Tuesday 28 January 2014

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik RM1200 VS Laporan Bank Dunia? Setuju Naik?

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Berita Semasa membuat semakan terhadap laporan Bank Dunia kepada Kerajaan Malaysia yang bertajuk “Optimal Design for a Minimum Wage Policy in Malaysia” yang mengatakan kesan dasar gaji minimum samada sejumlah RM900 (KLIK SINI UNTUK BACA) atau RM1,200 sekalipun dalam keadaan kos sara hidup di Malaysia di kebanyakan sektor dan industri hari ini adalah minimal. Mengapa?

Kata Bank Dunia…pelaksanaan gaji minimum hanya memberikan impak yang kecil kepada keputusan pelabur untuk melabur di Malaysia kerana kos buruh sebenarnya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada jumlah kos pelaburan mereka.
Apa yang baiknya gaji minimum ini? Siapa kata? Bank Dunia yang kata berdasarkan kajian mereka :
  1. Apa yang pelabur ambil kira sebenarnya dalam membuat keputusan untuk melabur? Pertama, infrastruktur dan keduanya kawal selia persekitaran yang merupakan elemen pemacu utama FDI. Bukti anda (semak di halaman 13)
  2. Dapat mengurangkan daya tarikan majikan untuk mengambil pekerja asing yang tidak mahir. Apabila dasar gaji minimum dilaksanakan, permintaan terhadap pekerja asing akan mula berkurangan terutamanya apabila paras kenaikan gaji minimum pekerja swasta sudah mula mencecah RM900. (Rujukan di halaman 69)
  3. Akhirnya syarikat akan mula menggantikan dengan pekerja tempatan yang serdahana mahir apabila melihatkan jurang gaji rendah (pekerja asing) VS gaji serdahana (pekerja tempatan) mula mengecil yang terpaksa tunduk dengan pelaksanaan undang-undang gaji minimum. (Rujuk muka surat 72)

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Saranan & Tuntutan MTUC

Gaji Minimum Malaysia
  • Menuntut kerajaan Malaysia memberikan Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik kepada paras daripada RM900 kepada RM 1,200 bagi membantu golongan pekerja swasta berhadapan kos kenaikan sara hidup yang semakin tinggi
  • Jumlah RM900 gaji minimum ditambah elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan perlu diberi kepada pekerja swasta dan kerajaan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat
  • Majikan perlu merancang untuk memberikan elaun lain kepada pekerja seperti elaun makanan supaya kebajikan mereka terjamin
  • menggesa gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak
Kebaikan Gaji MinimumSebenarnya kita sering ditakut-takutkan dan dimomok jikalau gaji minimum dinaikkan pastinya akan beri kesan besar yang buruk kepada ekonomi Malaysia, pelabur akan mula lari, harga barang akan dinaikkan.
Sebenarnya kesan simulasi ke atas ekonomi Malaysia secara keseluruhan apabila berlakunya kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik RM1,200 sekalipun yang dilaksanakan di pelbagai peringkat (Rujuk Halaman 97) dan juga pelbagai sektor (semak Halaman 100) adalah hampir sifar dan dasar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta contohnya membantu mengurangkan kebergantungan pekerja asing kurang mahir yang berjumlah jutaan orang di Malaysia sekarang ini yang tidak menyumbang kepada pendapatan cukai Malaysia, budaya buruk yang dibawa mereka ke Malaysia, menggunakan subsidi pembayar cukai tanpa kawalan..
Rujuk SINI : Gaji Pekerja Tempatan VS Pekerj Asing Mesti Sama?
P/S : Cuma harapan Berita Semasa supaya, samada di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak janganlah dibeza-beza kadar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik mengikut negeri. Apakah mereka bukan rakyat Malaysia? Apa pula respon anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-minimum-kakitangan-swasta-naik

No comments: