Thursday 6 November 2014

Setengah juta peminjam PTPTN akan disenarai di CCRIS mulai 2015


PENGERUSI PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (tengah) bersama Ketua EKsekutif PTPTN, Agos Cholan (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dalam sidang media Pengumuman Pelaksanaan Dasar Baharu Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN di Dewan Besar PTPTN Wisam Chase Perdana, Kuala Lumpur, hari ini. - GAMBAR Kamal Basir Wahab /

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan kira-kira setengah juta nama peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagaimanapun pada peringkat awal penyenaraian itu akan dibuat ke atas seramai 173,985 peminjam iaitu mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik melebihi tiga tahun dari tarikh sepatutnya pembayaran dibuat.

Beliau berkata, CCRIS itu bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan dalam negara yang lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit. - UTUSAN ONLINE

sumber : http://www.utusan.com.my/

No comments: