Saturday 4 March 2017

Nilai ringgit susut antara punca harga gula naik

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Friday 3 March 2017

"Bila satu naik semua benda nak naik..."

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

SHAH ALAM - "Bila satu benda naik sahaja...yang lain pun biasanya akan ikut naik," demikian pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung laporan kenaikan harga gula yang naik 11 sen semalam.

Ujarnya lagi, apa yang membimbangkan adalah barangan yang tiada kaitan dengan gula pun dijangka turut naik sehinggakan akan dikhuatiri membebankan pengguna.

"Tetapi pada saya lebih melibatkan etika peniaga yang suka menaikkan harga, sehinggakan harga ayam yang tidak pakai gula pun naik," katanya kepada Sinar Online.

Thursday 2 March 2017

Perjanjian RM31b Dimeterai

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (duduk, kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser bertukar-tukar dokumen perjanjian di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bernilai RM31 bilion yang dimeterai antara Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di sini hari ini memberi sokongan kukuh serta sinergi kepada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Wednesday 1 March 2017

Kenaikan inflasi berkait rapat dengan lonjakan harga minyak

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


28/2/2017– Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa sungguhpun berlaku kenaikan dan penurunan inflasi dalam jangka pendek, Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk menurunkan kadar semasa cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ini kerana kata beliau, kenaikan kadar inflasi negara pada Januari lalu berkait rapat dengan kenaikan harga minyak mentah dunia dan kemerosotan nilai ringgit dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat.

“Walaupun inflasi teras (tidak termasuk harga bahan api pada bulan Januari tahun ini dibandingkan pada bulan Januari tahun lalu meningkat kepada 0.2 kepada 2.3 peratus, ianya masih stabil.

Tuesday 28 February 2017

Kerajaan salur RM565 juta bantu sekolah Cina sejak 2009

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara, termasuk 884 SJKC Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menerima manfaat daripada bantuan kewangan berkenaan.

“Di Johor, dari 2009 hingga 2016, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima SJKC SBK adalah sebanyak RM69.1 juta, di mana peruntukan ini memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur sekolah.

Monday 27 February 2017

Siasat forex naikkan selera rakyat

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


PADA 22 Februari Kabinet telah lantik Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk buat siasatan awal ke atas kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) lebih 20 tahun lalu.

Saya hairan sikit pasal apa kerajaan buang masa tubuh badan petugas saja. Kalau kerajaan yakin sangat ada kes dalam hal perniagaan tukaran wang (foreign exchange trading) Bank Negara ini, pasal apa tak terus buat Suruhanjaya Penyiasatan Diraja?

Pasal apa buat rakyat jelata ternanti-nanti dengan menubuhkan badan petugas untuk buat siasatan awal lepas itu baru nak fikir tubuh suruhanjaya diraja atau tidak? Bukankah lebih cepat kalau kerajaan terus tubuh suruhanjaya diraja?

Sunday 26 February 2017

Diskaun PTPTN Bajet 2017. 15 Peratus Bagi Pembayaran Penuh!

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)


Kepada kalangan peminjam PTPTN yang tidak mahu lagi berhadapan dengan pinjaman pendidikan ini dan mahu selesaikannya secepat mungkin, ini mungkin berita baik untuk anda sekali lagi.
Ini kerana berdasarkan intipati pembentangan Bajet 2017, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan tawaran diskaun PTPTN Bajet 2017. Ada yang berminat di sini. Tawaran Diskaun PTPTN Bajet 2017 ini terbahagi kepada dua :
Senarai Tawaran Diskaun PTPTN Bajet 2017?