Hari ini tersiar di laman sosial Facebook kononnya gerai nasi lemak Abe
Spiderman yang menjadi viral di seluruh Malaysia telah disita oleh pihak
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Gambar berkenaan tersebar dan rata-rata netizen melahirkan kemarahan
kepada MPKB kerana disifatkan kejam kerana menghalang orang Melayu
berniaga.
Selepas selidik ternyata semua penyebaran gambar berkenaan hanyalah
fitnah semata-mata selepas Zawawi Ghazali, 29, atau Abe Spiderman
melalui laman Facebooknya Nasi Lemak Abe Spider menafikan dakwaan berkenaan.
"Alhamdulillah sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke
daerah untuk berniaga,TIDAK PERNAH pun pihak Majlis Perbandaran dan
Majlis Daerah angkut meja Abe Spider...Malah dorang sokong usaha Abe
Spider."
"Tugas dan arahan patut dipatuhi...Doakan usaha Abe Spider untuk dapatkan lesen dipermudahkan," katanya.
Siakapkeli cuba menghubungi Abe Spider, menurut Abe, gambar yang
diviralkan itu sebenarnya berlaku di Padang Bank, Kota Bharu, tujuan
pegawai MPKB datang ke situ hanya memberitahu yang kawasan berkenaan
tidak boleh berniaga.
"Mereka cuma bertanya, tak tahu ke kawasan itu tidak boleh berniaga dan saya menjawab tidak tahu,"
"Mereka tidak ada cakap kasar pun dengan saya, cakap pun baik-baik,
lepas tu saya kemas barang kerana kebetulan dah tidak lama selepas itu
untuk pergi ke program anjuran FAMA," jelas Abe ketika dihubungi. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment