Harga Minyak Dunia 2014 Terus Turun Bawah US$100 Setong. Harga Minyak
RON97 Lebih Murah Berbanding VS Harga Minyak Ron95? : Semakan Berita
Semasa sejak awal bulan September terus menunjukkan harga minyak mentah
dunia terus menjunam jatuh kepada paras
terendah dalam tempoh 17 bulan di mana pada ketika ini harga minyak
mentah dunia berada di bawah paras US$100 setong dalam dagangan yang
terus tidak menentu pada ketika ini. Dan….
Dan di atas sebab ini jugalah kita akan
melihat di stesen-stesen minya seluruh Malaysia yang mana apa yang
dipanggil subsidi bagi harga minyak RON95 ini menurun untuk bulan
September 2014 ini berbanding subsidi minyak RON95 sejumlah RM0.64 sen
pada bulan Ogos yang lalu.
Harga Minyak Dunia Turun Lagi
Tetapi setakat ini harga minyak di
Malaysia belum ada tanda-tanda penurunan. Mungkin mahu dikaji, dikaji
dan terus dikaji oleh kerajaan Malaysia. Mungkin?
Yang hanya turun adalah sumbangan
pemberian subsidi bagi harga minyak RON95. dan satu lagi berta turun
harga minyak adalah melibatkan harga minyak RON97 daripada RM2.85
seliter menjadi RM2.75 seliter turun sebanyak 10 sen yang mana majoriti
yang menggunakan minyak RON97 adalah kelompok elit di Malaysia.
Yang menghairan apabila semakan harga
minyak RON97 Vs harga minyak RON95 menunjukkan harga minyak RON97 lebih
murah berbanding RON95.
Beza Harga Minyak RON7 Vs RON 95
- Harga minyak RON95 : RM2.10 + subsidi kerajaan sejumlah RM0.68 sen = Harga sebenar RON95?
- Harga minyak RON97 : RM2.75 dan inilah harga sebenarnya bagi minyak RON97 yang tidak mendapat kelebihan apa yang dipanggil kerajaan sebagai subsidi.
Persoalannya mengapa harga minyak RON95
lebih mahal berbanding harga minyak RON97 yang dikatakan lebih
berkualiti tetapi lebih murah?
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment