Friday, 19 September 2014

Bajet 2015 Bonus Dua Bulan Gaji Penjawat Awam. Cuepacs Berikan 2 Sebab Kerajaan Malaysia Mesti Bagi!

Bajet 2015 Bonus Dua Bulan Gaji Penjawat Awam. Cuepacs Berikan 2 Sebab Kerajaan Malaysia Mesti Bagi! : Terus terang Berita Semasa katakan, servis di kebanyakan sektor kerajaan semakin bertambah baik daripada bulan ke bulan dan daripada tahun ke tahun. Contohnya, di Klinik Kerajaan. Daripada…

Daripada zaman hanya menggunakan kipas siling, kerusi tempat duduk menunggu patah, tiada kemudahan TV disediakan, kakitangan klinik kerajaan tidak pernah cukup sehinggalah sekarang ini zaman klinik kerajaan kerajaan sudah pun menggunakan penghawa dingin, sambil menunggu boleh menonton televisyen, sistem angka giliran bertambah baik, servis daripada kakitangan kerajaan juga bertambah baik seiring dengan penambaikan kemudahan yang disediakan tetapi Cuepacs masih tidak pernah kenal erti putus asa bagi menuntut hak mereka bagi membolehkan anda yang terdiri daripada 1.4 juta kakitangan awam menikmati Bajet 2015 bonus dua bulan gaji.

Bagi Berita Semasa kakitangan awam kerajaan sememangnya berhak menikmati Bajet 2015 bonus daripada kerajaan Malaysia. Ya…..akan ada cakap-cakap yang mengatakan ramai penjawat awam pemalas, suka curi tulang dan lainsikap buruk yang diberikan contoh. Tetapi hakikatnya, mereka-mereka itu adalah kumpulan minoriti. Yang majoriti kakitangan awam inilah yang berusaha keras meningkatkan produktiviti di sektor kerajaan.

Oleh itu sesuai dengan pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Cuepacs Malaysia mahukan kerajaan Malaysia menganugerahkan kepada 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia Bajet 2015 bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam

Faktor Permintaan Cuepacs Bajet 2015 Bonus 2 Bulan Gaji?

Ini kenyataan yang dikeluarkan Cuepacs Malaysia
  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicatat negara kini antara yang tertinggi.
  2. Berlakunya kenaikan indeks penunjuk prestasi (KPI) sektor awam yang menunjukkan peningkatan
Cuepacs Malaysia merasakan kerajaan Malaysia patut memberikan Bajet 2015 bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam, kerana dilihat berhak dengan sumbangan besar yang diberikan oleh penjawat awam sekarang ini kepada negara

Apatah lagi melihatkan kali terakhir penambaikan gaji kakitangan awam hanya berlkau pada zaman mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana berlaku kenaikan gaji naik sejumlah 30%. Selepas daripada kenaikan gaji naik penjawat awam dilihat “ala kadar sahaja” dan “melapaskan batuk ditangga” sahaja.

Elaun rumah masih ditakuk lama. Apatah lagi dengan kehadiran gelombang GST 6% pada tahun hadapan. Sekurang-kurangnya pemintaan Cuepacs Malaysia pada masa sekarang ini bagi Bajet 2015 bonus dua bulan gaji dilihat agak munasabah. Apa respon anda pula?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Thursday, 18 September 2014

Mercedes-Benz rancang pasang CKD bagi model baharu

MERCEDES-BENZ Malaysia merancang melakukan pemasangan tempatan (CKD) terhadap model baharu Mercedes-Benz C-Class di negara ini, pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata, syarikat itu bagaimanapun tidak menetapkan tempoh tertentu bagi melaksanakan perancangan tersebut kerana mahu memfokuskan pemasaran model versi diimport sepenuhnya (CBU).

“Buat masa ini, kita ingin mencuba pasaran Mercedes-Benz C-Class versi CBU terlebih dahulu di Malaysia.

“Model baharu C-Class ini sudah boleh ditempah dan ia dijangka diterima April tahun depan,” katanya pada Majlis Pelancaran Mercedes-Benz C-Class di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model baharu C-Class itu dijangka meningkatkan jualan syarikat sebanyak 30 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 24 peratus pada enam bulan pertama pada 2014.

“Kami tidak menetapkan sasaran jualan untuk model C-Class ini, sebaliknya kita mahu pelanggan merasai sendiri pemanduan selesa dan material kenderaan ini.

“Model baharu C-Class ini merupakan generasi kelima. Sebelum ini, C-Class antara model terlaris dan mendapat sambutan daripada pelanggan kami,” katanya.

C-Class CBU generasi kelima didatangkan dalam dua pilihan iaitu C 200 dan C 250, dijual pada harga masing-masing RM285,888 serta RM314,888 tanpa insurans.

Reka bentuk model C-Class baharu itu lebih menarik, dinamik dan ringan kerana penggunaan aluminium hibrid pada badannya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
oleh

Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina?

Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2014 dan tidak lama sahaja lagi Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun 2015. Tidak lama sahaja lagi. Pejam celik, pejam celik sudah 2015.

Sekejap masa berlalu sekarang ini. Masa tidak menunggu kita tetapi kita akan menyesal kerana tidak menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya terutamanya potensi dan kekayaan hasil mahsul yang dimiliki bumi yang bernama Malaysia.

Seperti biasa ayat yang akan… keluar adalah azam bagi tahun 2015 akan datang ini, ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya sepertimana pengumuman mengenai kadar pertumbuhan ekonomi pada ketika ini oleh kerajaan Malaysia.

Harap begitulah…..Semestinya rakyat Malaysia mahukan yang terbaik utnuk negaranya bukan? Walaubagaimanapun, Berita semasa selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?

Baru-baru ini, Mahahir telah menemplak corak pemerintahan Datuk Seri Najib dan turut menyelitkan situasi dan kesempitan yang pernah dialami dan dirasai Argentina sebelum ini tidak mustahil untuk terjadi kepada Malaysia jika masih tiada iltizam untuk berubah menguruskan eokonomi Malaysia dengan baik menerusi (LAPORAN BERITA INI). Kenapa mesti Argentina?

Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu….


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Kenaikan BR1M bukti kerajaan kongsi kekayaan, kata pemimpin Umno

Pemimpin Umno mempertahankan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan menjadi RM950 sebagai bukti Putrajaya berkongsi kekayaan bersama rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata kekayaan ekonomi negara perlu dikongsi bersama dengan rakyat dan pemberian BR1M adalah kaedah terbaik jika dibandingkan dengan pemberian subsidi kepada rakyat. "Dalam Dewan Rakyat saya pernah berkata daripada kita beri subsidi minyak, di mana semua orang dapat, orang kaya dan orang luar (bukan rakyat) juga merasai, lebih baik kita beri BR1M.

"Jadi, apabila kita rasionaliasikan subsidi, kita tingkatkan BR1M kepada RM950 supaya rakyat yang kurang mampu menikmati kebaikan ekonomi kita daripada orang luar yang dapat," katanya kepada The Malaysian Insider. Bung, yang juga ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) juga mencadangkan kadar BR1M dinaikkan lebih tinggi hingga RM2,000 dalam usaha meringankan beban rakyat. "Hasrat kerajaan mewujudkan bantuan BR1M melalui pemberian tunai kepada rakyat Malaysia berpendapatan RM4,000 ke bawah untuk mengurangkan kos sara hidup dan bagi saya bantuan ini perlu.

"Saya juga minta kerajaan, mungkin RM950 ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pemberian subsidi kita, jadi saya bersetuju jika ia ditingkatkan pada masa akan datang," katanya. Pemberian BR1M  diperkenalkan pada 2012 setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Pengkritik menyifatkan pemberian tersebut bertujuan untuk meraih undi, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan langkah yang diperkenalkan itu.

Dr Mahathir berkata pemberian tunai secara meluas seperti itu bertujuan untuk jaminan sokongan yang lebih kepada kerajaan. Bagaimanapun Bung menangkis persepsi tersebut dan berkata pemberian tunai tersebut mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi setempat di seluruh negara. "BR1M dapat membantu, contohnya apabila ada pengagihan BR1M bermakna duit itu mereka akan guna beli barang ditempat masing-masing, jadi peruncit, kedai dan peniaga mendapat limpahan BR1M itu.

"Ia sekurang-kurangnya dapat mencetuskan limpahan ekonomi di semua tempat," katanya. Bung berkata, semua pihak mempunyai pandangan sendiri, tetapi suara majoriti yang menyokong BR1M lebih penting. "Semua orang ada pandangan sendiri, tetapi akhirnya kita ambil kira pandangan majoriti," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan perlu menunaikan janjinya kepada rakyat sebelum ini dan kenaikkan BR1M membuktikan janji ditepati.

"Pengumuman kerajaan bermakna janji ditepati, sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas lalu," kata Noh yang juga Ppengerusi Perhubungan Umno Selangor kepada The Malaysian Insider. Mengenai pandangan Dr Mahathir, beliau berkata perkara paling utama adalah kerajaan menunaikan janji sebagaimana dibuat sebelum ini. "Tidak mengapa kalau beliau (Dr Mahathir) kritik, tapi janji kita tetap ditunaikan," katanya.

Bagaimanapun, Noh menggesa kaedah pemberian BR1M dikaji supaya ia berkesan selepas diterima mereka yang layak. "Ia sememangnya dapat membantu rakyat meringankan beban tetapi kaedah pemberian perlu dikaji semula, kerajaan mungkin perlu mengkaji semula kaedah dan meneliti supaya pemberian itu berkesan," katanya.

Sementara itu, pemimpin akar umbi Ramli Mohamad Yunos, yang juga setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena berkata pemberian tunai tersebut tidak banyak memberi kesan politik kepada Umno atau meningkatkan ekonomi rakyat walaupun kerajaan berhasrat untuk membantu. "Daripada segi politik tidak banyak kesan, ekonomi rakyat juga tidak membantu," katanya. Ramli berkata, rakyat tidak mempersoalkan pemberian tersebut kerana tidak mengetahui bebanan hutang yang perlu ditanggung kerajaan.

"Rakyat terima walaupun ramai yang tahu kerajaan juga tidak ada duit, hutang tinggi," katanya. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada Julai lalu berkata prestasi kewangan bagi kerajaan persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini dan hutang meningkat melebihi tahap siling.

Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%. Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun ini ialah pada RM560.6 bilion. Mengenai kritikan oleh Dr Mahathir, Ramli berkata bekas perdana menteri tersebut juga membuat pembaziran dengan pembinaan beberapa projek mega lain.

"Saya bukan sokong Tun kerana masa pentadbiran beliau, pembaziran cara lain pula seperti pembinaan KLCC, Litar Sepang dan sebagainya," katanya. Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan kerajaan pada 2012. Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia menerima BR1M yang Najib mulakan 3 tahun lalu sebagai langkah untuk membantu 40% rakyat Malaysia. Baru-baru ini, Najib sekali lagi mengumumkan kenaikkan BR1M 3.0 kepada mereka yang layak menerima bantuan wang tunai tersebut. – 18 September, 2014.

sumber : https://my.news.yahoo.com/

Wednesday, 17 September 2014

Proton 'Iriz' lawan Perodua Axia?

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model terbaharu mereka selang beberapa hari sahaja iaitu pada semalam atau 15 September untuk Axia dan Kereta Kompak Proton (PCC) pada 25 September ini. Tetapi mungkin tidak mengejutkan jika ada yang beranggapan bahawa PCC atau Proton 'Iriz' (nama untuk PCC mengikut tekaan blog automotif) dilancarkan untuk menyaingi Perodua Axia.

PCC seperti yang ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, adalah kereta kompak dalam segmen B dengan kapasiti enjin di antara 1.3 liter dan 1.6 liter. Berbanding dengan Perodua Axia, ia juga merupakan kereta kompak tetapi dalam kategori segmen A dengan enjin 1.0 liter. Oleh itu, agak sukar untuk mengaitkan pelancaran Axia ataupun PCC walaupun dalam bulan yang sama adalah untuk menyaingi antara satu sama lain.

PCC dilahirkan untuk memberi alternatif kepada pasaran segmen B iaitu Perodua Myvi, Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Mitsubishi Mirage, Suzuki Swift dan Peugeot 208. Ketepikan dahulu Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta dan lain-lain kerana PCC dilihat akan 'berentap' dengan Myvi yang merupakan pendahulu pasaran untuk segmen tersebut.

Jualan keseluruhan kenderaan penumpang didominasi oleh Perodua iaitu pengeluar kereta kompak terkenal dengan 196,071 buah bagi tempoh Januari hingga Disember 2013. Proton pula menduduki tempat kedua dengan 138,753 buah pada tempoh yang sama dan sedikit jatuh berbanding 141,120 buah pada tahun 2012.

Faktor ini mungkin menyebabkan Proton perlu melakukan sesuatu supaya mereka boleh terus bernafas dalam industri automotif yang semakin berdaya saing dan ditambah dengan Dasar Automotif Negara 2014 yang mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk kenderaan cekap tenaga (EEV). Tetapi sebenarnya program PCC telah dimulakan pada 2010 dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Dengan kata lain, Proton telah lama mempunyai hasrat untuk menghasilkan kereta kompak memandangkan kereta kompak semakin menjadi pilihan terutamanya bagi pembeli di bandar.

Dengan jangkaan kos sara hidup yang meningkat, pengguna terpaksa berjimat dalam semua segi dan antaranya pemilihan kenderaan yang sesuai dengan dompet mereka. Bagi Perodua, mereka mengutamakan kenderaan 'entry level' iaitu dengan memperkenalkan produk pada harga yang murah dan berpatutan untuk pembelian kereta pertama mengikut piawaian Daihatsu, iaitu rakan baik mereka yang merupakan pengeluar kereta kompak untuk eksport.

Perodua kini mengutamakan penjimatan kos untuk menjadikan produk mereka mampu milik yang dicetuskan daripada kilang terbaharu mereka yang bertaraf dunia melalui penggunaan robot. Manakala Proton, mereka mengutamakan keselamatan dengan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) bantuan brek (BA) hill-hold assist (HHA) dan sistem penyaluran brek (EBD).

Kilang Proton di Tanjung Malim juga menggunakan robot bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti produk. Keseluruhan PCC adalah dibangunkan oleh pereka dan jurutera rakyat tempatan, rakyat Malaysia yang merupakan satu antara 14 buah negara di dunia yang mampu membuat kereta. Dengan kata lain, PCC dibangunkan mengikut cita rasa tempatan yang dilahirkan dengan ciri-ciri reka bentuk dan keselamatan yang setaraf dengan kereta buatan Jepun dan Eropah.

Pada akhirnya, pengguna akan membuat keputusan dalam memilih produk Proton atau Perodua dan faktor harga tidak boleh diketepikan sama sekali.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/
Oleh Fauzi Jaafar

Caj Harga Langganan Pakej Internet di Malaysia Mahal Tetapi Kelajuan Internet Masih Lembap Kalah Dengan Kemboja & Vietnam! Respon Anda?

Analisa dan kajian yang dilakukan oleh ASEAN DNA terhadap kelajuan dan kepantasan Internet di bagi negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan berita gembira apabila kebanyakan negara dilihat sudah mempunyai akses kepada Internet. Berita kurang baiknya adalah….?

Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal. Senator Bam Aquino mahukan ada siasatan dan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan. Bagaimana pula caj harga langganan pakej Internet di Malaysia?
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?
Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.

Kelajuan & kepantasan Internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara.

  • Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan
  • Ada negara kelajuan Internet serdahana, harga tidak munasabah
  • Ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah
  • Ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan
  • Macam-macam pakej harga yang ditawarkan
berita selanjutnya KLIK DISINI

Rakyat Malaysia Tinggal Di Lembah Klang atau Pulau Pinang Berpendapatan RM4,000 – RM20,000 Sebulan Adalah Kelas Pertengahan Sebenar. Setuju?

Rakyat Malaysia Tinggal Di Lembah Klang atau Pulau Pinang Berpendapatan RM4,000 – RM20,000 Sebulan Adalah Kelas Pertengahan Sebenar. Setuju? : Hakikatnya nilai duit rakyat Malaysia dilihat semakin menyusut daripada tahun ke tahun. Apabila dibandingkan dengan kenaikan gaji & pendapatan rakyat Malaysia daripada tahun 1970 dahulu sehinggalah sekarang, pergerakannya….agak perlahan.

Apabila melihat dan mengeluarkan sahaja duit di ATM pada hujung bulan, sebenarnya anda tidak berseorangan sebenarnya, kerana yang setia “mengiringi dan menghimpit di ATM” akan meminta kita melaksanakan tanggungjawab membayar ansuran pinjaman kereta yang membebankan, ansuran pinjaman rumah yang tinggi, membeli barangan keperluan rumah, dan lain-lain lagi perbelanjaan bulanan anda. Akhirnya berapa yang tinggal di tangan anda sekarang pada hujung bulan seterusnya?
Ya…memang benar ada berlaku kenaikan gaji di Malaysia, bukanlah tidak berlaku langsung kenaikan gaji tetapi ahli akademik dan pakar ekonomi masih lagi melihat “Golongan yang berpendapatan serdahana” tidak banyak berubah kehidupannya sejak 10 tahun dahulu.
Semuanya kerana pendapatan dan gaji yang diperolehi tidak lagi mampu menampung dan mengekang nilai inflasi di Malaysia. Realitinya, kehidupan golongan pertengahan dilihat pada 20 tahun dahulu lebih baik berbanding sekarang

Perbandingan Purata Pendapatan Isi Rumah Tahun 1970 – 2012

BERITA SETERUSNYA KLIK SINI 

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Tuesday, 16 September 2014

Tawar pembiayaan RM30j kepada PKS

Kuala Lumpur: SME Bank semalam menandatangani perjanjian Jaminan Portfolio (PG) dengan Credit Guarantee Corporation MalaysiaBhd (CGC) bagi menawarkan pembiayaan RM30 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Di bawah skim pembiayaan itu, portfolio awal akan memanfaatkan kira-kira 200 PKS dalam tempoh setahun akan datang menerusi pembiayaan berjumlah RM100,000 hingga RM500,000.

Kemudahan pembiayaan itu yang bertujuan membantu PKS menyediakan modal kerja yang diperlukan untuk menguruskan aliran tunai perniagaan dan pengembangan perniagaan, dikenakan kadar faedah tetap antara lima dan tujuh peratus setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, skim PG yang pernah memenangi anugerah sejak dilancar pada 2009 itu, terbukti berkesan dalam menangani keperluan pembiayaan PKS selain memperluas jangkauan CGC terhadap PKS.

“Di bawah kebenaran PG untuk pembiayaan, kriteria kelayakan diutamakan, sekali gus memudahkan pengurusan kualiti aset portfolio dan proses yang ditentukan lebih awal itu juga dapat menurunkan kos pembiayaan peminjam kerana kos transaksi PG adalah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Pada masa ini sistem PG CGC menetapkan kebenaran diberi dalam tempoh tiga hari bekerja bagi mempercepat proses kelulusan dan pengagihan oleh bank.

Sementara itu, Pengarah Urusan SME Bank Group, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, kerjasama dengan CGC akan membolehkan SME Bank mempertingkat pengurusan risiko kreditnya menerusi perkongsian risiko, selain memperoleh pandangan menyeluruh mengenai keupayaan pelanggan membayar balik pembiayaan. - BERNAMA

sumber : http://www.hmetro.com.my/

Perodua Axia bukan ganti Viva

Muhyiddin bersama Aminar Rashid (kiri) ketika melancarkan kereta baharu Perodua Axia di Kuala Lumpur, semalam. - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak akan menggantikan pengeluaran Viva dengan Axia secara komersil selagi ada permintaan terhadap model tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Axia berbeza dari Viva kerana ia merupakan model baharu serta dikeluarkan di kilang baharu.

“Tetapi secara teknikal Axia akan menggantikan Viva sekiranya permintaan terhadap model tersebut semakin berkurangan.

“Buat masa ini, kami masih mengeluarkan Viva memandangkan ada permintaan dari pengguna domestik dan juga beberapa negara yang masih mahu mengimport Viva,” katanya.

Sementara itu, Perodua juga optimis sebanyak 30,000 unit Axia akan dijual sehingga hujung tahun ini memandangkan tempahan diterima sehingga semalam 13,500 unit.

“Sejak tempahan dibuka kepada orang ramai pada 15 Ogos lalu kami menerima tempahan 500 hingga 600 unit Axia sehari dan dengan pelancaran ini jumlah tersebut bakal bertambah.

“Situasi ini juga dilihat dapat meningkatkan penguasaan pasaran Perodua dari 28.8 peratus sehingga kini kepada 30 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Menurutnya, daripada 13,500 unit Axia ditempah, 50 peratus daripadanya adalah Varian Standard G bagi transmisi manual dan automatik.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia melalui Dasar Automatif Nasional (DAN) 2014 menjadikan negara sebagai hub Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dapat direalisasikan dengan pelancaran Perodua Axia.

Muhyiddin berkata, pelaburan secara berterusan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dilihat sebagai salah satu pemacu dalam mencapai sasaran tersebut.

“EEV di Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan kepada kenderaan cekap tenaga tetapi merangkumi keseluruhan kitaran hijau automatif dan merubah industri ke arah mampan.

“Model baru Axia akan meletakkan satu penanda aras yang baharu kepada terma kualiti, pengurusan kos serta produktiviti dalam pasaran EEV negara,” katanya pada Majlis Perasmian Perodua Axia di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, harapan rakyat Malaysia untuk melihat jenama Perodua muncul sebagai pemain utama industri dikenali peringkat global.

“Axia menawarkan kereta yang mempunyai reka bentuk ringkas, bergaya serta menggabungkan fungsi secara praktikal, malah mesra alam dan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Saya turut berharap model Axia ini akan di pasarkan ke rantau Asian dalam masa terdekat memandangkan Perodua menghasilkan kereta yang diperlukan oleh pasaran,” katanya.

Didatangkan dengan empat varian Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advanced, Axia boleh didapati dengan lapan warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Moonlight Blue, Cherry Blossom, Lemon Grass Green, Sunflower Yellow and Lava Red pada harga serendah RM24,600 hingga RM42,530.

Perodua turut mengumumkan pertambahan waranti kepada lima tahun bagi dua model iaitu Myvi dan Alza bermula hari ini.

Harga Minyak Dunia 2014 Terus Turun Bawah US$100 Setong. Harga Minyak RON97 Lebih Murah Berbanding VS Harga Minyak Ron95?

Harga Minyak Dunia 2014 Terus Turun Bawah US$100 Setong. Harga Minyak RON97 Lebih Murah Berbanding VS Harga Minyak Ron95? : Semakan Berita Semasa sejak awal bulan September terus menunjukkan harga minyak mentah dunia terus menjunam jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 17 bulan di mana pada ketika ini harga minyak mentah dunia berada di bawah paras US$100 setong dalam dagangan yang terus tidak menentu pada ketika ini. Dan….

Dan di atas sebab ini jugalah kita akan melihat di stesen-stesen minya seluruh Malaysia yang mana apa yang dipanggil subsidi bagi harga minyak RON95 ini menurun untuk bulan September 2014 ini berbanding subsidi minyak RON95 sejumlah RM0.64 sen pada bulan Ogos yang lalu.

Harga Minyak Dunia Turun Lagi

Tetapi setakat ini harga minyak di Malaysia belum ada tanda-tanda penurunan. Mungkin mahu dikaji, dikaji dan terus dikaji oleh kerajaan Malaysia. Mungkin?
Yang hanya turun adalah sumbangan pemberian subsidi bagi harga minyak RON95. dan satu lagi berta turun harga minyak adalah melibatkan harga minyak RON97 daripada RM2.85 seliter menjadi RM2.75 seliter turun sebanyak 10 sen yang mana majoriti yang menggunakan minyak RON97 adalah kelompok elit di Malaysia.
Yang menghairan apabila semakan harga minyak RON97 Vs harga minyak RON95 menunjukkan harga minyak RON97 lebih murah berbanding RON95.

Beza Harga Minyak RON7 Vs RON 95

  • Harga minyak RON95 : RM2.10 + subsidi kerajaan sejumlah RM0.68 sen = Harga sebenar RON95?
  • Harga minyak RON97 : RM2.75 dan inilah harga sebenarnya bagi minyak RON97 yang tidak mendapat kelebihan apa yang dipanggil kerajaan sebagai subsidi.
Persoalannya mengapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding harga minyak RON97 yang dikatakan lebih berkualiti tetapi lebih murah?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Monday, 15 September 2014

Proton keluar senarai harga 'Iriz'

Dr. Mahathir Mohamad turut memandu uji PCC 'Iriz' di kompleks beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur, semalam. - PAULTAN.ORG

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Proton Holdings Bhd. (Proton) telah mengeluarkan harga untuk model terbaharunya, Kereta Kompak Proton (PCC) `Iriz' yang bakal dilancarkan pada 25 September ini setelah tempahan bermula pada minggu lalu.

Senarai harga tersebut merangkumi harga atas jualan untuk Semenanjung, Malaysia Timur, Labuan dan Langkawi untuk lapan varian.

Harga yang terendah adalah untuk model 1.3L Standard MT (Transmisi Manual) untuk warna solid yang dijual pada harga RM42,438 sebuah dan untuk varian yang paling mahal ialah 1.6L Premium CVT Metalik pada harga RM62,888 sebuah untuk Semenanjung.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memandu PCC 'Iriz' pada waktu pagi bersama pegawai-pegawai Proton untuk bersarapan di Pavilion.

Gambar beliau memandu model terbaharu Proton itu telah dirakam dan disiarkan dalam blog.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/

Proton Iriz “Saya Berpuas Hati”. Harga Serendah RM42,438 Hingga RM62,888!

Review Tun Mahathir di Pavilion. “Saya Berpuas Hati”. Harga Serendah RM42,438 Hingga RM62,888 : Kali ini Proton Iriz jelas terpampang di depan mata umum, tiada bungkusan tiada selindung lagi.

Semuanya didedahkan & disajikan kepada rakyat Malaysia buat pertama kali di atas jalan raya.  Dan Tun Mahathir tidak melepaskan peluang menikmati hasil kejuteraan jurutera dan kakitangan Proton Malaysia bagi model kereta Proton Iriz ini yang mana Tun Mahathir meninggalkan kereta Porshe miliknya dan memandu sendiri kereta proton Iriz 2014 baru.

Dan kelihatan Mahathir “parking” kereta Proton iriz di depan kedai untuk sarapan di kedai roti miliknya “The Loaf” di Pavillion bersam-sama pegawai proton yang lain. Berbanding teaser, pandangan live di hadapan kereta proton Iriz jauh berbeza,  nampak cantik rekebantuk dan padanan warna kereta proton Iriz ini. Sekali pandang ada iras-iras dan dilihat mendapat sedikit sentuhan Honda Brio dan Kia Rio.

Model kompak Proton terbaru, Proton Iriz sudah pun mula untuk dibuka tempahannya di semua cawangan Proton Malaysia apabila harga harga Proton iriz 2014 baru ini dijual pada harga di atas jalan (On The Road OTR) bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.

Varian Harga Proton Iriz 2014 baru 1.3 liter

Harga Proton iriz 2014 baru (1.3 liter) dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.

Varian Harga Proton Iriz 2014 baru 1.3 liter

Bagi model Harga Proton iriz 2014 baru 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.

Proton Iriz 2014 : Pilihan Warna?

 

SELANJUT NYA KLIK SINI

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Sunday, 14 September 2014

Hutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan : Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara pernah mencadangkan (DI SINI) hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai begitu sekali? Terbaru….

Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir pula mengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai “anaknya” yang mana mahu mengharapkan anaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.

Sebelum ini, Mahathir telah bertindak drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

AirAsia tawar tiket 51 sen sempena Hari Malaysia

SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd menawarkan harga promosi istimewa serendah 51 sen ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih sempena Hari Malaysia 16 September.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia memaklumkan laluan penerbangan domestik bagi Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Terengganu, Miri dan Tawau manakala laluan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Phuket, Krabi, Bangkok, Phnom Penh dan Ho Chi Minh.

Tempoh tempahan promosi tiket sehala adalah dari 15 September hingga 21 September dengan tempoh perjalanan segera bermula dari 16 September hingga 31 Mac 2015.

Kadar tambang itu tidak termasuk cukai dan caj yang berkenaan,

Sementara itu, AirAsia Berhad turut memberi potongan harga tiket sehingga 50 peratus bagi penerbangan AirAsia X melalui promosi 'Fly More For Less' untuk tempat duduk ekonomi di semua destinasi AirAsia X termasuk Australia, China, Taiwan, Sri Lanka dan Nepal.

Promosi 'Fly More For Less' itu akan bermula 15 September hingga 21 September bagi perjalanan dari 15 September hingga 30 November ini. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju?

Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju : Berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan terhadap cukai GST pada pertengahan tahun 2014, petrol dan diesel tidak berada dalam Senarai Pembekalan Berkadar Sifar & Senarai Pembekalan Dikecualikan yang mana dilihat tiada pengecualian untuk caj cukai GST. Walaubagaimanapun….

Walaubagaiamnapun, pada masa itu pihak Jabatan Kastam dan Eksais belum mengeluarkan kenyataan mengesahkannya walaupun sudah tertera jelas pada dokumen tersebut, petrol dan diesel dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Tiada. Ini sudah pasti merisaukan jutaan rakyat marhaen yang sekali lagi berhadapan dengan situasi di mana mereka terhadap ubah gaya hidup dan lanskap perbelanjaan harian dan bulanan mereka dek kerana kenaikan dan peningkatan kos perbelanjaan minyak mereka kelak.

Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)?

Anda boleh semak satu persatu Dokumen Senarai Pembekalan Dikecualikan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan kastam seperti di bawah ini :


sumber : http://www.beritasemasa.com.my/