Saturday, 26 December 2015

Wanita Warga Emas Berkhemah Depan Rumah Kena Lelong



KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pihak bank melelong rumahnya, seorang wanita warga emas di Alor Setar, Kedah bertindak berkhemah di hadapan rumah itu sejak 21 Disember lalu.

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, wanita yang cuma mahu dikenali sebagai Salmah itu berkhemah di hadapan rumahnya di Titi Gajah kerana enggan meninggalkan rumah peninggalan bekas suaminya.

“Wanita berusia 60 tahun yang kematian suami sejak tahun 1999 ini mendakwa dia diarahkan keluar dari rumahnya baru-baru ini oleh individu yang berjaya membida rumah peninggalan suaminya.

“Salmah bagaimanapun tidak mahu berganjak dari rumah berkenaan dan terus menetap di hadapan rumah tersebut. 4PM bersimpati dengan nasibnya dan akan berusaha membantu menyelesaikan masalahnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland berkata, 4PM yang menerima aduan daripada Salmah tiga hari lalu meragui cara bank melelong rumah wanita itu memandangkan rumah berkenaan dibeli oleh bekas suaminya yang telah meninggal dunia.
Kata beliau, pihak bank sepatutnya menyelesaikan tuntutan insurans rumah berkenaan berdasarkan syarat `Mortgage Reducing Term Assurance’ memandangkan pembelinya sudah meninggal dunia.

Justeru, kata beliau, 4PM sedang menyiasat perkara itu dan pihaknya akan mendapatkan keadilan untuk Salmah jika benar pihak bank sengaja mengabaikan tuntutan insurans seperti didakwa.

Beliau dalam pada itu menyelar sikap segelintir pembida rumah lelong yang bertindak menghalau penghuni asal sebelum tempoh 120 hari.

Menurut beliau, pemilik asal perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan barangan mereka dan mencari rumah lain.

“4PM terima beberapa aduan pemilik asal dihalau keluar oleh pembida hanya beberapa jam selepas rumah mereka dilelong. Ini tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau menghubungi talian hotline 1700-818-707 atau melayari laman web www.pppqpmalaysia.weebly.com.


sumber – mynewshub.cc

Ngeri! Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia



Krokodil dari Amerika, merupakan ubat bius baru yang mempunyai harga tiga kali lebih murah berbanding heroin. Krokodil merupakan ubat sejenis heroin yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ tubuh.

Ubat ini diperbuat daripada campuran pelbagai bahan kimia yang sangat berbahaya. Ramai yang telah menjadi mangsa Krokodil. Berikut ini adalah gambar orang yang menggunakan Krokodil:


Dengan menyuntik Krokodil dalam dos yang sangat rendah sahaja dapat menyebabkan pembuluh darah pecah, kulit bersisik dan luka gangren. Gangren adalah kondisi serius yang muncul ketika banyak jaringan tubuh mengalami nekrosis atau mati.

Kondisi ini terjadi setelah seseorang mengalami luka, infeksi, atau masalah kesehatan kronis yang memengaruhi sirkulasi darah. Penyebab utama gangren adalah berkurangnya suplai darah ke jaringan yang terjangkit gangren, sehingga mengakibatkan kematian sel.

Diabetes dan merokok jangka panjang turut menambah risiko gangrene.

khairulnizamnorain.blogspot.my/


Projek misteri Kuala Kedah terungkai


Laporan Sinar Harian, 13 Disember lalu

ALOR SETAR - Kewujudan sebuah projek misteri di Kampung Batu Enam dekat Kuala Kedah yang menimbulkan pelbagai persoalan masyarakat sehingga menyebabkan kemusnahan tanaman padi di situ akhirnya terungkai oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Mada, Ir Hor Tek Lip mengesahkan projek misteri itu bawah tanggungjawab sebuah syarikat pemaju yang melaksanakan pembangunan di Kuala Kedah.

“Setelah siasatan dijalankan, kawasan yang dimaksudkan adalah Parti Buang Permatang Pantai yang berada dalam blok pengairan CCDIc Lokaliti A-IV, Batas Paip.

“Pengaliran air di parit buang itu tersekat menyebabkan 35 hektar sawah padi rosak akibat ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan itu berpunca dari pembinaan pembetung yang tidak sempurna oleh syarikat berkenaan.

“Pembetung lencongan laluan air sementara yang dibina oleh pemaju tetapi tidak dapat menampung kapasiti air di kawasan berkenaan.

“Mada sudah memaklumkan kepada pemaju berkenaan supaya lencongan laluan air sementara dilebarkan serta diperdalamkan lagi sebelum pembinaan itu siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, pemaju juga dimaklumkan agar mengambil tanggungjawab atas sebarang tuntutan ganti rugi dari petani yang terlibat.

Pada 13 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah projek misteri di Kuala Kedah menjejaskan tanaman padi apabila aliran air dari sawah terhalang.

Perkara itu disuarakan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mengambil perhatian untuk meninjau lokasi kejadian bersama petani terlibat.

Projek tanpa sebarang papan tanda itu dipercayai dilakukan tanpa memaklumkan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Kesan projek itu menyebabkan benih yang ditabur petani menjadi rosak apabila sawah yang digenangi air tidak dapat dikeringkan.

Beberapa laporan polis turut dibuat petani terlibat untuk memudahan proses menuntut ganti rugi kepada pihak berkenaan.

sumber : sinarharian.com.my