Dividen Tabung Haji 2013
: Berita Semasa perhatikan satu demi satu penyimpan ASB telah
memindahkan wangnya ke akaun Tabung Haji atas alasan-alasan tersendiri
berdasarkan kajian. pelan dan pandangan maasing-masing. Dan…
Dan…hari ini akhirnya Lembaga Tabung Haji (TH) umumkan dividen Tabung
Haji 2013 6% dan tambahan bonus tabung haji 2% bagi tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2013.
- Pendapatan tabung haji 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34% berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
- Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
- Tabung Haji 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
- Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980
Pengiraan Dividen Tabung Haji 2013 & Pendeposit :
Dividen Tabung Haji 2013 /2014 (6.0%)(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 6.0%
*Bonus Haji (2.0%)
- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980). (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 2.0%
- Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980) -> RM9,980 x 2.0%
- *Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit Tabung Haji (TH) yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).
Sejarah Dividen Tabung Haji + Bonus 1994-2013
- 1994 : Dividen Tabung Haji 9.5%
- 1995 : 9.5%
- 1996 : 9.5%
- 1997 : 9.5%
- 1998 : 8.0%
- 1999 : 8.0%
- 2000 : 5.5%
- 2001 : 3.25%
- 2002 : 3.5%
- 2003 : 4.0%
- 2004 : 4.3%
- 2005 : 4.5%
- 2006 : 4.75%
- 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
- 2008 : 5.0%
- 2009 : 5.0%
- 2010 : 5.5%
- 2011 : 6.0%
- Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
- Dividen Tabung haji 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus (Terkini)
P/S : Walaubagaimanapun dividen Tabung
Haji kali ini masih belum mampu menandingi pembahagian dividen Tabung
Haji sekitar tahun 90an. Dahulu lebih tinggi daripada sekarang.
PP/S : Jadi, apa kata penyimpan dan pendeposit semua dengan berita dividen Tabung haji 2013 kali ini?
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/dividen-tabung-haji-2013-bonus
1 comment:
haacaao509
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
Post a Comment