KUALA LUMPUR: Kerugian kira-kira RM90 juta melibatkan
249 kes pelaburan secara tidak sah direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Bukit Aman setakat dari 1 Januari hingga kini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk
Acryl Sani Abdullah Sani ia melibatkan pelaburan mata wang Forex
(RM4,894,373.50), emas (RM24,305,462.70), projek hartanah (RM27,835,650), saham
(RM5,239,938.80), pertanian (RM85,411.00), ternakan (RM99,000), perniagaan (RM10,154,151)
dan lain-lain (RM17,424,429).