Saturday, 6 September 2014

Hutang Kereta (RM145 bilion), Hutang Pinjaman Peribadi (RM56 bilion).Apa Puncanya?

Hutang Kereta, Pinjaman Peribadi, Rumah, Kad Kredit  : Melihat hutang is rumah yang merupakan antara kayu ukur tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekaligus kenaikan BLR naik 2014 kali sehingga Ketua Ekonomi CIMB Research, Lee Heng Guie menjangkakan yang mana kenaikan BLR naik 2014 bakal menyebabkan kalangan rakyat Malaysia yang memiliki gaji dan pendapatan di bawah… angka RM3,000 bakal berhadapan kesan kewangan yang teruk dan kesan masalah sosial.
Di mana ada antara mereka akan hanya dapat teruskan kehiduapn setiap bulan dengan baki simpanan yang semakin kecil.

Senarai Beban Hutang Rakyat Malaysia?

  • Hutang kereta : RM145 bilion
  • Hutang pinjaman peribadi : RM56 bilion
  • Hutang rumah : RM316 bilion
  • Kad Kredit : RM32 bilion
KLIK SINI : Gaji di Malaysia Naik Lagi "Laju" Daripada Harga Barang.
Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
 
Yang mana perbelanjaan kad kredit, banyak digunakan untuk membeli belah sehingga mencecah 30% berbanding untuk pembeli minyak, bayar bil dan lain-lain. Dan Malaysia sekarang berada di tangga kedua paling teruk hutang kad kredit di Asia Tenggara berdasarkan rujukan kajian oleh pihak iMoney Malaysia.
Oleh itu, Berita Semasa suka untuk melihat daripada sisi yang berbeza mengapa dan bagaimana hutang rakyat Malaysia boleh melonjak tinggi sebegini rupa. Mengapa? Boleh hanya jumlah dan nilai hutang rakyat Malaysia sekadar menjadi “jaguh kampung” tetapi Malaysia telah menjadi jaguh Asia” apabila diangkat menjadi negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia. Berita Semasa sama sekali tidak mahu Malaysia dikenali dengan statistik dan angka yang sebegini rupa. Tetapi mengapa keadaan semakin bertambah buruk? Mengapa?

berita lanjut KLIK SINI

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Friday, 5 September 2014

KTM buka tempahan model RC

Thomas Kuttruf (Ketua Media/Perhubungan Awam KTM Sportmotorcycle AG) dan Diego Arioli (Pengurus Produk KTM Sportmotorcycle AG) - Foto Sinar Harian Oleh NURHAZAH IBRAHIM  

MODENA - ITALI. KTM melancarkan model baharu RC200 dan RC390 secara global hari ini dan barisan model tersebut bakal dipasarkan ke Malaysia penghujung September ini.

Model sekian lama dinantikan itu, adalah hasil daripada DNA KTM Moto3.

Menurut Pengurus  Besar KTM CKD Malaysia, Muhamad Zamry Abu Samah, kehadiran model supersport  itu disasarkan kepada penunggang muda yang menginginkan sentuhan perlumbaan.

"Anggaran harga bagi RC200 tidak lebih RM18,000 manakala RC390 adalah sekitar RM28,000.

"Harganya yang cukup relevan sangat dinanti penggemar motosikal motorsport tambahan cirinya sebagai jentera yang ringan dan tumpuan diberikan pada prestasi suspensi, tork dan brek untuk tunggangan seperti pelumba di jalan biasa," katanya selepas majlis pelancaran dan tunggang uji di sini.

Jelasnya, kehadiran model RC ini akan melonjakkan lagi jualan KTM CKD di Malaysia.

"Tempahan juga kini dibuka di pusat jualan sah KTM seluruh Malaysia," ujarnya.

Model RC berkenaan didatangkan dengan lampu LED nyalaan siang hari di hadapan yang memberi imej garang pada jentera dan juga kerusi belakang baharu.

RC200 didatangkan dengan enjin satu silinder bersesaran 200cc yang mampu memberikan kuasa 26hp pada 10,000rpm dan tork setinggi 19.5Nm pada 8000rpm.

Sementara RC390 dilengkapi enjin 375cc dengan kuasa 44hp pada 9500rpm dan tork 35Nm pada 7250rpm. Kedua-dua model dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Perbezaan visual yang dapat dilihat RC390 didatangkan dengan fairing berwarna putih manakala RC200 adalah hitam.

Bagi pasaran Malaysia hanya RC390  sahaja dilengkapi dengan ciri ABS.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
 

Thursday, 4 September 2014

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca & Masalahnya?

Seramai 216,048 (56%) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca & Masalahnya?

Berpelajaran tetapi tiada jawatan kosong dan pekerjaan. Itulah ungkapan yang sesuai dengan nasib para graduan yang keluar berpuluh ribu saban tahun. Yang mana pencapaian agak serdahana, keluar sahaja tempoh pengajian selama lebih 3 tahun dan ke atas contohnya, keluar-keluar sahaja sudah memikul hutang sekurang RM15,000 dan ke atas berdasarkan kos di tempat pengajian masing-masing yang mereka pernah turunkan tandatangan akur janji sebelum ini.

Malangnya, “mimpi indah” yang diharapkan kalangan anak muda dan graduan universiti bagi mengisi jawatan kosong secepat mungkin, sebenarnya tidak semudah yang mereka sangkakan.
KLIK SINI : Kadar Pengangguran di Malaysia Bawah 3% (Hampir Tiada Kata Menteri)
VS Negara Maju 21% Kadar Pengangguran Mereka!!
Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd melalui pengurusnya Sam Haggang mendapati :

  • 3 daripada 5 graduan universiti akan mengambil masa lebih daripada 6 bulan bagi mengisi jawatan kosong yang ada di Malaysia. Bagaimana anak muda di sini? Setuju dengan kaji selidik ini?
  • Manakala 40% yang lain, mengambil masa lebih lama untuk mengisi jawatan kosong yang ada.

Punca Graduan Universiti Susah Isi Jawatan Kosong Sekarang?

Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dihasilkan oleh Jobstreet menunjukkan di sini terdapat beberapa faktor menyebabkan ramai graduan universiti di luar yang masih menganggur. Antara puncanya ialah :
    pengangguran graduan universiti
  1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%
  2. Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%
  3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%
  4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%
  5. Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%
  6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%
  7. Tahap pengetahuan yang lemah : 24%
Sedangkan majikan hari ini melihat dan menilai calon-calon yang dapat memenuhi kriteria seperti di bawah ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Manpower Inc. pada tahun 2008, antara lainnya ialah :
  1. Ada intergriti dan jujur
  2. Mampu memberikan hasil kerja dan kualiti perkhidmatan yang terbaik
  3. Berkebolehan berkomunikasi dengan efektif
  4. Dapat memastikan kepuasan pelanggan syarikat ditahap yang terbaik
  5. Memiliki motivasi yang tinggi
  6. Mampu melakukan kerja dan tugasan yang diberikan tanpa terlalu bergantung harap dengan orang lain

Punca Graduan Universiti Tidak Capai Kehendak Pasaran Pekerjaan & Jawatan Kosong di Malaysia?

Melihatkan kepada faktor masalah graduan universiti menganggur yang semakin bertambah saban tahun ditambah dengan kehendak majikan hari ini, terdapat “masalah yang terus bernanah” yang masih belum mampu dirawati sehingga ke hari ini kepada kalangan anak muda. Semuanya apabila Berita Semasa melihat kepada laporan International Student Assessment (PISA) yang menilai kepada kemahiran dan kekreatifan menyelesaikan sesuatu masalah pada tahun 2012 yang meletakkan :

  • Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 negara
  • Anak muda di Malaysia dilihat tidak disediakan persekitaran yang kondusif dan juga tidak dilatih kemahiran yang benar-benar diperlukan di tempat kerja kelak
  • Daripada 100 anak muda di Malaysia, hanya 1 orang sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang paling kompleks berbanding 1 daripada 5 anak muda dari Singapore. Jepun dan juga Korea Selatan
Malah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya :
  • 93% daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010
  • 67% daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2012
  • 50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara kritis

Gaji Pekerja Malaysia Vs Pekerja Thailand, Singapore & Vietnam?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BACA SINI : Jurang Gaji Orang Kaya VS Golongan Bawah di Malaysia Tertinggi 
Di Asia Tenggara!

Dan Berita Semasa ambil contoh dalam industri ICT, hasilnya amat menyedihkan merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh PIKOM dan juta Portal Jobstreet pada Jun 2014 mendedahkan berlakunya jurang gaji dan pendapatan yang besar melibatkan profesional ICT di Malaysia berbanding negara-negara lain seperti China, Hong Kong, Vietnam, Singapore, Thailand.
Hakikatnya, profesional Malaysia dibayar pada gaji dan pendapatan yang rendah dibandingkan negar-negara Asia Pasifik yang lain pada paras antara 10% – 30% lebih rendah berbanding negara-negara jiran serantau kita. Apa pendapat anda pula, ada cadangan untuk menyelesaikan isu dan masalah ini?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

5 Tips hadapi dilema saat membeli belah

Musim jualan murah bakal berkungjung tiba tidak lama lagi dan tentunya menjadi golongan wanita, mereka ini pastinya insan paling gembira apabila menjelang saat seperti ini.

Lebih-lebih lagi ketika harga barangan yang diinginkan menawarkan diskaun yang hebat, kalau diikutkan hati pasti satu kedai mereka ingin membawanya pulang ke rumah.

Namun, kadang-kala aktiviti jualan rumah membuatkan mereka keliru dengan pilihan yang terlalu banyak dan murah.

Jika tidak ingin kad kredit mahupun wang anda menjadi mangsa jualan murah ini, apa kata kita ikuti beberapa tips yang dipetik dari Vemale.com ini:

1. Pusing keliling dahulu, baru pilih!
Gunakan ruang dan kesempatan yang ada dengan mengelilingi dan melihat-lihat terlebih dahlu sekitar kedai tersebut. Cara ini membolehkan anda menemui apa sebenarnya barang yang kemungkinan besar akan dibeli. Takut-takut selepas membayar, ternampak pula barangan yang lagi cantik dan harganya pun lebih murah.

2. Tetapkan masa
Demi mengelakkan dilema anda berpanjangan, jangan berbelanja terlalu lama. Peruntukan masa selama 45 minit hingga 1 jam sahaja. Sesuaikan dengan kemampuan diri anda. Semakin lama anda di sana, semakin sulit anda membuat pilihan.

3. Fokus pada keperluan
Senaraikan barangan apa yang diperlukan ketika membeli belah pada saat ini. Takut-takut terlepas pandang kepada barangan yang sepatutnya dibeli, tetapi terbeli barang yang tidak penting. Kalau sudah memenuhi apa yang diinginkan, barulah boleh membeli barangan lain yang menggiurkan mata anda.

4. Kualiti
Bijak dalam membandingkan harga dengan kualiti barang yang dijual. Misalnya, jenama beg tangan mewah yang berkualiti menawarkan harga yang seakan sama dengan beg berkualiti rendah, tentunya anda tahu mana satu yang harus dipilih bukan?

5. Utamakan barangan yang boleh dicuba terlebih dahulu
Jika anda membeli pakaian, pastikan anda menyemak dan mencubanya terlebih dahulu kerana dikhuatiri anda kecacatan seperti terkoyak, tiada butang dan sebagainya bakal menghantui anda. Sayang sekali jika baju yang dibeli dengan harga murah terlalu sempit atau terlalu longgar dan akhirnya tidak dipakai dan dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, jangan lupa sentiasa melakukan tips di atas di kala membeli belah pada jualan murah nanti. Paling utama pastikan membeli mengikut kemampuan dan tidak terlalu membazir.

Selamat membeli-belah!

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

5 Tips mudah membeli gincu

Sebenarnya ia bukanlah satu perkara mudah untuk membeli gincu yang bersesuaian dengan bibir anda. Bibir kering, warna tidak sesuai dengan tona kulit dan sebagainya – itu adalah masalah yang sering dialami oleh wanita.

Anda digalakkan untuk mencuba gincu berulang kali sebelum menemui yang terbaik untuk anda.

Dipetik daripada Allure, ikuti lima tips mudah berikut sebelum membeli gincu:

Amalkan pelupasan bibir sebelum keluar rumah
Jika anda tidak mempunyai skrub untuk bibir, jangan bimbang kerana anda boleh lakukan pelupasan dengan cara yang mudah. Anda hanya perlu campurkan gula dengan Vaseline, kemudian urut pada bibir dengan lembut agar kulit-kulit kering akan mengelupas keluar.

Bersihkan gincu
Bukan anda seorang saja yang mencuba gincu tersebut, mungkin terdapat beratus wanita lain telah mencubanya sebelum anda. Anda boleh meminta jurujual memasukkan gincu tersebut ke dalam alkohol, kemudian lapkan permukaan atas gincu tersebut dengan tisu. Cuba gincu tersebut menggunakan aplikator baru. Jika anda masih tidak menggemari cara tersebut, anda boleh mencuba gincu tersebut pada hujung jari anda dan bukannya pada tangan kerana ia hampir sama dengan warna semulajadi bibir anda.

Guna penanggal solekan sendiri
Kebanyakan penanggal solekan di kaunter kecantikan agak kasar dan boleh mengakibatkan bibir anda kering, lebih-lebih jika anda mencuba pelbagai jenis warna berbeza. Anda digalakkan membawa penanggal solekan anda sendiri yang lembut pada kulit dan bibir anda.

Lapkan lebihan warna dengan tisu
Gunakan kapas yang telah direndam dalam penanggal solekan dan tekapkan pada bibir anda selama 15 saat untuk menanggalkan gincu tersebut sebelum lapkan ia perlahan-lahan.

Samarkan warna dengan bedak asas
Jika masih terdapat lebihan warna pada bibir anda, 'neutralkan' ia dengan meletakkan bedak asas pada bibir anda. Apa yang penting, jangan letakkan terlalu banyak kerana ia mungkin memberi kesan kepada warna gincu tersebut.

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Wednesday, 3 September 2014

Gambar Proton Iriz 2014 Hatchback (Proton Compact Car) Didedahkan Secara Rasmi? Perodua Axia Bakal Gigit Jari?

Gambar Proton Iriz 2014 Hatchback (Proton Compact Car) Didedahkan Secara Rasmi. Perodua Axia Bakal Gigit Jari ; Inilah dia kereta Proton iriz 2014 Hatchback yang dikatakan bakal memberikan kegusaran kepada jualan model kereta Perodua Myvi yang menjadi “raja di jalanan” yang cukup popular selama ini. Akhirnya…sedikit demi sedikit gambar Proton Iriz 2014 hatchback didedahkan kepada anda-anda semua yang terus ternanti-nanti “buah tangan” terbaru Proton Malaysia.

Selain daripada Perodua Myvi, Proton Iriz 2014 Hatchback dijangka akan bersaing hebat dengan model kereta Hyundai i10, VW UP!, Honda Brio. Selepas melihat gambar Proton Iriz 2014 seperti di bawah ini, ramai yang mula berkira-kira dan mempertimbangkan samada mahu memilih Perodua Axia ataupun Proton Iriz. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri yang mampu sedikit sebanyak kelemahan yang anda. Berita Semasa difahamkan model kereta ini akan dijual pada harga lingkungan seperti di bawah ini :

Spec : Proton Iriz 2014 Hatchback?

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan kemudahan, kelengkapan yang disertakan bagi Proton baru 2014 kali ini. Antara lainny ialah :
  1. Skrin sesentuh dengan kemudahan Navigasi, Radio, Media dan Bluetooth.
  2. Skrin sesentuh untuk paparan bagi kamera undur.
  3. Dilengkapi dengan enam beg udara (besar kemungkinan hanya ditawarkan untuk spec proton Iriz 2014 yang termahal). lebih banyak duit yang anda leburkan, lebih selamat.
  4. Menyediakan 5 tempat duduk
  5. Butang penghidup enjin (Push start button). Juga besar kemungkinan hanya akan ditawarkan pada varian yang tertinggi sebagai strategi penjualan). Mungkin?
  6. Dilengkap kawalan kestabilan elektronik (ESC)
  7. Mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada ANCAP
  8. Menawarkan 2 VVT enjin baru Proton Iriz 2014 bagi 1.6 liter dan 1.3 liter adalah lebih jimat minyak sebanyak 10%
  9. Kuasa Proton Iriz 2014 hatchback mampu mencapai 110hp dan tork 148Nm
  10. kelajuan maksimum Proton Iriz 2014 boleh mencapai sehingga 180km/j
  11. Ditawarkan samada manual atau automatik
  12. 3 varian iaitu Standard, Executive dan juga Premium
KLIK SINI : Tawaran Harga Perodua Axia Untuk Anda. Berbaloi-baloiii...

Lagi Gambar Proton Iriz 2014 Hatchback?

Semak terdapat gambar yang terus dari kilang…
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?

60% Kakitangan Awam Yang Gaji RM3,000 Sebulan & Ke Bawah Tiada Rumah Sendiri? : Entahlah…apabila difikirkan semula, siapalah yang memberikan “buah fikiran” dangkal contohnya sebelum ini undang-undang supaya pembeli asing hanya layak membeli rumah melebihi RM500,000 bagi Berita Semasa adalah undang-undang yang telah menindas rakyat yang berpendapatan serdahana dan rendah, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Akhirnya dakah undang-undang tersebut berjaya melindungi rakyat marhaen atau tidak?

Tidak sama sekali lagi, malah undang-undang tersebut dilihat sebagai “peluru hidup” kepada pemaju bagi mendapatkan “lesen secara halal” di mana secara mudah mereka boleh menaikkan dan membangunkan projek-projek melebihi RM500,000. Bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah teruk lagi. Natijahnya kebanyakan projek-projek baru telah diletakkan pada paras permulaan harga yang tinggi, kebanyakannya bermula lebih RM500,000.

Selain rakyat Malaysia umumnya, kalangan kakitangan awam turut terasa melalui satu kajian yang diperolehi daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) apabila mendapati sebenarnya :
  • 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri.
  • Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini?
Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak mempunyai rumah sendiri sebenarnya. Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk :

Kemampuan Penjawat Awam VS Kakitangan Swasta Beli Rumah Sendiri?

Rumah Kerajaan MalaysiaHakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara pertamanya, mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus. Dan keduanya adalah kenaikan gaji kakitangan awam naik disegerakan bagi emngimbangin kenaikan harga rumah di Malaysia sekarang ini.

Kenaikan Harga Rumah di Malaysia : Cadangan Bendung Lonjakan Harga?

Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
Pinjaman Rumah Kerajaan
  1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang Berita Semasa perhatikan sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  3. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  4. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  5. Akhirnya sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  6. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
Beli Rumah Malaysia
Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memiliki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?
Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memiliki rumah sendiri?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Tuesday, 2 September 2014

iWatch & iPhone 6 bakal dilancarkan 9 September!

Beberapa hari yang lalu, Apple secara rasminya telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bagi acara bersempena pelancaran khas produk terbaru mereka yang bakal dilangsungkan pada 9 September minggu hadapan.

Khabar angin mula bertiup kencang dan Apple dikatakan bakal membuat pelancaran serentak bagi iPhone 6 dan iWatch!

Menurut laporan GMA Network, iPhone 6 generasi baru yang dilancarkan kelak khabarnya bakal hadir dengan skrin yang bersaiz lebih besar iaitu pada saiz 4.7 inci dan juga 5.5 inci yang dilengkapi dengan sistem operasi iOS 8.

Sementara itu, iWatch juga dilaporkan bakal dilancarkan serentak pada hari terbabit yang mana jam tangan pintar ini mempunyai skrin paparan melengkung OLED yang mampu mengukur tahap kandungan gula glukosa di dalam darah.

Selain itu, ianya turut dilengkapi dengan kemampuan mengesan data pembakaran kalori, waktu tidur dan juga tahap oksigen di dalam darah.

Jam pintar berteknologi hebat ini juga dikatakan boleh mengesan jap jari dengan menggunakan fungsi Touch ID iPhone yang terdapat pada gajet tersebut.

Terdahulu, Apple telah pun melancarkan iPhone 5S dan iPhone 5C pada September tahun lalu dan turut mencatat rekod jualan pada hari pelancaran telefon pintar tersebut.

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari!

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari!  : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan. Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
  • Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
  • ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin. Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu“, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?

Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.
  1. Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
  2. Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
  3. Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
  4. Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
  5. Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
  6. Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.
Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :
“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”
Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.
Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah.

Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan Malaysia Airlines MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :
  1. KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
  2. KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
  3. KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/malaysia-airlines-mas-buang-pekerja

Monday, 1 September 2014

Proton lancar imej 'teaser' PCC di laman mikro

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan imej 'teaser' bagi model terbaharunya dengan nama gelaran PCC di laman mikro baharu mereka, betulbetulonz.com.my.

Laman mikro berkenaan memaparkan imej reka bentuk lampu hadapan dan unit skrin sesentuh selain beberapa lagi imej menunjukkan ruang dalam kenderaan itu yang dilengkapi beg udara pada bahagian hadapan dan sisinya.

Sebelum ini, Proton telah memaparkan imej lampu hadapan PCC di dalam iklan Hari Raya Proton 2014. Sementara itu, laman blog Paultan.org turut memaparkan imej penuh Proton PCC berwarna hijau. Baru-baru ini, Proton mendedahkan PCC dikuasakan dengan enjin baharu VVT 1.3 liter dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik.

Enjin PCC juga menampilkan blok baharu, piston serta injap, dan merupakan model pertama bagi siri enjin baharu yang akan menggantikan enjin Campro sebelum ini. PCC ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dan setakat ini merupakan kenderaan yang menarik berbanding pesaingnya dalam segmen B.

Orang ramai boleh mula mendaftar di laman mikro berkenaan bagi menyertai sesi pandu uji Proton PCC yang akan diumumkan tidak lama lagi.

sumber : http://utusan.com.my/

Sunday, 31 August 2014

MAS akan buang sehingga 6,000 pekerja

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) tidak menjangkakan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) akan melaksanakan pembuangan pekerja Malaysia Airlines (MAS) sehingga 6,000 orang sebagai satu daripada langkah pemulihan syarikat penerbangan itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, walaupun telah menduga daripada awal bahawa langkah pembuangan kakitangan akan dilaksanakan namun begitu, pihaknya tidak menyangka seramai itu. Katanya, NUFAM akan meneliti secara keseluruhan pelan tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk membawa isu tersebut untuk perhatian pihak kerajaan.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen yang mendalam berhubung perkara ini kerana saya memahami jumlah 6,000 itu sahaja sudah cukup membimbangkan pekerja MAS kerana kita tidak tahu siapa yang terlibat.

"Kami juga belum mendapat maklumat penuh, siapakah yang akan terlibat dalam pembuangan itu, adakah termasuk anak kapal atau melibatkan pekerja di peringkat pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Langkah pemberhentian pekerja itu merupakan antara kandungan daripada 12 pelan yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan MAS. Baki lagi 14,000 pekerja dan aset-aset sedia ada akan dipindah milik kepada NewCo.

Dalam masa sama, menurut Ismail, pihaknya juga meminta agar identiti dan jenama MAS dikekalkan kerana ia telah dikenali di peringkat antarabangsa. "NUFAM mengharapkan supaya imej MAS tidak hilang begitu sahaja. Kami mahu ia dikekalkan dan menjadi satu kebanggaan buat negara," katanya.

sumber : http://utusan.com.my/