Thursday 6 February 2014

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik Tidak Berlaku. Kerajaan Bayar Pampasan RM400 Juta!

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik : Boleh dikatakan berita gembira buat seketika bagi rakyat Malaysia ketika ini apabila kenaikan tol lebuhraya 2014 naik tidak akan berlaku pada tahun ini. Macam-macam spekulasi yang timbul. Ada yang mengatakan…..

Kenaikan tol lebuhraya 2014 naik ini diumumkan tidak berlaku oleh Tan Sri Muhyiddin adalah dek kerana menjelangnya Pilihan Raya Kecil Dun Kajang (SEPERTI DI SINI) tidak lama lagi yang menurunkan “calon heavywight”, Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa sendiri keputusan kerajaan tidak meluluskan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik ini adalah disebabkan iltizam dan tekad seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah anda daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat ataupun Bebas yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik kali ini apatalah lagi melihatkan dengan deretan kenaikan kos sara hidup yang menimpa rakyat Malaysia tahun ini.

Mengapa Rakyat Tolak Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik?

Ini kerana kenaikan tol lebuhraya 2014 naik tidak sepatutnya berlaku kerana 3 faktor :
  • Pemegang konsesi tol lebuhraya telah mengaut margin keuntungan yang cukup tinggi sepanjang menguruskan lebuhraya-lebuhraya di Malaysia (BUKTI DI SINI & KLIK SINI)
  • Tiada istilah pemegang konsesi tol akan rugi, kerana kerugian mereka sedia ditanggung kerajaan (CONTOH DI SINI)
  • Kenaikan tol bakal menyebabkan kesan rantaian yang cukup besar kepada rakyat Malaysia tahun ini selepas siri kenaikan tarif elektrik dan minyak sebelum ini
Atas nama mahu memuaskan hati rakyat Malaysia dan dalam pada masa yang sama kerajaan & pemegang konsesi berdiri di atas satu perjanjian yang cukup menganiayai rakyat Malaysia, walaupun tiada diumumkan kenaikan tol lebuhraya 2014 naik, kerajaan tetap perlu membelanjakan duit anda semua (rakyat Malaysia) sejumlah RM400 juta bagi membolehkan pemegang konsesi yang kaya-raya mendiamkan diri buat seketika bagi terus menuntut kerajaan menaikkan tol lebuhraya di Malaysia.

Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik @ Tidak : Pemegang Konsesi Tetap Untung

  • Kenaikan Kadar Tol Naik : Pembayar tol (rakyat) rugi, konsesi tol untung
  • Kenaikan Kadar Tol Naik tidak berlaku : Kerajaan perlu bayar pampasan : Semua rakyat rugi & kehilangan dana sekitar RM400 juta, konsesi tol untung
  • Kenaikan Kadar Tol Naik, kerajaan tidak mahu bayar pampasan? Konsesi tol bakal saman kerajaan atas nama penjanjian antara pemagang konsesi dengan kerajaan Malaysia : Semua rakyat rugi, konsesi tol untung.
  • Apa pilihan anda?
Pusinglah macammana cara sekalipun pemegang konsesi tetap untung. Pendapat Berita Semasa, andaikata tiada jalan penyelesaian antara pemegang konsesi tol dengan kerajaan, Berita Semasa lebih memilih kerajaan membayar pampasan berbanding pengumuman kenaikan kadar tol lebuhraya 2014 naik yang bakal memberikan kesan rantaian yang agak hebat kepada kos sara hidup rakyat Malaysia.

Cuma…..Berita Semasa berharap dengan penggunaan dana negara & rakyat sejumlah RM400 juta, tidak berlaku pelarasan subsidi lagi ataupun pemotongan peruntukan untuk penyelengaraan jalan contohnya di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Apa pendapat anda pula, kongsikan bersama kami di sini….

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-tol-lebuhraya-2014-naik

No comments: