Thursday 23 October 2014

Ringkasan Budget 2015 Highlight : Dana RM273.9 Bilion Dibahagikan. Berapa Banyak Rakyat di Bawah Dapat? PRO VS Kontra?

Malaysia Budget 2015 Highlight : Pembentangan Budget 2015 telah pun diumumkan kepada semua. Peruntukkan berjumlah ratusan billion mula diumumkan kepada setiap kementerian dan kumpulan sasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Setelah dikira dengan tujuan asal kerajaan melalui pembentangan Budget 2015 kali ini lebih kepada mahu mengurangkan defisit fiskal yang paling utama dan dalam pada masa yang sama mahu meningkat pendapatan dan kantung kerajaan Malaysia, akhir terdapat beberapa pengumuman-pengumuman penting yang Berita Semasa ingin rakaman bersama untuk diperbincangkan pada laporan berita kali ini :

KLIK SINI : Pembentangan Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat
 

Ringkasan Bajet 2015 Highlight Malaysia : Intipati Kandungan Bajet 

  • Kerajaan Malaysia mahu mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0% pada tahun 2015 melalui jangkaan 3.5% pada tahun 2014 ini. Sama-sama kita nantikan azam kerajaan pada masa akan datang. Berjaya atau tidak?
  • Budget 2015 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM273.9 bilion, berlaku kenaikan peruntukkan sebanyak RM9.8 bilion
  • Daripada pembentangan Budget 2015 Malaysia ini, RM50.5 telah pergi kepada bajet pembangunan
  • Melibatkan bajet perbelanjaan mengurus, pembayaran kepada keluarga besar kakitangan awam di Malaysia adalah terbesar apabila menjangkau RM65.6 bilion
  • Dan….kerajaan Malaysia dijangka akan mampu mengaut dana sejumlah RM235.2 bilion pada tahun 2015 kelak, yang mana berlaku kenaikan sebanyak RM10.2 bilion



Berita penuh KLIK SINI 

Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi. Apa Nasib RM4,001 Hingga RM12,000?

Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi. RM4,001 Hingga RM12,000? : Sekarang ini kita lihat penguatkuasaan larangan terhadap pembelian minyak petrol RON95 oleh rakyat Singapura dan Thailand di kawasan larangan yang telah ditetapkan masih lagi lemah. Mereka terus tersenyum gembira menikmati limpahan subsidi minyak yang diraih oleh mereka selama ini. Selepas….

Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik baru-baru ini, nampaknya kerajaan sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Kali ini dengan formula beli minyak petrol dengan subsidi berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan anda.

Masih anda ingat lagi formula Ahmad Maslan sekitar September 2013 seperti di bawah ini :

KLIK SINI : Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah
(Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?

Berita Terkini Semakan Mekanisme Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi?

Berdasarkan Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi :
  1. Sistem subsidi petrol di Malaysia akan bermula 1 Jun 2015
  2. Difahamkan pelaksanaan pemberian dan pembayaran BR1M adalah “serampang dua mata” bagi pengumpulan data untuk penentuan pemberian hak dan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang bakal dapat beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
  3. Sistem baru subsidi petrol di Malaysia akan mahu diberikan kepada yang “benar-benar layak” sahaja. berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan anda. Adakah anda orangnya yang layak itu? Atau….
  4. Pembelian & pembayaran petrol RON95 dengan subsidi perlu disertakan sekali kad pengenalan anda
  5. Anda boleh beli petrol RON95 dengan subsidi jika tangga gaji dan pendapatan bulanan anda antara RM4,000 dan ke bawah
  6. Walaubagaimanapun, jika anda memiliki pendapatan antara lebih RM4,000 hingga RM12,000 sebulan, keputusan masih lagi terumbang ambing. Anda dapat sikit atau tidak akan dapat langsung.
Bagi Berita Semasa sendiri pada peringkat awal lagi adalah lebih baik mantapkan dulu pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengurangkan lagi kerugian negara dek kerana kes penyelewengan minyak ke negara jiran. Ini kerana pada masa sekarang dilihat pelaksanaan menggunakan IC, ada banyak “loophole”. Jikalau beriya benar mahu gunakan IC sebagai medium untuk rakyat Malaysia beli minyak petrol RON95 dengan subsidi, sebelum mahu laksanakannya :
  1. Perbaiki dahulu kualiti MyKad. Hakikatnya, kualiti chip mykad mudah sangat rosak dan tidak boleh ‘read’
  2. Pertingkatan sistem network server
  3. Perbetulkan isu lembap, lag semasa akses server oleh cikgu-cikgu, sudah diperbaiki?
  4. Inikan pula, berapa umat manusia di Malaysia yang bakal akses server pada satu-satu masa yang sama untuk mengesahkan maklumat minimum gaji dan tangga gaji serta pendapatan rakyat yang telah diettapkan oleh kerajaan Malaysia untuk dibenarkan beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
Biasakah anda mendengar ayat lazim daripada pihak bank, “Maaf, MyKad anda tidak boleh baca”.

Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi : Kad Pengenalan VS Kad Subsidi?

Bukankah :
“Prevention is better than cure”
Mengapa mesti menggunapakai kad pengenalan (IC) untuk beli benarkan rakyat Malaysia beli minyak petrol RON95 dengan subsidi? Kenapa? Mengapa tidak benarkan sahaja pemilik kenderaan yang sah di Malaysia sahaja diberikan satu “kad subsidi” walaupun ada banyak kereta dimilikinya sekalipun seperti mana yang diamalkan di Iran sekarang ini? Atau anda mungkin ada cadangan lain? Pendapat anda?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

UK Ice Blendz guna konsep motor roda tiga

Sambutan pelanggan terhadap UK Ice Blendz semakin menggalakkan.

UK Ice Blendz Sales & Marketing memperkenalkan konsep jualan menggunakan motor roda tiga berikutan permintaan yang menggalakkan dalam kalangan pelanggannya.

Pengarah Urusannya, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, sebagai peringkat permulaan, syarikatnya akan melancarkan 10 unit motor roda tiga UK Ice Blendz dengan modal permulaan RM10,000.

“Buat masa ini, kami akan meluaskan penggunaan konsep motor roda tiga ke seluruh Lembah Klang dan seterusnya ke setiap negeri terutama rakan niaga UK Ice Blendz," katanya.

Menurutnya, syarikatnya juga bakal melancarkan Mart Mini sebelum akhir tahun ini dengan lokasi pertama di Lembah Klang.

Katanya, UK Ice Blendz mempunyai hampir 2,000 rakan niaga dan stokis di seluruh negara.

Ahmad berkata, syarikatnya mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjana pendapatan dan menjadi rakan niaga terutamanya di Sabah dan Sarawak.

"Sebagai salah satu usaha mengembangkan rangkaian kami, sempena ulang tahun ke-10 UK Ice Blendz, syarikat menawarkan diskaun sehingga 10 peratus kepada mereka yang menjadi rakan niaga.

"Semua pakej UK Ice Blendz hanya RM3,499 (tiada penjana kuasa) dan RM3,999 dengan penjana kuasa," katanya.

UK Ice Blendz turut berhasrat menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan produk air kisar termasuk peralatan dan kelengkapan yang diperlukan pada harga mampu milik.

"Kami juga menyasarkan peningkatan jualan lebih 50 peratus tahun ini terutama disumbangkan oleh pembukaan Mini Mart dan pelancaran motor roda tiga UK Ice Blendz," katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Wednesday 22 October 2014

Burgerbyte kekal harga selepas GST

Selebriti Zizan Razak hadir pada pembukaan cawangan Burgerbyte Shah Alam, baru-baru ini.

BURGERBYTE Sdn Bhd (Burgerbyte) akan mengekalkan harga makanan yang ditawarkannya walau selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Najib Zakaria berkata, Burgerbyte akan menanggung cukai yang dikenakan sekiranya mereka berjaya memperoleh permit mengimport daging.

“Jika dapat permit tersebut, kami tidak perlu berurusan dengan orang tengah yang turut akan mengenakan GST dan sekali gus menambah kos yang kami akan tanggung.

“Adalah lebih baik jika kami mendapatkan permit itu dan harga makanan kami tidak akan dinaikkan kerana kami mampu mengawal harga tersebut,” katanya ketika majlis pembukaan Burgerbyte cawangan Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan antara cabaran yang dihadapi Burgerbyte sebelum GST dilaksanakan dan sekiranya berjaya, mereka mampu meminimumkan kos yang ditanggung.

Ditanya mengenai cawangan Burgerbyte, Mohd Najib berkata, pembukaan di Shah Alam menjadikan jumlah keseluruhan kedai Burgerbyte kepada 12 cawangan.

“Kami juga akan buka dua cawangan Burgerbyte sehingga hujung tahun ini di Pasar Karat Johor Bahru, Johor dan Ampang, Kuala Lumpur.

“Setiap cawangan baharu yang ingin dibuka memerlukan pelaburan antara RM350,000 hingga RM450,000 dan akan meneliti lokasi, kesesuaian kedai serta beberapa aspek lagi,” katanya.

Pembukaan cawangan Burgerbyte Shah Alam menjadikan empat cawangan berada di bawah pengurusan Burgerbyte, manakala bakinya menggunakan perniagaan Licensing di bawah jenama makanan Burgerbyte.
Burgerbyte Shah Alam turut memberi diskaun 10 peratus kepada pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Shah Alam apabila menikmati makanan di situ dengan mempamerkan kad pelajar mereka.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Android 5.0 dikenali sebagai Lolipop

SETELAH pelbagai teka-teki, akhirnya Google secara rasmi memperkenalkan nama rasmi untuk Android 5.0, yang mana ia akan dikenali dengan nama Android Lolipop.

Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web.

Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.Android 5.0 Lolipop akan hadir terbina pada Nexus 9 dan Nexus 6, sementara Nexus 4, Nexus 5, Nexus 7 dan Nexus 10 akan menerimanya dalam beberapa minggu lagi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Permohonan BR1M 4.0 Berjumlah 8 Juta. Tarik Subsidi Minyak Lebih RM1.1 Bilion

Permohonan BR1M 4.0 Berjumlah 8 Juta. Tarik Subsidi Minyak Lebih RM1.1 Bilion VS Kantung BR1M 2015 Bertambah 30% Kepada Lebih RM6 Bilion : Jikalau sebelum ini, ketika mula-mula dilaksanakan pada tahun 2012 BR1M 1.0 2012 sebanyak 4.18 juta isi rumah telah mendapat manfaat pembayaran BR1M dengan dana sebanyak RM2.1 bilion telah dibelanjakan. Angkanya…terus bertambah bagi siri BR1M 2.0 2013 apabila 4.81 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang dengan nilai sebanyak RM3 bilion.

Dan dengan peruntukkan sebanyak RM4.6 bilion, lima juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang telah menerima habuan masing-masing bagi siri BR1M 3.0 2014. Dan seperti yang sudah diketahui ramai, kantung pembayaran BR1M terus berjaya ditingkatkan lebih RM6 bilion. Mana datang duit tambahan ini? Terima kasih kepada “usaha penarikan” semula subsidi minyak melibatkan minyak RON95 dan diesel dengan penjimatan sejumlah lebih RM1.1 bilion sekaligus membolehkan anda, anda semua penerima kelak bakal menerima kenaikan BR1M 4.0 naik 2015 :

Nilai Pembayaran BR1M 2015 Bertambah

  • Pembayaran RM950 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • Pembayaran RM750 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000
  • Pembayaran RM350 untuk bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolhi setakat ini, pembayaran BR1M 4.0 2015 akan dibayar melalui 2 cara satu adalah melalui pembayaran terus ke akaun bank anda, dan satu lagi melalui baucer (baucar tunai) bergantung samada anda memasukkan nombor akaun bank anda ataupun tidak.

Ini bermakna bagi kemaskini dan permohonan BR1M 2015 kelak, seramai 8 juta rakyat Malaysia akan menerima BR1M 4.0 2015. Adakah anda salah seorang daripada “keluarga besar” penerima BR1M kali ini? Adakah berbaloi dengan nilai pembayaran Br1M 2015 seperti di atas berdasarkan “pengorbanan rakyat” yang terpaksa berhadapan dengan penarikan susbidi minyak baru-baru ini dan juga pada penarikan subsidi tidak lama sahaja lagi? Apa kata anda?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Tuesday 21 October 2014

Kadar Kenaikan Harga Tambang Bas Sekolah Naik 2015 Sebanyak 30%. Kesan Domino Harga Minyak Naik 20 Sen (2013) + 20 Sen (2014) Bermula!

Kadar Kenaikan Harga Tambang Bas Sekolah Naik 2015 Sebanyak 30%. Kesan Domino Harga Minyak Naik 20 Sen (2013) + 20 Sen (2014) Bermula! Jikalau kenaikan harga minyak 20 sen tahun 2013, mereka masih boleh bertahan lagi walaupun permintaan mereka masa itu ditolak supaya kenaikan harga tambang bas sekolah naik ditangguhkan buat sementara waktu. Tetapi tidak untuk kenaikan harga minyak 20 sen baru-baru ini. Muktamad!!!

ITulah…. antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Presiden GPBSM (Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia) Mohd Rofik Mohd Yusof akan akan mula menawarkan harga baru tambang bas sekolah 2015 apabila kenaikan tambang bas sekolah naik 2015 tidak dapat dielakkan lagi yang mana kadar baru tambang bas sejumlah 30% dirasakan mereka agak munasabah dengan beban kos yang terpaksa ditanggung mereka selama ini.

Punca Lelaki Merokok di Tandas.

rita Kenaikan Tambang Bas Sekolah Naik 2015?
Harga Baru Bas Sekolah 2015
  1. Sejumlah 18,000 pengusaha bas sekolah di seluruh Malaysia termasuk Sabah, sarawak sebulat suara akan menawarkan kadar dan harga baru tambang bas sekolah untuk anak-anak semua termasuk kepada pembaca Berita Semasa
  1. Punca kenaikan tambang bas sekolah naik adalah disebabkan kenaikan harga alat ganti kenderaan, kenaikan harga minyak untuk 2 tahun berturut-turut
  1. Kadar kenaikan tambang bas sekolah naik adalah sekitar RM9 sebulan bagi setiap pelajar
  1. Tetapi difahamkan pengusaha bas sekolah akan memberikan sedikit kelonggaran dan budi bicara untuk menawarkan pengurangan tambang bas sekolah jikalau anda mempunyai 3 orang anak yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah
Kesan domino kenaikan harga minyak 20 sen terus berlangsung. Adakah selepas ini tiba giliran pengumuman kenaikan tambang bas ekspres seterusnya tawaran harga baru untuk anda pula? Nantikan….


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/


Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan

PROTON Iriz dijangka meningkatkan jualan Proton, sekali gus membuatkan syarikat kereta nasional itu memperkukuhkan perkhidmatan selepas jualannya.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) akan memperbaharui perkhidmatan selepas jualannya seiring dengan usaha mereka untuk meningkatkan keyakinan pasaran dan jualan model-model Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Norzahid Mohd. Zahudi berkata, syarikat akan menyediakan kualiti perkhidmatan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. Katanya, pengguna atau pelanggan Proton boleh merasai peningkatan tahap perkhidmatan tersebut dalam tempoh satu hingga dua suku tahun lagi.

"Seiring dengan langkah kami untuk memperkenalkan model yang boleh dieksport, perkhidmatan selepas jualan juga perlu menepati piawaian antarabangsa. Kami akan melaksanakan beberapa langkah untuk menaikkan tahap perkhidmatan," katanya semasa sesi uji pandu model Iriz bersama media di Pulau Pinang, kelmarin.

Beliau merujuk kepada model terbaharu Proton, Iriz yang baharu dilancarkan 25 September lalu. Proton menjangka model tersebut mempunyai potensi untuk dipasarkan ke negara asing.

Norzahid baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar pada 1 Oktober lalu. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi NAZA Quest Sdn. Bhd., iaitu pengedar jenama Chevrolet di Malaysia.

Dalam pada itu, sehingga Selasa lalu, Proton Iriz telah menerima 21,000 tempahan. Norzahid berkata, agak mengejutkan varian termahal iaitu 1.6L Premium CVT menerima tempahan antara yang tertinggi iaitu sekitar 33 peratus daripada keseluruhan tempatan yang diterima.

"Ini disebabkan model ini mendapat perhatian daripada golongan profesional dan penduduk bandar. Kami menjangka lebih banyak tempahan diterima selepas ini khususnya menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada awal 2015," katanya.

Sementara itu katanya, Proton terus berusaha mencari penyelesaian bagi membantu pembeli mendapatkan pinjaman bank untuk membeli Iriz, melalui kerjasama erat dengan bank.

sumber : http://202.190.126.82/utusan/

HTC kembali ke arena tablet

SELAIN pengenalan telefon pintar Nexus baharu, Google mengumumkan sebuah tablet Nexus baharu bersaiz 8.9-inci yang dibangunkan bersama HTC.Google berkata, ia hadir dengan rekaan yang mesra untuk dipegang dengan sebelah tangan, dan amat ringan serta membawakan bahagian kerangka tepi yang nipis.

Nexus 9 ini hadir dengan cip pemprosesan 64-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound yang mana membawakan dwispeaker di bahagian depan.

Beberapa aksesori turut disediakan, termasuk sebuah papan kekunci yang boleh disambungkan secara magnetik pada Nexus 9 ini, sekali gus memudahkan membuat tugasan kerja.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba,

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba, Terburu-Buru. Guru Tidak Dapat Habiskan Silibus Belajar. Respon Guru, Pelajar & Ibubapa? : Ujian bertulis peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 telah pun melebuhkan tirainya minggu lepas. Walaubagaimanapun, Berita Semasa menerima banyak aduan yang mengatakan ramai pelajar Tingkatan 3 yang menjadi “bahan eksperimen” pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak mendapat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini apabila berlaku ketidaktentuan format dan tarikh peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini.

Ada yang mengatakan, ada kalangan guru yang tidak dapat menghabiskan silbus pelajaran sebelum peperiksaan PT3 2014 bermula dek kerana kekangan masa. Sehinggalah pada Jun 2014, barulah pelajar Tingkatan 3 dimaklumkan perlu menduduki penilaian instrumen kajian kes dan ujian lisan pada bulan Julai dan Ogos 2014. Dan juga Berita Semasa juga difahamkan yang mana beberapa sekolah dibenarkan memilih set soalan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun rata-rata guru mengatakan sistem PT3 Tingkatan 3 jauh lebih baik berbanding PMR. Cuma daripada aspek bebanan kerja akan semakin bertambah apabila guru-guru perlu menjalankan tugasan pegawasan dan menanda kertas peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini.

Dan Berita Semasa juga berpandangan, PT3 ini mampu menilai lebih awal tahap kecenderungan pelajar ke arah mana sebenarnya sepertimana yang diamalkan kepada anak-anak muda di negara Jerman sana.

KLIK SINI: Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai 2014 :
Beban Guru Berkurang 80%. Kualiti Pelajar?

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Siapa Yang Untung?

Walaubagaimanapun yang untung disebalik pelaksanaan PT3 secara terburu-buru ini pastinya :
  1. Publisher buku : Apabila Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) umumkan sahaja akan diadakan PT3, sepantas kilat mereka-mereka ini keluar soalan-soalan mirip PT3.
  2. Pusat Tusiyen : Apabila PMR dimansuhkan, ramai ibubapa terpaksa hantar anak-anak ke tuisyen bagi mendapatkan soalan-soalan emas PT3. Katanya…..
  3. Lembaga Peperiksaan : Goyang kaki. Sebab sekarang ini semua sekolah yang uruskan. Ya soalan mereka yang akan keluarkan tetapi…..sekolah kena pilih-pilih set soalan dan download secara rawak….kena rezo…..kena stapler…..kena jadi pengawas peperiksaan…..kena tanda sendiri
PT3 ini masih lagi peperiksaan. PBS baru dikira sebagai pernilaian berterusan. Berita Semasa difahamkan agak kelam-kabut juga pelaksanaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini. Untuk tahun 2014 ini sahaja sudah beberapa kali format terpaksa diubah untuk PT3.
  1. PT3 tetap sama peperiksaan seperti PMR. Cuma tukar nama sahaja. Awal-awal dahulu dikenali dengan PBSMR
  2. Bulan Jun barulah ditetapkan format
  3. Bulan Julai & Ogos : Penilaian instrumen kajian kes dan ujian lisan
  4. Bulan September barulah cikgu-cikgu dipanggil kursus termasuk diberikan format soalan dan cara menanda
  5. Bulan Oktober terus exam
  6. Result? Nantikan…..

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Keputusan & Hasil Eksperimen Ini?

Itu sebablah, bagi sesiapa yang berjaya dapat cemerlang dalam peperiksaan PT3 2014 ini Berita Semasa boleh katakan wajar diberikan pujian kerana mampu melahirkan anak muda berfikiran kreatif dan kritis berbanding PMR yang lebih banyak “mengajar” pelajar untuk menghafal kerana diselitkan beberapa soalan Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTS) di mana tiada lagi soalan objektif untuk mereka “menembak”. Dan Berita semasa tidak hairanlah kelak apabila mereka-mereka ini menduduki peperiksaan SPM 2016 kelak, lebih canggih jawapan dan pandangan yang bakal dilontarkan dek kerana sudah dilatih lebih awal “critical thinking” ini.

PBS masih lagi berjalan seperti biasa. Betul guru-guru di Berita Semasa? Sekarang habis PT3, PBS tetap diteruskan di mana sekarang sudah tiada lagi Program Lepas PMR.
  • cikgu mengajar seperti biasa
  • Selesaikan PBS yang tidak selesai
  • Markah PBS perlu key in..cuma offline. Evident pelajar kena ada
  • Ini kerana pentaksir akan datang untuk proses pemantauan.
  • Berita Semasa difahamkan markah PBS perlu selari dengan PT3. Jikalau PT3 markah tinggi tetapi PBS markah rendah, markah di PT3 itu akan ditolak.
Berita Semasa tetap gemar dan suka konsep PT3 ini. Mengalakkan anak-anak muda berfikir di luar kotak. Tetapi, dek kerana pelaksaan yang agak carca merba, terburu-buru dan permulaan yang banyak “glitches here and there”. Walaubagaimanapun, harapan Berita Semasa tetap tinggi mahukan sistem dan pelaksaan PT3 Tingkatan 3 ini akan bertambah baik daripada masa ke semasa. Dengan harapan apabila ditukar menteri, polisi tidak berubah lagi untuk melakukan eksperimen baru.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Monday 20 October 2014

GST sudah bermula?

MASIH berbaki enam bulan untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini bermakna semua syarikat yang layak mengenakan GST sudah membuat persiapan.

Namun dalam tempoh ini, ada juga peniaga-peniaga kecil dan beberapa syarikat sudah mengenakan caj GST ini. Adakah ini sebagai pra permulaan atau sekadar mengambil kesempatan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perkara ini sudah berlaku di beberapa tempat, namun bukan daripada syarikat besar sebaliknya kedai makan kecil dan tempat parkir kereta. Ikuti kupasan wartawan mengenai isu GST ini.

Pekerja ditumbuk gara-gara GST

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca! : Berdasarkan statistik yang Berita Semasa pernah laporkan (DI SINI) setahun yang lalu, kajian menunjukkan seramai 33.8% berpendapatan antara RM1,500 dan RM3000 sebulan. Adakah anda salah seorang daripadanya?

Dan jikalau lebih 3 tahun lalu seperti yang pernah dilaporkan seorang Menteri dari Kelantan (Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?) pernah meletakkan paras pendapatan dan gaji RM3,000 sebagai berpendapatan tinggi nampaknya hari ini ia tidak relevan lagi. Mengapa?

Keadaan dan kedudukan sudah berubah jauh berubah. Landskap kos sara hidup di Malaysia semakin melebar. Dan terkini Tengku Razaleigh Hamzah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Menteri Kewangan mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiapa sedia supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan bumiputera di Malaysia tidak senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat, menjadi pengemis di negara sendiri.

Punca Pendapatan & Gaji RM3,600 Adalah Miskin Bandar di Malaysia?

  1. Ringgit Malaysia di terus jatuh. Jikalau dahulu matawang Malaysia dan matawang Singapura sama hebat dan sama padan. Sekarang? Rakyat Singapore tersentyum girang membeli belah di Johor Bahru dan tempat-tempat lain di Malaysia
  2. World Bank juga telah menetapkan kadar baru bagi kerajaan Malaysia mengatasi kadar kemiskinan di Malaysia
  3. Inflasi di malaysia semakin melonjak naik
  4. Pendapatan dan gaji yang diterima rakyat Malaysia terllau perlahan dibandingkan kadar kos sara hidup di Malaysia
Bagaimana realiti kos sara hidup yang perlu anda lalui sekarang dibandingkan gaji yang anda terima setiap bulan, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar di Malaysia?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Kadar Interest Pinjaman di Malaysia Naik Lagi (SIRI 2) Kepada 7.10% Awal Tahun 2015? Pakar Ekonomi Kongsikan Petunjuk!

Kadar Interest Pinjaman di Malaysia Naik Lagi Kepada 7.10% Awal Tahun 2015? Pakar Ekonomi Kongsikan Petunjuk! Dalam keadaan rakyat Malaysia telah dihantar isyarat jelas menjelang tahun pembukaan 2015 kelak, di mana rakyat Malaysia bakal disuapkan dengan bahang kenaikan inflasi naik 2015 dan juga pelaksanaan cukai GST 6%.

Terbaru, kadar hasil bon/sukuk telah… menghantar isyarat jelas mana gelombang kenaikan OPR siri kedua sudah tidak boleh dielakkan lagi sekaligus akan berlaku kenaikan BLR naik siri 2. Apa tandanya?

Semakan Berita Semasa menunjukkan hasil sukuk 2 tahun telah meningkat kepada 24 mata asas untuk tahun 2014 kepada 3.49% yang mana 24 mata lebih tinggi daripada penanda aras pada kadar polisi yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia yang mana pada ketika ini OPR Malaysia adalah pada kadar 3.25%.

Terbaru, pakar ekonomi Barclays Plc juga berpendapat yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) hampir pasti akan mengumumkan satu lagi pengumuman yang tidak mampu diterima oleh kalangan penghutang di Malayisa terutamanya iaitu kenaikan 25 lagi mata asas pada awal suku pertama 2015 sekaligus kenaikan kadar interest pinjaman di Malaysia naik lagi sekali.

KLIK SINI : Nilai Matawang Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. 
Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh? 

Kesan Kenaikan Kadar Interest Pinjaman Naik Siri Yang Kedua?

Hakikatnya hutang Malaysia agak membebankan lebih kurang sama dengan negara Pakistan apabila dibandingkan tahap hutang Malaysia dengan GDP Malaysia yang mana berada di kedudukan antara yang tertinggi dikalangan 13 negara Asia yang lain selepas Sri Lanka apabila ia dilaporkan sendiri oleh Berita Bloomberg.
  1. Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan, pemotongan subsidi minyak 20 sen baru-baru membolehkan kerajaan Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan sejumlah RM1.5 bilion
  2. Kerajaan Malaysia bakal mendapat RM7 bilion lagi penjimatan dengan ______________. Nantikan.
Hutang tetap hutang. Hutang perlu diselesaikan & dikurangkan bukannya dibiarkan semakin tinggi dan tinggi. Hutang kerajaan terlalu tinggi sekarang tidak berpadanan dengan kapisiti negara kita sebagai hanya negara membangun.
“Negara membangun selera belanja besar”
Akhirnya Ketua Pasaran Kewangan daripada RHB Investment Bank yang bernama Angus juga berpendapat kerajaan akhirnya sekarang dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan Malaysia dan memperbaiki kedudukan fiskal Malaysia dengan cara?
  1. Menaikkan pendapatan negara Malaysia : Pelaksanaan GST
  2. Mengurangkan & menjimatkan perbelanjaan kerajaan Malaysia : Mengurangkan subsidi minyak dan barangan
Akhirnya siapa yang menanggung untuk membayar hutang kerajaan Malaysia?
P/S : Tahun 2015, adalah masa untuk rakyat Malaysia menabung dan menyimpan tunai berbanding berbelanja.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Sunday 19 October 2014

Pembayaran BRiM 4.0 Cukup Belanja 3 Bulan Anda Lebih Baik Daripada Subsidi! Mekanisme Bayaran Ansuran BR1M 2015 Terbaik! Setuju?

Pembayaran BRiM 4.0 Cukup Belanja 3 Bulan Anda Lebih Baik Daripada Subsidi! Mekanisme Bayaran Ansuran BR1M 2015 Terbaik : Dilihat kerajaan Malaysia sekarang ini lebih berminat untuk menawarkan subsidi minyak contohnya kepada kelompok rakyat marhaen.

Walaubagaimanapun, mekanisme yang digunapakai apabial kerajaan tidak lama sahaja lagi akan mengumumkan mekanisme baru bagi pemberian subsidi minyak. Adakah formula dan cadangan Ahmad Maslan (SEPERTI DIKONGSIKAN DI SINI) akan digunapakai?

Yang pastinya subsidi minyak kerajaan mahu kurangkan. Sekarang ini, subsidi minyak digunapakai tanpa kawalan, orang kaya boleh pakai. Warganegara asing boleh beli. Oleh itu selepas ini, kerajaan mahu memanfaatkan perbelanjaan yang dijimatkan disebalik perbelanjaan besar subsidi minyak boleh digunakan untuk tujuan kebajikan terus kepada rakyat marhaen di Malaysia. Setuju?
“Memberi subsidi kepada golongan kaya dan elit ialah satu prinsip yang bodoh. Jadi, jangan marah dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini,”
“Di mana lagi di dunia ini ada sebuah kerajaan seperti pentadbiran Barisan Nasional di Putrajaya yang menjaga rakyatnya?” soalnya.
Kenyataan terbaru Ahmad Maslan

Mekanisme Pembayaran BRiM 4.0 : Ansuran Bayaran BR1M 2015 3 Bulan

Ahmad Maslan mengingatkan sekali lagi rakyat Malaysia termasuk di sini supaya menggunakan wang pembayaran BR1M 2015 tersebut dengan berhemah tanpa membeli barangan yang bukan keperluan dan barangan mewah. Dan bagi mengelakkan rakyat terus menghabiskan wang tersebut, kerajaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan mekanisme bayaran BRiM 2015 secara ansuran kepada anda
  • BR1M 4.0 akan membantu lebih 7 juta rakyat Malaysia tahun 2015
  • Kerajaan malaysia beranggapan bayaran BR1M sudah cukup untuk menampung tiga bulan perbelanjaan isi rumah rakyat yang layak menerimanya.
Bagi di sini dengan  isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 di mana layak menerima BR1M 4.0 sebanyak RM950, sementara yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 akan menerima BR1M 2015 sebanyak RM750, benarkah pembayaran BR1M 4.0 2015 tersebut benar-benar cukup perbelanjaan anda untuk tempoh 3 bulan tersebut seperti yang dicanang pihak kerajaan? Benarkah?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Kenaikan Harga Barang Naik 2015 : Kuasa Beli Rakyat Akan Terus Jatuh? Simpanan Rakyat Bakal Menyusut?

Kenaikan Harga Barang Naik 2015; Kuasa Beli Rakyat Akan Terus Jatuh? : Selepas seluruh tubuh badan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak naik 20 sen, rakyat Malaysia mula sedar mereka sedang berpijak pada bunyi yang nyata.

Kurang lagi kedengaran berita-berita gembira ibarat tinggal di “syurga dunia” seperti mana yang acapkali kedengaran sekitar penghujung tahun 2012 dan sehingga pertengahan tahun 2013. Semunya indah-indah belaka pada masa itu…..Sekarang?

Sekarang tidak lagi…..Rakyat Malaysia sudah mula menerimanya “dalam keadaan terpaksa” inilah realitinya yang perlu ditempuhi sekarang dan tempoh-tempoh yang mendatang termasuk tahun 2015 kelak.
Walaupun jaminan sudah kedengaran bahawa tiada kesan besar terhadap kenaikan harga minyak di Malaysia serta dikatakan inflasi masih akan terkawal. Tetapi hakikat dan realitinya?


Banyak syarikat dan industri telah merasainya bahangnya yang mana mereka pastinya tidak mahu menghadapi gelombang kos terlalu lama, akhirnya bahang tersebut terpaksa juga dipulangkan bebannya kepada anda, anda dan anda semua sebagai pembeli dan pengguna mereka.
  • Kos gula naik 14% Oktober 2013
  • Kenaikan harga minyak 11% September 2013
  • Kenaikan tarif elektrik 16.9% Januari 2014
Kenaikan Harga Baik Naik 2015 VS Perbelanjaan Boleh Guna Rakyat?
Hakikatnya kenaikan harga minyak contohnya telah menyebabkan kos perbelanjaan harian rakyat marhaen terutamanya telah bertambah sekaligus menyekat pertumbuhan bagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia selepas ini. Akhirnya kuasa beli rakyat Malaysia akan semakin berkurang selepas ini. Ini kerana paras harga minyak sangat dekat dengan hampir setiap apek kehidupan rakyat Malaysia selama ini.
Bersama-sama di bawah ini Berita Semasa sertakan trend kenaikan harga makanan di Malaysia sejak kenaikan harga minyak 20 sen September 2013. Berapa pula kenaikan selepas kenaikan harga minyak 20 sen 2014. Bersama-sama kita nantikan…

Senarai Kenaikan Harga Barang di Kuala Lumpur 2013 – 2014
  1. Harga Cili merah (setiap KG) : RM6 (2013) naik kepada RM12 (2014) – Kenaikan 100%
  2. Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM14.90 (2013) naik kepada RM16.90 (2014) – Kenaikan 13.4%
  3. Harga Bawang Merah (setiap KG) – RM3.50 – RM4.00 @ RM4.20 – Kenaikan antara 14.3% dan 20%
Senarai Kenaikan Harga Barang di Sarawak 2013 – 2014
  • Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM9-RM10 (2013) naik kepada RM11 ke RM13 (2014) – Kenaikan 22%-30%
Senarai Kenaikan Harga Barang di Terengganu 2013 – 2014
  • Harga Cili merah (setiap KG) : RM8 (2013) naik kepada RM10 (2014) – Kenaikan 25%
  • Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM10 (2013) naik kepada RM10-Rm15 (2014) – Kenaikan 50%
Persoalannya, siapa yang menjadi mangsa terbesar di sebalik beberapa siri pengumuman harga barang di Malaysia? Sudah pastinya golongan berpendapatan rendah dan serdahana yang terpalit kesan domino ini. Dan kesan tersebut akan terus menimpa golongan ini apabila bermulanya Malaysia GST 2015 6%
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan Alliance Financial Group Bhd dan Malaysian Rating Corporation meletakkan jutaan kelas pertengahan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan bahang gelombang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia sejak kerajaan Malaysia bertindak melancarkan pemotongan subsidi demi subsidi barangan atas nama yang cukup indah “rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga”. Ini disebabkan….

Sejak ledakan ekonomi yang melanda Malaysia sejak tahun 1990, golongan pertengahan :
  • Berhadapan kenaikan harga barang di Malaysia yang semakin tinggi dan tinggi setiap tahun
  • Pinjaman isi rumah yang tinggi
  • Walaubagaimanapun, kenaikan gaji naik di Malaysia agak menyedihkan
Ketua ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Allias mengatakan :
Kenaikan inflasi naik di Malaysia yang lebih cepat berbanding kenaikan gaji naik di Malaysia telah menghakis secara diam kuasa beli rakyat Malaysia sekaligus memberikan kesan besar kepada perbelanjaan boleh guna daripada GDP Malaysia.
Bagaiamna pula dengan trend kenaikan harga barang naik di tempat anda pula?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik Untuk Pelajar Baru 2015. Puncanya Pelaksanaan GST 6%!

Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik Untuk Pelajar Baru 2015. Puncanya Pelaksanaan GST 6%! : Bagi Berita Semasa, kempen promosi dan pengiklanan di media cetak dan media elektronik bagi memberikan kefahaman mengenai pelaksanaan GST di Malaysia bermula 1 April 2015 dengan kadar 6% tidak menjelaskan situasi sebenarnya apa yang bakal berlaku selepas 1 April 2015.

Pakar-pakar ekonomi mengatakan inflasi negara bakal naik selepas pelaksanaan GST 2015. Tetapi kempen promosi GST yang menghebahkan kepada orang ramai yang indah-indah sahaja. Hakikatnya….majoriti pengusaha perniagaan dan juga beberapa sektor lain sedang mengambil giliran untuk mengumumkan siri kenaikan kepada pelanggan mereka. Terbaru….Majoriti IPTS di Malaysia bakal mengumumkan kadar kenaikan IPTS di Malaysia naik selepas menjelangpelaksanaan GST 1 April 2015. Sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Punca Kenaikan Yuran IPTS di Malaysia Naik 2015?

  1. Kos operasi IPTS di Malaysia semakin naik dan meningkat
  2. IPTS tidak menikmati pulangan dalam bentuk cukai input untuk pembelian peralatan pengajaran
  3. Kenaikan yuran IPTS naik 2015 hanya akan melibatkan penuntut baharu sahaja yang akan bayar yuran pengajian mereka kelak
Ya…benar jikalau kita lihat di kaca televisyen contohnya, sektor pendidikan memang tidak kenakan GST kepada end user seperti anda, anda dan anak-anak anda. Ini kerana, industri pendidikan dikategorikan sebagai “exempt supply” dalam GST. Yang menjadi isu kepada IPTS ialah mereka tidak boleh claim Input Tax Rebate. Sedangkan selama ini dalam sistem SST, mereka tidak boleh pun untuk “claim input”. Tetapi……segala kos perbelanjaan di sekeliling pengurusan universiti mereka perlu membayar GST atau tidak, termasuk perbelanjaan, pembelian? Akhirnya peningkatan kos akan dipulangkan kepada siapa jikalau tidak…………walaupun yuran IPTS tidak dikenakan GST 6%

P/S : Semakin meningkat nampaknya nilai pinjaman PTPTN bagi membolehkan rakyat Malaysia “layak belajar” ke IPTS di Malaysia kelak.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/