Berita Semasa mendapat aduan daripada
kalangan pembaca Berita Semasa sendiri apabila kalangan mereka mula
melahirkan rasa kesal melihatkan keadaan kebersihan di negeri yang cukup
terkenal dengan jolokan “serambi Mekah” ini berada pada tahap
menjengkelkan.
Sehinggakan kerajaan Kelantan sendiri ada mengakui sebenarnya kempen “Kota BHaru Bersih” masih tidak berjaya sehingga ke hari ini. Antara Punca & Alasan Kerajaan Kelantan : Bandar Kota Bharu Kekal Kotor?
Walaupun pemimpin negeri Kelantan telah menemui puncanya dan asbabnya mengapa perkara sebegini berlaku. Apa katanya?
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata
pada Persidangan Dewan Undangan Negeri :
- Pertambahan penduduk menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah.
- Rakyat bertambah, sampah bertambah, kekotoran bertambah
Lagi
satu Berita Semasa perhatikan masalah dengan Kelantan ini adalah
kekurangan saliran seperti longkang menyebabkan air acapkali bertakung.
Nasihat Berita Semasa kepada kerajaan
Kelantan, apabila amanah telah diberikan kepada anda jalankan
tanggungjawab dengan jaya dan jangan dipulangkan semula kepada rakyat
anda dengan seribu macam alasan. Apa yang mereka mahu prestasi &
pencapaian semakin meningkat dan bertambah baik.
Buatlah
sesuatu, jangan biarkan masalah sebegini berpanjangan. Jangan sampai
orang lain mendapat pandangan yang salah tentang Islam, kebersihan
sebahagian daripada iman.
Berdasarkan pengamatan Berita Semasa
dalam kebanyakan negeri di Malaysia, kerajaan melaka berjaya dalam
kempen kebersihan mereka. Berita Semasa merasakan Melaka negeri paling
bersih di Malaysia.. Ada orang Melaka di sini?
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment