysia.
Insyaallah jika ia benar-benar mampu dilaksanakan, Berita Semasa fikir pembangkang, Pakatan Rakyat ataupun kelompok rakyat Malaysia yang sering mempertikaikan dasar kerajaan atas nama mereka belum merasai kenikmatan yang setimpal selama mana mereka tinggal di Bumi Malaysia tidak mampu menganggu gugat mahupun merampas tampuk kekuasaan anda. Ya…..
Tetapi, tetapi….. jika rakyat masih kurang berpuas hati, kerajaan perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan pada masa akan datang…
Dunia bergerak cukup pantas hari ini, begitu juga pemerintahan di mana-mana negara sekalipun tidak semudah 10-20 tahun dahulu. Tiada erti kata jalan mudah untuk mentadbir sesebuah negara. Jikalau sesebuah kerajaan mampu mentadbir dengan baik, tidak perlu dipujuk mahupun “digula-gulakan” rakyat Malaysia sekalipun, rakyat Malaysia tetap menyokong aspirasi anda.
P/S : Apa pendapat anda pula & saranan melihatkan pembentangan Bajet 2014 kali ini?