Saturday, 30 April 2016

Sesi Soal Jawab Kelakar Lelaki Jumpa Beg Penuh Duit Dapat Ganjaran 5K


Tahniah di ucapkan kepada seorang insan yang bernama jolo ko mung warga kuatan yang telah mengembaikan beg yang berisi dengan sejumlah wang kepada pemiliknya.

Beliau mengatakan beg tersebut di jumpainya jatuh di jaan beserah,mungkin penunggang motorsika yang punya sebab tali beg terputus katanya.

Apapun kebaikan hati jolo ko mung mendapat pujian dan perhatian dari natizen dan lebih menarik sesi soal jawab untuk mengesahkan pemilik beg itu juga membuat natizen terhibur apabila jolo ko mung turut bersenda gurau dengan pemilik beg yang penuh dengan uang tersebut.


sumber : eberita.org/

Friday, 29 April 2016

Samsung S7 masuk Malaysia

TELEFON pintar Samsung S7 (kanan) kini berada di pasaran negara. Telefon pintar Samsung S7 edge (kiri) telah dilancarkan bulan lalu. FOTO Reuters

KUALA LUMPUR: Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran, hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.

Telefon itu yang boleh didapati di kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT, Lee Jui Siang berkata, syarikat itu menerima banyak pertanyaan tentang Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lalu.

"Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.

Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge dengan paparan 5.5 inci.

Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge. – Bernama/hmetro.com.my/

Thursday, 28 April 2016

Pelayan Wanita Berseluar Dalam Di Kopitiam Pandan Perdana? [Lihat Video]


PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi persis model dan anak patung ini.

Koleksi gambar wanita berpakaian separuh bogel tersebar di laman sosial membuatkan ramai tertanya adakah benar kafe tersebut berada di ibu kota Kuala Lumpur.


Kafe yang diberi nama Cafe Lu atau Double Lu itu diuar-uarkan di laman Facebook terletak di Pandan Perdana. Majoriti pelayannya dimonopoli wanita seksi ini ternyata menarik minat jejaka-jejaka hidung belang di luar sana.

Selain mempunyai ‘tarikan’ tersebut, wanita-wanita itu menghidangkan makan kepada para pelanggan, malah mereka juga boleh diajak bersembang dan bermain cards serta menonton perlawanan sukan bersama pelanggan.

Nampaknya, jejaka-jejaka hidung belang di Malaysia berputih mata sahaja kerana kafe tersebut bukan berada di Pandan Perdana tapi jauh di Santa Ana, California, Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya, Cafe Lu adalah salah satu daripada cafe house yang dimiliki oleh warga Vietnam dikenali sebagai Little Saigon, yang merangkumi Santa Ana, Westminster dan Garden Grove di Selatan California, AS. 

Cafe Lu dimiliki oleh Natalie Nguyen iaitu warga Vietnam. Natalie sebenarnya salah seorang daripada pelayan di kafe tersebut sebelum membelinya pada tahun 2003.

Walaupun tidak menghidangkan alkohol dan hanya sekadar pelbagai jenis kopi serta teh selain iced blended, namun ia tetap menjadi tumpuan para pelancong tidak kira siang mahupun malam.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi. Pada 2009, gambar-gambar kafe seumpama itu pernah tersebar di laman sosial mengatakan ia terletak di ibu kota namun disangkal oleh media Singapura. – mynewshub.cc/

Wednesday, 27 April 2016

Mesin ATM Diletup Guna Bom Paip, RM300,000 Lesap


JITRA – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan Jitra I di sini diletupkan awal pagi tadi sebelum wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira 5.04 minit pagi yang disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.

“Suspek dipercayai menggunakan bom paip sepanjang satu kaki dengan ukur lilit lima inci serta diameter sepanjang satu setengah kaki.

“Ia dilakukan dengan cara menyelitkan bom berkenaan di tempat khas pengeluaran duit di ATM tersebut setelah mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis turut menemui serpihan bom paip sepanjang setengah kaki dan wang tunai RM600 yang bertaburan di atas lantai.

Letupan turut menyebabkan cermin bank pecah dan retak.

Abd Rahim berkata pihak polis percaya kes itu sama dengan kes meletupkan mesin ATM sebuah bank di Simpang Kuala, Alor Setar pada Februari lepas yang turut mengakibatkan kerugian RM300,000.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 40-an berkata beliau mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dari kedainya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

“Saya sangka orang tembak anjing. Bunyi letupan sangat kuat dan mengejutkan kami semua,” katanya. – BERNAMA/mynewshub.cc/

Tuesday, 26 April 2016

23 maut makan gula-gula beracun

Gambar Sekadar Hiasan

KAROR LAL EHSAN - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas makan gula-gula yang dipercayai dicampurkan dengan racun perosak, lapor Mirror.uk.

Polis berkata, berpuluh yang lain turut dilaporkan jatuh sakit selepas memakan gula-gula di kawasan Karor Lal Esan minggu lepas.

Gula-gula tersebut dipercayai dibeli dari sebuah kedai roti yang kemudiannya diedarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga pada majlis sambutan meraikan seorang bayi lelaki.

10 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari yang sama manakala 13 yang lain pada hari berikutnya.

"Angka kematian akibat makan gula-gula tersebut meningkat kepada 23 orang dan 52 orang masih di rawat di hospital," kata pegawai polis tempatan, Munir Ahmed.

Tambah polis, tiga orang ditahan termasuk dua pemilik kedai dan seorang pekerja susulan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai kanan Rameez Bukhari berkata, sebuah kedai racun perosak yang terletak berhampiran kedai roti tersebut sedang diubahsuai dan pemilik dikatakan menyimpan racun perosak di kedai roti berkenaan.

"Pembuat mungkin telah menggunakan paket kecil dalam adunan gula-gula itu," katanya. - sinarharian.com.my/

Monday, 25 April 2016

Hujan Air Batu Sebesar Bola Golf Melanda Myanmar


Sekurang-kurangnya lapan maut selepas angin kencang dan hujan  air batu sebesar bola golf melanda Myanmar.

Menurut pegawai kerajaan, selain itu, cuaca buruk sejak beberapa hari itu turut menyebabkan banyak kuil pagoda dan ribuan bangunan musnah.

Ribut dilaporkan melanda sekurang-kurangnya di lima negeri pada Jumaat dan Sabtu, ketika suhu panas meningkat sehingga 40 darjah celsius.

Enam yang maut adalah dari perkampungan Yay Tha Yauk, di tengah-tengah wilayah Mandalay akibat banjir. Wilayah lain yang terkena tempiasnya adalah Sagaing dan Magway dalam negeri Shan dan Chin.

Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan sejumlah 1,700 kuil pagoda musnah dalam kejadian itu.

Rakaman televisyen tempatan turut memaparkan hujan air batu yang memenuhi laluan, keadaan banjir, bumbung yang tercabut dan penduduk yang lari menyelamatkan diri.

Seperti beberapa negara lain, termasuk Malaysia, Myanmar dilanda cuaca panas dan kemarau sejak beberapa minggu yang lalu.

Sunday, 24 April 2016

1.25 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Dalam CCRIS


BUKIT MERTAJAM – Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain.

“Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain.

“Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya mula menyenaraikan peminjam tegar ke dalam sistem maklumat itu secara berperingkat sejak 16 Jun tahun lepas yang bertujuan menggalakkan peminjam supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam membayar balik pinjaman.

Katanya, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan RM2 bilion didepositkan ke dalam produk baharunya SSPN-i Plus, yang diperkenalkan sejak Jun tahun lepas, menjelang tahun 2020.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 7,237 akaun SSPN-i Plus telah dibuka membabitkan nilai deposit RM534,000 dan menjangkakan 30,000 akaun lagi akan dibuka sehingga hujung tahun ini.

Katanya pendeposit yang menyimpan dalam SSPN-i Plus boleh memilih pelbagai pakej dengan cara potongan gaji termasuk pakej serendah RM50 sebulan berserta pelbagai kelebihan lain.

Beliau berkata sempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, PTPTN turut menganjurkan cabutan bertuah kepada pendeposit dengan tawaran hadiah berupa sebuah apartment bernilai RM500,000, kereta BMW dan Honda CRV serta barangan lain bernilai kira-kira RM3 juta.

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan terbaik yang menggabungkan simpanan pendidikan dan pakej perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. – BERNAMA/mynewshub.cc/

Datuk "Terlajak Laris" Mahu Lelong Rumah Dengan Harga RM11 Juta


PENGASAS D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja D’Herbs, sudah pasti ramai yang terngiang-ngiang dengan taglinenya yang popular itu, “Terlajak Laris”.

Terbaharu, Aliff Syukri, 28; melalui laman sosial Facebook miliknya telah memuat naik satu posting untuk menjual rumahnya sendiri dengan harga kira-kira RM11 juta.

Banglo mewah seakan-akan istana yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, Selangor itu hendak dijualnya kerana beliau dikatakan ingin berpindah ke rumah baharu.

Walaupun berat hati bagi jutawan ini melepaskan rumah itu, namun dia harus melepaskannya juga kerana takut tidak mampu menguruskan dua rumah dalam satu masa, memandangkan dia akan berpindah ke rumah baru.

Agak sayang juga hendak dibiarkan rumah yang bagaikan istana ini terbiar kosong begitu sahaja tanpa berpenghuni.

Pelbagai komen diutarakan oleh pengguna media sosial pada gambar yang dimuat naik itu.

Walau apapun, sesiapa yang mampu untuk memiliki kediaman Abang Terlajak Laris ini bolehlah menghubungi nombor yang diberikan.