Tuesday 26 August 2014

Oppo Neo 5 4G LTE telefon pintar mampu milik

Syarikat Oppo Electronic Corp telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka Oppo Neo 5 dengan harga mampu milik oleh ramai RM598.

Walaupun model terbaru Oppo ini tampil dengan spesifikasi rendah, namun ia hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Dipetik dari laman Mynewshub, Oppo Neo 5 akan mempunyai skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi 854x480 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, rungan storan 4GB (dengan sokongan kad-SD sehingga 32GB, dan bateri berkapasiti 1900mAh.

Selain itu, Neo 5 akan datang dengan kamera belakang 5 megapixel dan kamera hadapan 2 megapixel.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan ColorOS berasaskan Android 4.3. Jadi kepada sesiapa yang ingin membeli telefon pintar keluaran terbaru Oppo ini bolehlah mendapatkan Oppo Neo 5 ini daripada pengedar rasmi Oppo di seluruh negara.

sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/

No comments: