Saturday, 31 October 2015

Pelajar Menang BMW 320i Cabutan SSP BSN

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 20 tahun tidak menyangka pelaburannya dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak sampai setahun membawanya memenangi sebuah kereta mewah BMW 320i pada Sabtu. 

Kemenangan pelajar yang berasal dari Perak, Wong Poh Mee, 20, itu selepas terpilih sebagai pemenang cabutan SSP bagi September pada bulan lalu. 

Poh Mee yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi jurusan Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) berkata, dia pada awalnya terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita kemenangan itu. 

"Saya berasa sangat terkejut seperti bermimpi pada masa sama amat bersyukur dan gembira. 

"Tak sangka usaha saya menyimpan di BSN menerusi SSP selama kira-kira enam bulan memberi tuah sehingga berjaya memenangi hadiah utama bulanan," katanya ketika ditemui mStar Online pada Majlis Cabutan SSP Bulan September di Wisma BSN di sini, Sabtu. 

Poh Mee berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan dengan BSN kerana banyak faedah dan kemudahan yang disediakan. 

"Dengan hanya RM10 sahaja, anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. SSP merupakan satu produk simpanan yang baik. 

"Wang simpanan masih kekal di dalam bank dengan selamat. Saya akan terus menyimpan di BSN selepas ini," tambahnya. 

Pada majlis sama, seorang pesara dari Selangor, Abdul Aziz Hussain, 80, yang merupakan antara 13 pemenang bertuah Cabutan Tempatan memenangi sebuah kereta Perodua Axia. 

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Pengurusan Transformasi, Alain Boey Cheng Chong. 

Alain berkata, saluran perkhidmatan di BSN adalah menyeluruh antaranya mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), ejen bank berdaftar (EBB) dan perbankan Internet MyBSN. 

"Justeru, kemudahan-kemudahan yang disediakan ini dapat memberi kesenangan kepada pelanggan yang membuat simpanan SSP. 

"Ia sekali gus menjamin masa depan yang lebih baik selain tawaran hadiah yang lumayan," kata Alain.
Majlis pada Sabtu turut menyaksikan pelakon, Rozita Che Wan dan Nur Risteena membuat cabutan SSP bagi Oktober. 

BSN menyediakan cabutan bulanan, tempatan dan mingguan untuk simpanan minimum RM10 manakala cabutan istimewa menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta menerusi simpanan SSP biasa atau Edisi Khas dengan minimum RM3,000. 

sumber : mstar.com.my/

LHDN henti kutip bayaran balik PTPTN mulai 1 Nov


PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan berhenti mengutip bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui kaedah potongan gaji mulai 1 Nov ini.

Kenyataan LHDN hari ini menyebut semua majikan yang membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman hendaklah mengemukakan bayaran tersebut terus kepada PTPTN.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai 1 Nov 2015, LHDN tidak lagi bertindak sebagai ejen kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaedah potongan gaji boleh berhubung terus dengan PTPTN di talian 03-20986484 /7336 /6462.
 

Ketika ini jumlah keseluruhan peminjam PTPTN adalah 2.37 juta orang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM53.7 bilion manakala 607,842 pula merupakan peminjam tegar dengan jumlah pinjaman sebanyak RM4.9 bilion.

sumber : astroawani.com/

Pembantu Guru N17 Bantu Kurang Beban Tugas Guru Yang Seramai 500,000? Setuju atau Tidak?


Selepas lama menunggu tanpa sebarang tindakan dan respon daripada pihak Kementerian Pendidikan malaysia KPM walupun tuntutan telah lama dihantar, akhirnya Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tampil kepada media memberikan kenyataan mengenai isu tuntutan ini.

Beban tugas guru semakin meningkat dari hari ke sehari. Ditambah pula beban tugas guru d luar juga semakin membeban. Itu sebablah NUTP tampil supaya pihak Kementerian Pendidikan malaysia supaya menyedia pembantu guru N17 supaya kalangan guru dalam memberikan lebih fokus kepada proses PnP di dalam kelas.

NUTP ada bandingkan beban tugas guru di Malaysia dengan beban tugas guru di Korea Selatan. Yang mana keadaan sekolah di Korea Selatan :

Pembantu Guru N17 : Korea Selatan VS Malaysia?

  • pembantu guru di Korea Selatan banyak membantu menyelesaikan tugas yang bukan hakiki bagi seorang guru
  • Guru di Korea Selatan lebih banyak masa dan tumpuan mereka untuk fokus mengajar dan mendidikan pelajar di sana tanpa sebarang gangguan yang tidak sepatutnya
  • makmal sains sahaja ditempatkan dua pembantu guru
  • Tetapi di Malaysia tiada pembantu.
Sekarang ini rungutan demi rungutan diterima daripada kalangan guru. Sehingga ke hari ini kalangan guru di Malaysia sudah pun berjumlah 500,000 ramainya. Malangnya beban tugas guru semakin bertambah setiap hari dengan tugas yang bukan hakiki bagi mereka.

Adakah anda bersetuju pembantu guru N17 ditempatkan di sekolah? Mengapa? 

sumber : beritasemasa.com.my/

Friday, 30 October 2015

Plaza Rakyat akhirnya dibangunkan

GAMBAR atas yang dirakamkan pada tahun 2008, manakala gambar terbaru semalam menunjukkan tiada sebarang pemulihan dilakukan ke atas Plaza Rakyat, Kuala Lumpur dalam tempoh tersebut. 

KUALA LUMPUR – Bangunan Plaza Rakyat pernah digambarkan bakal menjadi bangunan ikon Kuala Lumpur pada tahun 1990-an lantaran kehebatannya merangkumkan kompleks beli-belah tujuh tingkat, hotel, pusat hiburan, pawagam, kondominium dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di bawah satu bumbung. 

Namun, hanya tiga tahun selepas mula dibina pada tahun 1994, projek pembangunan Plaza Rakyat tergendala akibat kegawatan ekonomi dan akhir­nya bangunan separuh siap itu terbiar usang menjadi sarang penagih dadah serta pembiakan nyamuk. 

Dari minggu, bertukar bulan dan tahun, malah telah berselang tujuh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Plaza Rakyat masih menjadi bangunan terbengkalai yang mencacatkan pemandangan ibu kota. 

Bagaimanapun, pembentangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) di Dewan Rakyat semalam memberi khabar gembira buat warga kota apabila selepas 20 tahun terbiar, Plaza Rakyat bakal dihidupkan semula.

Menurut Tengku Adnan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memilih sebuah syarikat baharu iaitu Profit Consortium Sdn. Bhd. bagi me­laksanakan projek pemulihan Plaza Rakyat dengan fasa perjanjian jual beli diselesaikan bulan depan sebelum kerja-kerja di tapak bermula. 

sumbe : kosmo.com.my/

Sabah, Kelantan, Sarawak Paling Ramai Miskin Tegar. Johor Tiada Miskin Tegar. Realiti atau Fantasi?

 

Masih ingat lagi. Huraian dan kegelisahan Datuk Syed Ali Al Attas 

Mengisahkan rintihan kalangan tokoh Melayu  yang mula sedar jika mereka tidak berbuat sesuatu daripada sekarang, orang Melayu di Johor terutamanya akan terus hanyut dengan gelombang dan ledakan yang mereka tidak mampu tanggung di masa akan datang.

Johor Tiada Miskin Tegar Lagi! Luaskan Kuasamu?


Nah…itu cerita dahulu sekarang ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia di mana Berita Semasa perolehinya daripada Unit Perancang Ekonomi EPU baru-baru ia telah menunjukkan sedikit sebanyak peningkatan yang mana dibandingkan negeri-negeri lain di malaysia, Johor satu-satunya negeri yang tiada miskin tegar. Ya….tiada miskin tegar. Hebat…… 

Statistiknya boleh anda semak gambar-gambar yang dikongsikan seperti di bawah sekali :

Cuma sedikit tertanya-tanya berkenaan dengan statsitik yang dikeluarkan ini, adalah ia benar-benar realiti atau fantasi? 

beritasemasa.com.my/

Thursday, 29 October 2015

Kertas siasatan 7 'anai-anai UMNO' siap - Ku Nan



KUALA LUMPUR: Kertas laporan siasatan ke atas tujuh individu dalam UMNO yang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya 'dibuat di khalayak' telah siap, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, pihaknya masih belum dapat membuat sebarang tindakan memandangkan ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden dan Lembaga Disiplin parti.

"Kita nak betulkan parti, kita tak mau ada gunting dalam lipatan, 'anai-anai' mahupun duri dalam daging," kata Tengku Adnan yang turut dikenali sebagai Ku Nan.

"Kertas siasatan dah ada, cuma kami masih belum dapat memuktamadkan tindakan yang patut diambil memandangkan kertas siasatan itu perlu dihantar ke Majlis Presiden dan seterusnya kepada Lembaga Disiplin UMNO.

"Hanya Lembaga Disiplin sahaja boleh membuat keputusan mengikut perlembagaan parti," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Taman Pudu Ulu (Fasa II) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun enggan mendedahkan nama tujuh 'anai-anai UMNO'

"Saya dah kata, saya takkan beritahu tujuh nama tersebut sebab ia tidak adil. Kita boleh gantung keahlian termasuk jawatan yang disandang mereka," tambahnya.
Sementara itu, pembangunan Taman Rekreasi Pudu Ulu (Fasa II) mempunyai keluasan pembangunan 13.4 hektar dan dijangka siap pada 7 Ogos 2016. 

sumber : astroawani.com/

“1MDB Berhantu, Malapetaka” - MP Sungai Petani

Datuk Johari Abdul


KUALA LUMPUR: Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) telah menjadi isu ‘berhantu’ dan ‘malapetaka’ di negara ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul berkata ramai pemimpin politik dan pegawai kerajaan telah menerima kesan sejak isu ini ditimbulkan beberapa tahun lalu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang pertama yang mula bercakap tentang 1MDB, akhirnya dia dipenjara.

“Yang kedua isu ini dibawa oleh ‘Pagoh’ (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Semporna (Datuk Seri Shafie Apdal), apa jadi…mereka juga kena pecat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di persidangan Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Beliau berkata, 'malapetaka' turut diterima oleh beberapa individu lain seperti bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengkritik atau mempunyai kaitan dengan siasatan syarikat itu.

“Laporan lengkap 1MDB dibawa kepada Tan Sri Abdul Gani, apa jadi pada dia? Pecat juga dan diganti dengan AG baharu yang sudah berumur lebih 65 tahun.

“Alasan (pecat) dia sakit, walhal dia sendiri tak tahu pun dia sakit,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai pengesahan Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 31 Ogos lalu bahawa tujuh pegawainya yang menyiasat 1MDB telah dipanggil polis untuk disiasat.

“Itulah nama-nama yang menerima malapetaka kalau sebut 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu beliau mendakwa, terdapat empat individu yang mendapat ‘rahmat’ apabila menyebut 1MDB.

Mereka ialah Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dimasukkan ke dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Johari berkata, isu 1MDB telah dibincangkan di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia.

“Di Malaysia ‘business as usual’, asalkan rakyat tenang, terima dan pasrah mengenainya,” katanya.

sumber : mstar.com.my/