Saturday 19 April 2014

Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014?

Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013 (KLIK SINI).

Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi…..Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini :

4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?
kenaikan harga minyak
  1. Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian)
  2. Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia (Laporan Berita Harian)
  3. Laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran cukup tinggi dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia (Laporan Kosmo)
  4. Dan yang terakhienya dan tidak asing lagi terma untuk rakyat Malaysia “dasar rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga minyak di Malaysia” (Kehendak Kerajaan Malaysia)
Subsidi Ron 95Semakan Berita Semasa terhadap paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London.

Berita Semasa perhatikan negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja.

Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem…
Harga Minyak Dunia
P/S : Berita Semasa menjangkakan harga minyak RON95 akan naik tidak lama sahaja lagi semuanya atas kesan daripada PetroDollar.

PP/S : Sumber yang Berita Semasa perolehi setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak.

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Friday 18 April 2014

Mihas catat jualan RM1b

Antara produk dipamerkan di Mihas 2014, baru-baru ini. Foto: MIHAS 2014.




JUALAN sebanyak RM966.4 juta dicatatkan sepanjang Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2014 (Mihas 2014) yang ke-11 termasuk menerusi program Misi Belian yang berlangsung di Kuala Lumpur, minggu lalu, iaitu kenaikan 21 peratus berbanding RM798.72 juta tahun lalu.

Mihas 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ialah pameran perdagangan halal terbesar dunia yang memfokus kepada pembekalan produk dan perkhidmatan halal kepada pasaran antarabangsa.

"Semasa acara yang berlangsung dari 9 hingga 12 April itu, Matrade turut mengaturkan program Misi Belian yang menemukan 400 pembeli dari 41 negara dalam mesyuarat perniagaan yang telah dijadualkan," menurut Mihas dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, sektor utama yang menarik perhatian pembeli semasa pameran itu ialah minuman, produk diproses dan sedia dimakan, makanan sejuk beku, perasa dan rempah.

Namun, sektor bukan makanan dan perkhidmatan seperti kelengkapan tandas, penjagaan tubuh, penjagaan kebersihan dan produk kewangan turut menyumbang RM82.9 juta daripada RM489.2 juta jualan yang dijana sepanjang acara itu.

Mihas 2014 menarik 20,818 pengunjung dari 60 negara, naik 12.5 peratus berbanding tahun lalu dan disertai 521 syarikat dari 26 negara.

sumber dari :  http://www.sinarharian.com.my/bisnes/

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?

“masyarakat pakar dan pengkaji”
Semoga senarai ranking universiti terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini?

Senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik oleh QS

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
  1. Universiti Malaya (UM) – IPTA
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - IPTA
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) - IPTA
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - IPTA
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - IPTA
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - IPTA
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - IPTA
  8. Universiti Multimedia (MMU) - IPTS
  9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) - IPTA
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - IPTS
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - IPTS
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM) - IPTA
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - IPTA
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing - IPTS
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - IPTA
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - IPTA
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - IPTA
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250 universiti terbaik di Asia.

Manakala Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia.

Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah : Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Kedudukan di Asia?
  • Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
  • Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
  • Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya.

P/S : Semoga senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.

P/S : Apa pendapat anda sebagai pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian di atas ini?

sumber dari: http://www.beritasemasa.com.my/

Thursday 17 April 2014

Bank Rakyat bayar zakat RM987,129

SEREMBAN - Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM987,129 kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Norazmi Musa.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) berkata, PZNS mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM80 juta tahun ini.

Katanya sejak awal Januari hingga semalam, PZNS berjaya mengutip sebanyak RM24 juta dan yakin sasaran kutipan yang ditetapkan itu akan dapat dicapai.

"Jumlah kutipan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk skim pembayaran zakat melalui potongan gaji berjadual dalam kalangan kakitangan kerajaan selain kemajuan ekonomi negeri dan negara kerana pembayaran zakat turut membabitkan kalangan ahli perniagaan serta syarikat," katanya. - Bernama

sumber dari:  http://www.sinarharian.com.my/

Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : Kesan Kos sara Hidup Rakyat Malaysia?

Berita Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : Terbaru, siri gelombang kenaikan harga barang di Malaysia akan terus melonjak dengan dipacu dengan berita kenaikan harga gas asli bermula bulan hadapan Mei 2014 yang baru sahaja dimaklumkan sendiri oleh Petronas.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak pemain industri, rakyat Malaysia perlu menghadapinya…

Apa Kesan Rantaian Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia?

  1. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan gelombang inflasi yang pernah Berita Semasa laporankan (DI SINI) untuk tahun 2014 terus melonjak naik
  2. Berita kenaikan harga gas asli bakal menyebabkan industri berat seperti pembuatan keluli akan terkesan. Dan ini bakal memberikan markah dan alasan untuk kapitalis REDHA dan pemain hartanah di Malaysia untuk terus melonjakkan harga rumah di Malaysia lebih awal sebelum GST dilaksanakan
  3. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan kos tambahan kepada pemain industri berat sekurang-kurangnya sejumlah RM200 juta? Berdasarkan kesan rantaian yang berlaku, kepada siapakah akhirnya yang akan menerima kesan akhirnya?
  4. Peniaga makanan seperti biasa tidak akan mahu menyerap tekanan kenaikan kos operasi mereka, mahu atau tidak bebannya akan dicampakkan semula kepada pembeli dan pengguna
  5. Bagaimana anda pula, kalangan ibubapa yang masak di rumah? Tong gas?
  6. Ada lagi yang anda mahu tambah senaraiannya?

Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia : Kadar Harga Baru?

Sekarang ini pasaran harga gas asli dimonopoli oleh Petronas yang dijual :
  • pada harga RM18.35 setiap MMBTU sekarang ini
  • pada harga RM19.85 setiap MMBTU bermula bulan Mei 2014
  • harga gas asli di Malaysia akan naik setiap 6 bulan sekali selama tempoh 3 tahun
P/S : Berita kenaikan harga gas asli akan “muncul” semula 6 bulan daripada sekarang. Nantikan!

PP/S : Berita Semasa sama sekali tidak mahu menyalahkan Petronas. Ini kerana selama ini mereka “terpaksa” membiarkan taikun IPP merompak duit mereka hasil daripada pemberian subsidi gas asli kepada IPP (SEPERTI DI SINI)

sumber dari: http://www.beritasemasa.com.my/

Wednesday 16 April 2014

PUNB peruntuk dana RM275 juta

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperuntukkan RM275 juta dana yang akan disalurkan kepada usahawan melalui empat skim sedia ada tahun ini.

Empat skim tersebut adalah Skim Prosper Usahawan Muda (Puma), Skim Runcit, Skim Pemborong dan Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzillah berkata, setiap tahun PUNB akan menetapkan sejumlah dana untuk pembangunan perniagaan kepada sekurang-kurangnya 600 usahawan. Tahun lalu, PUNB menetapkan dana sebanyak RM230 juta.

“Daripada jumlah itu, RM80 juta hingga RM85 juta telah disalurkan kepada usahawan yang memohon sehingga Mac tahun ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah PUNB Biz Plan Challenge 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

PUNB Biz Plan Challenge 2013 bertujuan mencungkil idea perniagaan baru dan inovatif daripada usahawan muda Bumiputera dengan hadiah berupa geran perniagaan RM170,000 dan berlangsung dari November 2013 hingga 28 Februari 2014.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Dzulkifli, daripada empat skim PUNB, Skim Peruncit dan Pemborong menerima dana paling banyak iaitu RM160 juta.

Katanya, bagi tahun depan pula, sebanyak RM325 juta dana akan diperuntukkan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, menerusi Skim Puma, sebanyak RM49.58 juta dana telah diluluskan kepada 1,129 perniagaan yang melibatkan 1,173 usahawan muda sehingga 31 Mac 2014.

Katanya, antara sektor yang menerima dana tertinggi daripada PUNB ialah pakaian, tekstil dan aksesori (RM8.44 juta), makanan dan minuman (RM5.84 juta), teknologi maklumat (RM5.28 juta), perkakasan dan kejuruteraan (RM4.57 juta) serta kenderaan bermotor (RM4.06 juta).

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/

Tuesday 15 April 2014

Syarat “Kelompok Elit” Diperketatkan.

PTD 2014 : Syarat “Kelompok Elit” Diperketatkan. Perlu Sertai 12 Bulan Kursus! Peluang Kenaikan Gaji, Elaun, Kenaikan Pangkat Cepat! Berminat : Dua tahun lalu, timbul isu berkaitan PTD (SEPERTI DI SINI). Ramai sebenarnya baik daripada diri pemohon mahupun kalangan ibubapa mahukan anak-anak mereka menjadi PTD. Masakan tidak, PTD merupakan “kelompok elit” dalam sektor awam.

Berita Semasa boleh katakan kumpulan PTD adalah kumpulan popular. Semua jawatan tertinggi dalam kementerian pun kebanyakannya disandang PTD termasuklah meliputi dalam bidang kewangan, audit, kastam walaupun bukan pakar ataupun datang dari sesetengah bidang yang diceburi dan dikendalikannya.
Intan PTD
Sekarang ini pun Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan kesemua Ketua Setiausaha kementerian (KSU) terdiri dan datang dari kelompok PTD. Jika sebelum ini kadet PTD hanya perlu menghadiri kursus DPA di Intan sebelum diserap sebagai pegawai PTD kekal tetapi permohonan PTD 2014 menjadi lebih sukar.

Semuanya bagi memastikan PTD selepas ini lebih berkualiti Syarat Baru Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD 2014)?
  • Kadet PTD perlu ikuti dua kursus diploma
  • Kursus 5 bulan Siswazah Pentadbiran Awam ( DPPA ) di bawah Universiti Malaya (UM)
  • Diploma 7 bulan Pentadbiran Awam (DPA) di bawah Intan
  • Kursus DPPA memfokuskan konsep ‘Askar’ termasuk sikap kemahiran, pengetahuan, ketangkasan dan berdaya tahan dengan menjalani kursus 30 jam kredit dalam dua semester
  • Kursus DPA lebih tertumpu kepada pembentukan peribadi
Bagaimana ada yang masih berminat dan menyimpan cita menyertai PTD? Menyentuh soal gaji Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD), sebenarnya tidaklah setinggi mana. Lebih kurang sama sahaja dengan gred lain di sektor awam. Begitu juga elaun Pegawat Tadbir Dilomatik (PTD), sama sahaja dengan kakitangan awam yang lain. Cuma….bezanya di sini :

Beza PTD VS Kakitangan Awam : Kenaikan Gaji, Elaun, Kenaikan Pangkat?
  1. PTD lebih mudah dan senang naik pangkat sekaligus peluang kenaikan gaji kalangan PTD lebih cepat. Contohnya, baru 3 tahun dah naik M44, sudah menjadi perkara biasa ada yang umur 30 sudah M48
  2. Boleh lompat ke kementerian atau jabatan lain
  3. Kerapkali mesyuarat, keluar sekaligus peluang menuntut elaun terbuka luas untuk PTD
  4. Bidang tugas PTD lebih kepada “basic management, planning, organising, leading dan juga controlling” dilihat seperti CEO peringkat percubaan yang banyak membantu KSU, ketua mereka di sesuatu jabatan atau kementerian. Ini kerana akhirnya PTD inilah yang akan menggantikan kelompok peringkat tertinggi dalam sektor awam.
Sebelum ini PTD ada mencuba nasib untuk memecah masuk “kubu kebal” Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun polis bangkit melawan dan menentang sekeras-keras dasar tersebut bagi mengelakkan pengarah-pengarah terdiri daripada kalangan PTD dalam organisasi peringkat tertinggi PDRM dan juga di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM (CONTOHNYA DI SINI)

P/S : Jikalau sebelum ini kemuncak PTD ialah jawatan Duta Malaysia. Jikalau tidak pun Ketua Setiausaha Kementerian KSU. Malangnya, sekarang ini ahli politik yang hilang “sentuhan emasnya” telah mula dilihat dicampakkan menjadi Duta Malaysia pula.

dipetik dari: http://www.beritasemasa.com.my/ptd-2014-syarat-sektor-awam

Monday 14 April 2014

“Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima?

Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir. “Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima : Sebelum ini, pakar Australia dan Amerika Syarikat telah mengesahkan dan mengatakan, “Nah, inilah isyarat PING yang kita cari selama ini”.

Malangnya, selepas ini kita mungkin tidak akan menerima lagi isyarat PING daripada kotak hitam seperti yang disahkan sebelum ini. Ini kerana….

Ini kerana daya jangka hayat bateri kotak hitam MH370 sudah pun melebihi kemampuannya (yang mana sehingga ke hari ini sudah memasuki hari ke-37 sejak berlakunya tragedi kehilangan pesawat MH370.

Pakar Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales & pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam MH370.

Senarai Kapal Menerima Isyarat Ping Kotak Hitam MH370?
  • kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield – 2 kali
  • kapal China Haixun 01 – 2 kali isyarat
Kotak Hitam MH370
Terbaru, satu panggilan telefon telah berjaya dikesan yang datang dari pesawat MH370. Yang menariknya lagi panggilan tersebut datang dari telefon bimbit Fariq Abdul Hamid (KLIK SINI). Berikut butiran panggilan yang dibuat melalui telefon bimbit Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang) :
  • Panggilan dibuat pagi 8 Mac 2014
  • Panggilan dibuat ketika kapal terbang MH370 berada pada kedudukan serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang sehingga membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan
  • Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
Apa sebenarnya yang berlaku di kokpit dan di dalam pesawat MH370 pada pagi MH370 sebenarnya? Sekarang ini, dilaporkan setiap maklumat sedang dikumpulkan oleh kalangan pakar-pakar bagi merungkai segala misteri bagi membongkar & merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370 di pengakhirannya?

dipetik dari: http://www.beritasemasa.com.my/kotak-hitam-mh370-panggilan-telefon

Sunday 13 April 2014

RM1j bagi bengkel transformasi usahawan

Gambar sekadar hiasan

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi inisiatif terbaru, Bengkel Transformasi Usahawan (BTU), yang dianjurkan di seluruh Sabah untuk membantu usahawan meningkatkan hasil mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed  berkata, inisiatif oleh Institut Automotif Malaysia (IAM) itu sudah pun bermula dengan 90 usahawan menyertai bengkel automotif, dan mereka akan menerima sijil tamat latihan fasa pertama hari ini.

"Fasa kedua akan bermula minggu depan," katanya pada satu sidang akhbar selepas merasmikan Program Bantuan Pembangunan Keusahawanan selama sehari di sini hari ini.

Mustapa berkata, projek itu bertujuan menggandakan margin keuntungan usahawan dalam masa setahun dan untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu dalam sektor automotif.

Lebih daripada 250 peserta yang terdiri daripada anggota persatuan keusahawanan Sabah, koperasi, dewan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan di samping wakil daripada agensi persekutuan dan negeri terlibat dalam program itu.

Sementara itu, beliau berkata, Miti telah menambah peruntukannya bagi Sabah untuk menaikkan taraf kawasan perindustrian yang ada, untuk membantu Sabah sebagai satu destinasi pelaburan.

Kementerian itu akan menambah  peruntukan itu kepada RM4.4 juta tahun ini daripada RM4 juta tahun lalu, tegas beliau. - Bernama

dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/