Sunday 31 January 2016

Jus daun betik dikaji untuk rawat denggi

Sehingga kini belum ada sebarang penawar tradisional dan suplemen kesihatan yang boleh digunakan untuk merawat pesakit denggi. –Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan mendapati, pengambilan sebanyak 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daun betik matang berturut-turut selama tiga hari berupaya menaikkan bilangan sel platelet dalam darah tubuh pesakit denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kenaikan platelet ini hanyalah salah satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh pesakit yang menghidap demam denggi tidak berdarah dan denggi berdarah.

Jelasnya, terdapat 0.02 miligram (mg) cyanide dalam empat helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu semakin matang.

“Dos cyanide yang pa­ling rendah dan memudaratkan manusia adalah sebanyak 1mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kandungan platlet darah bagi seseorang yang sihat adalah sekitar 150 hingga 450 bilion per liter (bpL) dan bagi pesakit yang dijangkiti virus denggi, bacaan platelet akan mula turun kepada 100 bpL pada hari keempat selepas gigitan nyamuk Aedes.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: