Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangkakan
peningkatan harga rumah antara dua dan tiga peratus selepas pelaksanaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Pameran Hartanah (MAPEX) 2014, Datuk Ng Seing Liong berkata, berikutan cukai yang dikenakan ke atas bahan binaan, pelaksanaan GST dijangka akan memberi kesan kepada kos pembinaan dan pembangunan yang akhirnya akan memberi kesan kepada harga rumah.
“Oleh itu, melalui pameran yang bakal diadakan, pembeli rumah dan pelabur hartanah tidak patut melepaskan peluang kerana ini masa yang paling tepat untuk mendapatkan hartanah idaman pada harga yang lebih baik sebelum GST dilaksanakan,” katanya pada sidang media sempena MAPEX 2014 di Petaling Jaya.
REHDA mengunjurkan sebanyak RM300 juta transaksi jualan menerusi MAPEX 2014 yang akan berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Oktober depan. MAPEX 2014 bertemakan ‘Bijak Berbelanja, Bijak Melabur’ menyediakan pelbagai pilihan oleh pemaju yang berwibawa dan disokong skim pembiayaan yang menarik, selain berfungsi sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan mengenai pelaburan hartanah dengan mendapat bimbingan daripada pakar hartanah.
MAPEX 2014 disertai oleh 86 pemaju tempatan dan antarabangsa, tiga institusi kewangan iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) turut menyertai pameran ini.
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah antara agensi kerajaan yang menyertai pameran ini.
sumber : http://www.hmetro.com.my/