Friday, 4 September 2015

Bot karam bawa 70 pendatang tanpa izin (PATI)

MANGSA-MANGSA penumpang bot karam yang terselamat berbaris sambil dikawal anggota polis di Jeti Hutang Melintang, Bagan Datoh semalam.


BAGAN DATOH – Seba­nyak 15 warga Indonesia ditemui mati lemas manakala 28 lagi hilang selepas bot pom-pom yang membawa 70 pendatang tanpa izin (PATI) pulang ke negara mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha­ karam di sempadan perairan Perak dan Selangor semalam.

Sebanyak 19 lagi penumpang ditemui selamat ketika bot itu yang dalam pelayaran ke Tanjung Balai, Asahan. Sumatera, Indonesia karam kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Sauh, Selangor pada pukul 3.30 pagi.

Pengarah Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia, Kap­ten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot ber­kenaan dipercayai bertolak dari sebuah jeti di Kuala Sungai Bernam yang terletak di sempadan kawasan perairan Hutan Melintang, Perak menuju ke Tanjung Balai, Asahan, Suma­tera, Indonesia.

“Siasatan awal mendapati bot sepanjang 12 meter yang membawa kira-kira 70 PATI itu karam dipercayai saiz bot itu kecil selain lebihan muatan.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: