Dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran gambar lucah anak lelaki
kepada seorang pelakon drama veteran. Bagaimanapun, individu tersebut
tampil menafikan bahawa dirinya beraksi demikian dihadapan kamera.
Anak
pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29,
tidak terkejut apabila gambar separuh bogel miliknya tersebar di laman
web lucah.
Namun, Ahya yang pernah membintangi filem Tanda Putera menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan adalah miliknya.
"Saya
mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya.
Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.
"Lagi
pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak
kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki
terhadap saya," katanya kepada media.
Terdahulu, gambar peribadi milik Ahya itu disebarkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay sejak kelmarin.
"Mama
pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya
sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari
dalang itu.
"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan
menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang
mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup
pergunakan untuk tujuan lain," katanya. - HM/utaranews.com/