Sunday 27 December 2015

Raja Lawak Curi Puluhan Skirt Pelajar Demi Puas Nafsu





TOKYO – Polis Jepun pada Sabtu berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu, Kenichi Takahashi, 44 tahun; yang disyaki mencuri puluhan pakaian seragam pelajar perempuan untuk memuaskan nafsu fantasi seks dirinya.

Aktor komedi terkenal itu merupakan anggota duo kumpulan King of Comedy dan mereka pernah memenangi pertandingan tahunan kebangsaan King of Contest pada 2010 yang disertai pelbagai kumpulan lawak tempatan.

Menurut laporan media Jepun, pihak polis menemui sejumlah 70 beg plastik besar mengandungi puluhan uniform pelajar perempuan khasnya blazer dan skirt dari beberapa buah sekolah menengah sekitar bandar raya Tokyo.

Lebih mengejutkan, para penyiasat turut mengesyaki ada sebilangan pakaian terbabit yang dicuri dari sekolah-sekolah di mukim Saitama dan Kanagawa berdasarkan kepada kepelbagaian logo institusi terlibat sendiri.

sumber : mynewshub.cc/

No comments: