Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan
dengan membawa kereta bertransmisi manual, tetapi ada beberapa perkara
yang perlu anda elak supaya kereta anda lebih terjaga.
Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained
di Youtube, menjelaskan beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik
yang mungkin boleh membahayakan kereta. Fenske bukan sahaja menjelaskan
tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan secara
teknikal kenapa ia perlu dielakkan.
1 - Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan 'Neutral'.
Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta
dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit dengan alasan untuk
menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman moden mempunyai cara
tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam keadaan
'neutral' ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah
mengarut. Malah ia boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa
kawalan terhadap kereta anda ketika ia dalam keadaan 'neutral' (seperti
memecut).
2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.
Di dalam 'point' kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke
hadapan atau ke belakang) tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda
akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa bekerja
sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak.
3 - Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan 'neutral' kemudian pecut.
Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak
dan meletakkan kereta dalam 'drive' boleh menyebabkan sistem transmisi
anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi sangat mahal untuk ditukar
ganti.
4 - Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan 'neutral'
ketika menunggu lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)
Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek
untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak
dari keadaan brek jika dibandingkan dari keadaan "neutral" ke "drive".
**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan 'neutral'. Jenuh kaki nak tekan brek. ;-)
Tapi apa yang perlu anda 'take note' adalah terlalu kerap menukar gear
dari 'drive' ke 'neutral' juga akan membawa kesan negatif terhadap
sistem transmisi kereta anda.
5 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum ia betul-betul berhenti.
Sekiranya anda mahu 'parking' kereta anda, pastikan ia betul-betul
berhenti sebelum meletakkan gear ke mode 'parking'. Jika tidak, anda
boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi
anda dari bergerak rosak. - siakapkeli.my/
Ingin lebih penjelasan teknikal? Tonton video ini :
No comments:
Post a Comment