Saturday, 8 March 2014

Anwar Ibrahim Bersalah! Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II. Politik Anwar Berakhir?

Anwar Ibrahim Bersalah! Dihukum Penjara 5 Tahun Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Liwat II : Berita ini pastinya satu berita gembira kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyididn Yaasin, Mahathir Mohahamd, Tun Daim Zainuddin dan tidak lupa juga saf pimpinan Barisan Nasional termasuklah penyokong Barisan Nasional apabila didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kes liwat II yang diputuskan oleh keputusan 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan.

Sekaligus menghilangkan kelayakan Anwar untuk menjadi calon PRK Kajang (SEPERTI DI SINI) apatah lagi hasrat untuk menjadi menteri Besar Selangor jauh sekali (BERITANYA DI SINI) & menurut Akta Pilihanraya 1958 dengan tersabitnya dia atas kesalahan jenayah yang hukuman penjara lebih dari setahun.
Jikalau sebelum ini kes liwat II Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari sudah dibuktikan tidak bersalah (KLIK SINI), kemudiannya pendakwaraya buat rayuan…..Mungkin pendakwaraya ada alasan tersendiri atas nama pembelan terhadap Saifuk Bukhari Azlan.
  • Penyokong Barisan Nasional merasakan mahkamah rayuan telah membuat keputusan yang terbaik menjatuhkan hukuman kepada pesalah liwat yang “mereka kenali” di mana mendapati Anwar Ibrahim bersalah
  • Penyokong Pakatan Rakyat & Anwar akan mengatakan tindakan keputusan mahkamah Rayuan bagi kes liwat II Anwar Ibrahim tidak adil, dan barisan panel hakim Mahkamah Rayuan semalam telah “dibeli” dan sebagainya….
  • Apa pula kata penyokong atas pagar? Yang meneliti dan mengikuti kes ini bukan atas dasar kepartian?

Lagi Gambar Di Sekitar Keputusan Kes Mahkamah Rayuan Liwat II & Anwar Ibrahim Bersalah!

Semak satu persatu suasana di dalam bilik mahkamah Rayuan dan sekitar Istana Kehakiman sepanjang berlangsung kes Anwar Ibrahim sehinggalah dibuktikan Anwar Ibrahim bersalah mellaui keputusan Mahakamah Rayuan kes liwat II terhadap saiful Bukhari Azlan

Kes Mahkamah Rayuan Liwat II & Anwar Ibrahim Bersalah (Penjara 5 Tahun ). Rayuan Mahkamah Persekutuan?

Hayat politik bakal berakhir dan masa tua Anwar Ibrahim bakal dihabiskan 5 tahun di penjara. Keputusan mahkamah rayuan bagi kes liwat II telah pun dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan & mendapati Anwar Ibrahim bersalah.

Walaubagaimanapun, Anwar Ibrahim masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas dibenarkan ikat jamin pada saat akhir sebanyak RM10,000.00 dan hukuman penjara 5 tahun ditangguhkan sementara sehinggalah proses rayuan selesai.

sumber dipetik dari:http://www.beritasemasa.com.my/

Friday, 7 March 2014

Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962: Singapore Beli 3 Sen Air Mentah, Malaysia Beli Air 50 sen! Ada Rahsia Disebaliknya?

Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962 Singapore :  Berita Semasa boleh katakan, negara kecil seperti Singapore bijak mengambil peluang di atas “kelemahan” negara lain. (CONTOH?)
Tetapi tindakan sebegitu rupa bukanlah satu ancaman besar sebenarnya jikalau pemimpin yang dihantar berunding dan berbincang dengan Singapura mampu mengendalikan dengan bijak & tegas dalam segala tindakannya walaupun diasak bertali-arus oleh pemimpin Singapura. Terbaru Menteri Luar Singapura K Shanmugam tampil berani mengatakan…..

Terdapat 2 Perjanjian Air Malaysia Singapura. Perjanjian pertama telah tamat pada tahun 2011, Perjanjian Air Malaysia Singapura kedua hanya akan tamat sekitar tahun 2061. Johor beli 16 Juta gelen air terawat sehari pada harga 50 sen bagi setiap 100 gelen. Berapa Singapura beli air mentah daripada Malaysia? 3 sen!!! “Bijak”…..

Kronologi Krisis & Sejarah Perjanjian Air Malaysia Singapura

  1. Malaysia ada hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987
  2. Jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990 pada kos pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor erta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau
  3. Tahun 1987 : Walaubagaimanapun, Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula perjanjian harga air
  4. Tahun 2002 (laporan Bernama 2002) : Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad ada alasan tersendiri pada masa itu tidak mahu semak Perjanjian Air Malaysia Singapura, kerana kerajaan malaysia merasakan kerajaan Singapore juga akan semak harga air terawat yang dibekalkan kepada Malaysia
  5. Tahun 2012 (New Straits Times , 3 Julai 2002) : Speaker Johor, Zainal Abidin Mohd Zain amat bergantung air terawat daripada Singapura, semakan Perjanjian Air Malaysia Singapura bakal menyebabkan harga air terawat akan melonjak juga.
  6. Tahun 2014 : Malaysia tidak lagi berhak untuk melakukan semakan harga air Perjanjian Air Malaysia Singapura. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun perjanjian air
  7. Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu Perjanjian Air Malaysia Singapura ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.
  8. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Februari 2014 berkata: “perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.
Menceritakan bibit-bibit perbincangan Perjanjian Air, semakan Berita Semasa terhadap salah seoarang yang terlibat dalam mesyuarat perjanjian Air ini dahulu, wakil kerajaan Malaysia telah dihalau macam itu sahaja dengan Setiausaha Kerajaan negeri __________. Sebab apa? Bab-bab atau hala yang melibatkan Causeway, empangan, “supply route” dan sebagaianya etc SEMUANYA telah dibuat sebelum Merdeka melalui duit poket Kerajaan Johor dan Kerajaan Singapore.

Jadi…..perjanjian selepas merdeka pun bagi hak ‘ownership veto’ kepada tuan punya asal dalam apa-apa rundingan/perjanjian dan sebenarnya “Kerajaan Malaysia” cuma menjadi “custodian”, dan mereka ada hak utnuk tentukan ayang mereka kehendakkan. Tetapi……mereka telah jadikan isu krisis Perjanjian Air Malaysia Singapura ini sebagai “national burden” @ “Masalah negara” walaupun kerajaan Malaysia sebenarnya  tiada hak dalam apa-apa rundingan/perjanjian yang dibuat sebelum 1957.

Perjanjian Air Malaysia Singapura 1962 VS Perjanjian Sebelum Merdeka Tahun 1927?

Klik untuk paparan yang lebih jelas…melihatkan jalan cerita sejarah disebalik perjanjian air Malaysia Singapore bermula 1927 dan perjanjian seterusnya pada 1961 dan tahun 1962….

Ha…..ada perjanjian sebelum merdeka 1957 selain perjanjian tahun 1962.Ya…ada. Perjanjian terdahulu yang dibuat pada tahun 1927. Kes ini Berita Semasa tafsirkan cukup unik. Di mana kita boleh lihat sendiri, semasa Sir McMichael tandatangan ketika Malaya hendak merdeka dan berjumpa dengan Raja-raja Melayu, ada seorang ketua negeri yang tidak hadir kerana “sakit”. Siapakah Ketua Negeri yang tidak turunkan tandangan perjanjian kemerdekaan 1957? Ehem…..

“Menjadikannya sebuah negara berdaulat ala-ala Monaco DENGAN Perancis? Menarik”

Situasi yang melibatkan Perjanjian Air Malaysia Singapura ada sedikit sebanyak dengan kes “Tambak Johor”
perjanjian air malaysia singapura
  1. Kerajaan Malaysia mahu robohkan Tambak Johor. “Tuan Punya aka Pemilik” benarkan Tambak Johor dirobohkan tetapi dengan syarat, sediakan infrastruktur dahulu, mesti beli tanah “aku”
  2. Apabila Kerajaan Malaysia telah membina infrasturktur, bina ICQ. Akhirnya “Tuan Punya aka Pemilik” cakap “Tambak Johor tidak boleh dirobohkan”
  3. Akhirnya, Kerajaan Malaysia mengalami masalah di situ. “Tuan Punya aka Pemilik” mula bermain wayang kepada umum mengatakan “Sila robohkan Tambak Johor” tetapi disebalik masih enggan untuk turunkan tandatangan
  4. Kerajan Malaysia rugi terpaksa beli tanah-tanah kepunyaannya dan kerajaan Malaysia terus menjadi bahan cacian rakyat Malaysia.
  5. Setelah beratus-ratus tahun sejarah Malaya, Mat Salleh acapkali menjadi bahan permainan mereka. Inikan pula kerajaan Malaysia. Mudah…..
Perjanjian Air Malaysia Singapura juga satu hal, krisis dalaman satu hal. Semasa itu jugalah berlakunya Krisis politik peringkat tertingga Malaysia antra Dr Mahathir Mohamad dengan Musa Hitam & Tengku Razaleigh. Dalam pada masa Singapore terus memberikan masalah & tekanan. Kemudian, kes kem tentera dan duit caruman dan lain-lain lagi.

Cuma apabila keadaan politik Malaysia menjadi lebih stabil gandingan Mahathir dan Anwar menjadi, tetapi pada waktu itu kita dapati sudah terlewat.

Siapa untung siapa rugi??

P/S : Sebenarnya sehingga ke hari, secara tidak rasminya hampir separuh daripada kawasan Singapura ada “Tuan Punya @ pemilik”. Mana mungkin, Putrajaya dibenarkan & diberikan laluan mudah untuk terus memberikan masalah kepada Singapore?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!

Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan : Bila mula kedengaran BR1M iaitu versi BR1M 1.0? Ia mula dilakukan ketika pembentangan bajet 2012 ketika negara sedang dalam “mood” dan bahang menhadapi Pilihanraya Umum ke 13.
Lantas, pemerhati politik melihatkan BR1M ini sebagai “gula-gula politik” untuk mendapatkan mata tambahan daripada rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) yang dilihatkan mampu diterjemahkan kepada undi dalam Pilihanraya Umum ke13 terutamanya kepada golongan yang tinggal di kawasan kampung, FELDA dan pedalaman Malaysia. Itu kata mereka……

Hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad sekali menemplak cara Najib Razak menguruskan kewangan negara dan merasakan pembayaran BR1M sangat tidak efisien & bakal membebankan kewangan Malaysia. Hujahnya?

Tun Mahathir Mohamad : BR1M Beban Negara!!

br1m dihentikan
  • Kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.
  • Pemberian antara RM300 hingga RM650 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM4.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion. (SEPERTI YANG DIJANJIKAN DI SINI)
  • RM4.5 bilion satu jumlah yang sangat banyak, apatah lagi RM8.4 bilion kelak. Masalahnya masih ramai lagi orang miskin di negara Malaysia.
  • Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat jikalau kena caranya
  • Sepatutnya kerajaan perlu cari jalan & sebab mengapa rakyat Malaysia menolak kerajaan. Pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat dan mampu diterjemahkan sokongan kepada kerajaan
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa kalau mahu berbincang isu subsidi ini mesti ada disiplin ekonomi yang tinggi. Dan Berita Semasa ada melakukan pengiraan secara kasar mengenai pembayaran BR1M ini di mana :
  • Kerajaan mengatakan 7 juta isi rumah termasuk bujang telah menerima BR1M
  • Secara puratanya, 3 orang untuk setiap isi rumah
  • Untuk tahun ini, 30 juta jumlah rakyat Malaysia berjaya dicatatkan
  • 3 x 7juta = 21 juta orang telah terkesan dengan pemberian tidak kira samada banyak atau sedikit kesannya terhadap setiap isi rumah yang ada
  • 30 juta – 21juta = 9 juta rakyat Malaysia tidak menikmati BR1M
  • 1% golongan taikun kaya, VVIP, golongan kaya = Mewakili 3 juta daripada seluruh populasi di Malaysia
  • Bermakana 6juta yang tidak menikmati BR1M
  • 17 ribu yang menolak BR1M 3.0 = 5.083 juta
  • Sekitar jumlah 5 juta orang ini sebenarnya mewakili 12% daripada populasi rakyat Malaysia yang dahulunya dapat dan menikmati subsidi minyak, gula (PENGUMUMANNYA DI SINI) dan sebagainya yang telah ditarik sedikit demi sedikit atas nama rasionalisasi subsidi.
  • Tetapi disebabkan BR1M, ramai yang tidak BR1M apatah lagi subsidi minyak yang telah ditarik nilainya dan subsidi gula yang telah pun dihapuskan subsidinya
  • Hasilnya, kelompok yang 12% ini apa yang mereka perolehi? Kenaikan kos sara hidup yang menghimpit dan dalam pada masa yang sama mereka yang membayar cukai kepada negara, tidak mendapat apa-apa sebagai “pulangannya”
  • Oleh itu, Berita Semasa ingin bertanya kepada pihak kerajaan di mana pembelaan untuk kumpulan 12% rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara sedangkan hak mereka dinafikan ketika ini?
Tidak cukup dengan itu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Fatimah Kari tampil dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan terhadap rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2014. Hasilnya?

Dr. Fatimah Kari & Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Mahu BR1M Dihentikan!

Banyak yang negatif daripada posif pembayaran BR1M ini antaranya ialah :
  1. Pemberian BR1M harus dihentikan segera kerana tidak efektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam jangka waktu yang panjang
  2. Sebaliknya selepas BR1M dihentikan dan digantikan segera dengan bantuan bersifat perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah seperti akses kepada perlindungan insurans, perubatan dan pendidikan.
  3. Pemberian BR1M secara berterusan juga tidak menyokong Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  4. Mencipta peluang pekerjaan supaya mereka boleh mendapat pendapatan tambahan yang berterusan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  5. Buka peluang & beri galakan kepada golongan miskin untuk menceburi bidang keusahawanan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta keluar daripada kemiskinan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  6. Rasionalisasi subsidi telah menyebabkan berlaku peningkatan paras kemiskinan diklanagan rakyat Malaysia & inflasi terus melonjak tinggi (BERITANYA SINI)
P/S : Sayang seribu kali sayang, Pusat Pungut Zakat (PPZ) acapkali bermegah dengan kutipan zakat yang berjumlah berbilion-bilion setiap tahun. Malangnya, ramai golongan yang layak masih dibiarkan tanpa bantuan setiap tahun. Takut “tersalah beri bantuan katanya”, tetapi Pusat Zakat tersalah guna tidak mengapa?
PP/S : Sepatutnya, Malaysia perlu perkasakan Pusat Zakat & Jabatan Kebajikan Masyarakat…
PPP?S : Anda bersetuju BR1M dihentikan?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/fatimah-kari-br1m-3-2014-dihentikan

Wednesday, 5 March 2014

Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas Bantu Syarikat Proton? Anda Setuju?

Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas : Orang lain, nak berniaga kereta. Kita pun nak berniaga. Ini satu semangat dan iltizam yang bagus untuk menunjukkan kepada dunia, yang kita mampu mengeluarkan kereta jenama sendiri.

Tetapi, berniaga dengan cara terus-terusan mendapatkan “dana & tongkat” daripada kerajaan Malaysia ataupun Petronas serta perlindungan melalui cukai kereta yang tinggi yang menindas terhadap rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI), amatlah Berita Semasa bangkang sama sekali….

Terbaru, Berita semasa difahamkan Proton Holdings Berhad sedang berusaha memohon sejumlah RM3 bilion bagi menampung pembiayaan pembangunan syarikat daripada Kerajaan Malaysia & juga “tabung emas hitam “Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Harith Abdullah yang menggantikan Datuk Lukman Ibrahim sebagai sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO ) sekarang ini sedang berusaha keras mendapat dana RM3,000,000,000 juta (RM3 bilion) tetapi masih menemui jalan buntu apabila Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa ( MITI) & Petronas terus berdegil dan keras kepala untuk menyuntik dana kepada Proton.
Dan Berita Semasa merasakan berita ini patut dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya ia dapat memberikan memberikan tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia & Petronas supaya terus mempertahankan dana RM3 bilion daripada jatuh terlepas kepada Proton.

Tujuan Dana RM3 Bilion Daripada Kerajaan Malaysia & Petronas oleh Proton?

  1. Pembangunan model baru Proton termasuk sebuah kereta elektrik
  2. Pada tahun 2013, Proton telah cuba memujuk kerajaan Malaysia bagi mendapatkan RM3 Bilion, tetapi ditolak
  3. Selepas itu, Proton telah cuba mendapatkan daripada Petronas, pun tidak berjaya & sia-sia
Kebetulan, percubaan sia-sia oleh Proton untuk mendapatkan pembiayaan dibuat pada ketika bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat Petronas.
proton

Situasi Proton Sekarang Ini?

  • Proton telah melabur RM3.8 bilion untuk pelaburan sehingga 2017 dan memerlukan lebih banyak modal untuk berdaya saing dan mencapai pelan pemulihan syarikat Proton.
  • Di mana Proton letak sasaran tinggi ymenjual 350,000 kereta menjelang 2018
  • Sedangkan, ketika ini berlaku kegawatan dalam pengurusan dan pergeseran dalam pengurusan tertinggi Proton.
  • Jualan Proton merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua.
Nampaknya selepas 30 tahun, Proton masih lagi memerlukan “tongkat”yang dinamakan insentif (ayat untuk golongan elit & taikun kaya) @ subsidi (ayat untuk rakyat marhaen), Jadi, apa faedahnya sebelum ini kerajaan Malaysia melalui Khazanah (SEPERTI DI SINI) jual pegangan saham kepada DRB Hicom jikalau masih perlu dibantu?
Sedangkan hakikatnya, ramai sudah sedia maklum dan sedar apa yang akan jadi di mana Proton akan terus dibantu dan meminta bantuan “kecemasan”. Dan dalam pada masa yag sama, DRB Hicom terus mengaut keuntungan dengan penjualan ataupun pembangunan hartanah melalui aset yang dimiliki Proton selama ini.
Melihatkan situasi yang dialami Proton sekarang, Proton dilihat seperti sedang menghidap penyakit diabaetis, acapkali perlu disuntik insulan.
P/S : Disebabkan “tongkat” yang terus diberikan kepada Proton inilah menyebabkan Indonsia dan Thailand terus meninggal Malaysia sehingga menjadi hab utama industri Automotif di Asia Tenggara. (LAPORAN BERITANYA DI SINI)
PP/S : Adakah harapan & peluang serta secubit kerisauan mengenai nasib Proton yang Berita Semasa berikan (SEPERTI LAPORAN DI SINI) selepas DRB Hicom berjaya memiliki Proton telah menemui jawapannya?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/proton-rm3-bilion-kerajaan-malaysia-miti-petronas

Pembangunan Hartanah di Iskandar Malaysia Melonjak Ke RM50 Bilion! Pelabur China, Warga Asing Bakal Berkampung di Johor?

Pembangunan & pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia, Johor Melonjak Ke RM50 Bilion! Projek pembangunan Iskandar Malaysia sekarang ini sedang rancak “ibarat berlepas roket Soyuz ke ISS“. Kerajaan Malaysia umumnya dan kerajaan Johor amnya telah membuka pintu seluas-luas kepada rakyat Malaysia dan pelabur asing contohnya untuk beli tanah di Iskandar Malaysia. Impaknya….

Impaknya, tidak kurang 7 pemaju hartanah berstatus elit dari tanah besar China terlibat dalam pelbagai projek pembangunan bercampur dengan nilai sejumlah lebih daripada RM50 bilion.

Pelaburan Pemaju Hartanah Elit Dari China?

  • Berjaya memperolehi seluas 200 hektar tanah tepi laut yang semuanya berhadapan Selat Johor dan menghadap Singapore.
  • Nilai pelaburan sejumlah RM50,000,000,000 (RM50 bilion)
  • Disebabkan ramai nampak peluang pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, tanah berharga di Johor kerap kali bertukar tangan oleh “golongan kapitalis dan berkepentingan” bagi mendapatkan tempias limpahan kekayaan di Iskandar Malaysia dan akhirnya dijual antara RM800 – RM1500 bagi setiap kaki
  • Vanke Group, pemaju hartanah kediaman terbesar di China) sedang mengintai peluang membeli tanah di Iskandar Malaysia, Johor dan dipercayai berminat untuk membeli 60 hektar tanah pantai untuk pembangunan dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM4 bilion.
  • Satu lagi syarikat pemaju hartanah China yang telah menjadi salah satu syarikat milik negara China yang terbesar di Shanghai dan juga sebagai sebuah syarikat hartanah yang komprehensif dan terkemuka di China, Greenland Holding Group, di mana telah membeli & terlibat dengan projek-projek hartanah mewah & elit di New York, Los Angeles dan Sydney, juga berminat untuk mendapatkan tanah di Iskandar Malaysia, Johor.
  • Akhir tahun 2013, Pemaju hartanah yang berpangkalan di China Guangzhou R & F Properties Sdn Bhd telah berjaya membeli 6 plot tanah di Johor Baru dengan nilai RM4.5bilion (RM891 setiap kaki persegi) daripada Sultan Johor
  • Kebanyakan projek-projek China disasar kepada pembeli asing termasuk pembeli dari Tanah Besar China juga. Mengapa?
Ini kerana ramai kalau sebut pelancong dari China, mesti kita akan terfikir pelancong PPRT “low class” ataupun China Doll yang menyalahgunakan permit perjalanan mereka.

Tetapi dalam konteks yang sebenar di kaca global, pelancong dari China merupakan “the world’s biggest spenders” yang menjana ekonomi negara asing. Berdasarkan semakan dan kajian Berita Semasa ini antara buktinya….
  1. China — US$102 billion <======
  2. Germany — US$83.8 billion
  3. United States — US$83.7 billion
  4. United Kingdom — US$52.3 billion
  5. Russian — US$42.8 billion
  6. France — US$38.1 billion
  7. Canada — US$35.2 billion
  8. Japan — US$28.1 billion
  9. Australia — US$27.6 billion
  10. Italy — US$26.2 billion
  11. Singapore — US$22.4 billion <======
  12. Brazil — US$22.2 billion
  13. Belgium — US$21.7
  14. Hong Kong (China) — US$20.5 billion
  15. Netherlands — US$20.2 billion

Pelaburan & Pembangunan Hartanah di Iskandar Malaysia : Kumpulan Elit Asing VS Rakyat Johor @ Malaysia?

hartanah Iskandar MalaysiaNampak signifikannya di situ sehingga menjadikan tanah di Iskandar Malaysia cukup bernilai di mata pelabur asing. Jikalau dahulu, banyak pemaju hartanah Malaysia (tidak kiralah syarikat Melayu, China ataupun India) di Iskandar Malaysia, Johor. Selepas itu, sedikit demi sedikit pemaju hartanah berjaya beli seidkit demi sedikit hartanah di Iskandar Malaysia, semuanya  menjadi “halal” atas nama pelaburan asing dan pembangunan.
Keadaan telah berubah, hari ini pemaju hartanah China PRC pun telah masuk ke Iskandar Malaysia dengan nilai pelaburan yang cukup tinggi dengan membawa kantung duit yang banyak untuk diserahkan kepada golongan yang berkuasa & berpentingan untuk mendapatkan hak mereka dan tanah mereka yang mereka inginkan.
Sebenarnya, Berita Semasa tidak menghalang pelaburan dan pembangunan syarikat Asing di Iskandar Malaysia, Johor ini. Tetapi biarlah ada kawalan yang ketat daripada pihak-pihak yang berkuasa sehingga mengenepikan hak rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia yang tinggal di bumi Malaysia, akhirnya menyebabkan pada masa akan datang mereka terusir keluar sedikit demi sedikit dari kawasan paling bernilai di Iskandar Malaysia, Johor dan hanya dihuni oleh golongan elit dan kaya-raya sahaja baik dari dalam mahupun pelabur luar negara semata.

Apa respon balas anda pula?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/hartanah-iskandar-malaysia-johor

Tuesday, 4 March 2014

Mengapa nilai ringgit makin turun?

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.

Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.

Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.

" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.

"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.

Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.

"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.

"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% (Gaji Minimum) VS Isu Kakitangan Awam Yang Belum Cuepacs & JPA Selesaikan!

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% : Senyum simpul Pembantu Tadbir kerana naik gaji lagi andai desakan dan tuntutan Cuepacs menjadi realiti. Hakikatnya, sekarang ini sememangnya gaji penjawat awam yang ada sekarang ni tidak relevan lagi memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Walaubagaimanapun saranan..Berita Semasa tunaikan & selesaikan terlebih dahulu perkara-perkara yang belum terjawab seperti elaun ITP dsb.

Desakan Cuepacs : Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2014 Naik 30% (Gaji Minimum)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya gaji penjawat awam 2014 naik 30% (gaji minimum) sebanyak 30 peratus.

Presidennya, Azih Muda berkata, cadangan ini seiring dengan kenaikan harga barang (YANG NAIK SEPERTI DI SINI) memberi tekanan hidup kepada kakitangan awam berjawatan rendah. Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah wajar memandangkan gaji minimum sekarang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan.
  • Kenaikan harga barang memberikan tekanan kepada rakyat terutama penjawat awam berpendapatan rendah
  • Kenaikan gaji penjawat awam 2014 naik (gaji minimum) kepada RM1,200 daripada RM900 sebulan membantu penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat
  • Kenaikan gaji penjawat awam naik (gaji minimum) itu perlu dilakukan segera kerana mereka adalah tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan.
Sumber : Utusan Malaysia
Rasanya perjuangan untuk cola dan imbuhan tetap perumahan lebih patut diutamakan dulu, isu ini sudah terlalu lama, tetapi sampai sekarang belum ada penyelesaian. Dalam pada masa yang sama, kenaikan pangkat ikut time base pun sudah menjadi semakin sukar. Masalah tangga gaji pun tidak diperbetulkan lagi, haru biru. Dibiarkan tiada pembelaan. Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa selama ini ada banyak isu-isu yang berkaitan :
  1. SST : Mansuh SSM dan diganti dgn SST tetapi sama juga nasibnya hingga hari ini tiada tanda-tanda ia akan menjadi realiti
  2. COLA
  3. ELAUN RUMAH
  4. 83 SKIM TAMBAH BAIK
  5. KPSL/PTK : Hapus PTK dengan alasan mahu digantikan dengan sistem baru tetapi hingga saat ini langsung tiada berita mengenainya
  6. KADAR INTERES RUMAH 1%
  7. UMRAH CUTI
  8. PENGELUARAN SAGUHATI SEBELUM BERSARA
  9. ITK
  10. Ada yang anda mahu tambah?
Sekadar nasihat kepada Presiden Cuepacs baru, selesaikan apa yang lalu terlebih dahulu banyak yang tertangguh masih belum selesai. Fikir-fikirkan.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-penjawat-awam-2014-naik

Monday, 3 March 2014

Eksekutif muda bankrap

Oleh Murshid Eunos

Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang along.

Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah satu punca kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) membuktikan 47 peratus daripada mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok ini mengakui mereka berbelanja melebihi gaji bulanan.