Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata,langkah itu akan menambahkan lagi beban kepada peminjam PTPTN.
“Tindakan ini telah pun dikecam warga netizen. Kami berpandangan bahawa potongan gaji yang dipotong itu tidak masuk akal.
“Bagaimana mungkin mereka yang dipotong sebahagian besar gajinya itu boleh bertahan dengan gaji yang hanya tinggal beberapa ratus ringgit untuk tempoh sebulan ke depan?” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila pihak PTPTN didakwa telah melakukan pemotongan gaji untuk melunaskan bayaran pinjaman pelajaran secara berlebihan, sehinggakan akaun bank seorang pekerja kerajaan cuma tinggal baki sifar selepas potongan dibuat.
Menerusi sebuah gambar yang kini tersebar, ramai terkejut besar melihat jumlah yang besar iaitu RM3,511 direkodkan telah dipotong daripada gaji pekerja terbabit.
Akibatnya gaji bersih RM3,500 yang sepatutnya diterima habis untuk pembayaran PTPTN.
Dalam pada itu, Sinar Online sedang berusaha mendapatkan respons PTPTN untuk menjawab isu ini.
sumber : sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment