Saturday, 14 June 2014

Evolusi iOS8 iPhone

iphone 5 iphone iphone 4s iphone 4 iphone 6 iphone 5s iphone 4g iphone 3g iphone 5 review iphone 3gs iphone 5 unboxing iphone 5c iphone 5 trailer jailbreak iphone 4 iphone 4 review iphone 4s review iphone 4s unboxing iphone 4 unboxing jailbreak iphone 3g iphone 5 commercial iphone tricks iphone 4s siri iphone apps verizon iphone unlock iphone 4 iphone 5s unboxing unlock iphone 3g iphone commercial iphone 4 jailbreak iphone 4s video iphone case collection unlock iphone new iphone iphone 5s review iphone 5 concept jailbreak iphone iphone 3g review iphone 6 trailer best iphone apps iphone 4s jailbreak iphone 3gs unboxing apple iphone 5 iphone 3gs review siri iphone 4s jailbreak iphone 4s samsung galaxy s3 iphone 5s trailer iphone 5c unboxing white iphone 4 iphone games iphone 5 jailbreak iphone jailbreak iphone 3g tricks ipad jailbreak iphone 3gs iphone ringtones ios 7 cydia iphone 4 white iphone 5 parody iphone vs evo jailbreak iphone 5 new iphone 5 steve jobs shane dawson verizon iphone 4 iphone 5c review iphone 5 features iphone parody iphone 3g unboxing i phone samsung galaxy s2 iphone 5 case iphone 4 tricks iphone 3gs jailbreak siri iphone 4g review iphone 3g unlock iphone 4s tricks galaxy s4 iphone hack iphone 4 apps fake iphone apple iphone 4s 3g iphone iphone 3g s i phone 5 iphone 4 verizon iphone 3.0 iphone app ipod touch 4g iphone 2g iphone 3g jailbreak iphone themes jailbreak best iphone games iphone 5s gold iphone 4 commercial iphone hacks iphone 3
Baru-baru ini Apple Inc. telah melancarkan sistem operasi baru (OS) iOS8 yang pastinya memberi kelegaan kepada 500 juta pengguna iPhone yang mengandungi ciri baru lebih bauk berbanding versi sebelum ini.

Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, antara yang mencuri tumpuan ialah fungsi Notification Center yang bertindak lebih interaktif apabila mana-mana maklum balas seperti menjawab mesej boleh dilakukan terus darinya seperti yang terdapat pada Android.

Jika anda menyentuh skrin dua kali pula, ia akan menawarkan satu lagi paparan Contact sebagai tambahan kepada skrin 'multitask' yang disediakan dalam iOS7.

Manakala tumpuan terarah kepada tetapan e-mel yang semuanya memperoleh fungsi baru membolehkan pengguna membuang e-mel atau meletakkan 'flag' dengan hanya satu leretan jari.

Jika anda terlihat e-mel baru masuk ketika sedang menaip, anda boleh menempatkan e-mel tadi jauh di bawah untuk membaca e-mel baru.

Selain itu, fungsi iMessages yang kerap digunakan juga kini boleh memungkinkan anda mencipta kumpulan dengan memberikan tajuk seperti yang didapati pada Whatsapp.

Dari situ, anda boleh menghantar teks, lokasi, video dan audio.

Dari aspek perkongsian, Apple kini membenarkan ciri 'Family Sharing' yang mana orang lain boleh mendapatkan aplikasi selepas meminta kebenaran dari pemilik akaun utama seterusnya pindah turun terus ke peranti masing-masing.

Sementara itu, foto yang disimpan di iCloud menggunakan iPhoto boleh disunting dan dilihat pada peranti lain secara 'automatik' pada masa sebenar yang menggunakan akaun iCloud sama.

Kemajuan aplikasi berasaskan suara, Siri juga mengalami evolusi dengan anda mampu bercakap terus dengannya tanpa menekan sebarang butang sama seperti mengaktifkan 'Ok Google' di Android.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Singapura pelabur terbesar di Iskandar

kolaveri di al di meola raul di blasio di nicola di bari pon di floor david di franco vybz kartel la di da di maria lucia di lammermoor pon di cocky marco di mauro di moon zhang di que regresaras angel di maria slick rick kolavari di silvana di lorenzo pon di edge jai mata di caprici di diablo smell your di chammak challo di genius movado di lang ikaw al di la lil wayne un bel di dance pe chance smell yo di nicki minaj one di aidonia busy signal nico di mattia mitran di chatri richard clayderman zeze di camargo the di peppino di capri asher roth eminem kolaveri vybz kartel 2011 scherzo di notte pon di ting ob la di paco de lucia hindi songs michael jackson phim kinh di di stefano haule haule di yi ci the beatles beenie man acqua di gio elisa di rivombrosa minh tuyet kolaveri di punjabi di quella pira shera di kaum doug e fresh inna di red roland juno di di gi charat hindi movie pepino di capri ngay em di lady gaga major lazer natalie di luccio nico di angelo indian songs quay ve di asa di vaar di hoc ve pon di river maa di shan capricci di diablo snoop dogg vitas di ko kaya di na natuto ketch di dance john di maggio kolaveri di song enrique iglesias di natale nigahiga usher mitran di jaan di canio kinh di om shanti om serani mohamad iskandar jai ho
NUSAJAYA 12 Jun - Kerancakan pembangunan di Iskandar Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur dan hingga April lalu, berjaya merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM138.61 bilion dengan Singapura menjadi pelabur utamanya sebanyak RM11 bilion.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, sejak diwujudkan pada 2006, Iskandar Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur dari Singapura dalam pelbagai bidang termasuk yang terbaharu dalam industri kreatif, logistik dan pembuatan.

"Pada masa ini, Singapura me­rupakan pelabur asing tertinggi di Iskandar Malaysia. "Malah, mereka terus menunjukkan minat dan kita akan umumkan tentang pelaburan baharu dari negara itu apabila tiba masanya kelak," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Nusajaya Tech Park yang disempurnakan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang.

Yang turut hadir, Pe­ngerusi Jawatankuasa, Pe­lancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Pengerusi UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise) Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ascendas Pte. Ltd. (Ascendas), Manohar Khiatani dan Pengarah Eksekutif UEM Sunrise, Datuk Izzaddin Idris.

Projek Nusajaya Tech Park dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.7 bilion di atas tanah seluas 210 hektar selama sembilan tahun itu adalah hasil kerjasama syarikat dari Malaysia dan Singapura iaitu UEM Sunrise dan Ascendas.

Sementara itu, Mustapa berkata, pembangunan Nusajaya Tech Park merupakan bukti kerjasama antara kedua-dua negara selain mewujudkan situasi menang-menang dan bakal menjadi pemacu kerancakan pertumbuhan di Iskandar Malaysia. "Hubungan baik selain kedudukan kedua-dua negara yang dekat dilihat menyumbang kepada jumlah pelaburan tinggi dari Singapura dan saya yakin wilayah itu akan terus menjadi tumpun pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Hng Kiang berkata, Singapura menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diterima di Iskandar Malaysia, sekali gus membuktikan hubungan erat kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama.

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/

Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam

le internet medley internet friends internet icon internet killed television jenna marbles internet people the internet smosh internet medley internet avenue q the hood internet internet love song knife party internet explorer commercial numa numa chocolate rain nigahiga childish gambino south park internet hood internet internet explorer 9 lol internet internet safety because the internet amor por internet internet stalk internet troll quagmire discovers internet internet marketing internet explorer internet memes funny internet videos south park skrillex nyan cat internet cafe free internet internet dating the internet fastlane the internet dontcha psp internet dubstep internet bridge troll wii internet internet distractions family guy psp internet explorer 10 funny raywilliamjohnson knife party centipede internet explorer 8 internet friends vip kids react childish gambino 3005 internet song internet party internet tv amor de internet quagmire internet ipod touch shane dawson avenue q internet internet killed tv internet friends remix speed up internet sony internet tv dave chappelle internet college humor internet download manager youtube internet safety video lil wayne it crowd internet increase internet speed funny video internet meme internet dream internet speed test smodcast internet television shaytards too close sneezing panda internet addiction internet aristocrat internet box roflmao wii internet channel yomyomf internet help desk make internet faster internet radio internet norteno tobuscus
Caj Langganan Internet di Malaysia Mahal : Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?

Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.
caj internet malaysia

Caj Internet di Malaysia 1 Mpbs VS Singapore 150Mpbs (RM119)

Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
caj internet malaysia

Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.

Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Friday, 13 June 2014

PUNB lulus pinjaman RM128j sehingga 31 Mei

jadakiss agk episode 31 rakion stage 55 murder inc hollywood undead mayahee steaua-napoli xxx inda punb omito beats ceng zamzam meirenwulei asti heroes sui tang ilk 31 mei hannah montana nanvit patel
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meluluskan pinjaman berjumlah RM128 juta kepada 350 usahawan dalam lima skim pembiayaannya antara Januari dan 31 Mei lepas.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, seramai 21 usahawan diberi pinjaman menerusi skim Prosper  Pemborong berjumlah RM41.4 juta; 143 usahawan Prosper Runcit (RM33.8 juta); 96 usahawan Prosper Teras (RM23.7 juta); lapan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM23.5 juta) dan 82 Prosper Usahawan Muda (RM5.6 juta).

Beliau berkata jumlah pembiayaan itu merupakan 61 peratus daripada sasaran peruntukan pembiayaan berjumlah RM208.6 juta melibatkan 617 usahawan menjelang akhir tahun ini.

"Baki pembiayaan berjumlah RM80.5 juta, dijangka dapat diagihkan kepada 267 usahawan menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan PUNB dengan usahawan negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor mencatatkan pembiayaan tertinggi, melibatkan peruntukan berjumlah RM59.4 juta, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur (RM11.6 juta) dan Kedah (RM9.9 juta).

Katanya PUNB meluluskan pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada kira-kira 6,000 usahawan di seluruh negara sejak 1992.

Sementara itu, Mohd Ali berkata PUNB menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam skim Prosper Pemborong dalam sektor  automotif.

Beliau berkata bidang tersebut mempunyai pasaran yang luas berdasarkan terdapat kira-kira 35,000 bengkel di seluruh negara, namun hanya 10  peratus daripadanya milik Bumiputera. - Bernama

Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

Hutang Isi Rumah di Malaysia : Melihatkan nilai hutang terkumpul rakyat Malaysia sehingga ke hari ini terus melonjak sehingga “berjaya” untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai negara yang menduduki tangga teratas sebagai negara yang hutang isi rumah paling tinggi (tertinggi) di Asia. Sehinggakan…..

Sehinggakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Idris Jala mula bimbang melihat statistik yang terbaru ini mengenai hutang isi rumah di Malaysia yang sudah pun mencecah 86.8% pada akhir 2013 berbanding pertengahan tahun 2013 (82%), 80.5% pada tahun 2012, 72.4% pada 2009.

Berita Semasa tidak terkejut mengenai angka ini terus meningkat melihatkan tanggunggan rakyat Malaysia untuk memiliki kereta sendiri mahupun rumah sendiri melibatkan “kos yang sangat tinggi” tidak berpadanan dengan gaji dan pendapatan yang diraih di Malaysia. Walaubagaimanapun terima kasih kepada bank yang meluluskan pinjaman untuk mereka sehingga menjadikan mereka “terus berkemampuan” untuk memiliki apa yang dikatakan keperluan di malaysia sekarang ini.

Hutang Isi Rumah di Malaysia : Pecahan  Beban Hutang Rakyat Malaysia?

  • Harga kereta yang agak membebankan menyebakan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain kebanyakannya membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (CONTOHNYA DI SINI). Apa 9 tahun? Ya…hanya di Malaysia
  • Kemudian gejala hutang pada kadar yang tinggi (beratus kali ganda dengan gaji mereka) bagi memiliki rumah sendiri dengan pinjaman selama tempoh 30 tahun lamanya (SEPERTI DI SINI NASIBNYA)
  • Separuh gaji hanya mengabdikan diri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membayar semula hutang kepada pihak bank
  • Bagaimana pula dengan lain-lain pinjaman seperti hutang kad kredit, pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi
Nampaknya hutang isi rumah di malaysia terus meningkat sejak dari tahun 2002 lagi. Dan semakin ketara sejak tahun 2009.
  1. Hutang isi rumah Tahun 2009 : 72.4%
  2. Hutang isi rumah tahun 2012 : 81.3%
  3. Hutang isi rumah tahun 2013 : 86.8%
hutang isi rumah
Dan terdapat beberapa petanda yang mana Malaysia bakal mencatatkan rekod bagi mencapai paras 100% hutang isi rumah di Malaysia kepada KDNK negara. Persoalannya sekarang apa yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia jika hutang isi rumah di Malaysia mencecah 100%? Apa akan terjadi?
Apabila hutang isi rumah di Malaysia sudah mencecahkan 100% kepada KDNK negara bermakna hutang kita yang terkumpul sudah menyamai dengan pendapatan yang diperolehi.

Perbandingan Hutang Isi Rumah Malaysia Dengan Negara Lain?

  1. Hutang isi rumah di Malaysia : 86.8%
  2. Hutang isi rumah di Indonesia : 17%
  3. Hutang isi rumah di Singapura & Thailand : Kurang 70%
  4. Hutang isi rumah di Korea Selatan : 86%
  5. Hutang isi rumah di Jepun : 66%
  6. Hutang isi rumah di China : kurang 25%
  7. Hutang isi rumah di Amerika Syarikat : 78%
  8. Hutang isi rumah di Ireland : 106%
Apa pandangan anda pula melihatkan rekod hutang isi rumah di Malaysia ketika ini? Bagaimana cara yang terbaik yang anda rasakan mampu membendung angka hutang isi rumah di Malaysia yang terus melonjak naik ketika ini?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Thursday, 12 June 2014

Samsung lancar telefon pintar Z

Syarikat elektronik terkemuka dunia Samsung bar-baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Z di mana ia bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti pintar itu sebagai 'Internet of Things'.

Ini sekaligus menjadikan Samsung Z adalah yang pertama yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

Menurut Samsung, perantinya itu bukan sahaja boleh digunakan untuk peranti lain tetapi ia juga boleh disambung dengan peralatan rumah, mengunci pintu dan jam yang boleh berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan.

Menurut laporan yang dipetik dari sebuah portal tempatan, Samsung Z akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum ia dipasarkan di negara-negara lain.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) : Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter?

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) – Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter : Pelik! Cukai Barang & Perkhidmatan (cukai GST) bakal dilaksanakan bermula April 2015 tetapi apabila dicampakkan dengan persoalan samada minyak petrol dan diesel dikenakan GST ataupun, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan masih lagi terkial-kial mencari jawapan. Ha?

Hakikatnya sememangnya kerajaan memerlukan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya berbelas-belas bilion ringgit (BUKTINYA DI SINI) bagi menampung perbelanjaan berlebihan dalam erti kata lain boros ketika menguruskan dana negara. Sekarang ini….

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) VS Jumlah Pendapatan Cukai GST?

  • Kerajaan Malaysia mensasarkan pendapatan tambahan melalui kutipan cukai GST antara RM21 Bilion hingga RM27 Bilion.
  • Dijangka RM3 bilion setiap tahun datang daripada hasil cukai GST kepada minyak petrol dan diesel bersamaan 12% hingga 14% sekaligus menjadi sumber pendapatan terbanyak dalam GST
Ini sekaligus memberikan tekanan kuat kepada rakyat Malaysia terhadap masalah inflasi (SEPERTI DI SINI) yang akan terus melonjak tinggi kelak dek kerana beban rantaian kenaikan kos bahan api sekaligus menaikkan lagi harga barang dan kos sara hidup di Malaysia apatah apatah lagi barang keperluan awam seperti petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain dikenakan cukai GST. 
Cukai Minyak Petrol

Cukai GST Terhadap Harga MInyak petrol & Diesel : Harga Minyak Naik @ Isipadu Berkurangan?

Apa yang bakal kerajaan Malaysia lakukan terhadap harga minyak Petrol & Diesel apabila cukai GST dilaksanakan kelak yang mana ada 2 pilihan di sini iaitu  :
  1. Pertama, Kerajaan malaysia akan terus mengekalkan harga minyak petrol RON95 (bersubsidi) pada harga RM2.10 seliter manakala harga minyak petrol RON97 tidak bersubsidi pada RM2.80 seliter TANPA GST. Bermakna kerajaan tidak perlu mengumumkan kenaikan harga minyak & diesel selepas ini.
  2. Tetapi….ada tetapinya. Setiap resit yang dikeluarkan mellaui pembelian minyak petrol dan diesel akan disertakan harga termasuk dengan GST
  3. Apa maknanya ini? Harga tetap sama tetapi isipadu minyak petrol dan diesel dikurangkan
  4. Kedua mekanismenya mungkin harga minyak petrol dan diesel terus dikekalkan pada isipadu yang sama tetapi akan dikenakan setiapkan urusniaga atau pembelian minyak sebanyak 6%.
Semakan Berita Semasa terhadap Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti mana yang telah diisytihar sendiri oleh Jabatan Kastam dan Eksais (senarainya disertakan bersama) menunjukkan bahawa harga minyak petrol dan harga minyak diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.

Dijangka kerajaan Malaysia akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3 bilion daripada rakyat (anda, anda semua di sini) dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:
  1. Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013  (berdasarkan jawapan di) : 14.05 bilion liter
  2. Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013 (berdasarkan jawapan di Parlimen) : 9.64 bilion liter
  3. Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun : 23.69 bilion liter
  4. Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter : RM2.10 untuk petrol & RM2.00 untuk diesel
  5. GST pada kadar 6% bagi setiap liter 13 sen seliter untuk petrol & 12 sen seliter untuk diesel
  6. Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun RM3 bilion
Minyak Diesel Naik

Bagi Berita Semasa sendiri, tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat. Harapan Berita Semasa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik. Setuju?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Wednesday, 11 June 2014

Jual antara pilihan sedang dikaji untuk selamatkan MAS

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pemegang saham utama Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melihat penjualan syarikat penerbangan nasional itu sebagai satu daripada pilihan yang sedang dikaji dalam usaha memulihkan syarikat itu untuk jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokthar berkata, antara pilihan lain yang turut dipertimbangkan ialah suntikan modal dan pengisytiharan bankrap.

Bagaimanapun kata beliau, semua pertimbangan itu bergantung kepada kesannya ke atas kewangan MAS serta kepentingan sosial dan imej negara memandangkan syarikat penerbangan itu merupakan aset penting negara.

"Pada masa sama, bantuan kepada MAS oleh Khazanah adalah menggunakan wang pembayar cukai. Perkara itu juga harus dipertimbangkan.

"MAS merupakan pelaburan teras Khazanah kerana syarikat itu menjaga kepentingan negara," katanya pada sidang akhbar sempena persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini - UTUSAN ONLINE

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/

Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara Halal Oleh Pelabur Asing!

Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara Halal Oleh Pelabur Asing : Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang.

Nah inilah ini bait-bait lagu Warisan “Anak kecil Main Api” yang mengingatkan nasib & suatu peringatan rakyat Malaysia andai jika kedaulatan dan rezab tanah yang pernah ditinggalkan oleh penjajah British kepada pemerintah. Datuk Syed Al-Attas pernah melabel rakyat negeri Johor miskin sebenarnya (SEPERTI DI SINI) dibandingkan dengan rakyat negeri lain termasuk rakyat Kelantan.

Harga tanah yang begitu mahal di negara sendiri, disamping kuasa beli yang besar telah menarik minat rakyat Singapura untuk memiliki tanah di Johor secara tidak terkawal sehingga menutup peluang rakyat Johor sendiri untuk memiliki tanah.
  1. Tanah KTMB di Singapura pun sudah dijual…
  2. Batu putih sudah pun diserahkan dengan mudah kepada Singapura (SEPERTI DI SINI PUNCANYA)
  3. Bekal air ke Singapura dengan harga yang hampir sekali tidak masuk akal (KLIK SINI)
  4. Puluhan ekar dan ratus ekar tanah di negeri Johor berjaya dimiliki oleh pelabur Asing (KLIK SINI)
Harga Rumah di Johor

Hartanah di Johor : Nasihat & Peringatan Tun Dr Mahathir?

Bagi Berita Semasa rakyat Johor perlukan pemimpin & pemerintah yang lebih ‘jati diri” bagi mentadbir negeri Johor. Mampu pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luar dan tidak goyang atas nama kuasa dan apabila dihidangkan dengan “lambakan duit” daripada kapitalis dari luar sana.

Kira-kira 2 tahun lalu, ketika bandar Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura. Amaran Tun Dr Mahathir Mohamad hilang ditelan keghairahan ‘pembangunan’ dan publisiti menarik ‘pelaburan asing’.

Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun – samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi semata. Sekali sekala, elok juga dibaca dengan semangat untuk terus mempertahankan tanah yang di negeri anda. Sepatutnya, kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia kepada pemerintah. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan.”

Hartanah di KL
  • Ya…benar, kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor – dari negara mana sekali pun
  • Tetapi…..ada tetapinya, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing
  • Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat & terlibat dengan transaksi tersebut
  • Akhirnya apa jadi? Rakyat Johor sedikit demi sedikit terpaksa berhijarah ibarat dihalau ke luar dari kawasan bandar dan elit di negeri Johor sedangkan pelabur asing terus berkmapung dan memonopoli kawasan bandar di negeri Johor
  • Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!
Dalam kerancakan pihak pemerintah membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, harapan Berita Semasa yang kami pasti senada dengan rakyat negeri Johor agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pemerintah tidak akan merelakan mana-mana pihak, menitiskan air mata.”

Hartanah di Johor Malaysia : Tuan @ Penumpang di Tanah Air Sendiri?

Harga Rumah Danga Bay
Contohnya, Berita Semasa sendiri terkejut, tatkala calon heavyweight daripada Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang berjaya menumbangkan tokoh besar UMNO di Bandar Diraja, Johor Bahru yang Berita Semasa jangkakan hampir sama sekali Ghani Othman suatu figura politik yang sukar rebah kepada Lim Kit Siang? Apa sebabnya? Pernah terfikir dan cuba untuk musabah diri sendiri?
Berita Semasa yakin dan percaya jika apa yang dikehendaki rakyat Johor dituruti pemerintah, Pakatan Rakyat tidak mampu “cari makan” di sana.
Cukupkah sekadar melaungkan ‘Hidup Melayu, Hidup Melayu, 1Malaysia“, rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu terus terbuai dengan laungan seperti itu? Apa yang rakyat Johor mahukan adalah kata-kata yang disertakan tindakan yang berpihak kepada mereka sebagai rakyat marhaen. Apa yang rakyat Johor mahukan adalah :
  1. tanah mereka tereka terus terpelihara supaya tidak terus dirogol oleh pelabur asing
  2. lebih banyak rumah mampu milik
  3. itu belum disentuh lagi, bebanan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi
Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Ratus juta sana, pelaburan berbilion sini. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.
Rumah di Johor
Berita Semasa tidak mahu ‘rakyat Malaysia, khususnya di bumi Johor menitiskan air mata’, menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota. Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.

P/S : Usahlah! Cukuplah! Buat duit mudah dengan cara menyerahkan tanah Johor kepada pelabur asing. Belajarlah dengan negara Jerman, cara bagaimana kerajaan Jerman menjaga pasaran hartanah di sana sehingga rakyat Jerman tidak terbeban. Insyaallah, Berita Semasa akan kupas untuk rujukan kita pada masa akan datang. Nantikan!

PP/S : Kita sedang ghairah dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan pelancongan, dan megah dengan sanjungan dunia. Pendatang asing pun sudah menguasai kita. Kita leka dan terus berebut wang dan kuasa – sesama kita.

sumber dari :  http://www.beritasemasa.com.my/

Tuesday, 10 June 2014

Malaysia Airlines Rugi Lagi Awal 2014 (RM443 Juta).

Malaysia Airlines Rugi Lagi Awal 2014 (RM443 Juta) : Sudah ibarat jatuh ditimpa tangga bagi Malaysia Airlines (MAS). Tidak cukup dengan tragedi MH370 (KLIK SINI) yang telah menggemparkan 27 juta rakyat Malaysia malah seluruh dunia, Malaysia Airlines (MAS) terus menerus dalam keadaan tertekan apabila Malaysia Airlines terus rugi pada suku pertama tahun 2014 sejumlah RM443 juta.

Nampaknya ungkapan prestasi rugi, rugi dan rugi dengan Malaysia Airlines seperti berpisah tiada ibarat irama dan lagu. Sukar untuk dipisahkan sekarang ini…..Malaysia Airlines (MAS) Rugi Lagi RM443 Juta : Malaysia Airlines VS Singapore Airlines.

Jikalau dahulu Malaysia – Singapore Airlines pernah beroperasi pada satu anam sekitar tahun 1963, sekarang ini setelah berpisah :
  • Singapore Airlines terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan keuntungan demi keuntungan diraih.
  • Manakala Malaysia Airlines terus memikul beban kerugian saban masa dan tahun demi tahun
kerugian malaysia airlines
Terbaru, pemegang saham utama Malaysia Airlines iaitu Khazanah Nasional Berhad sudah berkira-kira untuk
  1. menjual Malaysia Airlines (MAS)
  2. suntikan modal (guna wang pembayar cukai iaitu daripada anda)
  3. pengisytiharan bankrap
Ada yang berminat? Adakah Tan Sri Syed Mokhtar berpeluang sekali lagi harta milik kerajaan bagi melebarkan lagi empayar perniagaan (SEPERTI DI SINI) sekaligus menambah hutang yang dijamin kerajaan? Mungkin?

Malaysia Airlines (MAS) : SIA VS Airasia VS Malindo VS MAS
Cuba bandingkan dengan MAS dengan SIA, AirAsia dan Malindo.
  • Kenapa Singapore Airlines boleh berjaya membuat 4 penerbangan setiap hari ke kota London walaupun penduduknya sedikit, sedangkan kita Malaysia Airlines (MAS) dua kali sehari sahaja?
  • Kenapa AirAsia yang baharu setahun jagung di dalam industri penerbangan boleh mencatat keuntungan?
  • Kenapa syarikat baharu seperti Malindo menjangkakan akan mencatatkan keuntungan?
Punca Malaysia Airlines Kerap Rugi Setiap Tahun?
  1. Kos operasi MAS sangat tinggi
  2. Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA)
  3. Jikalau gaji di SIA RM12, gaji di MAS lebih banyak lagi. Maknanya SIA yang kaya tidak bayar gaji sebanyak MAS
  4. Pengurusan tertinggi Malaysia Airlines (MAS) lemah. Berbanding AirAsia dan Malindo adalah syarikat yang dipimpin oleh tokoh korporat yang jiwanya bernafas dengan misi dan visi syarikat
  5. Sistem pemasarannya lemah
  6. Kualiti perkhidmatannya rendah. Banyak yang rendahnya. Soal penyediaan kemudahan atas pesawat, jauh bezanya dengan Emirates atau SIA
  7. Lagi punca kerugian Malaysia Airlines ditelanjangkan oleh pakar (DI SINI)
Jadi, apabila pengurusannya lemah, pemasarannya lemah dan kualiti perkhidmatannya lemah, maka susahlah bagi MAS untuk bersaing dalam pasaran yang semakin sengit. Penumpang mempunyai banyak pilihan pesawat yang lain.

Tampaknya semakin ada kebenaran kajian para penganalisis ekonomi yang mengatakan “MAS should be declared bankruptcy soon“, seperti ana yang pernah dilakukan dahulu oleh Japan Airlines beberapa tahun dahulu. Masih ingat lagi.
Malaysia Airlines
P/S : Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research), Grace Chew menjangkakan kerajaan Malaysia perlu membayar pampasan sejumlah sehingga RM318 juta kepada Brahim’s (kepunyaan Datuk Ibrahim bin AHMAD BADAWI), jika MAS menghentikan operasinya serta merta selepas mengistiharkan muflis kerana syarikat pembekalan makanan itu telah berjaya memeterai perjanjian dengan MAS untuk konsesi bagi tempoh selama 25 tahun. 25 tahun perjanjian? Hebat……..Siapa yang “kenyang” akhirnya? 

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Monday, 9 June 2014

Peningkatan harga rumah tempatan mulai susut

KUALA LUMPUR 8 Jun - Indeks Harga Rumah Global yang didedahkan oleh firma penyelidikan hartanah Global Knight Frank (GKF) minggu lalu menunjukkan, harga rumah di Malaysia naik lapan peratus untuk tempoh setahun sehingga suku pertama 2014, sebenarnya adalah peningkatan harga yang terendah sejak 2010.

Indeks yang dikeluarkan oleh firma itu merupakan maklumat yang boleh diperoleh menerusi laman sesawang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, yang bertanggungjawab mengeluarkan paras purata harga rumah tempatan untuk setiap suku tahun.

Meskipun laporan indeks harga rumah itu (GKF) telah disensasikan serta berjaya mendatangkan kerisauan kepada orang ramai, namun jika maklumat itu disertakan dengan peningkatan-peningkatan harga rumah di Malaysia dua tiga sebelum ini, ternyata kadar lapan peratus itu boleh dianggap sebagai melegakan. Lapan peratus itu diperoleh dengan membandingkan harga rumah pada suku pertama 2013 iaitu kira-kira RM256,199 sebuah, telah meningkat kepada RM276,668 sebuah pada suku pertama 2014, iaitu peningkatan sekitar RM20,000 hanya dalam tempoh setahun.

Walaupun peningkatan itu cukup tinggi bagi kebanyakkan rakyat negara ini, peningkatan RM20,000 itu adalah yang terendah sejak dua tahun sebelum ini dengan setiap tahun mengalami kenaikkan RM25,000. Ini belum diambil kira sejak kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan pelbagai peraturan bagi mengawal harga rumah seawal suku ketiga 2013, harga purata rumah tempatan dari Oktober 2013 hingga Mac 2014 hanya meningkat RM2,300 sahaja.

Itu bermakna, peningkatan lebih RM17,000 lagi hanya berlaku antara Januari hingga September 2013, iaitu sebelum kerajaan memperkenalkan pelbagai peraturan baharu bagi mengawal kenaikkan harga rumah yang mendadak. Antara usaha-usaha yang diperkenalkan ialah mengetatkan pemberian pinjaman, pengenalan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), pelaksanaan harga maksimum RM1 juta kepada pembeli asing. Menurut Penganalisis Affin Investment Bank, Isaac Chow, langkah kerajaan itu ternyata berjaya membendung peningkatan harga rumah yang tidak terkawal sejak dua tiga tahun sebelum ini.

Katanya, hal itu sedikit sebanyak telah menjejaskan perolehan syarikat-syarikat pemaju hartanah, khususnya pemaju yang menfokuskan rumah jenis kediaman atau kondominium mewah. Ini dapat dilihat apabila perolehan beberapa syarikat seperti IOI Properties, S P Setia, Sunway, UOA dan Tropicana menyusut sejak enam bulan lalu.

"Hal ini dapat dikesan sejak pertengahan tahun lalu lagi terutama sekali selepas pengenalan beberapa dasar baharu bagi mengawal kenaikan harga hartanah. "Pada masa yang sama, agak sukar untuk menjangkakan harga rumah akan mengalami penurunan ketara, memandangkan pemaju hartanah terpaksa menanggung kos pembinaan yang semakin tinggi.

"Tetapi disebabkan pelbagai dasar baharu yang menyukarkan pembeli mendapat pinjaman, harga rumah tidak akan naik mendadak," katanya kepada Utusan Malaysia. Namun penganalisis itu menjangka pasaran harga rumah pada suku kedua kembali rancak, apabila pemaju-pemaju serta pembeli boleh membiasakan diri untuk menghadapi pelaksanaan peraturan oleh kerajaan dan BNM.

Tetapi, potensi untuk memperlihatkan berlakunya penurunan harga rumah tetap wujud. Sebagai contoh, Singapura yang melaksanakan peraturan lebih ketat seperti mewajibkan wang pendahuluan pembelian rumah yang tinggi serta hutang peminjam tidak melebihi 60 peratus pendapatannya. Berdasarkan perangkaan GKF, harga rumah di Singapura menyusut 0.1 peratus dalam tempoh setahun lalu, meskipun mempunyai kepadatan yang tinggi.

Malah, usaha kerajaan yang memperkenalkan program-program rumah mampu milik juga dilihat membantu orang ramai membeli rumah serta menurunkan harga purata rumah tempatan.

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/
Oleh FADZIL ZAINOL

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015), Inflasi Melonjak Naik! Nilai RM Semakin Mengecil?

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015) : Berita Semasa masih teringat kenyataan Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan melalui laporan Bernama akhir tahun lepas mengatakan yang kerajaan tidak boleh dan tidak mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga harga barang & kos sara hidup di Malaysia.

Sebelum ini, Berita Semasa telah kongsikan bagaimana GST bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang & lonjakan kadar inflasi di Malaysia (SEPERTI DI SINI). Terbaru….Respon Pakar Ekonomi Terhadap Kesan GST April 2015?

Ketua penyelidikan Ekonomi Maybank Investment Bank (Suhaimi Illias) menjangkakan GST akan kenaikan kadar inflasi di kalaysia secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman serta baranga di Malaysia
  1. Sekarang ini, hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST kepada anda. Bersedia?
  2. Sekarang ini, hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST.
Apa Pula Kata Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)?
Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Selama ini, mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun” – Ahmad Maslan
Harga Barang Naik GST
Hakikatnya nilai wang RM semakin kecil. Jikalau dahulu dengan gaji RM1,000 macam-macam yang boleh diperolehi, rumah murah RM25,000, Proton Saga RM19,000 dan lain-lain lagi. Sekarang gaji RM1,000 boleh beli motosikal dan sewa rumah sahaja.

Sememangnya ketika pembentangan GST sebelum ini, beberapa pakar ekonomi terkejut kerana Malaysia memperkenalkan cukai GST pada kadar yang agak tinggi. Singapore bermula dengan hanya 4% sahaja dan kemudiannya naik kadar sedikit demi seidkit apabila pasaran dan orang ramai sudah mula menerima kehadiran pelaksanaan GST. Dalam pada masa yang sama cukai pendapatan, korporat di Malaysia tidak diturunkan pada kadar yang munasabah dalam pada kerajaan Malaysia bakal menerima pendapatan tambahan yang agak lumayan sejumlah RM27 bilion setahun dengan kehadiran GST.

Masalahnya di Malaysia, kita bermula dengan 6% dalam pada masa harga barang di Malaysia adalah “almost irreversible“. Yang merana adalah rakyat marhaen di bawah. Mengapa tidak mulakan dengan 3%-4%. Mengapa mesti 6%? Mana satu yang perlu rakyat percaya ini? Menteri mengatakan tidak akan berlaku kenaikan harga barang manakala pakar ekonomi tampil memberikan peringatan awal kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih bersedia bahawa kenaikan harga barang akan berlaku selepas GST dilaksanakan dek kerana lonjakan kadar inflasi di Malaysia pada ketika itu. Apa kata anda pula?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Sunday, 8 June 2014

Koguru agih dividen 14 peratus kepada ahli

BESUT 6 Jun - Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru), yang meraih keuntungan bersih RM2.8 juta bagi tahun kewangan 2013, akan membayar dividen 14 peratus kepada 10,000 anggotanya.

Pengerusinya, Alias Yahya berkata, berdasarkan laporan kewangan 2013, koperasi itu akan membayar dividen 10 peratus iaitu 10 peratus modal saham dan 4 peratus modal yuran berjumlah RM1.8 juta, kepada 10,000 anggota Koguru mulai awal November ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pencapaian memberangsangkan dan belum pernah dicapai sebelum ini, koperasi juga akan membayar bonus kepada pekerja Koguru tahun ini.

Sejak ditubuhkan pada 1965, Koguru telah berjaya mengumpul modal yuran anggotanya sebanyak RM40 juta. - BERNAMA

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi/

BSN sasar 19 juta transaksi EBB

Dari kiri: Puspa Marina, Yunos, Dein Wah dan Abdul Malek berbincang selepas memeterai MoU antara BSN dan Singer, semalam.

BANK Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan 19 juta transaksi menerusi perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Komunitinya, Yunos Abd Ghani berkata, jumlah transaksi perkhidmatan itu dijangka meningkat selaras dengan pertambahan EBB dari semasa ke semasa.

“Kita menyasarkan ejen EBB meningkat kepada 6,000 ejen hujung tahun ini. Setakat ini, kami mempunyai 5,342 ejen EBB dan akan menambah lebih kurang 700 ejen lagi.

“Sejak perkhidmatan EBB diperkenalkan pada Januari 2012 sehingga Mei lalu, BSN mencatatkan 20.2 juta transaksi dengan nilai lebih RM1.69 bilion,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara BSN dengan Singer Malaysia Sdn Bhd (Singer), di Kuala Lumpur.

MoU itu ditandatangani Yunos bersama Pengarah Urusan Singer, Yeap Dein Wah, disaksikan Naib Presiden Kanan, Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar serta Pengurus Besar (Pengurusan Kredit) Singer, Abdul Malek Mohd Yunus.

Menurutnya, 39 agensi menggunakan perkhidmatan EBB BSN untuk pelbagai jenis transaksi.

“Bilangan agensi ini dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Ini akan menyumbang peningkatan jumlah urus niaga yang menggunakan perkhidmatan EBB BSN,” katanya.

Proton tawar rebat tunai sempena Ramadan, Aidilfitri

KUALA LUMPUR 6 Jun - Proton Holdings Bhd. membuat tawaran menarik untuk semua kereta keluarannya bulan ini bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, ia akan menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model tertentu dan servis percuma tiga tahun, kadar faedah bermula daripada serendah 2.70 peratus dan pelbagai tawaran istimewa lain.

"Orang ramai dijemput melihat tawaran promosi kami bulan ini di semua bilik pameran Proton di Malaysia. "Promosi ini berterusan sehingga 30 Jun 2014," katanya. - BERNAMA

Sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi/