Thursday 17 March 2016

Jumlah Wang Yang Dihantar Pulang Oleh Pekerja Asing Ke Negara Asal Mereka RM34.75 bilion

Pekerja asing di Malaysia menghantar wang berjumlah RM34.75 bilion ke negara asal mereka pada tahun 2015. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang dihantar pulang oleh pekerja asing ke negara asal mereka meningkat sebanyak 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, mengikut statistik pada tahun 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dikirimkan ke luar negara.

“Berdasarkan rekod, destinasi utama kiriman wang ke luar negara sejak 2011 hingga 2015 ialah Indonesia, diikuti Bangladesh, Nepal, India dan Filipina.

“Dari aspek peningkatan jumlah aliran wang keluar pada tahun 2011 merekodkan kadar 17.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 23.2 peratus bagi 2015,” kata beliau.

Johari memberitahu demikian pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam bagi menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja asing ke negara asal masing-masing mulai 2010.

Menjelas lanjut, kata beliau, pada 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dari negara ini dihantar ke beberapa buah negara luar, 2013 (RM22.7 bilion), 2012 (RM18.4 bilion) dan 2011 (RM15.7 bilion).


sumber : kosmo.com.my/




No comments: