Monday, 3 April 2017

Remaja mangsa buli tuntut RM2 juta

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA TERENGGANU 2 April - Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) di sini yang menjadi mangsa buli dua tahun lalu hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap sembilan pihak.

Saman itu dikemukan melalui bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah,46, sebagai wakil di Mahkamah Tinggi di sini atas alasan telah menyebabkan plaintif cedera, mengalami tekanan perasaan berterusan dan terjejas pembelajaran di samping terpaksa berpindah ke sekolah lain pada Julai 2015.

Dalam pernyataan tuntutan yang dibuat menerusi Tetuan Wan A. Wan Adnan and Associates, plaintif yang kini berusia 16 tahun antara lain menamakan lima pelajar senior yang membuli dan memukulnya.

Mereka terdiri daripada Ahmad Safwan Hanim Mohd. Fahimi,19; Muhamad Afiq Azamuddin Abdul Rahim,19; Muhammad Ameer Amirul Arshad, 19; Wan Muhammad Faris Wan Ghani, 19, dan Muhammad Amirul Haziq Mohd. Asnawi, 19, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Remaja itu turut menamakan Sulaiman Ngarif (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid); Meriam Jusoh (bekas Pengetua); Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam hingga kesembilan kerana didakwa cuai dan gagal memastikan keselamatan.

Ahmad Fauzi ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata, tuntutan itu dibuat untuk menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat budaya buli adalah berbahaya jika terus dbiarkan.

"Kami berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua. Ia bagi mendapatkan keadilan  dan bukannya untuk menganiaya mana-mana pihak, " ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments: