Analisa dan kajian yang dilakukan oleh ASEAN DNA terhadap kelajuan dan
kepantasan Internet di bagi negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan
satu perkembangan yang sihat dan berita gembira apabila kebanyakan
negara dilihat sudah mempunyai akses kepada Internet. Berita kurang
baiknya adalah….?
Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah
tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera
melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama
harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal. Senator Bam
Aquino mahukan ada siasatan dan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna
dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di
negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang
berpatutan. Bagaimana pula caj harga langganan pakej Internet di
Malaysia?
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?
Nampaknya penyedia Internet terus
mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri
mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan
pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak
tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di
Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang
mereka nikmati.
Kelajuan & kepantasan Internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara.
- Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan
- Ada negara kelajuan Internet serdahana, harga tidak munasabah
- Ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah
- Ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan
- Macam-macam pakej harga yang ditawarkan
berita selanjutnya KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment