Thursday, 6 November 2014

Setengah juta peminjam PTPTN akan disenarai di CCRIS mulai 2015


PENGERUSI PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (tengah) bersama Ketua EKsekutif PTPTN, Agos Cholan (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dalam sidang media Pengumuman Pelaksanaan Dasar Baharu Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN di Dewan Besar PTPTN Wisam Chase Perdana, Kuala Lumpur, hari ini. - GAMBAR Kamal Basir Wahab /

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan kira-kira setengah juta nama peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagaimanapun pada peringkat awal penyenaraian itu akan dibuat ke atas seramai 173,985 peminjam iaitu mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik melebihi tiga tahun dari tarikh sepatutnya pembayaran dibuat.

Beliau berkata, CCRIS itu bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan dalam negara yang lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit. - UTUSAN ONLINE

sumber : http://www.utusan.com.my/

Wednesday, 5 November 2014

Kesempitan hidup, susukan anak dengan air gula

Anak-anak Norazlina masing-masing bersama botol susu yang diisi air gula buat minuman mereka.

KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu tunggal terpaksa memberi dua anaknya yang berusia lima dan tiga tahun minum air kosong dicampur dengan gula.

Ibu tunggal terbabit, Norazlina Razid, 35, berkata, dia sudah tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dua anaknya itu dan terpaksa memberi mereka minum air gula bagi mendapatkan tenaga.

Wanita berkenaan baru kematian suami April lalu dan menjaga dua anaknya itu bersendirian selepas keluar dari rumah sewanya sejak dua minggu lalu. Norazlina turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 11 tahun dan masih bersekolah.

Katanya, selepas kematian suami, hidupnya dirundung malang apabila tidak mempunyai wang untuk menjelaskan sewa bulanan sehingga terpaksa keluar dari rumah tinggal yang disewa selepas pemiliknya datang merobohkan rumah itu.

Sejak itu, dia bersama tiga anaknya itu hidup merempat dan tidur di mana sahaja yang difikirkan boleh dijadikan tempat tidur.

Norazlina berkata, dia mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlah RM300 tersebut tidak mencukupi bagi menampung perberlanjaan seharian mereka sekeluarga.

“Bulan ini saya sudah ambil duit itu dan digunakan untuk belanja makan anak-anak serta semuanya sudah habis. Sekarang hanya ada RM5 di dalam poket dan saya perlu mengemis selepas ini untuk dapatkan duit bagi membeli makanan anak-anak," katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
oleh :




Khas untuk kakitangan kerajaan, potongan Biro Angkasa. Pinjman Koperasi Sehingga RM300,000, tempoh bayaran balik sehingga 10 Tahun dan Potongan Gaji Lebih 60%.boleh dirunding. Komitment Tinggi, Blacklist, CRISS & CTOS! Faedah yang Rendah 4.65% dan Payout Tertinggi 93%, berminat sila hubungi ditalian : 013 9116 568 (abgdin) atau 013 9546 208 (Fadhil) atau layari : http://koperasi-online2u.blogspot.com

Tuesday, 4 November 2014

Jual buah pinggang lunas hutang


PARUT sepanjang tujuh inci di se­belah kiri badannya menjadi bukti dia pernah melalui detik mengerikan dalam usaha menyelamatkan keluarganya daripada masalah hutang.

Chhay, 18, mengambil tindakan paling besar dalam hidupnya apabila terpaksa menjual buah pinggangnya pada harga AS$3,000 (RM9,859).
Selepas bersetuju untuk melakukan pembedahan itu, dia dibawa dari bilik usang di sebuah rumah di pinggir ibu kota Phnom Penh, Kemboja ke bilik bedah di sebuah hospital di Thailand.
Proses pembedahan yang dilakukan secara haram itu tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan ia menjadi titik tolak permulaan kes perdagangan organ di negara itu.

Bagaimanapun, penangkapan dua broker yang kini didakwa di Kemboja menimbulkan kebimbangan terhadap mangsa-mangsa penculikan untuk tujuan penjualan organ yang tidak diketahui pihak berkuasa.
Chhay berkata, sebelum itu, seorang jiran datang ke rumahnya di kawasan pinggir minoriti masyarakat Islam yang digelar Cham. Wanita itu memujuknya dan dua saudara lain untuk menjual buah pinggang kepada golongan kaya di Kemboja yang menjalani rawatan dialisis.

“Wanita itu berkata, saya miskin dan tidak mempunyai duit. Jika jual buah pinggang saya boleh membayar hutang,” kata remaja yang enggan namanya didedahkan. Dalam pada itu, cerita serupa menjadi perkara biasa di kawasan miskin di India dan Nepal yang terkenal sebagai tempat popular pengedar organ.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 10,000 atau 10 peratus daripada organ telah dipindahkan di seluruh dunia untuk tujuan perdagangan.

Aduan
Bagaimanapun, ketika pihak berkuasa mula menghidu perbuatan broker yang mengaut keuntungan sebanyak AS$10,000 (RM32,875) untuk setiap buah pinggang dijual, penderma-penderma organ membuat aduan kepada pihak polis pada Jun lalu mengenai potensi perdagangan organ baharu.
“Perdagangan buah pinggang tidak seperti jenayah lain. Jika mangsa tidak bersuara, kita tidak tahu,” kata Timbalan Ketua Polis Phnom Penh, Prum Sonthor.

Pada Julai lalu, pasukan polis menahan Yem Azisah, 29, dan bapa tirinya, Phalla, 40, yang dipercayai terlibat dalam kes perdagangan organ milik saudara mereka. Kini, kedua-dua suspek itu sedang ditahan dan menunggu tarikh perbicaraan mereka.

Isu perdagangan organ haram semakin menular di kawasan miskin di Kemboja dan menjadi rutin pihak polis untuk menyiasat kes-kes berkaitan dengan perdagangan seks, perkahwinan paksa atau perhambaan.

Namun, perdagangan melibatkan organ manusia merupakan kes dan siasatan yang baharu.
“Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan wang lumayan. Ia me­nyebabkan kami berasa bimbang,” kata Prum.

Prum berkata, sekurang-kurangnya dua rakyat Kemboja yang dibawa ke Thailand untuk tujuan perdagangan organ tidak memfailkan aduan.

“Sindiket ini berlaku sama ada mang­sa didorong oleh kemiskinan atau dipaksa oleh broker yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Jenayah itu sukar dikesan kerana ia tidak dilaporkan oleh mangsa tetapi pada bulan Ogos lalu, laporan media mendedahkan mengenai kes-kes perdagangan organ yang berlaku di sebuah hospital tentera di Phnom Penh.

Prum berkata, ia adalah latihan antara doktor Kemboja dan China yang menggunakan organ penderma sukarela serta pesakit warga Vietnam.

Namun, Prum tidak dapat memastikan sama ada perdagangan itu melibatkan wang atau sebaliknya.
Chhay hanya mampu melihat rakan-rakan lelaki sebaya dengannya bermain bola sepak. Pembedahan yang dijalani sejak dua tahun lalu menyebabkan badannya lemah dan tidak bermaya seperti remaja lain. Dia juga mengalami kemurungan kerana malu dan masih dibelenggu masalah hutang.

“Saya ingin memberitahu orang lain supaya tidak menjual buah pinggang mereka seperti saya. Saya rasa sangat menyesal. Saya tidak boleh bekerja keras dan saya sering berasa letih untuk berjalan,” katanya.

Kesan
Bagaimanapun, Chhay mula bekerja di sebuah kilang pakaian pada bulan Julai lalu.
Satu penyelidikan berkaitan kesan kepada penderma berbayar seperti Chhay telah dilakukan tetapi WHO melaporkan kemurungan dan kemerosotan kesihatan yang dirasakan oleh penderma disebabkan kekurangan rawatan susulan.

Chhay masih cuba mengingati beberapa butiran transaksi yang menghantui­nya kerana dia tidak pasti telah dibawa ke mana atau siapa wanita yang menjual buah pinggangnya.

Di Thailand, pihak berkuasa kesihatan cuba untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu perdagangan organ yang semakin keruh dan beberapa buah hospital di Bangkok turut disiasat. Siasatan memfokuskan pada dokumen yang membuktikan transaksi antara penderma dan penerima.

“Kami sudah meminta pihak hospital supaya lebih berhati-hati,” kata Presi­den Majlis Perubatan Thailand, Somsak Lolekha.

Somsak berkata, pihaknya sedang mengkaji peraturan pemindahan organ. Pasaran organ secara haram di seluruh dunia semakin meningkat dan situa­si itu menyebabkan jumlah pesakit yang menunggu untuk melakukan pemindahan terutama buah pinggang turut bertambah.

Pusat Pendermaan Organ Palang Merah Thai (ODC) mendedahkan, sebanyak 4,321 pesakit berada dalam senarai menunggu organ sehingga Ogos lalu dan sebanyak 581 buah pinggang dipindahkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, separuh daripada buah pinggang itu diperoleh daripada penderma yang meninggal dunia. – AFP

sumber : http://www.kosmo.com.my/



===============================================================
PINJAMAN PERIBADI-i ISLAMIC


Khas untuk kakitangan kerajaan, potongan Biro Angkasa. Pinjman Koperasi Sehingga RM300,000, tempoh bayaran balik sehingga 10 Tahun dan Potongan Gaji Lebih 60%.boleh dirunding. Komitment Tinggi, Blacklist, CRISS & CTOS! Faedah yang Rendah 4.65% dan Payout Tertinggi 93%, berminat sila hubungi ditalian : 013 9116 568 (abgdin) atau 013 9546 208 (Fadhil) atau layari : http://koperasi-online2u.blogspot.com/

Coca-Cola pertingkat pengeluaran

PENAMBAHAN talian pengeluaran baharu oleh Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (CCBM) bakal meningkatkan keupayaan pengeluaran sebanyak 20 peratus di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif CCBM, Stephen James Lusk berkata, pembangunan talian atau rantai pengeluaran baharu itu merangkumi sebahagian daripada pelaburan berjumlah RM1 bilion bagi tempoh lima tahun di negeri itu, sejak beroperasi pada 2011.

“Talian pengeluaran baru ini berupaya mengeluarkan 750 botol minuman dalam masa seminit, membabitkan produk Coca-Cola, Sprite, A&W, Fanta dan Dasani.

“Ia merupakan penambahan kepada empat talian pengeluaran sedia ada yang kini menghasilkan kira-kira 43,000 botol minuman sehari,” katanya yang menjelaskan pelaburan setakat ini sudah mencecah hampir RM750,000.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian talian pengeluaran baharu, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, tindakan CCBM melabur di negeri itu merupakan keputusan tepat dan berjaya membuka mata semua pihak.

“Mereka berkembang maju. Lebih mengujakan, apabila CCBM menjadi pembayar cukai tertinggi pada tahun ini.

“Selain itu, kerjasama pintar dengan Politeknik Port Dickson dalam latihan industri pula tidak ternilai berikutan ilmu diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama,” katanya semasa membacakan teks ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis tersebut.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
oleh :




Khas untuk kakitangan kerajaan, potongan Biro Angkasa. Pinjman Koperasi Sehingga RM300,000, tempoh bayaran balik sehingga 10 Tahun dan Potongan Gaji Lebih 60%.boleh dirunding. Komitment Tinggi, Blacklist, CRISS & CTOS! Faedah yang Rendah 4.65% dan Payout Tertinggi 93%, berminat sila hubungi ditalian : 013 9116 568 (abgdin) atau 013 9546 208 (Fadhil) atau layari : http://koperasi-online2u.blogspot.com/