Monday 26 October 2015

Intipati Bajet 2016 Malaysia : Senarai Ringkasan Bajet? Rumusan Pakar Ekonomi? Bajet Populis?


Berakhirlah sudah cakap-cakap dan teka-teka serta ramalan dikalangan penganalisis ekonomi, ahli politik mahupun rakyat Malaysia baik miskin, kaya, pelajar, penganggur mahupun golongan veteran apabila Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan telah pun melafazkan setiap butiran sepertimana yang terkandung dalam intipati Bajet 2016 Malaysia pada 23 Oktober 2015 yang lalu. 

Terjawablah sudah apa yang Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan bersama jentera kerajaan, pakar-pakar yang dihimpunkan bagi menempuh satu lagi kitaran cabaran 12 bulan mendatang bagi Malaysia berdasarkan Intipati Bajet 2016 Malaysia yang dibentangkan baru-baru ini.

Cabaran? Apa cabaran bagi Malaysia selepas daripada ini? Antara cabarannya disebalik rancangan kerajaan mellaui intipati Bajet 2016 kali ini antara lainnya ialah :
 
1.   Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka lebih perlahan pada tahun 2016 berbanding   tahun 2015 iaitu hanya sekitar antara 4 peratus hingga 5 peratus
2.   Zaman superbowl pertumbuhuan Ekonomi China yang melangkaui antara 11 peratus ke 12 peratus sudah berlalu, yang mana tahun 2016, ekonomi Cina akan terus melembap
3.   Impaknya, eksport Minyak dan komoditi lain akan jatuh mendadak
4.   Akhir sekali, kesan disebalik kejatuhan nilai Ringgit Malaysia

Sebelum itu mari kita sama-sama teliti dan perhatikan senarai ringkasan Intipati bajet 2016 Malaysia yang terus kepada rakyat Malaysia seperti di bawah ini dalam bahasa yang mudah difahami. Antaranya ialah :
  • Tema bajet : Mensejahtera Kehidupan Rakyat Malaysia
  • Isi dan Intipati bajet 2016
  • Jumlah Bajet 2016 : RM267.2 bilion

Senarai Ringkasan Intipati Bajet 2016 Malaysia?

Bajet 2016 Bantuan Beli Rumah?
  1. Bantuan pinjaman bayaran deposit untuk beli rumah akan diberikan kepada mana-mana yang tidak pernah memiliki rumah
  2. Ada 175,000 unit rumah mampu milik PR1MA yang dikatakan 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran Malaysia, anda boleh mohon
Ringkasan Bajet 2016 Perlepasan Cukai Pendapatan
  1. Jika anda sara dan tanggung ibu bapa anda waima anda tinggal satu rumah dengan mereka sekalipun, anda diberikan perlepasan cukai RM1,500 bagi setiap ibu dan bapa anda
  2. Had perlepasan cukai pendapatan bagi anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sambung belajar yang mana pengajian bermula tahun 2016
  3. Bagi pasangan anda yang tidak bekerja, anda diberikan perlepasan cukai pendapatan yang naik daripada RM3,000 kepada RM4,000 selepas ini
  4. Had perlepasan cukai pendapatan bagi yuran pengajian tinggi naik lagi kepada RM7,000 berbanding RM5,000 sebulan ini
  5. Jika anak anda 18 tahun ke bawah, anda diberikan perlepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 berbanding Rm1,000 sebelum ini
Senarai Bajet 2016 Gaji Minimum Pekerja Swasta
  1. Gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan naik lagi daripada RM800 kepada RM920
  2. Manakala gaji minimum di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1000 sebulan.
  3. Semuanya akan bermula 1 Julai 2016 nanti.
Intipati Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam dan Kakitangan Awam
  1. Penjawat dan kakitangan awam dapat bayaran khas sebanyak RM500 setiap seorang pada Januari 2016 nanti
  2. Pesara kerajaan pula akan dapat pembayaran khas sebanyak Rm250 setiap seorang
  3. Bajet 2016 untuk penjawat awam dan kakitangan awam pula, anda akan menerima kenaikan gaji tahunan naik ikut skim gred masing-masing
  4. Dan juga selepas ini 252 skim perkhidmatan awam membabitkan 406,000 penjawat awam akan ditambahbaik
  5. Manakala gaji minimum penjawat awam akan naik kepada sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan bermula pengambilan Julai 2016 kelak.
  6. Selepas ini, kadar bayaran pencen kakitangan awam akan ditetapkan sekurang-kurangnya RM950 sebulan
Senarai Bajet 2016 Untuk Pelajar Sekolah dan Pelajar Pengajian Tinggi
  1. Bantuan sekolah RM100 diberikan kepada anda dengan syarat pendapatan isi rumah anda tidak lebih RM3,000 sebulan
  2. Bagi Pelajar pengajian tinggi, Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M bernilai RM250 setiap seorang hanya akan sah di kedai buku yang terpilih sahaja
Ringkasan Bajet 2016 BRiM 5.0
  1. BRiM 2016 pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan naik kepada RM800
  2. BR1M 2016 bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas akan dapat RM400
  3. BRim 2016 yang terdiri dalama senarai bantuan E Kasih yang pendapatan RM1,000 sebulan akan terima bayaran RM1,050
  4. Skim Khairat kematian penerima Br1M pula diberikan sebanyak RM1,000

Rumusan Bajet 2016 : Apa Kata Profesor James Chin?

KLIK SINI : Najib Letak Jawatan? Profesor James Chin dedah 6 Faktor Betapa Sukarnya Singkirkan Najib Sekarang Ini! 

Ok baik, jikalau anda masih ingat lagi figura pakar ekonomi yang bernama Profesor James Chin rakyat Malaysia berdasarkan laporan Berita Semasa sebeum ini, yang pada ketika ini berkelana di Universiti Tasmania ada memberikan Rumusan Bajet 2016. Apa kata beliau?
  1. Merupakan belanjawan Populis yang tidak akan meningkatkan keyakinan dalam perkembangan ekonomi Malaysia
  2. Pelabur tidak suka situasi yang tidak menentu. Mengapa?
  3. Keadaan politik Malaysia tidak menentu disebalik isu 1MDB
  4. Selagi isu 1MDB dan politik di Malaysia masih lagi tidak menentu, sentimen pelabur masih lagi akan kekal lemah
Apa kata dan respon anda anda pula pula disebalik intipati Bajet 2016 kali ini? Suraka dan kongsikan
P/S : Muat turut dan download Bajet 2016 PDF di mana ucapan penuh pembentangan ada di link tersebut 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: