Saturday, 19 March 2016

[Video] Dan Gambar Bayi Dibuang Di Jadikan Makanan Biawak


Satu rekaman video viral sejak semalam,dimana video itu menunjukkan mayat seorang bayi yang dipercayai di buang  oleh individu yang masih belum di ketahui hampir habis di makan oleh biawak liar.

Dalam kejadian yang berlaku selepas solat jumaat semalam , sebuah keluarga menjumpai bayi malang berkenan di kolong rumah mereka di  kampung air lorong tiga samporna sabah menjadi santapan beberapa biawak.

Fiqhzal Asnawi berkata jentina mayat bayi malang berkenan masih belum dapat dikesan karena beberapa daging bayi turut tertanggal dan hilang sehingga menyukarkan mereka untuk mengenal jentina bayi.

Katanya Bayi berkenan telah di bawa oleh pihak polis setelah di maklumkan oleh salah ahli seorang keluarga yang menemukan bayi malang tersebut.

Nota eberita.org: paparan video dan gambar adalah extrime dan tidak di sarankan bagi anda yang lemah semangat untuk melihatnya. - http://eberita.org/


Wanita Dakwa Miliki Keris Taming Sari, Hang Tuah Sebenarnya Wanita


Seorang wanita yang mengetuai Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM) mendakwa Keris Taming Sari yang menjadi rebutan pelbagai pihak kini berada dalam simpanannya.

Keris yang dikatakan Taming Sari itu diwarisi oleh Yang Dipertua PKPRCSWKM, Dr. Fadzillah Hussin kira-kira empat tahun yang lalu.

Laporan dari Malaysia Gazette menyebut, keris tersebut diambil oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Datuk Wan Omar Wan Majid dirumah datuknya yang dikenali dengan panggilan Tok Wan Ismail di Kampung Semerak.

"Wan Omar mendapat mimpi supaya mengambil keris itu di rumah datuknya (Tok Wan Ismail). Selepas itu, beliau mendapat ilham menyerahkan keris tanpa hulu dan sarung itu kepada saya".

“Keris ini asalnya disimpan Tok Wan Ismail dan setelah diserahkan kepada saya, saya jadikannya sebagai lambang kebesaran pertubuhan ini dengan dilengkapkan hulu dan sarung baharu,” kata Fadzillah.

Tambah beliau lagi, penyerahan keris itu diadakan menerusi satu majlis di rumahnya dan di kediaman bekas wakil rakyat itu di Kampung Raja Dagang, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Mac 2012.

Fadzillah juga turut menambah adiknya, Ahmad Tarmezi Hussin pernah bermimpi didatangi pahlawan Melayu, Hang Tuah dan juga keris Taming Sari. Namun pada mulanya Tarmezi tidak menceritakan mimpi itu kepada kakaknya kerana menganggap ia hanya mainan tidur.

“Sehinggalah dia bermimpi lagi wanita tua yang selalu datang dalam mimpinya dan mengatakan dirinya adalah Hang Tuah telah meninggal dunia. Daripada situ, dia mengajak saya mencari khazanah peninggalan wanita berkenaan. Berdasarkan mimpi itu juga, saya dan adik mencari sebuah rumah yang tidak didiami di Kampung Aril, Gunung, Bachok.

“Saya meminta izin jiran berhampiran untuk memasuki rumah itu dan mula mencari keris Taming Sari,” katanya.

Naman pencarian Dr. Fadzillah hampa apabila tidak menemui keris Taming Sari sebaliknya hanya mejumpai tasbih, sebuah tin kecil yang penuh dengan pelbagai saiz, gading dan tulang gajah serta buku sejarah.

Fadzillah kemudian berkata pada September lalu, dia bertemu dengan seorang pakar keris, Mohd Noordin Ab. Hamid untuk mendapatkan padangan tentang keris berkenaan.

Noordin kemudian hanya menjelaskan kepada Fadzillah bahawa keris itu dikenali sebagai Lonjakan Puncak Alam dan mengandungi pelbagai jenis besi dengan luk tujuh dan berpamor tanda gunung jolokan.

“Gunungnya tinggi menaik manakala usia keris ini melebihi 100 tahun dengan pakaiannya (sarung) berunsur Kelantan-Pattani.

“Sampirnya pula berbentuk tebar layar yang diperbuat dari kayu kemuning bercoreng dan bergewen. Hulunya berbentuk anak ayam yang juga diperbuat dari kayu kemuning berceloreng,” katanya.

Fadzillah juga berkata beliau sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan jika ada pihak tertentu yang musykil dengan keris Taming Sari yang berada dalam simpanannya itu dan Hang Tuah yang dipanggil Mak Bonda sebenarnya seorang wanita, bukan lelaki. - Siakapkeli.my

Friday, 18 March 2016

Kemalangan Maut dua Rakan Kaki Terputus Usus Terburai


Mengerikan kemalangan maut yang berlaku di di Kilometer 64.8, lebuh raya PLUS arah utara, di Simpang Renggam dalam kejadian kira kira jam 1.30 petang 13.07.2015.

kedua mangsa warga bangladesh berusia 30 an yang baru bekerja di syarikat penyelenggaraan maut ditempat kejadian akibat mengalami kecideraan teruk pada bagian perut yang mengakibatkan usus terburai,selain dari pada itu anggota tubuh bagian kaki juga terpisah dari tubuh.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama rakannya yang terselamat berada di bahagian tepi besi penghadang tengah lebuh raya berkenaan sebelum kereta dipandu lelaki awal 30-an hilang kawalan dan merempuh mereka.Akibat kejadian itu, sebahagian tubuh kedua-dua mangsa yang belum diketahui identitinya itu berkecai manakala pemandu kereta terbabit turut cedera di kepala.

Gambar sekitar kemalangan.

gambar dibawah adalah gambar yang tidak di sensor,gambar juga mengandungi bahan-bahan yang bisa menyinggung emosi anda,kami sarankan kepada anda agar tidak meneruskan untuk melihat gambar selanjutnya.kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya anda mendapat sembarang masalah yang akan anda hadapi. - kucinghappy.com/


Video Viral Wanita Hadir Ke Perkahwinan Suami, Giliran Isteri Pula 'Diserang' Bekas Teman Lelaki


Tentu masih ramai ingat tentang sebuah video yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini di mana seorang isteri telah datang ke majlis perkahwinan suaminya dengan perempuan lain selepas suaminya itu dikatakan telah menghilangkan diri selama tiga bulan.

Video berkenaan ternyata telah mendatangkan simpati netizen kepada wanita berkenaan dan rata-rata netizen menempelak sikap suami(bekas suami) wanita tersebut.

Namun, nampaknya serangan terhadap si suami berkenaan kerana sikapnya itu bukanlah tamat di situ sahaja, kini isteri lelaki berkenaan yang dianggap 'perampas' oleh netizen juga turut terkena tempias.

Terbaru, seorang lelaki yang mengaku merupakan bekas teman lelaki wanita berkenaan telah tampil melalui laman Facebooknya bernama Yazid Vice II, di mana beliau mendedahkan kisah hubungan mereka sebelum ini di mana katanya wanita berkenaan semasa menjalinkan hubungan dengannya telah berlaku curang.

Status berkenaan turut mendapat perhatian Nor Idayu Zulkifli iaitu wanita yang hadir ke perkahwinan suaminya itu yang kini telah pun diceraikan,

Menurut Idayu, dia amat mengenali wanita berkenaan dan dengan nada yang dilihat agak sinis menyatakan rasa ingin menangis apa dengan mesej yang dibacanya itu.

"Semoga korang berdua bahagia selamanya atas penderitaan yang korang bagi pada aku," katanya. - Siakapkeli.my