UTTAR
PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15
tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk
di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba
di tempat kejadian dan menangkapnya.
Rajiv
Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya,
Meenu Sharma.
Pasangan
itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan
kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah
Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat
wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun,
tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum
itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.
Menurut
polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu,
dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan
kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian
isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca
sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut
sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi
berjumpa seseorang di bandar.
Selepas
ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah
kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.
Sementara
itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian
berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” –
Agensi/myMetro Online/Hye.my
No comments:
Post a Comment