Saturday, 2 January 2016

Kerana Kos Hidup, Umat Melayu ramai jadi Jahil Murakkab.

Terbaca mengenai rungutan anak muda yang bernama Megat didalam laman sosial Facebook.. Katanya, gaji RM 2600 tak cukup untuk menampung kos kehidupan zaman sekarang kerana ianya habis digunakan untuk membayar bill dan keperluan asas..

Kalau ikut perkiraan Megat, gaji RM 2600 itu akan habis dan hanya berbaki RM 50 sahaja.. Bagi Megat, itulah realiti kehidupan di Malaysia yang baginya sangat memeritkan dan sangat menghimpit dirinya yang terpaksa berkerja keras bagi membayar hutang..


Bagi orang yang mampu berfikir dengan waras, Megat adalah merupakan satu contoh terbaik generasi muda yang tak tahu menguruskan kewangan dengan baik.. Megat juga merupakan contoh dimana anak-anak muda kita hanya tahu berbelanja tanpa tahu berjimat dan bersusah payah.


Jika Megat mampu berjimat dan sanggup tahan sikit nafsu berbelanjanya.., dia mungkin boleh menyimpan lebih dari RM 1000 daripada gaji yang diterimanya setiap bulan. Tapi apakan daya, Megat terlampau boros dan mementingkan gaya hidup berbanding berjimat cermat.

Yang memalukan ialah, Megat tahu pula merungut apabila gajinya hanya berbaki RM 50 selepas ditolak segala hutang dan perbelanjaan. Siapa yang hendak disalahkan? Majikan? Ibubapa? Guru? Ataupun kerajaan yang memerintah?


Sudah tentu anak-anak muda yang tak tahu bersyukur seperti Megat akan menyalahkan kerajaan kerana kononnya menyebabkan duit gajinya tinggal sedikit. Walhal jika difikirkan, tak ada pun yang DIWAJIBKAN oleh kerajaan untuk dibayar oleh Megat KECUALI bayaran balik PTPTN.


Cuba lihat pula gambar ini...,


Jika gaji yang diterima oleh Megat diuruskan dengan baik, duit gajinya masih berbaki RM 1100 kerana banyak perkara yang kurang perlu boleh dielakkan. Tapi biasalah.., anak muda sekarang lebih mementingkan gaya dan rupa berbanding otak yang bijak. Mungkin dengan berlagak naik kereta sendiri mampu jadi macho berbanding naik pengangkutan awam atau motor kapcai.

Sebagai orang bujang.., Megat tak perlupun Astro dirumahnya.., dan Megat mampu berjimat jika tak terlalu boros didalam menggunakan telefon.

Dan yang paling utama, kenapa perlu menghabiskan duit parking sampai RM150 dan Tol sebanyak RM150? Duit Petrol juga tak perlu sampai RM400 jika Megat menggunakan pengangkutan awam.

Bagi ansuran kereta pula, jika mampu tak apalah.., tapi jika tak berdaya, motor kapcai pun masih mampu untuk sesekali 'usung' awek makan-makan sambil tengok wayang dihari gaji. Takkan lah awek yang Megat berjanji sehidup semati tu tak mahu susah senang bersama? Kalau nak senang selalu, itu bukannya calon isteri yang baik untuk Megat rasanya..

Kesimpulannya, semuanya terletak diatas kebijaksanaan kita sendiri didalam menguruskan kos perbelanjaan kehidupan. Ada yang sanggup berhutang melebihi kemampuan untuk nampak mewah bergaya, dan ada juga yang bijak berjimat dan menyimpan untuk hari depan.

Bagi yang berhutang dan mementingkan gaya, tak perlu rasanya nak melalak menyalahkan kerajaan dan orang sekeliling jika terasa beban dengan kos kehidupan dirinya,.., dia yg nak pilih macam tu kann. Kalau nak disalahkan juga, elok saja salahkan Tuhan sebab Tuhan menjadikannya orang biasa dan bukan anak raja.

Trend kebanyakan manusia zaman sekarang adalah merungut dan melalak dengan semua perkara yang dia tak puas hati. Nak beli baju anak sekolah pun melalak.., nak bayar hutang pelajaran pun bising.., nak bayar hantaran kahwin pun mengeluh dan setiap sen yang dikeluarkan akan disalahkan pada kerajaan.

Sendiri nak anak.., sendiri nak hutang belajar.., sendiri nak kahwin dan sendiri nak bermewah dan enjoy tanpa sedar diri tu susah dan tak cukup duit.. Ada kerajaan paksa semua tu? Dan dah kenapa pula kerajaan juga akhirnya yang disalahkan? Inilah mentaliti orang-orang jahil murakkab yang tak tahu bersyukur dengan nikmat dunia oleh Tuhan.

Dan semakin akhir zaman ini, makin ramai golongan jahil murakkab dan kufur nikmat ini muncul didalam masyarakat kita. Adakah kita juga tergolong dikalangan mereka seperti Megat diatas? Fikir-fikirkanlah... - Big B/Utaranews.com

Mencapai puncak kepuasan s_eks setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser prostat


Lupakan pergi ke gym untuk Resolusi Tahun Baru anda: sebaliknya mungkin anda harus bertujuan untuk orgasma setiap hari.

Penyelidikan baru menunjukkan bahawa lelaki yang merangkap sekurang-kurangnya sekali sehari boleh mempunyai penurunan risiko kanser prostat.

Saintis mendakwa benar-benar ada perkara yang sedemikian sebagai penyembuhan seksual, kerana kajian menunjukkan ejakulasi sekali sehari boleh mengurangkan risiko salah satu kanser yang paling biasa di UK hampir satu perempat.

Mereka mendakwa ia juga boleh menawarkan rangsangan kepada sistem imun, tidur yang lebih baik, dan juga perlindungan terhadap penyakit jantung.

sumber : metro.co.uk/

Sangkar Maut! Taman Tema Sarang buaya [Lihat Gambar]


Kepada mereka yang suka dengan tempat-tempat yang penuh dengan cabaran tahap maksimum berani tahap dewa bolehla pergi ke Taman Tema Sarang Buaya. Taman Tema ini menyediakan sangkar khas yang di panggil SANGKAR MAUT yang diperbuat daripada kaca tebalnya hanya 4cm.

Australia - Bagi pengunjung yang ingin merasai debaran menghadapi maut berhadapan dan berenang bersama buaya air masin yang besar, pihak Taman Tema akan menyediakan sepasang cermin mata dan baju renang sahaja untuk memasuki sangkar cermin tersebut.

Tarikan taman tema yang terletak di tengah-tengah kota Darwin di Wilayah Utara telah memberikan kepuasan kepada ramai golongan, ternyata ramai pelancong yang berpuas hati dengan adanya taman tema sebegini. Bukan buaya sahaja yang di tontonkan malahan jerung dan binatang-binatang yang bahaya turut ada di dalam kolam yang di sediakan oleh taman tema tersebut. Pengalaman sebegini jarang-jarang dapat di rasakan oleh kebanyakan manusia, "berenang bersama binatang buas" kata para pelancong yang berkunjung di situ.


sumber : khairulnizamnorain.blogspot.my/

Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!


Segalanya tipu belaka apabila helah pihak REDHA kerapkali mencanang & menghidangkan data & berita kepada orang ramai dengan harapan sektor hartanah yang dikuasai mereka akan terus akan menerima lonjakan seperti apa yang mereka rancangkan. Kononnya :


hartanah mahal = ekonomi mantap

Harga Rumah Naik : Antara Propaganda REDHA Yang Kerapkali Dimainkan :

  1. BNM tidak bijak menetapkan pinjaman bermula awal tahun ini
  2. Pinjaman rumah sepatutnya dilanjutkan lagi. Sepatutnya diperbanyakkan lagi hutang melibatkan hartanah
  3. Hutang-hutang yang melibatkan hartanah perlu digalakkan lagi ( ersungguh-sungguh mereka marah kepada media yang highlight tahap hutang isi rumah di Malaysia sebelum ini)
  4. Harga rumah di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Vietnam
  5. Kerajaan dinasihati jangan buat capital gains (5% itu pun dah melatah kelompok pemaju hartanah)
  6. Mereka akan terus-menerus memuji, memuja dan hanya bercerita yang elok sahaja tentang projek terbaru mereka. Kemudian letak nama projek hartanah mereka yang mempunyai yang dirasakan mempunyai nilai komersial seperti Serene, Santuary, Nature, Relaxing, KL View dan lain-lain lagi. Kemudian jual harga juta-juta.
  7. Dan…..kata mereka lagi harga hartanah naik sebenarnya melambangkan ekonomi Malysia makin kukuh.
Itu kata MDC & REDHA. Tetapi laporan berita yang dikeluarkan oleh Bloomberg baru-baru menarik perhatian kami. (States Hardest Hit by Housing Collapse Lead U.S. Jobs Recovery). Diberitakann pada 5 tahun lepas, Arizona, California, Florida dan Nevada merupakan antara negeri yang mengalami kecederaan dan kerosakan teruk dalam sektor hartanah di Amerika. Itu dahulu…..Sekarang? Mereka pula yang sedang mengetuai dengan cepat pasaran tenaga buruh di Amerika.

Lihat satu lagi contoh sekarang ini, Sepanyol. Adakah kenaikan harga hartanah di sana membawa kemakmuran ekonomi Sepanyol? Selepas dalam tempoh 10 tahun, kenaikan hartanah secara keterlaluan akhirnya hari ini memakan diri sendiri. Hari ini Sepanyol “boleh berbangga” dengan  menghasilkan data seperti di bawah:

“pengangguran 21%; kadar pengangguran golongan muda 50%” (Sumber : Bloomberg)

Kalau di Malaysia, REDHA terus lepas tangan dengan masalah rumah terbengkalai yang menunjukkan lebih 50% projek yang dilancarkannya dikategorikan sebagai “bermasalah”. Rumah terbengkalai berpuluh tahun pembel masih lagi kena bayar faedah, adakah mereka ambil peduli?


“Yang kenyang kelompok pemaju hartanah, yang sengsara rakyat”
Realitinya sekarang ini, kebanyakan pemaju sedang memusnahkan landskap semulajadi Malaysia. Mereka tidak kisah samada rumah tersebut berpenghuni atau tidak. Asalkan jualan rumah 100% berjaya terjual. Itu sebablah sekarang ini kawasan yang sudah sedia maklum kepadatannya pun, pemaju hartanah masih lagi mahu “menyelit” dengan membangunkan lagi kawasan baru semata-mata mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan segera.

Dan…tidak hairanlah sekarang kita kurang melihat rumah-rumah teres dibangunkan. Sebab kurang untung.  Sedangkan begitu banyak kawasan tanah yang boleh dibangunkan untuk membangunkan rumah-rumah seperti ini.
  • Dalam pada masa yang sama kelompok pemaju hartanah terus memerhatikan kebanjiran orang ramai berpindah ke Kuala Lumpur
  • DBKL pula “galak” dan dilihat menjadi “lemah” apabila berhadapan dengan pemaju hartanah sehingga terus meluluskan projek-projek yang diusulkan oleh pemaju tanpa memerhati & menilai dengan lebih terperinci kesembangan pembangunan di sesuatu kawasan, sehinggalah tidak berlaku pengeluaran melebihi daripada permintaan. Mereka ada kuasa. Mereka boleh meluluskan, dan meraka juga boleh menolak permohonan projek. tetapi apa yang berlaku sekarang ini?
  • Akhirnya kita boleh lihat sekarang ini, begitu banyak rumah kosong di Mont Kiara, sekitar kawasan Wangsa Maju/Setapak
Apa jadi kepada pemaju jika segala “perancangan mereka telah selesai di Malaysia”? Mereka senang-senang sahaja berhijrah ke tempat lain.

Semakin ramai terbeban dengan hutang pinjaman rumah, akhirnya “pendapatan boleh guna” selepas bayar pinjaman menjadi semakin rendah. Ekonomi domestik jugak akan menerima bencana besar apabila ramai kekurangan tunai untuk berbelanja.

Dan bagi kami selagi masih ada “kelompok yang cukup berpengaruh” terus memberikan sokongan secara tersembunyi dibelakang REDHA sehingga dilihat segala perancangan REDHA “dihalalkan”, harapan untuk kita melihat sektor hartanah kembali kepada paras normal hanya impian semata-mata dan ia sukar menjadi realiti.

P/S : Apa respon anda pula dengan isu ini?

sumber : beritasemasa.com.my/