Wednesday 23 March 2016

Peragut Maut Jatuh Dari Flat Cuba Larikan Diri Bersama Kekasih



Seorang lelaki maut terjatuh tingkat tiga sebuah hotel ketika cuba melarikan diri selepas meragut telefon bimbit seorang wanita di Lebuh Chulia, di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, lelaki berusia 29 tahun terbabit bersama teman wanitanya merampas telefon bimbit mangsa yang ketika itu diletakkan di atas meja sebuah kafe.

Selepas merampas telefon bimbit terbabit, lelaki itu terus membonceng motosikal yang ditunggang teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dilihat orang awam yang kemudian mengejar mereka.

“Motosikal terbabit terbabas dan lelaki berkenaan cuba melarikan diri manakala teman wanitanya yang cedera ringan berjaya ditahan.

“Ketika cuba melarikan diri itu lelaki berkenaan memanjat sebuah flet dan melompat ke hotel bersebelahan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki itu kemudian cuba melompat dari sebuah hotel ke sebuah rumah berhampiran namun terjatuh dan maut di lokasi kejadian. - http://eberita.org/

No comments: