Saturday, 24 May 2014

LKIM peruntuk RM250,000 untuk nelayan di Limbang

Irmohizam melihat udang yang dijual di Pasar Tamu Limbang semasa lawatannya ke Sarawak, semalam. - FOTO: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

LEMBAGA Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membina pusat pengumpulan ikan (PPI) di Pasar Tamu Limbang, Sarawak selain RM50,000 untuk membaik pulih bumbung tempat letak bot di lapan kampung sekitar Limbang.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Limbang ialah lokasi strategik dalam mewujudkan PPI kerana berhampiran dengan Brunei, dan pusat itu dapat menghapuskan aktiviti orang tengah yang menjadi faktor kenaikan harga ikan.

“Apabila PPI Limbang siap sepenuhnya nanti, ia akan menjadi satu mercu tanda bagi nelayan di kawasan tersebut dan sekali gus membantu menaik taraf ekonomi nelayan di situ.

“Dengan adanya pusat pengumpulan tersebut nelayan boleh terus menjual hasil tangkapan mereka kepada orang ramai tanpa ada campur tangan orang tengah,” katanya selepas melawat perkampungan nelayan sekitar Limbang, Sarawak, semalam.

Irmohizam turut menyeru nelayan di Limbang supaya melakukan transformasi dari segi kegiatan ekonomi mereka seperti mewujudkan perniagaan berasaskan makanan laut dan industri hiliran.

“PPI Limbang kelak akan turut membantu nelayan mengeksport atau mengimport hasil tangkapan mereka mengikut skala dan keupayaan tertentu,” katanya.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

Friday, 23 May 2014

MALAYSIA KOMITED LAKSANA TPPA

DATUK Seri Najib Razak menjawab pertanyaan pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Kebangkitan Asia - Masej Untuk 20 Tahun Akan Datang" pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 di Tokyo, Jepun semalam. - Foto BERNAMA

Dua syarat perlu dipenuhi sebelum terima perjanjian

Malaysia komited melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tanpa terikat dengan tempoh masa rundingan kerana ia banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, paling penting adalah kandungan perjanjian itu harus memenuhi dua objektif iaitu mengembangkan perdagangan bebas dan membawa manfaat dari segi kadar pertumbuhan serta tambahan pelaburan kepada negara.

"Ia (TPPA) juga perlu menjaga kedaulatan negara kita dan tidak menjejaskan dasar yang diamalkan di Malaysia.

"Jadi, kita pegang pada dua prinsip ini dan saya telah bagi arahan pada pasukan perunding kita untuk merundingkan satu bentuk perjanjian yang boleh diterima oleh Malaysia, itu syarat kita berhubung TPPA," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Tokyo, semalam.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/bharian/
Daripada Mutazar Abd Ghani di Tokyo Jepun

Thursday, 22 May 2014

Kelantan Negeri Paling Kotor di Malaysia VS Melaka Negeri Paling Bersih? Kelantan Kelantan Gagal?

Berita Semasa mendapat aduan daripada kalangan pembaca Berita Semasa sendiri apabila kalangan mereka mula melahirkan rasa kesal melihatkan keadaan kebersihan di negeri yang cukup terkenal dengan jolokan “serambi Mekah” ini berada pada tahap menjengkelkan.

Sehinggakan kerajaan Kelantan sendiri ada mengakui sebenarnya kempen “Kota BHaru Bersih” masih tidak berjaya sehingga ke hari ini. Antara Punca & Alasan Kerajaan Kelantan : Bandar Kota Bharu Kekal Kotor?
Walaupun pemimpin negeri Kelantan telah menemui puncanya dan asbabnya mengapa perkara sebegini berlaku. Apa katanya?

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pada Persidangan Dewan Undangan Negeri :
  1. Pertambahan penduduk menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah.
  2. Rakyat bertambah, sampah bertambah, kekotoran bertambah
Kelantan PAS
Lagi satu Berita Semasa perhatikan masalah dengan Kelantan ini adalah kekurangan saliran seperti longkang menyebabkan air acapkali bertakung.

Nasihat Berita Semasa kepada kerajaan Kelantan, apabila amanah telah diberikan kepada anda jalankan tanggungjawab dengan jaya dan jangan dipulangkan semula kepada rakyat anda dengan seribu macam alasan. Apa yang mereka mahu prestasi & pencapaian semakin meningkat dan bertambah baik.
Kelantan Pasar Siti Khadijah
Buatlah sesuatu, jangan biarkan masalah sebegini berpanjangan. Jangan sampai orang lain mendapat pandangan yang salah tentang Islam, kebersihan sebahagian daripada iman.

Berdasarkan pengamatan Berita Semasa dalam kebanyakan negeri di Malaysia, kerajaan melaka berjaya dalam kempen kebersihan mereka. Berita Semasa merasakan Melaka negeri paling bersih di Malaysia.. Ada orang Melaka di sini?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Wednesday, 21 May 2014

PKS penyumbang utama KDNK

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) dijangka mampu menyumbang peratusan lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disokong pertumbuhan keuntungan syarikat yang lebih kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, kira-kira 1.2 peratus daripada 6.2 peratus KDNK bagi suku pertama 2014 yang diumumkan Bank Negara Malaysia minggu lalu, turut disumbangkan oleh kejayaan perusahaan kecil dan sederhana seluruh negara.

“PKS memainkan peranan penting dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus menyumbang secara purata terhadap pencapaian KDNK negara,” katanya pada majlis pelepasan Program Eksplorasi Media 2014 bersama SME Corp di Kuala Lumpur, semalam.

Program Eksplorasi Media 2014 diadakan bersempena Minggu SME yang bakal dirasmikan Jun depan bertujuan memberi pendedahan kepada media tempatan untuk melihat lebih dekat kejayaan serta sistem pengurusan digunakan PKS, selain menyaksikan impak kejayaan syarikat terhadap bantuan yang disalurkan daripada agensi-agensi kerajaan serta institusi perbankan.

Menurutnya, sehingga kini, SME Corp merekodkan 98.5 peratus adalah syarikat-syarikat PKS yang berdaftar di seluruh negara dengan 88 peratus pembiayaan telah diluluskan oleh institusi perbankan tahun ini berbanding 84 peratus pada 2010.

“Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada PKS bagi meningkatkan keupayaan syarikat termasuk daripada segi penjenamaan semula, pembungkusan produk yang lebih menarik selain bantuan kursus kemahiran bagi meningkatkan tahap kecekapan syarikat seterusnya membawa mereka menerokai peluang di pasaran antarabangsa.

“SME Corp sentiasa memantau perkembangan PKS daripada segi pengurusan pentadbiran dan kewangan serta pertumbuhan keuntungan syarikat.

“Menerusi Program Eksplorasi Media 2014 ini, kami juga berharap laporan-laporan media boleh digunakan sebagai salah satu, platform mengenal pasti, kelemahan dihadapi PKS bagi tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Program Eksplorasi Media 2014 akan melawati 11 PKS di 11 negeri di Semenanjung bermula 20 hingga 24 Mei ini.

Antara syarikat terbabit adalah Astra Simfoni Sdn Bhd (Mambau, Negeri Sembilan), Koko, Minda Food Industries Sdn Bhd (Merlimau, Melaka), Global Factory Sdn Bhd (Kuantan, Pahang) dan Ideal Healtcare Sdn Bhd (Sungai Petani, Kedah).

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/

Setujukah Anda Guna Kemudahan Yang Disediakan Kerajaan Tetapi Berbeza Ideologi Politik Dianggap Pengkhianat & Tidak Bersyukur?

Adakah apabila kerajaan Selangor yang menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, mereka wajib sokong kepada kerajaan PR? Atas nama terima kasih?

Begitu juga apabila kerajaan Malaysia sediakan sekolah, universiti maka adakah rakyat Malaysia wajib menyokong kerajaan UMNO & Barisan Nasional. Jikalau tidak, akan digelar pengkhianat?

Apakah apabila rakyat masuk ke universiti awam @ menggunakan air percuma, maka rakyat tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

Hakikatnya kepada kedua-dua persoalan di atas, taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan. Ini yang sebetulnya.

Ya. Benar. Dalam Islam kita dinasihatkan untuk taat kepada umul amri. Tetapi ada syarat dan batas-batasnya yang mana Ulil amri itu adalah :
  1. ulul amri yang tidak suruh orang berbuat jahat
  2. ulil amri yang tidak ambil & makan rasuah
  3. ulul amri yang tidak rampas hak orang lain
  4. ulul amri yang tidak menindas rakyatnya sendiri & berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat
Di Malaysia atau mana-mana di dunia sekalipun tidak ada yang maksum dan sehabis adil. Tetapi di dunia ini kita dapat lihat contoh pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil kepada rakyatnya VS dengan yang sangat tidak adil yakni terang-terang melanggar hak rakyat.
Jadi, pada waktu si pemimpin ini melakukan kesalahan, Berita Semasa tidak melihat rakyat perlu mentaati membuta tuli.

Suara Anak Muda Hari Ini

Dyana Sofya DAP
Anak-anak muda hari ini cukup-cukup berbeza sehingga mampu memberikan ancaman besar kepada parti politik yang tidak mampu atau masih terkial-kial dengan cara politik lama dalam pada masa yang sama “menyerap kebangkitan” kebangkitan & aspirasi serta harapan anak muda hari ini. Anak muda apabila sel sel otaknya saling berhubung, campaklah ke mana msahaja hatta di universiti komunis sekalipun tetap akan teguh pendirian dan berdikari pemikirannya ibarat seperti :
“ikan yang hidup dalam laut, walau hidup dalam air masin tetapi ikan-ikan tidak pula” menjadi masin”
Inilah jadinya apabila patriotik disalahertikan.
Dyana Sofya UiTM
P/S : Jangan diharap apabila taat tidak boleh sama sekali boleh dikritik @ dikutuk pula kan?
PP/S : Kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia, jika kita mahu anak muda hari hari ini menyokong kerajaan anda yang memerintah, berubahlah pendekatan dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik & kenyaatan memalukan diri sendiri atas nama mahu mengekalkan kuasa “dulu, kini dan selama-lamanya

PPP/S : Sesebuah kerajaan itu hidup atas duit rakyat, kekayaan hasil mahsul negara & amanah yang diberikan oleh rakyat. Walaupun berbeza ideologi, semua rakyat perlu menunaikan kewajiban membayar cukai. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memangkah yang mana satu. Pemimpin parti politik boleh menarik undi, tetapi jangan sesekali menghalang kehendak & harapan rakyat……Bagaimana dengan lontaran pendapat anda pula?

Tuesday, 20 May 2014

Kes seludup diesel subsidi PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA

Kes seludup diesel subsidi

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita akaun seorang pegawai penguat kuasa yang memiliki wang sebanyak RM1.5 juta hasil penyeludupan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (gambar) berkata, selain itu, SPRM juga mendapat maklumat ada pegawai penguat kuasa yang membeli lori sendiri untuk menyeludup diesel bersubsidi.

Katanya, semua maklumat itu ada dalam ‘radar’ SPRM manakala beberapa individu sudah ditahan.

“Ini baru seorang (ada duit RM1.5 juta), mungkin ramai lagi yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/bharian/
Oleh : Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Fahmi Yusof

RINGGIT CATAT PARAS TERTINGGI

Reaksi positif pertumbuhan ekonomi dorong pencapaian

RINGGIT menerajui kenaikan nilai mata wang serantau lain apabila melonjak ke paras RM3.2080 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu kedudukan tertingginya dalam tempoh enam bulan.

Penganalisis pasaran berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun ini yang lebih tinggi dari jangkaan menjadi pemangkin utama mata wang tempatan itu kembali mencecah paras tertinggi yang mana kali terakhir dicatatkan pada 10 Disember 2013. 6.2 peratus KDNK Malaysia berkembang pada suku pertama

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang berkembang 6.2 peratus pada suku pertama 2014 adalah mengatasi unjuran sebahagian besar ahli ekonomi iaitu pada kadar purata 5.52 peratus.

Turut menjadi pendorong kenaikan itu adalah lebihan akaun semasa negara yang tinggi serta jangkaan bank pusat akan menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR).

Ketua Pakar Ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain, berkata peningkatan nilai ringgit berbanding dolar AS semalam disokong oleh reaksi positif peserta pasaran terhadap perangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun ini.

sumber dari : http://o.bharian.com.my/bharian/
Oleh : Mahanum Abdul Aziz

Monday, 19 May 2014

MyTeksi lancar tempahan menerusi telefon pintar

MyTeksi Sdn Bhd, syarikat tempahan teksi secara dalam talian, melancarkan perkhidmatan GrabCar, yang membolehkan pengguna membuat tempahan perkhidmatan premium limosin melalui telefon pintar masing-masing.

Jenama MyTeksi itu dikenali sebagai GrabTaxi di Singapura, Filipina, Vietnam dan Thailand.

MyTeksi dalam kenyataannya berkata, GrabCar akan beroperasi pada platform aplikasi mudah alih yang sama dengan MyTeksi untuk memudahkan pelanggan membuat tempatan, sama ada teksi atau perkhidmatan limosin.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Tan, berkata keupayaan untuk menyesuaikan diri dan berkembang bagi memenuhi keperluan pengguna, adalah resipi kejayaan MyTeksi di rantau ini.

GrabCar permudah khidmat

“Kami melihat wujudnya peluang untuk mengisi jurang dalam industri menerusi GrabCar, tanpa mengetepikan pengguna teksi yang menjadi teras perniagaan kami. Ia akan memberikan penumpang pengalaman kelas atasan, lebih peribadi, keselamatan dan pengangkutan yang boleh dipercayai,” kata Tan.

Katanya, ada kalanya agak mustahil untuk mendapatkan teksi disebabkan di rantau ini, jumlah permit teksi yang dikeluarkan terhad.

“GrabCar menyediakan lebih banyak kereta di jalan raya kepada mereka yang memerlukannya dan dengan kemasukannya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan MyTeksi, ia menawarkan pelanggan akses kepada rangkaian teksi dan limosin yang lebih meluas,” katanya.

Katanya, syarikat itu sedang bekerja sama dengan beberapa syarikat limosin untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pelanggan yang enggan menggunakan teksi sebelum ini, kini boleh mempertimbangkan GrabCar yang menyediakan keistimewaan seperti memiliki kereta sendiri tanpa perlu memikirkan masalah tempat letak kereta dan memandu dalam keadaan tertekan, kata kenyataan itu.

Untuk membuat tempahan, penumpang perlu memilih GrabCar sebagai jenis kereta dalam aplikasi MyTeksi dan akan dimaklumkan tambang perlu dibayar sebelum mengesahkan tempahan. - BERNAMA

Sunday, 18 May 2014

Nissan Teana baharu dibuka untuk tempahan

Nissan Teana serba baharu bakal dilancarkan di seluruh negara

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) membuka tempahan bagi Nissan Teana serba baharu yang bakal dilancarkan di Malaysia, di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Datuk David Chen berkata, syarikatnya yakin dengan pengenalan Nissan Teana serba baharu yang memiliki penampilan sedan premium dan berkualiti akan menarik minat pelanggan, terutama golongan usahawan muda dan berjaya.

"Ia turut menawarkan gabungan gaya, prestasi dan nilai yang seimbang, ia akan terus menjadi salah satu sedan eksekutif paling popular di Malaysia,” katanya.

Orang ramai boleh melihat secara dekat Nissan Teana serba baharu di pusat beli-belah terpilih di seluruh negara sehingga 1 Jun 2014, seperti Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, Mahkota Parade, Melaka, KSL Mall, Johor Bahru, Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Nissan Teana serba baharu hadir dalam lima warna; biru, perak, hitam, emas dan putih. Model terbaru ini dipasang di Kilang Serendah milik ETCM yang dilengkapi dengan beberapa teknologi pengilangan termaju.

sumber dari: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/