Putrajaya:
Seramai 14 usahawan di bawah Program Memperkasa Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Besut, Terengganu menerima sumbangan sebanyak RM70,000 dalam bentuk peralatan
bagi memajukan perniagaan mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut Datuk Seri
Idris Jusoh berkata, sumbangan daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) itu juga bertujuan meningkatkan pendapatan usahawan berkenaan.
"Kebanyakan usahawan ini tinggal di kampung dan kini mereka
berjaya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sehingga mencecah RM30,000
selepas menyertai program di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECERDC) ini," katanya pada sidang media program berkenaan di sini,
hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam
Issace John.
Sementara itu, Idris berkata, program itu dapat memberi pendedahan
kepada usahawan mengenai peluang pemasaran yang lebih luas bukan sahaja di
dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
"Usaha ini adalah satu bukti kerajaan tidak pernah meminggirkan
golongan B40 , sebaliknya mereka sentiasa diberi perhatian kerana kita tidak
mahu kemiskinan dijadikan sebagai bebanan kepada masyarakat.
"Oleh itu, mereka perlu keluar dari kepompong kemiskinan dengan
berusaha meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
sumber : hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment