Hutang Isi Rumah di Malaysia :
Melihatkan nilai hutang terkumpul rakyat Malaysia sehingga ke hari ini
terus melonjak sehingga “berjaya” untuk terus mengukuhkan kedudukan
sebagai negara yang menduduki tangga teratas sebagai negara yang hutang
isi rumah paling tinggi (tertinggi) di Asia. Sehinggakan…..
Sehinggakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Idris Jala mula bimbang
melihat statistik yang terbaru ini mengenai hutang isi rumah di Malaysia
yang sudah pun mencecah 86.8% pada akhir 2013 berbanding pertengahan
tahun 2013 (82%), 80.5% pada tahun 2012, 72.4% pada 2009.
Berita Semasa tidak terkejut mengenai
angka ini terus meningkat melihatkan tanggunggan rakyat Malaysia untuk
memiliki kereta sendiri mahupun rumah sendiri melibatkan “kos yang sangat tinggi”
tidak berpadanan dengan gaji dan pendapatan yang diraih di Malaysia.
Walaubagaimanapun terima kasih kepada bank yang meluluskan pinjaman
untuk mereka sehingga menjadikan mereka “terus berkemampuan” untuk
memiliki apa yang dikatakan keperluan di malaysia sekarang ini.
Hutang Isi Rumah di Malaysia : Pecahan Beban Hutang Rakyat Malaysia?
- Harga kereta yang agak membebankan menyebakan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain kebanyakannya membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (CONTOHNYA DI SINI). Apa 9 tahun? Ya…hanya di Malaysia
- Kemudian gejala hutang pada kadar yang tinggi (beratus kali ganda dengan gaji mereka) bagi memiliki rumah sendiri dengan pinjaman selama tempoh 30 tahun lamanya (SEPERTI DI SINI NASIBNYA)
- Separuh gaji hanya mengabdikan diri untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membayar semula hutang kepada pihak bank
- Bagaimana pula dengan lain-lain pinjaman seperti hutang kad kredit, pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi
Nampaknya hutang isi rumah di malaysia terus meningkat sejak dari tahun 2002 lagi. Dan semakin ketara sejak tahun 2009.
- Hutang isi rumah Tahun 2009 : 72.4%
- Hutang isi rumah tahun 2012 : 81.3%
- Hutang isi rumah tahun 2013 : 86.8%
Dan terdapat beberapa petanda yang mana
Malaysia bakal mencatatkan rekod bagi mencapai paras 100% hutang isi
rumah di Malaysia kepada KDNK negara. Persoalannya sekarang apa yang akan
berlaku kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia jika hutang isi rumah
di Malaysia mencecah 100%? Apa akan terjadi?
Apabila hutang isi rumah di Malaysia
sudah mencecahkan 100% kepada KDNK negara bermakna hutang kita yang
terkumpul sudah menyamai dengan pendapatan yang diperolehi.
Perbandingan Hutang Isi Rumah Malaysia Dengan Negara Lain?
- Hutang isi rumah di Malaysia : 86.8%
- Hutang isi rumah di Indonesia : 17%
- Hutang isi rumah di Singapura & Thailand : Kurang 70%
- Hutang isi rumah di Korea Selatan : 86%
- Hutang isi rumah di Jepun : 66%
- Hutang isi rumah di China : kurang 25%
- Hutang isi rumah di Amerika Syarikat : 78%
- Hutang isi rumah di Ireland : 106%
Apa pandangan anda pula melihatkan rekod
hutang isi rumah di Malaysia ketika ini? Bagaimana cara yang terbaik
yang anda rasakan mampu membendung angka hutang isi rumah di Malaysia
yang terus melonjak naik ketika ini?
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment