Tuesday, 28 January 2014

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik RM1200 VS Laporan Bank Dunia? Setuju Naik?

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Berita Semasa membuat semakan terhadap laporan Bank Dunia kepada Kerajaan Malaysia yang bertajuk “Optimal Design for a Minimum Wage Policy in Malaysia” yang mengatakan kesan dasar gaji minimum samada sejumlah RM900 (KLIK SINI UNTUK BACA) atau RM1,200 sekalipun dalam keadaan kos sara hidup di Malaysia di kebanyakan sektor dan industri hari ini adalah minimal. Mengapa?

Kata Bank Dunia…pelaksanaan gaji minimum hanya memberikan impak yang kecil kepada keputusan pelabur untuk melabur di Malaysia kerana kos buruh sebenarnya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada jumlah kos pelaburan mereka.
Apa yang baiknya gaji minimum ini? Siapa kata? Bank Dunia yang kata berdasarkan kajian mereka :
  1. Apa yang pelabur ambil kira sebenarnya dalam membuat keputusan untuk melabur? Pertama, infrastruktur dan keduanya kawal selia persekitaran yang merupakan elemen pemacu utama FDI. Bukti anda (semak di halaman 13)
  2. Dapat mengurangkan daya tarikan majikan untuk mengambil pekerja asing yang tidak mahir. Apabila dasar gaji minimum dilaksanakan, permintaan terhadap pekerja asing akan mula berkurangan terutamanya apabila paras kenaikan gaji minimum pekerja swasta sudah mula mencecah RM900. (Rujukan di halaman 69)
  3. Akhirnya syarikat akan mula menggantikan dengan pekerja tempatan yang serdahana mahir apabila melihatkan jurang gaji rendah (pekerja asing) VS gaji serdahana (pekerja tempatan) mula mengecil yang terpaksa tunduk dengan pelaksanaan undang-undang gaji minimum. (Rujuk muka surat 72)

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Saranan & Tuntutan MTUC

Gaji Minimum Malaysia
  • Menuntut kerajaan Malaysia memberikan Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik kepada paras daripada RM900 kepada RM 1,200 bagi membantu golongan pekerja swasta berhadapan kos kenaikan sara hidup yang semakin tinggi
  • Jumlah RM900 gaji minimum ditambah elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan perlu diberi kepada pekerja swasta dan kerajaan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat
  • Majikan perlu merancang untuk memberikan elaun lain kepada pekerja seperti elaun makanan supaya kebajikan mereka terjamin
  • menggesa gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak
Kebaikan Gaji MinimumSebenarnya kita sering ditakut-takutkan dan dimomok jikalau gaji minimum dinaikkan pastinya akan beri kesan besar yang buruk kepada ekonomi Malaysia, pelabur akan mula lari, harga barang akan dinaikkan.
Sebenarnya kesan simulasi ke atas ekonomi Malaysia secara keseluruhan apabila berlakunya kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik RM1,200 sekalipun yang dilaksanakan di pelbagai peringkat (Rujuk Halaman 97) dan juga pelbagai sektor (semak Halaman 100) adalah hampir sifar dan dasar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta contohnya membantu mengurangkan kebergantungan pekerja asing kurang mahir yang berjumlah jutaan orang di Malaysia sekarang ini yang tidak menyumbang kepada pendapatan cukai Malaysia, budaya buruk yang dibawa mereka ke Malaysia, menggunakan subsidi pembayar cukai tanpa kawalan..
Rujuk SINI : Gaji Pekerja Tempatan VS Pekerj Asing Mesti Sama?
P/S : Cuma harapan Berita Semasa supaya, samada di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak janganlah dibeza-beza kadar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik mengikut negeri. Apakah mereka bukan rakyat Malaysia? Apa pula respon anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-minimum-kakitangan-swasta-naik

Monday, 27 January 2014

Kenaikan Harga Barang (Rakyat Malaysia), Bebanan Kos (Petronas + TNB) = IPP Untung Bilion Ringgit?

Kalau nak dikatakan kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.
Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi “hamba” kepada kalangan taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay (kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana elektrik.

Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Harga Minyak, Elektrik, Tol?

Perjanjian IPP MalaysiaSebenarnya harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga berat sebelah.
Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?
Soalnya sekarang, rakyat Malaysia bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu, mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya kepada rakyat? Mengapa?

Pendapatan Kerajaan Malaysia Meningkat VS Perbelanjaan Defisit?

Masalahnya di Malaysia adalah perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain. Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, tarif elektrik?
Ada yang mengatakan perlu dikurangkan atau dihapuskan subsidi kepada seeua rakyat malaysia. Setuju? Pendapat Berita Semasa, di negara maju seperti Jerman, negara Eropah yang lain semuanya ada subsidi. Janganlah ditarikbalik subsidi rakyat. Mengapa Berita Semasa katakan begitu? Teorinya subsidi yang diberikan kepada rakyat, datangnya daripada rakyat juga. Mengapa mahu ditarikbalik?
Di Malaysia ini keadaan ekonomi banyak dipengaruhi dasar kerajaan, dan kerajaan banyak terlibat dalam perniagaan yang boleh mempengaruhi harga. Contohnya tarif elektrik yang mana setiap kali kenaikan tarif elektrik akan memberikan kesan rantaian yang cukup besar termasuklah termasuklah kepada industri.

IPP Malakoff

Pemilik IPP Malaysia Kaya-Raya : TNB & Petronas Budak Suruhan?

Masalah yang dialami oleh Petronas terutamanya adalah apabila kerajaan menandatangi perjanjian di antara penjana bebas dengan TNB yang menyatakan IPP tidak perlu menanggung kos bahan api (fule pass through mechanism) dan dalam pada masa yang sama perjanjian tersebut menyatakan juga bayaran yang wajib dibayar oleh TNB (mewakili rakyat Malaysia) kepada penjana bebas tidak kira operasi penjanaan elektrik berjalan atau tidak. Ini adalah satu bentuk jaminan yang cukup tinggi bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit. Dan setiap kali berlaku turun naik harga bahan api di pasaran, yang menanggung rakyat melalui TNB dan Petronas.
Ada kajian seorang profesor di Universiti Stanford mengatakan kadar pulangan keuntungan IPP generasi pertama adalah antara tertinggi di dunia
Itu sebablah Petronas mengatakan, sampai bila rakyat melalui Petronas perlu menanggung kos IPP ini sehingga 60%-70% untuk IPP? Mengapa tidak IPP yang menanggung kos bahan api tersebut? Mengapa taikun-taikun kaya IPP ini diberikan kesitimewaan sebegitu rupa? Akhirnya apabila TNB dan Petronas tidak mahu bayar, siapa yang bayar? Akhirnya, Andalah (rakyat Malaysia) melalui kenaikan tarif elektrik sekarang ini.
Sepatutnya, jikalau kerajaan telus dan adil kepada rakyat di mana mahu elektrik ini diswastakan atas tuduhan dahulu TNB tidak cekap dan diwujudkan beberapa IPP, swastakan betul-betul. Maknanya untung kamu swastakan dan rugi juga kamu swastakan. Itu baru konsep swasta yang sbeenarnya. Malangnya perjanjian IPP ini cukup berat sebelah yang menganiayai rakyat Malaysia. Apa respon balas anda pula?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-barang-petronas-tnb-ipp

Sunday, 26 January 2014

Semakan BR1M 3.0 2014 Online : Keputusan Status Permohonan BR1M 2014 Februari 2014

 

Semakan BR1M 3.0 2014 Online : Daftar borang Br1M 3.0 sudah, kemaskini borang Br1M 2014 pun sudah (SEPERTI DI SINI) akhirnya dijangka pada awal bulan Februari 2014 semakan BR1M 3.02014 online (keputusan status permohonan BR1M 2014) akan boleh mula anda semua lakukan, samada berjaya atau tidak
semakan br1m 3.0
Setakat ini, terdapat beberapa cara untuk membuat semakan  Semakan BR1M 2014 Online. Antaranya ialah :

Cara Semakan BR1M 3.0 Online 2014?

  • 1) Talian Hotline BR1M 3.0 2014 : Hubungi talian BR1M 2014 di nombor 1-800-88-2716 (jam 9 pagi – petang, ISNIN – JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.)
  • 2) Emel BR1M 3.0 2014 : Anda juga boleh semak keputusan Br1M 2014 menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014. Maklumkan nama penuh & nombor kad pengenalan anda di mana setiap emel yang dihantar anda akan dibalas antara 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014

  • Berdasarkan maklumat akaun bank yang telah anda kongsikan, pembayaran Br1M 3.0 2014 apada kali ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Lebih mudah bukan?
Diharapkan juga, dengan bantuan BR1M 3.0 kelak dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan perbelanjaan anda di awal tahun ini. Apa kata anda pula?

PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 61%). KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014?



Kelihatan sekarang kenaikan tol 2014 tidak boleh dielakkan lagi melihatkan signal dan respon positif yang diberikan oleh Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (SEPERTI DI SINI) bagi menghalalkan kenaikan tol 2014 selepas ini. Walaubagaimanapun….
Cakap-cakap yang mengatakan kenaikan tol 2014 dibuat atas nama perjanjian yang membolehkan kenaikan tol di Malaysia dilakukan semakan 3 tahun sekali bagi Berita Semasa adalah satu yang mengelirukan. Hakikatnya, hari ini projek pembukaan lebuhraya baru di Malaysia boleh diibaratkan sebagai satu lagi model “skim cepat kaya versi taikun-taikun kaya di Malaysia“. Inilah dia lubuk pemegang konsesi tol buat duit banyak ke atas pengguna kenderaan yang tiada pilihan alternatif yang terbaik termasuk pengangkutan awam.

Kenaikan Tol 2014 : Wajar Atau Tidak?

Bagi pendapat Berita Semasa kenaikan tol 2014 adalah tidak wajar dan tidak masuk akal. Mengapa?
  1. Majoriti daripada pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia telah dikuasai oleh kerajaan (anak-anak Syarikat milik kerajaan). Malah syarikat konsesi lebuhraya ini juga mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan untuk tujuan operasi. Oleh itu, kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol. Hakikatnya, apa pilihan kerajaan sekarang?
  2. Rekod kewangan syarikat konsesi tol selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda.
  3. Setiap kali berlaku kenaikan tol di Malaysia, syarikat konsesi akan dilimpahi lonjakan pendapatan, sedangkan rakyat Malaysia terus “terkorban”
Wahid Kenaikan Tol 2014Cuma Berita Semasa agak terkejut dengan respon daripada seorang Menteri Ekonomi yang tidak perlu bertanding (Senator) iaitu Wahid Omar? Please do not comment like this wahai menteri.
Tetapi, melihatkan Wahid Omar pernah menikmati pendapatan bernilai RM jutaan ringgit setiap bulan sepanjang menjadi CEO Maybank sebelum ini, tiada yang mustahil untuk keluar kenyataan sebegitu rupa. Walaubagaimanapun nasihat Berita Semasa, sekali anda sudah bergelar salah seorang daripada Mneteri Kabinet di Malaysia, anda mesti memperjuangkan dan bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat. Komen-komen kalau tidak suka, ________________ kalau tak suka ______________________________ seperti ini yang telah memisahkan barisan Menteri & kerajaan dengan realiti kehiduapan rakyat marhaen hari ini.

Kenaikan Tol 2014 VS Keputusan Kewangan Konsesi Tol di Malaysia

Berdasarkan laporan kewangan tahunan PLUS menunjukkan :
1) PLUS
  • Dimiliki Khazanah & KWSP
  • Menguruskan 6 lebuhraya di Malaysia iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Elite, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang
  • Dilalui oleh 417 Juta kenderaan setahun (Tiap-tiap tahun berlaku peningkatan sekurang-kurangnya 8%). Bertambah kenderaan untung kepada PLUS atau tidak? Kami pulangkan jawapan ini kepada anda…
  • Jumlah Setahun Kutipan Tol : RM4.1 Bilion Setahun
  • Kos Penyelengaraan 6 Lebuhraya : Hanya RM241 Juta Setahun (6% sahaja daripada nilai kutipan tol)
  • Kos Gaji, Pentadbiran, Pengiklanan & Lain-lain Lagi : RM397 Juta Setahun
  • Kos Bersih Pembiayaan Kewangan : RM507 Juta (Dan nilai ini akan menurun setiap tahun)
  • Anggaran Keuntungan Tunai : RM2.955 Bilion
  • Anggaran Keuntungan Tunai Bersih : RM2.5 Bilion (Sebelum Cukai)
  • Margin Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : 61%
Jika anda semua semak keuntungan bersih sebelum cukai yang dimiliki PLUS, agak mengejutkan di mana margin keuntungan bersih PLUS setinggi 61%. Mana ada perniagaan di Malaysia yang mana margin keuntungan bersihnya sejumlah 61%. Nah….PLUS telah membuktikannya di atas pengorbanan rakyat Malaysia selama ini. Tahniah!!
Jadi Berita Semasa pulangkan kepada anda, berfikir samada logik atau tidak sebarang kenaikan tol 2014 selepas ini
2) KESAS
Berita Semasa merujuk kepada laporan terkini Maybank Investment Bank Research (6 November 2013) yang menganalisasi prestasi kewangan KESAS
  • Dimiliki GAMUDA
  • Berjaya mencatat keuntungan berganda sehingga 121%
  • Maksudnya di sini berdasarkan konsep Compound Annual Growth Rate (CAGR) antara tahun 2008 sehingga 2012, setiap tahun keuntungan yang diperolehi KESAS mencatatkan keuntungan 121%
  • KESAS mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 5% setiap tahun (490,000 ribu setiap minggu)
Bertambah kenderaan untung kepada pemegang konsesi atau tidak? Berita Semasa pulangkan jawapan ini kepada anda…
Kenaikan Tol SPRINT 2014
3) LITRAK
Berdasarkan laporan kewangan terkini bagi tahun 2013
  • Dimiliki Gamuda
  • Menguruskan lebuhraya SPRINT & LDP
  • LDP mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 3.3% setiap tahun (490,000 ribu setiap minggu)
  • SPRINT mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 4.4% setiap tahun
  • Perolehan kutipan tol : RM369 Juta
  • Jumlah Kos Penyelenggaraan Lebuhraya : RM21 Juta (6%)
  • Kos Gaji, Pentadbiran & lain-lain : RM29 Juta
  • Kos Bersih Pembiayaan Kewangan : RM79 Juta
  • Keuntungan Secara Tunai Tanpa Caj Susut Nilai & lain-lain : RM240 Juta
  • Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : RM180 Juta
  • Margin Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : 49%
Semacam sudah menjadi standard dalam industri skim cepat kaya seperti konsesi tol ini, hanya 6% pergi untuk kos penyelenggaraan lebuhraya
4) PROLINTAS
  • Prolintas – Hakmilik Penuh PNB
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway, Lebuhraya Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang dan Lebuhraya Damansara – Shah Alam
Mari kita lihat pula angka yang lebih besar, Maju Expressway
  • Pada kadar 78,962 kenderaan sehari, bersamaan 8% yang mana melebihi daripada apa yang termaktub dalam perjanjian konsesi selama ini
  • Sejarah Maju Expressway modal permulaannya hanya RM60 juta sahaja
  • Tetapi Lebuhraya Maju Expressway mendapat geran kewangan kerajaan berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuhraya tersebut. Untungnya……..
Lain-Lain Contoh Mengenai Angka Lebuhraya di Malaysia : KLIK SINI

Kenaikan TOL 2014 Naik : Kerajaan VS Syarikat Konsesi VS Rakyat

Tol Naik 2014Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa walaupun tidak berlaku kenaikan tol 2014 sekalipun, keuntungan konsesi tol tetap akan terus meningkat berdasarkan faktor jumlah kenderaan meningkat saban tahun.
Untung bertambah dikalangan pemegang konsesi, jumlah pengguna lebuhraya bertambah malangnya tahap kemudahan lebuhraya yang disediakan masih lagi ditahap yang kurang memuaskan dan tidak menjadi lebih baik kepada pengguna
Sebenarnya, Kerajaan ada kuasa dan pengaruh untuk sama-sama duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi selama ini. Lagipun, kebanyakan konsesi tol ada klausa yang menyatakan kerajaan menjamin keuntungan, makna skim cepat kaya bisnes konsesi RISK FREE!!
Inilah waktu dan ketika kerajaan membuktikan slogan yang dilaungkan selama ini, Rakyat Didahulukan, pencapaian Diutamakan bagi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat bukan hanya kata-kata pemanis mulut sahaja. Buktikan!! Apa respon anda pula melihatkan kewajaran kenaiikan tol 2014 tidak lama lagi?
P/S : 10 bulan yang lalu, Berita Semasa pernah memuatkan laporan berita penuh (ANDA KLIK DI SINI), yang mana harga minyak, tarif elektrik dan juga kenaikan tol akan berlaku. Nah…hari ini ia sudah menjadi realiti.