Tentu masih ramai ingat tentang sebuah video yang menjadi viral di laman
sosial baru-baru ini di mana seorang isteri telah datang ke majlis
perkahwinan suaminya dengan perempuan lain selepas suaminya itu
dikatakan telah menghilangkan diri selama tiga bulan.
Video berkenaan ternyata telah mendatangkan simpati netizen kepada
wanita berkenaan dan rata-rata netizen menempelak sikap suami(bekas
suami) wanita tersebut.
Namun, nampaknya serangan terhadap si suami berkenaan kerana sikapnya
itu bukanlah tamat di situ sahaja, kini isteri lelaki berkenaan yang
dianggap 'perampas' oleh netizen juga turut terkena tempias.
Terbaru, seorang lelaki yang mengaku merupakan bekas teman lelaki wanita
berkenaan telah tampil melalui laman Facebooknya bernama Yazid Vice II,
di mana beliau mendedahkan kisah hubungan mereka sebelum ini di mana
katanya wanita berkenaan semasa menjalinkan hubungan dengannya telah
berlaku curang.
Status berkenaan turut mendapat perhatian Nor Idayu Zulkifli iaitu wanita yang hadir ke perkahwinan suaminya itu yang kini telah pun diceraikan,
Menurut Idayu, dia amat mengenali wanita berkenaan dan dengan nada yang
dilihat agak sinis menyatakan rasa ingin menangis apa dengan mesej yang
dibacanya itu.
"Semoga korang berdua bahagia selamanya atas penderitaan yang korang bagi pada aku," katanya. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment