Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion)
Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas : Orang lain, nak
berniaga kereta. Kita pun nak berniaga. Ini satu semangat dan iltizam
yang bagus untuk menunjukkan kepada dunia, yang kita mampu mengeluarkan
kereta jenama sendiri.
Tetapi, berniaga dengan cara terus-terusan mendapatkan “dana & tongkat”
daripada kerajaan Malaysia ataupun Petronas serta perlindungan melalui
cukai kereta yang tinggi yang menindas terhadap rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI), amatlah Berita Semasa bangkang sama sekali….
Terbaru, Berita semasa difahamkan Proton
Holdings Berhad sedang berusaha memohon sejumlah RM3 bilion bagi
menampung pembiayaan pembangunan syarikat daripada Kerajaan Malaysia
& juga “tabung emas hitam “Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Harith
Abdullah yang menggantikan Datuk Lukman Ibrahim sebagai sebagai pemangku
ketua pegawai eksekutif (CEO ) sekarang ini sedang berusaha keras
mendapat dana RM3,000,000,000 juta (RM3 bilion) tetapi masih menemui
jalan buntu apabila Kementerian
Perdagangan dan Industri Antarabangsa ( MITI) & Petronas terus
berdegil dan keras kepala untuk menyuntik dana kepada Proton.
Dan Berita Semasa merasakan berita ini
patut dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya ia dapat memberikan
memberikan tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia & Petronas
supaya terus mempertahankan dana RM3 bilion daripada jatuh terlepas
kepada Proton.
Tujuan Dana RM3 Bilion Daripada Kerajaan Malaysia & Petronas oleh Proton?
- Pembangunan model baru Proton termasuk sebuah kereta elektrik
- Pada tahun 2013, Proton telah cuba memujuk kerajaan Malaysia bagi mendapatkan RM3 Bilion, tetapi ditolak
- Selepas itu, Proton telah cuba mendapatkan daripada Petronas, pun tidak berjaya & sia-sia
Kebetulan, percubaan sia-sia oleh Proton
untuk mendapatkan pembiayaan dibuat pada ketika bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai
penasihat Petronas.
Situasi Proton Sekarang Ini?
- Proton telah melabur RM3.8 bilion untuk pelaburan sehingga 2017 dan memerlukan lebih banyak modal untuk berdaya saing dan mencapai pelan pemulihan syarikat Proton.
- Di mana Proton letak sasaran tinggi ymenjual 350,000 kereta menjelang 2018
- Sedangkan, ketika ini berlaku kegawatan dalam pengurusan dan pergeseran dalam pengurusan tertinggi Proton.
- Jualan Proton merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua.
Nampaknya selepas 30 tahun, Proton masih
lagi memerlukan “tongkat”yang dinamakan insentif (ayat untuk golongan
elit & taikun kaya) @ subsidi (ayat untuk rakyat marhaen), Jadi, apa
faedahnya sebelum ini kerajaan Malaysia melalui Khazanah (SEPERTI DI SINI) jual pegangan saham kepada DRB Hicom jikalau masih perlu dibantu?
Sedangkan hakikatnya, ramai sudah sedia
maklum dan sedar apa yang akan jadi di mana Proton akan terus dibantu
dan meminta bantuan “kecemasan”. Dan dalam pada masa yag sama, DRB Hicom
terus mengaut keuntungan dengan penjualan ataupun pembangunan hartanah
melalui aset yang dimiliki Proton selama ini.
Melihatkan situasi yang dialami Proton
sekarang, Proton dilihat seperti sedang menghidap penyakit diabaetis,
acapkali perlu disuntik insulan.
P/S : Disebabkan “tongkat” yang terus
diberikan kepada Proton inilah menyebabkan Indonsia dan Thailand terus
meninggal Malaysia sehingga menjadi hab utama industri Automotif di Asia
Tenggara. (LAPORAN BERITANYA DI SINI)
PP/S : Adakah harapan & peluang serta secubit kerisauan mengenai nasib Proton yang Berita Semasa berikan (SEPERTI LAPORAN DI SINI) selepas DRB Hicom berjaya memiliki Proton telah menemui jawapannya?
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/proton-rm3-bilion-kerajaan-malaysia-miti-petronas
No comments:
Post a Comment