Friday 1 November 2013

Inflasi hanya akan naik 3.5 peratus

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 hanya akan melihat inflasi naik antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus sebelum menyederhana selepas itu.

Ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, inflasi itu kemudiannya menurun antara 1.00 peratus dan 1.50 peratus setahun selepas penguatkuasaannya.

Beliau berkata, ia hanya kenaikan sekali sahaja dan menjadi reaksi awal apabila GST dikuatkuasakan.
“Kanada, Singapura dan Australia juga mengalami kenaikan satu kali apabila mereka melaksanakan struktur cukai baru ini,” katanya dalam dialog pasca Bajet 2014 di sini yang dianjurkan Persatuan Ekonomi Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Setakat akhir Ogos, inflasi dicatatkan pada 1.7 peratus dan dijangka naik 2.0 peratus menjelang akhir tahun.

“Kemudian saya rasa (akan ada) impak minimum kepada inflasi,” katanya. - BERNAMA

sumber dipetik dari:- http://www.hmetro.com.my/

No comments: