Saturday, 7 June 2014

Kanak-kanak 9 tahun terima ganti rugi RM2.78 juta

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak.

Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu.

Mahkamah memberi ganti rugi wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita.

Manmohan berkata, pada 3 September tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu.

Beliau berkata, RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan.

"Mahkamah memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapa bahawa mereka adalah pemegang amanah dan mesti menggunakan wang itu untuk kanak-kanak itu," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM213,864 kepada plaintif.

Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Hafiz, yang bekerja sebagai pegawai bank, ketika ditanya berhubung keputusan itu berkata, beliau berpuas hati dengan kuantum itu dan wang itu akan digunakan untuk menjaga anaknya pada masa depan.

Pada Disember 2012, Nurul Husna memfailkan saman melalui ibu bapanya. Nurul Husna dan ibunya, Dr Nor Azalina tidak hadir di mahkamah hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya Dr Nor Azalina mendakwa Nurul Husna mengalami kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan berikutan kecuaian defendan.

Dr Nor Azalina berkata, beliau melahirkan Nurul Husna di Hospital Selayang pada 22 Julai, 2005.

Dalam saman itu, mereka menamakan kerajaan, 21 doktor dan lapan kakitangan perubatan termasuk jururawat, yang terbabit dalam merawat dan menguruskan kanak-kanak itu di hospital, sebagai defendan.

Dr Nor Azalina berkata, kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab kontraktual untuk melaksanakan kemahiran dan penjagaan yang sewajarnya menyebabkan dia mengalami kebimbangan dan penderitaan mental.

Katanya sepanjang hayatnya Nurul Husna akan bergantung kepada orang lain untuk semua aktiviti kehidupan hariannya.

Peguam kanan Persekutuan Zaliha Mohd Janis mewakili defendan. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/

Daftar Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) : RM3000 Tanpa Faedah. Berminat?

Daftar Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) : Pejam celik pejam celik, bulan puasa Ramadhan 2014 bakal menjelang tidak lama sahaja lagi. Alhamdulillah semoga umat Islam dapat berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang penuh kemeriahan dan kerahmatan. Insyaallah.

Sempena dengan itu, kerajaan Malaysia tampil dengan melancarkan permohonan skim pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) kepada rakyat Malaysia dengan tujuan membantu kalangan penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia. Ada yang berminat di sini?

Maklumat & Syarat Permohonan Pinjaman Skim Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadhan 2014

  1. Anda boleh daftar permohonan skim pinjaman bazar Ramadhan 2014 dengan dana berjumlah RM45 juta
  2. Permohonan pinjaman bazar Ramadhan 2014 adalah pembiayaan tanpa faedah sehingga RM3,000
  3. Anda hanya perlu bayar balik skim pinjaman Bazar Ramadhan selama 2 bulan selepas berakhir Ramadan 2014 iaitu 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50% lagi sebulan selepas bulan Syawal
  4. Anda semestinya warganegara Malaysia
Pinjaman Bazar Ramadhan

Cara Daftar Permohonan Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i)

  1. Daftar Permohonan Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan anda ataupun
  2. Melalui persatuan penjaja dan peniaga pun di daerah dan negeri di seluruh negara, anda juga berpeluang hantar permohonan skim pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) ini
Bagi Berita Semasa ini adalah peluang terbaik kalangan rakyat Malaysia yang mahu cari pendapatan tambahan di Bulan Ramadhan 2014 kali ini tanpa mengharapkan bantuan cermin gelap (Along) untuk mendapatkan bantuan pinjaman.

Cuma Berita Semasa harapkan agar Permohonan Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) dipermudahkan tanpa masalah birokrasi yang terlampau. Ada kalangan pembaca Berita Semasa yang berminat?

sumber dari :

Friday, 6 June 2014

IJM bina rumah mampu milik

Gambar sekadar hiasan

IJM Land Berhad (IJM Land) bakal membina kediaman mampu milik di Pantai Sentral Park khusus untuk golongan berpendapatan sederhana.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Soam Heng Choon berkata, nilai pembangunan kasar (GDV) bagi Pantai Sentral Park bernilai RM2.5 bilion dengan tujuh fasa pembangunan kediaman dan enam fasa pembangunan komersial yang dijangka siap dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

“Kawasan pembangunan Pantai Sentral Park meliputi keluasan 274 ekar (109.6 hektar) dengan 58 ekar (23.2 hektar) kawasan pembinaan di mana anggaran kos projek bernilai RM2 bilion bersama rakan usaha sama Amona Development Sdn Bhd.

“Bagi fasa pertama kami menjangkakan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun setengah dari sekarang yang merangkumi 211 unit kondominium kediaman dengan keluasan antara 1,140 hingga 1,975 kaki persegi pada harga RM700 kaki persegi,” katanya selepas merasmikan fasa pertama Pantai Sentral Park di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, pembinaan kediaman itu akan dilaksanakan selepas perasmian fasa pertama dan kedua tahun ini.

sumber dari :  http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

Beli Rumah RM350,000 Pendapatan Gaji Mesti RM5,000 Sebulan. Jikalau Tidak, Sewa Rumah Sahaja Sampai…

Beli Rumah RM350,000 Pendapatan Gaji Mesti RM5,000 Sebulan : Tempoh hari dicanang bahawa sekurang-kurangnya gaji RM5000 adalah pendapatan tinggi di Malaysia (KLIK SINI). Walaubagaimanapun, kajian terbaru yang dibuat oleh seorang pakar dan penganalisis ekonomi negara menambah bahawa rakyat Malaysia perlu gaji sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk tujuan pembelian rumah yang rata-rata terus melonjak tinggi. Mampu?

Kajian Penganalisis & Pakar Ekonomi Negara : Masalah Kadar Sewa & Harga Rumah di Malaysia

Hasil kajian Prof. Dr. Amir Baharuddin :
  1. Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri
  2. Terpaksa sewa rumah sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di Malaysia semakin meningkat
  3. Tahun 2013, harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30% berbanding tahun tahun 2012
  4. Harga rumah di Malaysia naik lagi pada suku pertama tahun 2014 sekitar 8%
  5. Prof. Dr. Amir Baharuddin menjangkakan orang muda yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terus sewa rumah, sewa flat, sewa kondominimum kerana tidak mampu beli rumah sendiri
  6. Gaji pendapatan RM5,000 sebulan diperlukan untuk melayakkan orang muda membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit
Nampaknya harga rumah di Malaysia terus meningkat walaupun langkah-langkah anti spekulasi dijalankan. Di mana silapnya sehingga memberikan masalah besar kepada rakyat marhaen di bawah?

Kedudukan Purata Harga Rumah di Malaysia : Kuala Lumpur, Sabah, Selangor?

  1. Kuala Lumpur : MYR 620758 (US$ 189,342)
  2. Sabah : MYR413.187 (US $ 126,030)
  3. Selangor : MYR405826 (US$ 123,784)
sewa rumah

Bagi yang menjangkakan harga rumah akan berada pada paras yang stabil, dan tidak akan meningkat terlalu mendadak ia hanya “angan-angan mat jenin sahaja“. Ini kerana, langkah-langkah anti – spekulasi yang dijalankan kerajaan sekarang ini hanya dijangka mengurangkan jumlah transaksi urusniaga sahaja. Tetapi realitinya harga hartanah di kawasan-kawasan hotspot dijangka akan terus meningkat berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan terhadap laporan Knight Frank.
  1. Berdasarkan kajian dan laporan Knight Frank, harga rumah di Malaysia masih di bawah paras krisis yang boleh meletus di pasaran Asia
  2. Pasaran harga rumah di Malaysia mula meningkat pesat di awal 1990-an yang mana pada tahun 1991 harga rumah di Malaysia meningkat 25.5 % (20.3% dalam nilai sebenar) dan pada tahun 1995 mereka harag rumah meningkat 18.4% (14.4% dalam nilai sebenar) .
  3. Selepas Krisis Kewangan Asia, harga rumah mewah di Kuala Lumpur mula merosot sehingga 39% antara tahun 1997 dan 1999.
  4. Selepas kemelesetan ekonomi 2008-2009, pasaran hartanah di Malaysia terus melonjak tinggi selepas pelancaran Pelan Greater Kuala Lumpur  termasuk yang terkini pelancaran “Projek MRT “
  5. Kadar faedah yang rendah menggalakkan pinjaman gadai janji
  6. Menurut laporan Frank Knight lagi, pelabur asing disekat untuk membeli hartanah bernilai RM1 juta ke bawah sama sekali tidak mungkin untuk memperlahankan permintaan yang semakin meningkat bagi di hartanah Malaysia sekaligus akan terus mempengaruhi nilai hartanah di Malaysia. Ini kerana kerajaan tidak mengenakan sekatan lain ke atas pelabur asing.
  7. Malaysia bersama-sama dengan Hong Kong dan Singapura adalah salah satu daripada negara-negara Asia Pasifik yang mengenakan “sekatan yang cukup minimum” ke atas pembeli hartanah asing. Boleh semak paparan gambar yang Berita Semasa sediakan di bawah ini….
  8. Terdapat trend menaik dalam kelulusan permohonan bagi program “Malaysia My Second Home” (MM2H pada tahun-tahun kebelakangan ini. Bilangan kelulusan permohonan meningkat kepada 3,227 pada tahun 2012, daripada 2,387 pada tahun 2011, 1,499 pada tahun 2010. Dari 2002 hingga 2012, ” Malaysia My Second Home ” ( MM2H) program menarik 19,488 pembeli asing. Apa itu MM2H? (KLIK SINI)
  9. Statistik menunjukkan masih belum berlaku lagi lebihan bekalan dek kerana permintaan masih tinggi dikalangan pembeli baru yang tercari-cari kediaman sendiri
Bagi pendapat Berita Semasa, kerajaan Malaysia perlu mengikut cara HDB (House Development Board) Singapore contohnya. 70% Singaporean ada rumah sendiri dengan nilai hartanah sekarang. Seorang hanya boleh ada 1 rumah sahaja di bawah nama masing-masing. Jikalau sudah berkeluarga, hanya dibenarkan memiliki 1 rumah sahaja.
Jikalau berkeinginan untuk membeli rumah tambahan, dibenarkan tetapi bukan di bawah skim HDB yang mana harganya agak melampau. Buat rumah harus dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri bukan tolak tanggungjawab  bulat-bulat kepada pemaju. Jikalau tidak sampai bila pun masalah pemilikan rumah dikalangan rakyat Malaysia tidak akan berkesudahan.
Apa respon anda melihat trend harga rumah di Malaysia sekarang ini?
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/beli-rumah-sewa-gaji-pendapatan

Thursday, 5 June 2014

GST dijangka beri pulangan RM20b

PETALING JAYA 30 Mei - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka memberi pulangan kira-kira RM18 bilion hingga RM20 bilion kepada kerajaan sepanjang tahun 2015, peningkatan sebanyak enam peratus berbanding 2013.

Dekan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Dr. Yeah Kim Leng berkata, pada tahun 2013, kerajaan memperoleh kira-kira RM16 bilion hasil daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Katanya, inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) pada tahun depan pula dijangka sekitar 0.8 peratus sehingga 1.5 peratus.

"GST merupakan sistem pungutan cukai yang cekap dan sistem itu menggantikan SST yang sangat sempit jurusan kutipan cukainya. Penguatkuasaan cukainya juga dijangka memperbaiki pematuhan pembayaran cukai," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk GST dan Situasi Lain sempena Persidangan Pemasaran dan Penjenamaan 2014 di sini hari ini. Persidangan itu yang merupakan anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Susila Devi.

Yang turut hadir pada persidangan ialah Presiden FMM, Yeah Onn Tean. GST yang akan dilaksanakan di Malaysia pada Mei tahun depan merupakan cukai yang telah dilaksanakan di lebih 120 buah negara. Tambah Kim Leng, pelaksanaan GST juga dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan. Katanya, GST memberi gambaran ketelusan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pungutan cukai yang lebih sistematik.

"Pengenalan GST di Malaysia membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak ada pembayar cukai yang layak, melepaskan diri," ujarnya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/
Oleh AZMAN IBRAHIM

MyULM mula sebelum akhir tahun

PLATFORM Dagangan Tidak Tersenarai Malaysia (MyULM), yang menyediakan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mendapatkan akses kepada pasaran modal, akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha ke arah merealisasikan platform dagangan baharu itu sedang giat dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Katanya, MyULM ialah satu pasaran maya yang membolehkan PKS mendapatkan sumber pembiayaan dengan cara membentangkan profil syarikat kepada pelabur berpotensi.

“Pelabur kemudiannya boleh melihat kepada profil PKS sebelum membuat keputusan pelaburan. Ini adalah satu bentuk modal risiko yang menambah baik akses PKS kepada pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim.

MyULM yang diumumkan oleh SC pada tahun lalu ialah platform dagangan khusus untuk syarikat tidak tersenarai.

Ia antara langkah dikenal pasti di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 untuk menampung permintaan platform sekuriti tidak tersenarai dalam usaha menyokong modal risiko jangka panjang serta memperluaskan asas pembiayaan untuk PKS.

Secara umumnya, platform dagangan itu akan menghubungkan pasaran modal kepada pelbagai produk pelaburan alternatif lain termasuk modal teroka inovatif, kerja kreatif serta pelaburan tanggungjawab sosial.

Ia juga akan melengkapi serta menyokong pelbagai usaha pembangunan yang sedang diterajui oleh beberapa agensi kerajaan dan sektor swasta.

Sementara itu, Mustapa berkata sektor PKS berada dalam landasan kukuh untuk menyumbang antara 40 hingga 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

“Sumbangan sektor PKS kepada KDNK ketika ini ialah sekitar 33 peratus dan kita mempunyai masa panjang untuk mencapai sasaran itu. Namun apa yang pasti ialah sektor PKS berkembang lebih pantas daripada ekonomi, dengan pertumbuhan puratanya sejak lima tahun lalu sekitar 6.5 peratus,” katanya.

Mengenai penganjuran SMIDEX pada tahun ini, Mustapa berkata kementerian menyasarkan potensi jualan mencecah RM350 juta melalui penyertaan 50 syarikat multinasional dan syarikat utama bersama 103 PKS.

Katanya, SMIDEX yang memasuki kali ke-17 penganjurannya pada tahun ini disertai syarikat yang lebih pelbagai termasuk dari luar negara dalam bidang aeroangkasa, perkapalan, logistik, peruncitan, automotif, elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta semikonduktor.

“Setakat jam 1 tengah hari ini (semalam) saya difahamkan potensi jualan sudah mencecah RM138 juta dan angka ini boleh melepasi sasaran untuk tahun ini,” katanya.

Pada SMIDEX tahun lalu, sebanyak 165 sesi padanan perniagaan direalisasikan membabitkan nilai jualan RM322.2 juta, meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

SMIDEX 2014 bertemakan ‘Menghubungkan Titik-Titik’ diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama tiga hari bermula semalam.

Ia disertai 350 ruang pameran yang membabitkan 74 syarikat, termasuk penyertaan dari luar negara, dengan jangkaan kehadiran 10,000 pengunjung.

sumber dari : http://www.bharian.com.my/
Oleh : Mohd Hamizar Hamid & Shahrizan Salian

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Gaji Bawah RM5000 Layak Subsidi Penuh! Setuju Cara Ini?

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan diesel bermula September 2014. Sebenarnya bayangan corak sistem subsidi petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini. Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….

Alhamdulillah pada peringkat setakat ini, Berita Semasa dapatkan rasakan corak mekanisme yang ingin digunapakai kelak lebih baik.
  1. Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
  2. Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
  3. Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
  4. Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
  5. Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?
subsidi minyak

Butiran Sistem Baru Subsidi Minyak : Jual Petrol Diesel 1 September 2014

  • Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
  • Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
  • Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
  • Kereta Plat Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
  • Anda tergolong di kategori yang mana satu?
  • Pemilik kereta persendirian : Bermula September 2014
  • Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November 2014
Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion. Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?

sumber dipetik : http://www.beritasemasa.com.my/

Wednesday, 4 June 2014

Malaysia tangga ke-15 kenaikan harga rumah

Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014 daripada 54 negara yang dikaji oleh laporan terbaharu Indeks Harga Rumah Global Knight Frank.

Laporan Knight Frank itu mendapati harga rumah di negara ini pada suku pertama 2014 meningkat lapan peratus dalam tempoh setahun berbanding suku pertama tahun lalu.

menjadikan Malaysia sebagai negara kelima di rantau Asia yang mencatatkan kenaikan harga tertinggi sepanjang tempoh itu, di belakang Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Taiwan dan Indonesia.

UAE menerusi bandar raya utamanya, Dubai menduduki tangga teratas dalam indeks itu buat suku keempat berturut-turut apabila harga rumahnya melonjak 27.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama 2013.

Penyelidik Kediaman Antarabangsa Knight Frank, Kate Everett-Allen, berkata Indeks Harga Rumah Global terus meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harganya sedikit perlahan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Katanya, walaupun indeks menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada suku pertama 2014 apabila hanya berkembang 0.6 peratus berbanding 1.2 peratus pada suku sebelumnya, ia masih mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.1 peratus.

“Suku terakhir biasanya menyaksikan kemuncak urus niaga jualan memandangkan pembeli bergegas untuk menyelesaikan pembelian sebelum tahun baharu apabila pelbagai peraturan cukai selalunya berkuat kuasa.
“Ini menyebabkan pasaran biasanya lebih lengang pada suku pertama,” katanya mengulas laporan Indeks Harga Rumah Global Knight Frank dalam satu nota, semalam.

Sementara itu, pemulihan dalam pasaran perumahan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Iceland terserlah apabila ketiga-tiga negara itu muncul di 10 tempat teratas peningkatan harga rumah yang turut disertai pasaran sedang pesat membangun utama seperti China, Turki dan Brazil.

Kadar pertumbuhan harga rumah di AS sedikit perlahan pada suku pertama, yang secara puratanya meningkat 10.3 peratus setahun, berbanding 11.3 peratus pada suku sebelumnya.

Sepuluh negara menduduki tempat terbawah dalam indeks terbaharu itu pula rata-ratanya terdiri daripada negara Eropah Timur dan Eropah Selatan.

Buat kali pertama sejak tahun 2008, tiada sebuah negara dikaji oleh indeks itu mencatatkan penurunan harga tahunan melebihi 10 peratus. Singapura dan Jepun muncul dua negara bukan Eropah yang berada di kedudukan 14 terbawah dalam indeks berkenaan.

Indeks Harga Rumah Global Knight Frank yang dimulakan pada tahun 2006 ialah pengukur utama kepada pelabur serta pemaju untuk memantau dan membandingkan prestasi pasaran kediaman di seluruh dunia.

Maklumatnya dikumpulkan pada setiap suku tahun menggunakan perangkaan rasmi kerajaan atau data bank pusat.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/
Shahrizan Salian

Budak 11 tahun mekanik kereta

Tuan Asyraaf menghabiskan masa luangnya mempelajari ilmu mengenai enjin kereta daripada abangnya yang juga seorang mekanik.




DUNGUN - Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Biarpun umurnya baru 11 tahun, anak seorang mekanik, di sini, sudah pandai membaiki enjin kenderaan.

Malah Tuan Asyraaf  Tuan Muter mula berjinak-jinak dengan kerja membaiki enjin kereta sejak umurnya 9 tahun lagi.

Bakatnya itu diwarisi daripada bapanya, Tuan Muter Tuan Putih, 53, yang membuka bengkel kenderaan di rumah mereka dekat  Gong Pasir sebelum dia diserang angin ahmar kira-kira lapan bulan lalu.

“Saya nak jadi mekanik yang berjaya suatu hari nanti, dapat buka bengkel kereta sendiri,” kata murid  tahun lima SK Batu 48 itu.

Tuan Asyraaf berkata, dia tidak kisah dipandang sinis oleh rakan sebayanya berikutan dia memilih melakukan pekerjaan yang terpaksa bergelumang dengan minyak dan kotoran.

Katanya, dia yakin kerja membaiki kenderaan yang diminatinya itu memberikan masa depan yang cerah walaupun jika dia gagal dalam pelajaran.

“Kerja baiki kereta juga boleh dapat banyak duit jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

“Apa pun saya bangga dengan pekerjaan ini kerana ia juga satu pekerjaan halal dan boleh menjamin masa depan,” katanya.

Bagaimanapun Tuan Asyraaf berkata, walaupun sangat meminati pekerjaan itu, dia tidak pernah melupakan pelajarannya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia cuma melakukan pekerjaan itu selepas pulang dari sekolah, manakala masa terluang cuti sekolah pula dimanfaatkan untuk mendalami ilmu membaiki kenderaan daripada abangnya, Tuan Syed Azhan, 24, yang juga
seorang mekanik.

Katanya, dia kini sudah dapat menguasai kerja asas enjin seperti menukar minyak pelincir, penapis, membuka tayar dan servis enjin.

"Setiap hari saya akan  belajar perkara baru berkaitan enjin dan sejak tiga tahun saya membantu abang di bengkel, sudah banyak yang saya pelajari," katanya.

Menurutnya, setakat ini dia banyak membaik pulih kereta buatan tempatan seperti Proton Saga, Wira dan Perodua.

Bagaimanapun, dia bercita-cita mahu mendalami selok-belok enjin kereta buatan Eropah kerana tidak ramai mekanik yang mahir dengan kenderaan import itu.

“Kalau ada peluang, saya nak belajar enjin kereta BMW, Mercedes dan Audi.

“Mana tahu saya dapat jadi mekanik profesional yang mahir tentang enjin kereta mewah suatu hari nanti,” katanya.

sumber dari :  http://www.sinarharian.com.my/
Nik Muhd Raffiq Abd Ghani

Hutang 1MDB tidak berisiko besar

KUALA LUMPUR 3 Jun - 1Malaysia Development Bhd., (1MDB) menjelaskan paras hutangnya ketika ini tidak membawa risiko yang besar sehingga mampu menjejaskan kestabilan dan penarafan negara, kerana kedudukan kewangannya ketika ini agak kukuh bagi menanggung segala hutang tersebut.

Jelas 1MDB, sebagai sebuah syarikat liabiliti terhad, mereka hanya memberi risiko yang sedikit kepada kerajaan selaku pemegang saham syarikat. Kerajaan telah memberi jaminan berjumlah RM5.8 bilion daripada keseluruhan jumlah hutang syarikat tersebut, bagaimanapun 1MDB menjelaskan mereka tidak pernah gagal membayar semula pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan.

"Semua hutang-hutang 1MDB dilindungi oleh aset-aset syarikat berserta aliran tunai yang kukuh dan potensi pertumbuhan yang baik "Pada masa sama, aset tunai syarikat ketika ini dilaburkan di dalam sektor tenaga dan hartanah yang bertujuan meraih semula pendapatan. Hal ini membolehkan syarikat membayar semula hutang yang dilakukan dan memberi pulangan kepada kerajaan," jelas syarikat itu dalam kenya­taannya di sini hari ini.

Bagi tahun kewangannya berakhir Mac 2013, jumlah aset syarikat itu berjumlah RM46 bilion berbanding jumlah hutangnya RM37 bilion. Maklumat itu boleh didapati laporan akaun 1MDB yang boleh diakses oleh orang ramai. Tambah syarikat itu lagi, baru-baru ini juga mereka telah melaksanakan penstrukturan semula sehingga membolehkan hutang khasnya menurun kepada RM5.5 bilion daripada RM6.17 bilion dengan langkah menjana dana secara dalaman. Hutang khas itu digunakan sejak dua tahun lalu untuk tujuan pengambilalihan Powertek Energy Sdn. Bhd., daripada Tanjong PLC.

"Setelah lima tahun ber­operasi, 1MDB menjangka segmen tenaga dan hartanah ini bakal memberi pulangan yang baik, iaitu mengatasi kos perbelanjaan mo­dal," menurut syarikat itu lagi. Di bawah segmen tenaga­nya, 1MDB mempunyai 16 pusat janakuasa tenaga di enam buah negara. Malah syarikat itu membekalkan tenaga dengan kapasiti 5,570 MegaWatt sekali gus menjadikan mereka penjana tenaga bebas (IPP) kedua terbesar dalam negara. Dalam segmen hartanah, syarikat itu merupakan pemaju utama rancangan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek komersial Bandar Malaysia di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan keluasan 200 hektar.

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/Korporat/

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion (Cukai sebelum PRU13 KLIK SINI): Cukai yang ada sekarang SST (Sales & Service Tax) yang mana merujuk kepada cukai jualan atau cukai perkhidmatan masing-masing membawa nilai kepada 10% dan 6%. Cukai SST ini sangat berlainan dengan cukai GST. Masakan boleh….

Masakan boleh disamakan dalam iklan yang ditayangkan di media-media arus perdana sekarang ini? Kenapa membazir wang begitu sahaja sedangkan mesej yang disampaikan tidak tepat untuk difahami rakyat Malaysia?

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion : Sales Tax (Cukai Jualan) VS Cukai GST?

  • Cukai jualan dikenakan hanya pada nilai produk yang dikeluarkan kilang (contohnya RM0.30 x 10% = ?)
  • Manakala cukai GST dikenakan kepada harga produk yang dijual kalangan peruncit kepada pengguna (contohnya RM1.00 x 6% = ?)
  • Cukai jualan hanya hanya dikenakan kepada beberapa jenis barangan yang disenaraikan
  • Cukai GST, semua urusniaga akan dikenakan cukai kecuali beberapa jenis produk dan perkhidmatan yang dikecualikan
  • Tidak kiralah anda miskin, kaya, cacat, menganggur, tua,muda, lelaki, perempuan, penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat semuanya tidak akan terlepas dikenakan cukai
  • Beli kasut? Bayar cukai GST. Gunting rambut? Bayar cukai GST. Beli kereta? Bayar cukai GST
  • Contoh lain, peniaga restoran beli meja kena GST, bayar elektrik kena GST, beli tisu kena GST, sewa restoran kena GST, packaging baru yang. Semua ini menambah kepada kos operasi restoran. Jadi adakah harga makanan minuman masih sama selepas GST dilaksanakan kelak?
Dan Berita Semasa cukup kecewa bagaimana iklan yang terus menerus merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia. Mengapa?
hutang negara
Sumber : BNM (Nilai hutang negara pada suku pertama 2014)
Berita Semasa tidak menafikan cukai GST adalah sistem cukai yang paling efisen untuk tujuan menambah jumalah pendapatan kepada negara. Tetapi mengapa sekarang?

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion VS GST 6% (Pendapatan Tambahan Kepada Kerajaan)

Mengapa disaat rakyat dihimpit kos sara hidup yang terus melonjak tinggi, mahasiswa yang tercari-cari peluang pekerjaan, nilai subsidi rakyat Malaysia ditarik sedikit demi sedikit, gaji dan pendapatan rakyat Malaysia tidak meningkat naik begitu ketara dan juga cukai pendapatan untuk rakyat tidak dikurangkan kadarnya bagi pertimbangan yang setara dengan pengenalan cukai GST sejumlah 6%. Mengapa memperkenalkan sejumlah 6% pada saat kerajaan mahu memperkenalkan GST? Mengapa?
  • cukai pendapatan, cukai korporat dikenakan cukup tinggi
  • cukai GST juga diperkenalkan
  • Jikalau di negara maju yang lain, jika GST diperkenalkan atau VAT (Value Added Tax) diperkenalkan kadar cukai pendapatan akan diturunkan supaya ada keseimbangan pendapatan kerajaan di situ
  • Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia, cukai pendapatan sapu banyak cukai GST pun sapu. Erm…..
hutang bnm
Mengapa rakyat marhaen menjadi sasaran? Mengapa tidak dikenakan cukai tambahan kepada orang kaya dan taikun di Malaysia seperti Cukai capital gain, windfall tax & super rich tax (SEPERTI DI SINI).
  • Kerajaan yang paling baik, adalah kerajaan yang tidak mengenakan cukai kepada rakyat. Tetapi Berita Semasa faham, ada sebab kerajaan kenakan cukai, bayar gaji dan lain-lain
  • Tetapi jikalau kerajaan berterusan mengenakan cukai dan cukai tersebut membebankan kalangan rakyat marhaen, maka kerajaan kaji semula mengapa mereka beria-ria untuk melaksanakan cukai GST

Hutang Negara Malaysia 2014 : 16 Tahun Defisit!!

Melihatkan rekod hutang negara Malaysia sekarang ini, Berita Semasa sudah tahu jawapannya.
    Had Siling Hutang Malaysia
  1. Cukai GST dikenakan disebabkan perbelanjaan tidak terkawal & keterlaluan kerajaan Malaysia selama ini, tidak padan dengan cukai, pendapatan tiap-tiap tahun negara kerajaan terus berhutang dan berhutang dan mewujudkan situasi defisit demi defisit selama 16 tahun berturut-turut
  2. Setelah berhutang selama 16 tahun, kadar hutang negara sekarang ini telah melanggar peraturan berhutang yang mana mencapai paras siling yang dibenarkan iaitu pada kadar 55% daripada KDNK negara
  3. Yang lebih bahaya lagi, ialah ia kana menyebabkan institusi dan pasaran kewangan antarabangsa mula tidak yakin dengan kemampuan kerajaan Malaysia untuk membayar hutang
  4. Jikalau sebelum ini, apabila kerajaan menerbitkan hutang, kerajaan hanya akan dikenakan pada kadar yang rendah sekitar 3% contohnya.
  5. Oleh kerana sekarang ini, kadar keberhutangan negara sekarang cukup tinggi menyebakan kadar faedah hutang akan turut naik sehingga 5%-6%
Nah…oleh sebab itu, kerajan tidak punyai banyak pilihan untuk berhutang sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan sebelum ini. Akhirnya penyelesaiannya alternatif terbaik yang difikirkan kerajaan adalah dengan mengambil pilihan kedua.
  • Berhutang sudah tidak boleh “rancak” seperti dahulu
  • Kaut dana tambahan melalui cukai GST
  • Selesai sudah sedikit masalah dan bebanan hutang kerajaan. Rakyat marhaen?
Ekonomi Malaysia 2014Rakyat Malaysia dididik jikalau gaji sekadar RM3500 jangan pakai Mercedes, jangan berbelanja mewah yang melebihi kemampuan pendapatan. Hidup dengan gaya dengan gaji RM3500. Betul bukan?

Begitu juga kepada kerajaan Malaysia, sila semak semula bagimana kamu mentadbir amanah rakyat dan sumber mahsul serta kekayaan negara selama ini. Jikalau kerajaan Malaysia kawal perbelanjaan dan menguruskan dana serta kewangan negara dengan cermat tanpa elemen rasuah dan penyelewengan yang kerterlaluan, Insyaallah cukup pendapatan yang diperolehi kerajaan cukup untuk diuruskan dan dibelanjakan.

Pakar ekonomi menjangkakan kesan keseluruhan dengan pelaksaan cukai GST kelak, harga barang akan naik dan diramalkan negara bakal dihimpit kadar inflasi pada kadar 6%-8% pada tahun pertama cukai GST dilaksanakan kelak berbanding 2.5% @ 3% sekarang ini. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati kadar inflasi 8% adalah pada ketika tahun 2008 ketika harga minyak dinaikkan cukup tinggi & mendadak dahulu.
P/S : Ubat ini semua ubat baik betul atau tidak? Ubat secara dasarnya semuanya baik. Salah bagi ubat pada demam atau sakit yang salah, akan menjadi mudarat. Cukai ini semuanya dibuat ada tujuan khusus masing-masing. Cukai GST ada kelebihan daripada segi kutipan yang efisennya. Tetapi harapan Berita Semasa biarlah “ubat ini” diberikan pada masa dan sakit yang sesuai baru boleh sembuh. Insyaallah.

PP/S : Orang kata Malaysia hutang lebih 55% masih lagi OK sedangkan Jepun berhutang sehingga 241.2% daripada KDNK mereka, Singapore 97.7%, Amerika 83.2%, United Kingdom 96.7%. Sebenarnya orang tidak bimbang hutang Singapore, UK, USA, Jepun lebih GDP kerana mereka ini negara maju, ekonomi negara mereka kukuh, simpanan mereka banyak, kuasa ekonomi mereka contohnya dollar dan Yen mempunyai pengaruh yang besar di dunia yang man mereka mampu mengawal matawang mereka. Malaysia?

sumber dari :  http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-2014

Tuesday, 3 June 2014

RM20,000 dilarikan pembantu rumah

BERITA dua pembantu rumah aktres popular, Fasha Sandha dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya, Selangor pada 30 Mei lalu mengejutkan banyak pihak. Mengikut pertuduhan, dua pembantu rumah warga Indonesia, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, didakwa mencuri mata wang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, yang merupakan suami Fasha di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, kedua-dua mereka merayu supaya hukuman diringankan kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung. Fasha yang dihubungi Kosmo! menjelaskan, dia dan suaminya, Rizal atau Jejai telah kerugian sebanyak RM20,000, namun ketika tangkapan selepas tujuh jam mereka melarikan diri dari rumah dilakukan, polis hanya menemui RM200 serta tiga telefon bimbit pada pembantu rumah tersebut.

Meskipun begitu, pelakon yang sedang sarat hamil anak kedua itu tidak serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah lagi selepas ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha. Kosmo!: Bagaimana Fasha boleh menyedari kejadian kecurian ini?

FASHA: Kejadian berlaku pada 12 Mac pukul 9.45 malam. Ketika itu saya dan suami bersama anak berada di Perlis. Jiran memberitahu suami, rumah kami ditinggalkan tidak berkunci dan dua pembantu rumah tiada di rumah. Polis hanya jumpa RM200 dan tiga telefon bimbit bersama mereka ketika tangkapan dibuat. Sebenarnya anggaran kerugian berjumlah RM20,000 kerana mereka turut mengambil wang Rupiah dan barang kemas.

Adakah barangan tersebut telah berjaya ditemui semula? Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi di Kajang. Saya yakin pembantu rumah telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Apa pun, saya kagum dengan kecekapan polis yang berjaya menahan mereka selepas tujuh jam melarikan diri. Berapa lamakah pembantu rumah ini bekerja dengan anda?

Seorang telah bekerja selama setahun dan seorang lagi baru sebulan. Setelah mereka melarikan diri, saya diberitahu oleh jiran, mereka telah bercinta dengan buruh lelaki Indonesia tidak jauh dari rumah saya. Mereka sering keluar untuk berjumpa lelaki tersebut. Adakah kejadian ini pertama kali berlaku? Ya, ini pertama kali pembantu rumah melarikan diri dari rumah saya.

Selepas kejadian ini adakah anda serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah? Tidak serik. Saya yakin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Saya bersyukur ketika kejadian, anak saya, Putra Rayfal  ada bersama saya. Kenapakah anda merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan media sebelum ini? Perkara ini berlaku pada bulan Mac tetapi saya tidak pernah berkongsi dan bercerita mengenainya kepada pihak media kerana semuanya masih dalam siasatan pihak polis. Berita ini tersebar di internet kerana ada beberapa pemberita di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Apakah nasihat anda kepada orang di luar sana yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah? Saya kurang pandai menasihati tetapi apa yang boleh saya kongsikan sentiasa berhati-hati dengan pembantu rumah. Jangan percayakan mereka walaupun telah bekerja lama dengan kita. Adakalanya pembantu rumah menjadi lalai, leka serta lupa diri apabila mereka mula bercinta. Boleh kongsikan apakah perkembangan terbaharu anda?

Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Pesona Pictures berjudul Selamat Pengantin Madu sebanyak 13 episod untuk TV3. Saya memegang watak wanita hamil bernama Hanna. - HARYATI KARIM

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Coklat Cadbury Malaysia : (Mei 2014) Ada DNA Babi oleh KKM VS (Jun 2014) Tiada DNA Babi oleh JAKIM!

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh Malaysia seperti dilanda letupan “bom atom di Hiroshima dan Nagasaki“. Masakan mungkin…

Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan “ditanam” diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa mempunyai DNA babi sebenarnya. Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : Muslim Malaysia VS Cadbury Malaysia?

Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah :
  1. ada yang mahu hantar saman ratus jutaan ringgit
  2. ada yang mahu mencuci darah
  3. dan macam-macam lagilah
Itu coretan berita yang berkemundang disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan mengatakan :
  1. Dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
  2. Ujian yang dijalankan Jabatan Kimia
  3. Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar
Sumber : Utusan Malaysia Online

Sekejap ada sekejap tiada. Apabila membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama….
  • Terdapat dakwaan yang mengatakan sosej IKEA ada DNA babi
  • Beria-ria IKEA membuang semua sosej-sosej mereka, dan dapur mereka semua menjalani proses samak yang ketat
  • Akhirnya keputusan akhir yang diperolehi, tidak wujud pun DNA babi sebenarnya
Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :
  • coklat Cadbury ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor
  • JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang
  • Yang mana akhirnya, coklat Cadbury Malaysia yang dicanang selama ini ada mempunyai DNA Babi tiada sebenarnya
Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?

Coklat Cadbury JAKIMPada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM. DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom .

Analogi mudahnya seperti di bawah ini :
  • Contohnya kita, lalu di depan/sebelah kedai Cina yang menyediakan sup babi contohnya, asap sup babi kena pada baju kita
  • Kemudian kebetulan jumpa pula Ah Seng (baru lepas makan babi salai), kita pula pergi salam dengan kawan lama tersebut
  • Jadi, sila semak semula baju dan tangan, pasti ada DNA babi.
  • Ya….jangan salah paham antara DNA babi dengan cebisan daging babi
  • Sekian…..
Realitinya Berita Semasa paham kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal. Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Monday, 2 June 2014

CEO MDeC calon utama terajui MAHB

MAHB mengawal operasi 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur: Jawatan Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang kini disandang Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dijangka bertukar kepada individu lain dalam tempoh masa terdekat memandangkan tempoh kontrak beliau tamat pada bulan ini.

Sumber industri memberitahu, MAHB kini sedang mengenal pasti individu terbaik bagi jawatan terbabit yang mana calon utamanya ialah Datuk Badlisham Ghazali yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) disandang sejak Januari 2006.

Badlisham ketika dihubungi Bisnes Metro untuk mengulas kenyataan terbabit bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tapi tidak menafikan.

Beliau juga menyarankan agar semua pihak menunggu keputusan yang bakal diumumkan kelak. “Saya tidak berkata ya atau tidak kerana apa paling penting pada ketika ini adalah untuk terus memberi fokus kepada kerja utama saya iaitu bersama MDeC,” katanya di sini, semalam. Sebelum menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Badlisham adalah Pengarah dan Pengurus Besar Negara bagi Kumpulan Penyelesaian Teknologi Hewlet-Packard Malaysia sejak 1988. Beliau adalah pemegang Ijazah Sains bagi Sains Komputer dari Nothern Illinois, Amerika Syarikat dan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sumber berkata, isu pengganti Tan Sri Bashir Ahmad bukan sesuatu yang baru dalam kumpulan terbabit memandangkan jawatan berkenaan adalah berasaskan kontrak dan beliau menguruskan MAHB sejak 7 Jun 2013. “Keputusan sama ada untuk mengekalkan atau menamatkan perkhidmatannya dibuat bukanlah berasaskan prestasi atau masalah lain, namun adalah kerana perkhidmatan beliau berasaskan kontrak,” kata sumber itu lagi.

Keputusan untuk memilih pengganti Tan Sri Bashir Ahmad bakal dilakukan oleh Khazanah Nasional memandangkan MAHB adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/

CGC terus komited bantu PKS

Sedia RM800j pembiayaan khas untuk syarikat Bumiputera

Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) terus komited membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh akses pembiayaan dengan memperuntukkan jaminan pembiayaan sehingga RM800 juta pada tahun ini, khusus untuk syarikat Bumiputera.

Pengarah Urusannya, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata peruntukan itu adalah kira-kira 30 peratus daripada sasaran pengeluaran jaminan pembiayaan CGC berjumlah RM2.7 bilion pada tahun ini yang dijangka dimanfaatkan oleh lebih 5,600 syarikat.
Agenda membantu PKS Bumiputera ini sememangnya penting dan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera” Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Urusan CGC
Katanya, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, CGC sudah meluluskan jaminan pembiayaan sebanyak RM670 juta yang mana kira-kira 38 peratus atau RM230 juta daripadanya disalurkan kepada syarikat Bumiputera.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/
Oleh Zuraidah Mohamed

YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas “Haram” di China? Canang “Orang Terkaya di Dunia” di Malaysia?

SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas “Haram” di China : Indahnya hidup di Malaysia. Apabila dihalau dan dipulaukan di negara sendiri dek kerana bisnes haram yang dijalankannya di China akhirnya mahu mendabik dada dan mencanang di seluruh Malaysia bahawa beliau bakal menjadi orang terkaya di dunia. Hebat….hebat….

Hari ini terpampang jelas wajah lelaki muda di billboard saiz gergasi tertera “orang terkaya di dunia” ada di merata tempat termasuklah di sekitar Jambatan Pulau Pinang dan Kulai, Johor. Pada asalnya Syarikat Yun Shu Mao yang menjalankan perniagaan kini di Malaysia adalah syarikat yang telah diharamkan di Negeri China berdasarkan cara perniagaan mereka berdasarkan prinsip “Money Game”. Apa modus operandi mereka?

Modus Operandi SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu?
  1. Individu di Billboard (Zhang Jian) tersebut adalah seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan
  2. Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com
  3. Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ
  4. Bagaimana mungkin “member fees” yang perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank persendirian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?
  5. Syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang dikatakan betapa besar dan kukuh ini tidak ada Akaun Syarikat?
  6. YSLM2U ini pun website pun dilihat seperti “hidup segan mati tidak mahu
  7. Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya ‘bergoyang kaki’ selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan
  8. Untuk menyertai bisnes YSLM Malaysia ini, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.
  9. Setiap peserta YSLM kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline)
  10. Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun
  11. Di laman web YSLM HK itu menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan.
yslm malaysia
Satu kemungkinan yang paling sesuai untuk menerangkan fenomena ini adalah syarikat boleh berundur diri secara bila-bila masa tanpa bimbang tentang duitnya dalam bank dibekukan oleh Bank Negara dan Kerajaan Malaysia. Pada masa itu , malah sekalian pelaburan rakan-rakan!

Nampaknya Malaysia tidak pernah putus-putus untuk terus menjadi lubuk MLM dengan harapan lebih ramai lagi rakyat Malaysia “terus tumbang” dengan peluang dan jalan mudah kononnya boleh kaya dengan pantas. Berita Semasa perhatikan realiti hari ini dalam keadaan gaji rakyat Malaysia yang tidak meningkat dan dalam pada masa yang sama mereka terus bergelumang dengan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia, bisnes MLM dan skim piramid terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tetapi malangnya tiada tindakan yang dikenakan, mereka terus mencari mangsa dan pada masa yang sama ramai sebenarnya orang kita yang mahu cepat kaya dengan cara mudah. Hakikatnya……?
  1. Duit MLM/pramid ini sebenarnya datang daripada downline juga
  2. Downline join/invest, itulah dia keuntungan yang upline dapat.
  3. mereka ini akan sentiasa sasarkan kakitangan kerajaan disebabkan kemudahan untuk membuat pinjaman
Gambar Operasi Syarikat CDTUP (YSLM Malaysia)
Berita Semasa harapkan tiada yang terpedaya dengan janji manis mereka ini. Berita Semasa yakin pembaca Berita Semasa bijak-bijak belaka. Pemilik YSLM ini hanya berangan untuk menjadi orang no 1 kaya ini dunia sehingga dikatakan mampu mengalahkan kalahkan Carlos Slim Helu, Warren Buffet, Bill Gates. Produk apa yang mereka (YSLM2u) jual yang satu dunia gunakan sampai boleh jadi no 1 dunia?

P/S : Lelaki bernama Zhang Jian hanya akan berjaya menjadi kaya-raya dengan sokongan rakyat Malaysia yang “bercita-cita tinggi” untuk menjadi kaya.

PP/S : Harapan Berita Semasa, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), PDRM & LHDN sila siasatan, jangan hanya bertindak ketika keadaan menjadi semakin parah.

PPP/S : Skim YSLM Malaysia ini adalah skim pyramid!! Jikalau di luar negara sudah lama kena tangkap!! Bagaimana pula di Malaysia?

sumber dari :  http://www.beritasemasa.com.my/

Sunday, 1 June 2014

Ekonomi perkongsian jadi trend baharu

PENGGUNA di Asia Tenggara dilihat tertarik untuk menyertai ‘ekonomi perkongsian’, dengan pengguna di Thailand, Filipina dan Indonesia terutamanya menjadikan penyewaan barangan peribadi mereka sebagai sebahagian sumber pendapatan, menurut kaji selidik terbaharu dijalankan Nielsen.

Dalam ekonomi perkongsian, pengguna menyewakan atau berkongsi barangan milik mereka, seperti perabot, peralatan sukan, kereta dan rumah, atau perkhidmatan yang mereka miliki untuk mendapatkan keuntungan.

Keuntungan diperoleh daripada pengguna yang menukarkan aset peribadi mereka kepada pendapatan melalui ekonomi perkongsian dijangka melebihi AS$5.3 bilion (RM17 bilion) pada tahun ini, dengan kadar pertumbuhan melebihi 25 peratus.

Bagaimanapun, Malaysia dilihat kurang terbuka terhadap konsep dengan 28 peratus pengguna di negara ini tidak bersedia untuk berkongsi atau menyewakan aset peribadi mereka, berbanding 13 peratus dicatatkan di Filipina, 14 peratus di Indonesia dan 18 peratus di Vietnam.

Pengguna Singapura pula menunjukkan sikap paling tidak terbuka terhadap konsep ini jika dibandingkan antara kesemua pengguna di Asia Tenggara, dengan 32 peratus tidak mahu mengambil bahagian dalam ekonomi perkongsian, setanding dengan purata global.

Pengarah Urusan Analisa Terperinci tentang Pengguna di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik Nielsen, Vishal Bali berkata, kesedaran ekonomi perkongsian sebagai ekonomi kolektif masih kekal rendah di Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia, namun firma itu mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah aktiviti tersebut, terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Ramai sedia bayar untuk sewa barangan peribadi orang lain

Daripada perspektif pengguna akhir, kesanggupan membayar untuk penggunaan barangan peribadi dan perkhidmatan orang lain agak tinggi di Asia Tenggara.

Rakyat Indonesia menduduki tempat kedua secara global dari segi menyewa produk atau perkhidmatan daripada masyarakat perkongsian, sementara Filipina tempat keempat.

Sebanyak 87 peratus pengguna di Indonesia menyatakan mereka berkemungkinan menggunakan produk atau perkhidmatan perkongsian, diikuti oleh Filipina (85 peratus), Thailand (84 peratus), Vietnam (76 peratus), Malaysia (74 peratus) dan Singapura (67 peratus) berbanding dengan 66 peratus pengguna global.

Menurut kaji selidik Nielsen, peranti elektronik ialah antara barangan pengguna di Asia Tenggara paling sanggup berkongsi atau sewakan. Barangan lain yang sanggup disewakan oleh pengguna di rantau ini termasuklah pelajaran dan perkhidmatan, kereta dan motosikal.

"Kebanyakan barangan paling biasa disewakan melalui masyarakat perkongsian tidak mampu dimiliki pengguna biasa di Asia Tenggara.

"Apabila kemampuan kewangan menjadi satu isu, menyewa barangan daripada pengguna lain dapat menyelesaikan keperluan segera sesetengah pengguna, demikian juga menghapuskan keperluan mereka untuk mencari dana untuk membeli barang tersebut," menurut Bali.

Katanya, peningkatan pesat dalam penggunaan internet di seluruh rantau ini menjadi faktor utama wujudnya masyarakat perkongsian.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
oleh Wartawan Sinar Harian

Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia? Setuju?

Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia : Meleleh air mati seketika dek kerana membaca kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…

Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :

Laporan BNM 2013 : Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?

  1. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
  2. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
  3. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
  4. Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?
Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013
  • Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
  • Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat
Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tiggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..
“Pendapatan RM5,000 mampu beli Semi D di Kuala Lumpur?”
Gaji Rakyat Malaysia 2014
Inilah apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata antara realiti ataupun fatamorgana semata. Mereka ini terlalu jauh jurangnya dengan rakyat marhaen yang sedang sesak bergelumang dengan gelombang kenaikan kos sara hidup di Malaysia ketika ini sehinggakan mereka tidak sedar adakah logik dengan pendapatan Rm5,000 mampu hidup dengan selesa di bandar? Pernahkah mereka bertanya kepada diri mereka sendiri? Pernah?

Baik, jikalau anda terfikir sama dengan Berita Semasa bagaimana buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan sandaran tetapi akhirnya dilihat tempang apabila dibuat perbandingan seperti di bawah ini :
  • berdasarkan kajian RM5000 = dianggap pendapatan tinggi
  • berdasarkan LHDN RM2500 = dilihat cukup tinggi untuk buka fail?

Zaman Bas Mini VS Zaman Sekarang : Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi?

Realitinya sekarang ini, taraf hidup makin tinggi dan terus meningkat tanpa menoleh kebelakang lagi malangnya gaji ditakuk lama. Bagi Berita Semasa sangat tidak logik pada hari ini untuk mengatakan rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan RM5,000 dianggap tinggi. Angka tersebut hanya sesuai digunapakai ketika Malaysia diera “bas mini”. Bukannya sekarang.
Pendapatan Rakyat Malaysia 2014
RM5000 berpendapatan tinggi? Tinggal di bandar?
  1. dengan nursery anak-anak
  2. dengan kos parking + minyak ke pejabat
  3. dengan harga rumah melampau + sewa tinggi
  4. dengan harga makanan membebankan

Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi : Contoh Perkiraan Kasar Berita Semasa

Berita Semasa sempat membuat perkiraan di bawah ini :
Gaji = RM5,000 sebulan
Perbelanjaan bujang (A);
  • 1. epf & income tax (10% anggap sahaja) = 500
  • 2. duit belanja dapur = 300 (anggap makan sehari RM10)
  • 3. duduk umah sewa = RM500 (anggap sewa sahaja dahulu, jikalau anda beli rumah biasanya antara RM1,000 dan ke atas contohnya)
  • 4. bayar kereta = RM500 (kereta viva contohnya)
  • 5. bayar bil telefon = RM100 (bersekali dengan internet)
  • 6. duit minyak kereta = RM300 (anggap sehari RM10)
  • 7. bagi duit kepada mak ayah = RM300 contohnya
  • 8. bayar ptptn (gaji RM5,000 mesti ada ijazah sekurang-kurangnya. Betul?) = RM400
total (A) = RM2900
untuk yang bujang, perbelanjaan diri sendiri (belum campur lain-lain lagi termasuk simpanan dan persiapan untuk berumah tangga) adalah seperti di atas…
adalah tinggal = RM5000 – RM2900 = RM2,100 – …. – …. = tinggal berapa akhirnya?
Perbelanjaan untuk yang berkeluarga (B);
  • 9. pengasuh anak = rm300
  • 10. pampers + susu = rm200
total (B) = RM500 untuk seorang anak
duit yang ada = RM5,000 – RM2,900 - RM500 = RM1,600
belum lagi dengan perubatan dan lain-lain lagi perbelanjaan. Hmm…mewah kot?? Mungkin seperti “orang kuat” BNM cakap. Hebat…..Realiti?
Pendapatan Perkapita Malaysia 2014
P/S : Gaji RM5,000 (kaya). Apabila sudah tolak EPF Tax Socco tinggal RM4,000 (kedana) tolak lagi …….. tolak …… dan tolak ………. tinggal……? Apa respon balas anda pula?

PP/S : Saranan Berita Semasa, agar kajian semula dilakukan. RM5,000 nampak sahaja besar tetapi realitinya “nilainya” hari ini? Jatuhhhhh……

PP/S : BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai 2014? Samada kadar faedah pinjaman anda akan terus kekal atau bakal naik? Ehem….

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/