Saturday, 1 April 2017
Friday, 31 March 2017
Senarai 10 "Skim Cepat Kaya" Yang Sedang Ligat Beroperasi Setakat Januari 2017
Boleh dikatakan tak ada jalan mudah untuk
mendapatkan wang banyak dalam sekelip mata, semua benda kalau kita nak dapatkan
kena berusaha keras, apatah lagi wang. Tapi, ada satu cara yang boleh dapat
duit dengan mudah dan stabil iaitu dengan melibatkan diri dalam pelaburan, itu
pun ada musim naik turun bergantung kepada ekonomi.
Pokoknya,
ia masih memerlukan usaha keras, takkan wujud dengan cara "goyang kaki,
duit masuk". Banyak skim-skim cepat kaya yang mengamalkan cara cara ini,
dan kesemuanya tidak diiktiraf oleh Bank
Negara Malaysia.
Thursday, 30 March 2017
Sindiket penipuan forex RM80j tumpas
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman
menahan enam individu yang mendalangi aktiviti penipuan skim pelaburan
pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM80
juta.
Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun
itu ditahan menerusi Operasi Nuri 3/17 dalam serbuan di beberapa lokasi
berasingan di Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor, semalam. Pengarah JSJK Bukit
Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima 408 laporan
polis berkenaan skim pelaburan berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat
dikenali sebagai Syarikat VenusFX.
Wednesday, 29 March 2017
Yang miskin tiada tempat di P. Pinang?
SEBAHAGIAN peniaga kecil berkumpul bagi membantah
keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menutup pasar Jalan Kuala Kangsar dan
memindahkan kumpulan peniaga tersebut ke Pasar Chowrasta di Georgetown, Pulau
Pinang pada 16 Mac lalu. UTUSAN
ADA benarnya dakwaan golongan miskin bandar di Pulau Pinang semakin bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika tidak ketara ketika ini sekali pun, lambat-laun negeri ini khususnya di bahagian pulau hanya akan didiami golongan kaya semata-mata.
Anggaran perbelanjaan PRU14 RM450 juta
KUALA LUMPUR - Anggaran kos perbelanjaan PRU14 dijangka mencecah RM450
juta bergantung kepada tahun pilihan raya itu diadakan.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, angka itu
juga boleh berubah sekiranya PRU14 berlangsung tahun ini atau 2018.
Beliau
berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di
peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat, hari ini.
Tuesday, 28 March 2017
Kes tipu umrah libat kerugian lebih RM10j
KUALA LUMPUR - Sebanyak 266 kes penipuan pakej umrah dan haji dilaporkan
dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM10 juta sejak 2012 hingga Februari
tahun ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Timbalan
Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, daripada jumlah tersebut, 95 kes
melibatkan agensi pelancongan dan nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah
RM508,500 di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
Monday, 27 March 2017
Inflasi meningkat: Hapus GST, kembalikan subsidi
Faiz Fadzil
SHAH
ALAM - Pemuda Amanah menggesa kerajaan untuk menghapuskan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) serta mengembalikan semula subsidi minyak sebagai langkah
membantu rakyat dalam menghadapi kadar inflasi negara yang begitu
membimbangkan.
Timbalan
Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, anak muda dan golongan B40 adalah golongan yang
paling terkesan dengan peningkatan inflasi ini.
Sunday, 26 March 2017
Inflasi naik: Pendapatan rendah paling terjejas
Rafizi Ramli
SHAH
ALAM – Kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus bagi Februari 2017 akan membawa
kesan paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah.
Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, lebih-lebih lagi apabila kenaikan mendadak
ini disebabkan tiga kumpulan perbelanjaan utama iaitu pengangkutan, makanan dan
minuman tidak beralkohol dan perumahan (sewa, elektrik, air, gas dan
lain-lain).