Sunday 13 March 2016

Empat Sekeluarga Maut

KENDERAAN Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga terbalik selepas bertembung dengan kereta Honda Civic di Kilometer 106, Jalan Kuantan-Segamat dekat Bandar Muadzam Shah malam kelmarin.

MUADZAM SHAH – Hajat enam sekeluarga pulang bercuti melawat orang tua yang uzur tidak kesampaian apabila empat daripada mereka maut dalam kemalangan ngeri melibatkan kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan Honda Civic di Ki­lometer 106, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Teh Dara, dekat sini malam kelmarin.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu Proton Exora, Mohd. Zaki Mamat, 47, isteri­nya, Jamilah Hussen, 46, dan dua anak mereka, Muhammad Zamil Izzuddin, 19, serta Muhammad Zamil Syazwan, 14.

Dua lagi anak pasangan tersebut, Siti Nurjeha, 18, dan Siti Nur Nabila, 10, serta pemandu kereta Honda Civic, Zulkifli Abdullah, 47, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA), Kuantan.

sumber : www.kosmo.com.my/


KLIK SISINI SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN PERIBADI i-ISLAMIC

No comments: