Saturday 5 September 2015

Kadar Inflasi Malaysia Naik 3.3% Pada Julai 2015. Pakar Ekonomi Jangka Kadar Faedah Naik Jika Inflasi Cecah 4.0%!

Kerajaan boleh katakan apa sahaja, menteri boleh cuba tampil menafikannya, tetapi realitinya pelaksanaan GST memberikan kesan dan beban besar kepada rakyat Malaysia.

Yang untung siapa? Kantung kerajaan semakin kembung dengan terisi berbilion ringgit hasil daripada pendapatan cukai setiap perbelanjaan dan urusniaga yang dilakukan oleh rakyat Malaysia atas nama GST Malaysia. Belum ditambah dengan dengan kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang telah merosot 15% tahun 2015 ini sekaligus meningkat kos import kita semua.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pakar ekonomi, jangkaan kadar inflasi Malaysia naik 2015 hanya akan berada pada kadar sekitar 2.9% sahaja. Manakala kajian Bank Negara berlegar 2%-3% sahaja.

Walaubagaimanapun, Nomura Global Markets Research menjangkakan inflasi Malaysia akan menjangkakan ia akan pergi sehingga 3.1%.

Pada semakan Berita Semasa kadar inflasi Malaysia naik 2015 pada Jun yang lalu menunjukkan ia berada pada paras 2.5%

Kadar Inflasi Malaysia Naik 2015 Antara April Hingga Ogos 2015?

  1. April : 1.8%
  2. Jun : 2.5%
  3. Julai : 3.3%
Pakar ekonomi hanya boleh membuat jangkaan tetapi reralitinya bulai Julai yang lalu ia sudah pun mencecah 3.3%. Pakar Ekonomi, Firdaos Rosli menjangkakan yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah (OPR) jikalau kadar inflasi Malaysia mencecah 4.0%!

Mari sama-sam asemak data yang diperolehi daripada Jabatan Statitik seperti di bawah ini…


sumber : beritasemasa.com.my

Friday 4 September 2015

Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?

Akaun Bank 1MDB di Switzerland Kena Beku Sebab Dakwaan Penggubahan Wang Haram dan Rasuah?
Nampaknya bahagian PR 1MDB sekarang terpaksa bekerja keras untuk menangkis pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap 1MDB. Terbaru laporan berita Reuters mengatakan yang mana akaun bank 1MDB di Switzerland kena beku.

Seperti biasa, kebanyakan dakwaan terhadap 1MDB semuanya dinafikan. Jikalau disemak laporan berita Astro Awani dan The Rakyat Post seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini :
  • kejap nafi akaun kena beku
  • kejap kata tidak tahu ada yang akaun di Switzerland itu sudah kena beku
  • Ermmmm…..
Kebanyakan yang simpan di Switzerland kerana kelebihan yang ada di bank di Switzerland iaitu apa yang dipanggil “privacy protection”.

Nampaknya negara luar yang perlu mengambil tugas-tugas yang sepatutnya boleh diselesaikan pihak-pihak yang berkuasa di Malaysia. Ermmmm…

Dan dakwaan terhadap 1MDB ini cukup berat atas sebab pembekuan akaun bank mereka:
  1. penggubahan wang haram
  2. juga rasuah.
 sumber : beritasemasa.com.my/

Bot karam bawa 70 pendatang tanpa izin (PATI)

MANGSA-MANGSA penumpang bot karam yang terselamat berbaris sambil dikawal anggota polis di Jeti Hutang Melintang, Bagan Datoh semalam.


BAGAN DATOH – Seba­nyak 15 warga Indonesia ditemui mati lemas manakala 28 lagi hilang selepas bot pom-pom yang membawa 70 pendatang tanpa izin (PATI) pulang ke negara mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha­ karam di sempadan perairan Perak dan Selangor semalam.

Sebanyak 19 lagi penumpang ditemui selamat ketika bot itu yang dalam pelayaran ke Tanjung Balai, Asahan. Sumatera, Indonesia karam kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Sauh, Selangor pada pukul 3.30 pagi.

Pengarah Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia, Kap­ten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot ber­kenaan dipercayai bertolak dari sebuah jeti di Kuala Sungai Bernam yang terletak di sempadan kawasan perairan Hutan Melintang, Perak menuju ke Tanjung Balai, Asahan, Suma­tera, Indonesia.

“Siasatan awal mendapati bot sepanjang 12 meter yang membawa kira-kira 70 PATI itu karam dipercayai saiz bot itu kecil selain lebihan muatan.

sumber : kosmo.com.my/

Thursday 3 September 2015

Zalim Wanita mengandung diikat, dipukul dan ditendang

Rakaman video wanita berkenan dipukul dan ditendang

ZHENJIANG - CHINA. Seorang wanita mengandung diikat dan dipukul oleh sekumpulan penduduk kampung di wilayah Zhejiang minggu lalu selepas dikatakan mencuri wang salah seorang penduduk kampung tersebut.

Menurut laporan SCMP, wanita yang tidak dikenali berusia 28 tahun itu dicekup ketika mencuri 900 Yuan (RM 596) di sebuah rumah di Hengshanqian.

Walaubagaimanapun, wanita berkenaan memulangkan semula wang yang dicurinya dan penduduk kampung mengambil keputusan untuk tidak menghukumnya dan tidak melaporkan perbuatannya itu kepada polis.

Namun, 10 hari kemudian, ketika wanita itu kembali semula ke kampung berkenaan, penduduk kampung berubah fikiran dan menjatuhkan hukuman ke atas wanita berkenaan.

Rakaman video menunjukan wanita itu diikat di sebatang tiang.

Dia turut ditendang, ditampar dan rambutnya ditarik oleh beberapa penduduk kampung sehingga tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis Taizhou berkata, individu yang memukul wanita berkenaan ditahan lapan hari dan diarahkan untuk membayar denda sebanyak 300 yuan (RM198).

sumber : sinarharian.com.my/

Wednesday 2 September 2015

Najib dan Kerajaan Usah Perlekehkan Mesej Bersih 4.0 Rally!. 10 Gambar dari Dari Seluruh Dunia

Bersih 4.0 Rally : Mesej Untuk Najib Razak & Menteri Jikalau Sayangkan Kuasa dan Jawatan!

Pembangkang akan mengatakan yang mereka berjaya menarik ramai rakyat Malaysia turun kepada ke Bersih 4.0 rally kali ini. Manakala pastinya pihak penganjur Bersih 4.0 akan mendabik dada mengatakan yang penganjuran mereka berjaya, sehingga katanya hampir 500,000 orang turun ke himpunan tersebut. Katanya….

Semua orang boleh mengatakan berapa jumlah yang hadir dalam perhimpunan tersebut kerana angkanya begitu subjektif untuk diterjemahkan dan dihebahkan umum.

Tetapi walauapapun, kerajaan Najib Razak tidak boleh berpeluk tubuh melihatnya sahaja daripada kaca televisyen atau meninjau daripada “tingkap pejabatnya di Putrajaya” gelagat anak muda dan rakyat Malaysia berkampung bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur malahan seluruh dunia yang mengangkat atas slogan Bersih, jikalau Najib Razak dan rakan-rakan seperjuangannya serta pengikutnya sayangkan kuasa dan jawatannya.

Najib dan Kerajaan Usah Perlekehkan Mesej Bersih 4.0 Rally!

Nasihat Berita Semasa dengarlah suara mereka sekarang, bertindaklah! Dalam politik :
  • Perdana Menteri hanyalah seorang CEO syarikat yang bernama Malaysia
    Menteri dan ahli politik hanyalah pekerja-pekerja semata
    Rakyat Malaysia dan pengundi adalah ahli lembaga syarikat yang memantau daripada jauh prestasi anda
  • Dan setiap 5 tahun sekali ahli lembaga inilah yang akan menentukan nasib anda-anda semua
  • Pada masa itu sudah terlambat, kerana penentuan undi ahli lembaga adalah kepada sentimen lebih sayangkan syarikat bernama Malaysia berbanding daripada CEO dan kakitangan yang tidak mahu dengar respon dan aduan daripada para shareholders selama ini
Mereka-mereka ini bukan orang lain rakyat Malaysia juga termasuk yang terlibat dan menyokong Bersih 4.0 rally kali ini. Orang-rang inilah yang anda akan puja, yang anda akan berdamping dan sembah serta merintih undi mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

P/S : Ingatlah jumlah pengundi muda di Malaysia, serta kalangan profesional menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak, semakin bertambah. Mereka tidak ini sama sekali tidak lupa sejarah, cintakan negara tetapi mereka ini memikirkan survival mereka, anak cucu mereka di masa akan datang. Fikirkanlah! Renungkanlah! Masih belum terlambat!

Lagi Gambar Bersih 4.0 Rally Malaysia Dari Seluruh Dunia


sumber : beritasemasa.com.my

Keahlian Anina Di Lucut Gara-gara Saman Datuk Seri Najib Tun Razak


PETALING JAYA: Umno melucutkan keahlian Anina Saaduddin yang sebelum ini bertindak memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anina adalah ahli Pergerakan Wanita Umno cawangan Padang Matsirat, Langkawi di Kedah. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara ini kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp, petang Selasa.

Pada hari sama, surat pelucutan keahlian Ainina menjadi viral di media sosial, tetapi timbul kemusykilan terhadap kesahihan surat itu apabila ia bertarikh 2 September 2015, lewat sehari daripada tarikh dia dipecat iaitu pada 1 September.

Surat itu menunjukkan ia ditandatangani oleh Tengku Adnan dengan cop 'diterima' pada tarikh 1 September.
"Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian Saudari dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan Saudari membawa perkara parti ke mahkamah," menurut surat tersebut.

Anina, mula menjadi perhatian apabila dengan lantang mengkritik Najib yang juga Presiden Umno ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi baru-baru ini.

Kemudian, pada 28 Ogos, dia memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut Najib menjelaskan secara terperinci derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu akan mencadangan supaya keahlian Anina digugurkan ekoran kenyataan kerasnya terhadap Najib. “Kita akan rujuk (isu berkenaan) dan bawa ke mesyuarat exco. Terpulang kepada jawatankuasa (untuk membuat keputusan),” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu pada petang Selasa.



sumber : mystar.com.my

Tuesday 1 September 2015

Rakyat Johor bakal menikmati WiFi percuma


JOHOR BAHRU: Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot WiFi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya, projek WiFi Percuma Johor adalah hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.

Beliau berkata, hasil kajian itu menunjukkan 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

"Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini Dataran Bandaraya Johor Bahru adalah lokasi pertama daripada 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi. - Bernama

sumber : hmetro.com.my

Harga petrol turun 10 sen, diesel 15 sen

SHAH ALAM - Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun 10 sen bermula tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 adalah RM1.95 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.35.

Harga bagi diesel juga mengalami penurunan sebanyak 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80.

sumber : sinarharian.com.my

Monday 31 August 2015

PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

sumber : mystar.com.my

Orang perang (Senoi Praaq) cari 7 budak ghaib

IBU kepada salah seorang mangsa, Nora Tegue sedih ketika menunjukkan gambar anaknya, Ika Ayel yang hilang sejak lapan hari lalu ketika ditemui di Asrama SK Tohoi, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di sini meminta operasi mencari tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak lapan hari lalu menggunakan khidmat Unit Senoi Praaq, skuad elit Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari, 23, berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga PGA, Supe­rintendan Wan Hamzah Wan Kadir dari Kem Bidor dan Kem Pengkalan Hulu di Perak bagi mendapatkan bantuan mereka.

Katanya, ibu bapa mangsa amat berharap bantuan ikhtiar daripada Senoi Praaq kerana pasukan itu amat pakar dengan keadaan dalam hutan. Senoi Praaq ialah ungkapan Orang Asli yang bermaksud ‘orang perang’.

“Malah kebanyakan anggota unit terbabit datang dari perkampungan di sini dan mereka arif de­ngan keadaan muka bumi Gua Musang.

“Sebut sahaja nama sungai, gunung dan lembah di sini semua mereka tahu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber : kosmo.com.my/