Subhanallah !!! Begitu tinggi
iman lelaki ini. Beliau sedang bersolat tapi dibakar hidup-hidup oleh
pemberontak yang kejam namun beliau tetap meneruskan solat hingga selesai
walaupun dalam keadaan terbakar. Kejadian ini dikatakan berlaku di middle east.
namun kesahihan gambar ini masih diragui.. benar atau tidak terpulang pada anda
untuk mempercayainya.. apapun mari kita saksikan ..
Saturday, 26 March 2016
Pembantu rumah curi wang majikan lebih RM2.20j
Gambar hiasan
ABU DHABI - UAE. Polis menahan empat wanita warga Filipina temasuk tiga pembantu rumah disyaki mencuri wang tunai bernilai lebih Dh2juta (RM2.20j) dari sebuah rumah yang juga merupakan majikan dua suspek tersebut.
Memetik laporan Emirates 24/7, kesemua suspek melakukan jenayah tersebut semasa keluarga majikan dua daripada wanita itu melancong ke luar negara.
Pemangku Pengarah Polis Abu Dhabi, Kolonel Ahmed Saif Al Muhairi berkata, salah seorang pembantu rumah berkenaan yang juga suspek utama merancang kecurian tersebut dengan menggunakan bantuan dua wanita yang bekerja di rumah yang sama.
Sementara seorang suspek yang lain menunggu di luar kediaman semasa kecurian.
Jenayah mereka diketahui selepas keluarga majikan pulang ke rumah dan
mendapati wang tunai bernilai Dh2.6juta (RM2.85juta) hilang dan kemudian
membuat laporan polis. - sinarharian.com.my/
Friday, 25 March 2016
[Video] Wanita Panik…Kemaluan Terbakar Ketika Menari
SEORANG wanita berdepan dengan pengalaman menakutkan apabila celah kangkangnya terbakar ketika dia sedang menari.
Aksi bodoh berkenaan berjaya dirakamkan dan kemudiannya menjadi viral di seluruh dunia.
Ketika kejadian itu, dia hanya memakai seluar pendek.
Orang ramai yang menyaksikan tarian terbabit turut terkejut dan
menjerit ketakutan ketika wanita terbabit berlari ke sebelah pentas
untuk meminta bantuan daripada pengawal keselamatan.
Manakala penonton yang lain cuba membantu memadamkan api dengan cuba membuka seluar pendek terbabit.
Namun laporan media menyebut wanita berkenaan yang kemaluannya turut
terbakar enggan menjadikan kemalangan itu sebagai halangan untuknya
menyertai pertandingan menari.
Sebaliknya selepas api berjaya dipadamkan, dia kembali ke pentas dan menyambung semula tariannya. – mynewshub.cc/
Kisah Makcik Paruvathy, Pekerja Sunway Lagoon Yang Jujur
APA yang anda akan lakukan jika terjumpa sejumlah wang depan mata?
Bukan setakat seringgit dua tetapi nilainya hampir 10 ribu ringgit,
macam-macam boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu bukan?
Kejadian yang dikongsikan di Facebook Sunway Theme Parks Community
ini menjadi topik hangat, di mana seorang wanita berbangsa India yang
merupakan pekerja di taman tema air Sunway Lagoon menjumpai dompet
berisi wang.
Pekerja yang dikenali sebagai Paruvathy, mendapati di dalamnya
terdapat sejumlah wang iaitu RM1,850 dan Riyal 7,244 selain tiga pasport
lantas bergegas menyerahkannya kepada pihak pengurusan untuk
dipulangkan kepada pemiliknya.
Dompet berkenaan kemungkinan besar milik pelancong dari negara Arab yang datang berkunjung ke situ.
Rata-rata netizen memuji sikap makcik Paruvathy dan pujian memang
harus diberikan atas sikap jujurnya yang sedikit pun tidak terlintas
mahu mengambil wang dari dompet tersebut.
Disebabkan tersentuh dengan kejujurannya ramai menggesa agar majikan
Parvathy memberikan sesuatu sebagai penghargaan dan ada juga yang
berhasrat mahu memberikannya wang sendiri sebagai hadiah. – mynewshub.cc/